Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Secara linguistiknya metodologi berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘Kaedah’ dan ‘Logo’ bermaksud
sains atau saintifik. Metodologi juga adalah sains atau kaedah yang digunakan untuk mendapatkan
kebenaran dengan menggunakan carian dengan urutan atau prosedur tertentu mengikut apa yang akan dikaji
atau diteliti secara saintifik. Perkara ini dijalankan dengan teratur mengikut disiplin yang ditetapkan. Oleh
yang demikian, pengkaji haruslah sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam
penghasilan kertas kerja projek ini.

Oleh itu, dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, sampel
kajian, instrument kajian dan prosedur analisis kajian bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah
dikemukakan terlebih dahulu oleh pengkaji. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan bagi
memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai yang dikumpulkan daripada
pelbagai sumber.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti dan
mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan penguasaan pelajar dalam menggunakan pelbagai Teknik
dalam mencari maklumat. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan
termasuk dalam kajian yang diklasifikasikan oleh Mohd Majid Konting (1998) dalam Hamidah (2007)
merupakan salah satu jenis kajian dalam penyelidikan deskriptif. Menurut Creswell (2005) reka bentuk
kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji
menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi.

Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian tinjauan berdasarkan set ujian
kaji selidik satu sampel soalan kepada setiap individu yang dipilih daripada populasi masyarakat yang ingin
dikaji. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca budaya kunjung-mengunjung semakin dilupakan dan
mengkaji kaitan semangat kejiranan dengan adat bertukar-tukar juadah semasa hari perayaan dalam kalangan
penduduk semasa hari perayaan di Taman Gading.

4.2 Sampel Kajian

Pemilihan persampelan kajian ini dilakukan secara tidak rawak. Persampelan merupakan proses
memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan
yang mewakili kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih. Kajian ini melibatkan
30 orang responden daripada penduduk Taman Gading sendiri.
4.3 Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan
sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan
untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temubual, borang soal selidik, kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen Kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temubual berstruktur,
rujukan, pemerhatian

4.3.1 Borang Soal Selidik

Menurut Noraini Idris (2010), semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Data merujuk kepada
maklumat yang diperoleh penyelidik tentang subjek penyelidikan atau kajian. Contoh data ialah maklumat
demografi seperti umur, jantina, etnik, pendapatan, dan agama. Skor bagi ujian yang dibina oleh penyelidik
melalui respon daripada 4 soalan penyelidik, sama ada melalui temu bual atau jawapan bertulis dalam
borang soal selidik. Alat-alatan seperti ujian pensil dan kertas, borang soal selidik atau skala Likert 5 poin
yang digunakan untuk mengumpul data pula dinamakan sebagai instrumen.

4.3.2 Temu Bual Berstruktur

Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang boleh dikatakan
penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik dapat memperoleh informasi dan
maklumat secara terus daripada responden kajian.

Justeru, dalam penyelidikan yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi antara kaedah yang
digunakan oleh penyelidik sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden kajian.
Temubual yang dijalankan adalah berkenaan latar belakang responden dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan. Semasa sesi temu bual berlangsung, 4 buah soalan akan diajukan dan dijawab
oleh setiap seorang informan. Soalan yang dimuatkan adalah selaras dengan objektif kajian penyelidik.
Maklumat-maklumat ini dijadikan data untuk dimasukkan ke dalam kajian oleh penyelidik ini.

4.3.3 Kaedah Rujukan

Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan dengan
menggunakan internet dan bahan rujukan lain. Kebanyakan maklumat yang pengkaji dapati terdapat di
dalam laman web. Ini dapat memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang
telah ditetapkan oleh guru. Di samping itu, buku-buku pelajaran serta majalah berilmiah dijadikan rujukan
tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian pengkaji. Rujukan ini dibuat pada bila-bila masa ketika
mengkaji.

4.3.4 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat atau


pengumpulan data selain soal selidik dan rujukan. Pemerhatian memerlukan pengkaji memerhati sendiri di
tempat kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden. Setiap pemerhatian pengkaji mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara
sistematik, mempunyai fokus dan spesifik. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah dan boleh dipercayai.

4.4 Cara Mengumpulkan Data/ Mendapatkan Maklumat


4.4.1 Dokumentasi
Kajian dimulakan dengan membuat kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah diterbitkan
seperti buku, majalah/surat khabar, kamus dan sumber internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan
faktor yang mempengaruhi data pengkaji di Taman Gading. Pengkaji telah membuat rujukan di
perpustakaan SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor. Pengkaji memilih perpustakaan tersebut untuk
mendapatkan bahan kajian kerana lokasinya berada di dalam kawasan sekolah pengkaji dan memudahkan
pencarian maklumat oleh pengkaji.

4.4.2 Soal Selidik


Borang soal selidik yang sesuai telah disediakan pengkaji untuk mendapat dan mengumpul maklumat
yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan kepada responden di kawasan
kajian secara rawak mudah/ sampel bertujuan. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu
Bahagian A yang terdiri daripada Demografi Responden, Bahagian B adalah mengenai faktor yang
mempengaruhi data pengkajidi Taman Gading. Soal selidik dibahagikan kepada penduduk Taman Gading.
Data yang diperolehi dikumpulkan dan dianalisa bagi menjawab objektif kajian.

4.4.3 Temu Bual


Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual. Pengkaji menemu bual 5 orang responden yang
duduk di Taman Gading, Batu Pahat, Johor. Sejumlah dua soalan ditanya untuk objektif pertama dan dua
soalan ditanya untuk objektif kedua. Setiap sesi temu bual mengambil masa lebih kurang 15 minit. Pengkaji
telah memilih informan tersebut untuk ditemu bual kerana mereka merupakan antara guru di kawasan kajian.

4.4.4 Pemerhatian
Pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian kerana kaedah ini membolehkan pengkaji lebih
memahami situasi sebenar perkara yang hendak digambarkan oleh responden. Pengkaji telah melakukan
sebanyak 10 pemerhatian di lokasi kajian dan pemerhatian dilakukan pada waktu petang masa pemerhatian
dibuat. Pemerhatian pada waktu petang dilakukan kerana pemerhatian dilakukan selepas pengkaji pulang
dari sekolah. Pengkaji telah melakukan sebanyak 10 pemerhatian di lokasi kajian.

4.5 Memproses dan Mempersembahkan Data


Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data daripada soal selidik yang telah
dijalankan ke atas 30 orang responden. Tahap analisa dapat dicapai apabila data yang diperoleh dipastikan,
disunting dan ditukarkan kepada angka. Data tersebut dianalisis menggunakan kekerapan (min) dan peratus
dan pengiraan manual telah diguna pakai. Data yang dikumpulkan dipersembahkan dalam bentuk grafik
seperti graf dan jadual dan dihuraikan secara deskriptif. Dalam borang soal selidik, Skala Likert 5 peringkat
digunakan. Data daripada borang responden yang digunakan dan dianalisa.

Skala likert 5 peringkat:

Skor Skala

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak Setuju

3 Tidak pasti

4 Setuju

Rumusan 5 Sangat setuju

Metodologi yang dikenal pasti oleh


pengkaji diharap dapat mendapatkan kespesifikan dan kesahan dapatan kajian. Sehubungan itu, pengkaji
akan mengikut tatacara kajian yang ketat, tepat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang
telah dikenal pasti.

You might also like