Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

ISSN 2180-3684 • Bil 12/15

KKDN: PP 16897/05/2013 (032581)

RAKAN
KEWANGAN
ANDA
DISEMBER 2015

Pertahankan Hak
Pelaburan Anda!
Sidang
Redaksi
Penasihat
YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA
Ketua Sidang Pengarang
Dato’ Paul Selva Raj
Editor
Mohd Yusof bin Abdul Rahman
Sidang Pengarang
Siti Rahayu binti Zakaria
Mandeep Singh
Shabana Nasser Ahmad

Ringgit merupakan penerbitan usaha


sama di antara Bank Negara Malaysia
dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap
bulan. Untuk memuat turun Ringgit

Pertahankan Hak
dalam format “PDF“, sila layari laman
sesawang www.fomca.org.my dan
www.bnm.gov.my

Pelaburan Anda!
Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia
No. 4, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7876 2009 Apakah hak-hak dan keistimewaan anda sebagai pemegang saham?
Faks : 03-7877 1076
Artikel ini akan memberikan ilustrasi mengenai hak-hak dan keistimewaan
E-mel : fomca@fomca.org.my
Sesawang: www.fomca.org.my sebagai seorang pemegang saham.

Bank Negara Malaysia Apabila anda melabur dalam sesuatu saham, secara automatik anda
Jalan Dato’ Onn
menjadi pemunya sebahagian kecil syarikat yang anda laburkan itu.
50480 Kuala Lumpur
Tel :03-2698 8044 Perkara ini merupakan suatu titik kejayaan kerana saham anda itu datang
Faks : 03-2174 1515 bersama-sama dengan pelbagai hak-hak yang anda boleh manfaatkan.
Realitinya, kebanyakan pelabur tidak sedar akan hak-hak mereka sebagai
Diurus terbit oleh: pelabur, apatah lagi bilangan mereka yang memanfaatkan hak-hak
Pusat Penyelidikan dan tersebut. Dengan mengetahui hak-hak anda sebagai pelabur, anda boleh
Sumber Pengguna (CRRC)
melindungi serta menjaga kewangan, meminimumkan risiko pelaburan
No. 4, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya dan memaksimumkan pelaburan anda secara efisien.
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7875 2392 Pemegang-pemegang saham memainkan peranan yang penting dalam
Faks : 03-7875 5468
melaksanakan hak-hak mereka. Dengan melaksanakan hak-hak anda
E-mel : info@crrc.org.my
Sesawang: www.crrc.org.my sebagai pemegang saham sesebuah syarikat, secara tidak langsung
anda mewujudkan ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban pihak
Dicetak oleh: lembaga pengarah, seterusnya memupuk tadbir urus korporat yang baik
(good corporate governance).
Percetakan Asas Jaya
(M) Sdn Bhd
No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 1. Menghadiri mesyuarat pelabur
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong Jaya
Selangor Darul Ehsan
Sebagai seorang pemegang saham, anda berhak untuk menghadiri
mesyuarat pemegang saham di syarikat yang anda laburkan itu. Pihak
Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak syarikat kebiasaannya akan membentangkan prestasi kewangan berserta
semestinya mencerminkan pendirian dan
dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA.
perancangan syarikat pada masa hadapan. Mesyuarat ini merupakan
Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

2 • Ringgit
satu platform agar pelabur-pelabur faham dengan ke mesyuarat dan mengundi bagi pihak anda. Proksi
jelas terhadap hala tuju syarikat. Pelabur boleh yang dilantik mempunyai hak yang sama seperti
bertanya soalan kepada pihak pengurusan mengenai pemegang saham itu sendiri untuk mengeluarkan
prestasi syarikat yang lepas serta perancangan pada pendapat dalam mesyuarat tersebut.
masa hadapan. Hal ini bagi memastikan mereka
bertanggungjawab sepenuhnya dalam melindungi Untuk pemegang unit amanah pula, anda berhak
demokrasi korporat. untuk mengadakan mesyuarat pemegang unit serta
mengundi untuk menyingkirkan pemegang amanah
Kesimpulannya, hak-hak utama pemegang saham ataupun syarikat pengurusan itu sendiri melalui
berkaitan dengan mesyuarat agung adalah: Resolusi Luar Biasa (Extraordinary Resolution).
• memohon untuk mengadakan mesyuarat agung;
• menghadiri, melantik proksi serta menyuarakan
pendapat dalam mesyuarat agung; 3. Memeriksa buku dan rekod
• mengundi dalam mesyuarat agung; korporat
• menerima maklumat-maklumat seperti
Registers of Substantial Shareholders, the Apabila anda mempunyai saham, tidak kira berapa
Register of Debentures, the Instruments and jumlah pegangan itu, anda secara automatiknya
Register of Charges, the Register of Directors’ berhak untuk menerima laporan tahunan syarikat
Shareholdings, the Register of Directors, serta dokumen-dokumen kewangan lain yang
Managers and Secretaries, the Minute Book berkaitan dengan prestasi syarikat yang lalu,
of General Meetings, the Registrar and Index perancangan syarikat pada masa hadapan dan
of Members. Satu salinan penyata kewangan bagaimana peruntukan dibuat untuk projek-projek
teraudit perlu diedarkan kepada pemegang- akan datang. Kebanyakan syarikat tersenarai awam
pemegang saham selewat-lewatnya 14 hari (PLC) dikehendaki untuk membuat semua urus
sebelum berlangsungnya mesyuarat; dan niaga kewangan secara awam dan terbuka. Laporan
tahunan kebiasaannya dipapar di laman sesawang
• menguatkuasakan serta mengguna pakai hak-
syarikat. Namun begitu, anda boleh memohon satu
hak yang disebutkan di atas.
salinan laporan tersebut dihantar kepada anda.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin


2. Mengundi dalam isu-isu penting mendapatkan sesuatu maklumat, anda sebagai
pelabur boleh berhubung terus dengan unit komunikasi
Pemegang-pemegang saham mempunyai hak dalam korporat dan hubungan pelabur di dalam sesebuah
membuat keputusan syarikat. Sebagai contoh, apabila syarikat itu. Kebanyakan syarikat tersenarai awam
sesebuah syarikat ingin melantik pengarah baru, (PLC) menjadikan unit ini sebagai platform untuk
maka pemegang-pemegang saham mempunyai hak memberikan maklumat serta berita terkini mengenai
mengundi untuk memilih calon-calon yang mereka syarikat mereka. Platform ini merupakan medium yang
inginkan. Hak mengundi ini juga merangkumi hal-hal baik untuk para pelabur untuk membuat sebarang
perubahan dasar syarikat, seperti pembubaran atau rujukan.
penggabungan syarikat. Di bawah Akta Syarikat 1965,
setiap saham equiti yang diterbitkan oleh syarikat Bagi unit amanah, prestasi dibentangkan di dalam
tersenarai awam (PLC) atau syarikat subsidiari laporan tahunan sebaik sahaja berakhir setiap tahun
memberikan satu hak undi dalam sesuatu undian di kewangan. Setiap pemegang unit juga menerima
mesyuarat agung. penyata berkala transaksi dan laporan interim tentang
dana-dana yang diuruskan.
Keputusan di dalam mesyuarat agung dibuat melalui
undian. Kebiasaannya ia dilakukan melalui undian
secara mengangkat tangan (show of hands) atau
undian secara pengiraan jumlah undi (berdasarkan
4. Hak untuk membuat laporan
setiap saham ekuiti yang dimiliki). Jika anda tidak
Sebagai seorang pelabur, anda tidak boleh berdiam
dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut, anda
diri dan mengabaikan segala salah laku terhadap
boleh melantik wakil (sama ada wakil adalah ahli
undang-undang atau terhadap hak peribadi anda.
syarikat ataupun tidak) sebagai proksi untuk hadir

Ringgit • 3
5. Membuat saman terhadap salah
laku
Pemegang-pemegang saham mempunyai hak untuk
menyaman sesebuah syarikat sekiranya syarikat itu
memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai
kewangan syarikat. Antara contoh salah laku
termasuklah melaporkan keuntungan yang tidak tepat,
hasil jualan yang diada-adakan serta penipuan stok
jualan. Hak membuat saman ini amat penting bagi
melindungi kepentingan pemegang-pemegang saham
terhadap ketidakcekapan dalam pengurusan syarikat.

Kepentingan due diligence

Apabila membuat sesuatu pelaburan, amatlah penting


untuk anda membuat kajian yang menyeluruh dan
faham tentang hak-hak anda sebelum membuat
keputusan untuk melabur.
Jika anda hendak membuat sebarang aduan, carta di
bawah menunjukkan badan-badan yang boleh anda
Seseorang perunding kewangan bertauliah
menyalurkan aduan anda tersebut:
bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan
anda. Walau bagaimanapun, tidak semua perunding
Organisasi Jenis-jenis aduan mempunyai etika profesional yang baik, malah ada
Bursa Malaysia • Isu berkaitan syarikat yang mendedahkan anda kepada instrumen yang
broker saham tidak sesuai dengan tahap penerimaan risiko anda.
• Aduan terhadap syarikat Hal ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak
tersenarai awam (PLC) mendapat pulangan seperti yang diharapkan, malah
Federation of • Isu berkaitan ejen unit hanya menguntungkan perunding tersebut sahaja
Investment amanah melalui insentif yang diperoleh.
Managers
Malaysia (FIMM) Tidak dinafikan anda digalakkan untuk mendapatkan
Kementerian • Isu berkaitan hak-hak pandangan dan nasihat profesional, namun adalah
Perdagangan pengguna (termasuklah penting untuk anda membuat ‘due diligence’ serta
Dalam Negeri, jualan langsung dan jualan memahami produk, perkhidmatan dan syarikat yang
Koperasi dan pelbagai peringkat (multi- anda ingin melabur. Dokumen-dokumen seperti
Kepenggunaan level-marketing) prospektus dan laporan tahunan merupakan sumber
(KPDNKK) rujukan yang baik bagi memahami sejarah syarikat,
operasi serta prestasi kewangan pada tahun-tahun
Suruhanjaya • Isu berkaitan pengurusan
yang lalu. Antara faktor penting lain yang perlu
Syarikat serta kesahihan sesebuah
dititikberatkan ialah umur, tahap penerimaan risiko
Malaysia (SSM) syarikat
dan matlamat kewangan anda.
Bank Negara • Isu berkaitan perbankan
Malaysia (BNM) konvensional dan islamik,
S e b a g a i s e o r a n g p e l a b u r, k u a s a u n t u k
insurans dan takaful,
mengembangkan aset terletak di tangan anda. Jadilah
FOREX, khidmat nasihat
pelabur yang bijak dengan mempelajari hak-hak anda
kepada perusahaan kecil
serta manfaat yang boleh anda peroleh. Dengan ini,
dan sederhana,
anda boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih
Suruhanjaya • Isu berkaitan sekuriti dan bijak dan seterusnya mencapai matlamat kewangan
Sekuriti Malaysia derivatif anda.
(SC)
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

4 • Ringgit
Membeli Barangan Jenama vs Produk Generik –
Yang mana memberi lebih nilai untuk wang anda?

Apabila anda membeli belah di pasar raya, adakah anda


No Produk RM Produk RM Penji-
hanya melihat produk berjenama sahaja berbanding Generik Jenama matan
dengan produk generik, kerana beranggapan bahawa RM
produk berjenama lebih berkualiti. Mungkin ramai 1 Tesco 8.99 Kellogg’s 13.79 4.80
dalam kalangan anda yang cuba berjimat cermat Everyday Value Corn Flakes
dalam perbelanjaan harian. Bagi anda yang ingin Cornflakes 500g Breakfast
Cereal 500g
melakukan perubahan dalam perbelanjaan dapur,
artikel ini sedikit sebanyak membantu anda membuat 2 Tesco Nilai 3.99 San Remo 4.35 0.36
Spaghetti 500g Spaghetti 500g
keputusan. Bagi anda yang setia kepada jenama,
3 Tesco Everyday 4.09 Marigold 100% 6.49 2.40
mungkin selepas membaca artikel ini, anda boleh Value Apple Jus Apple 1 Litre
mempertimbang cara anda berbelanja. Pure Juice 1
Litre

Produk Jenama 4 Tesco


Strawberry Jam
5.99 Choice
Strawberry Steffi
12.29 6.30

454g ini Jam 450g


Produk jenama adalah merujuk kepada persepsi,
5 Tesco Everyday 2.89 Sardin Ayam 7.99 5.10
sering diutamakan dan mempunyai kualiti yang Value Sardin Brand dalam
unggul. Pengguna yang merujuk kepada sesuatu Sos Tomato Sos Tomato
jenama mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa 425g 425g
mereka setia kepada sesuatu jenama tersebut. 6 Tesco Nilai 2.09 Adabi Oyster 4.55 2.46
Everyday Flavoured
Oyster Sauce 255g
Produk Generik Flavoured
Sauce 250g
Produk generik merujuk kepada nama, simbol dan * Penulis memilih Tesco kerana mempunyai pilihan produk
lain-lain yang didaftarkan sebagai cap dagangan oleh makanan yang pelbagai.
* Harga yang ditunjukkan adalah pada masa kajian dilakukan,
pengilang atau peniaga. Produk ini dikenali sebagai termasuk harga promosi produk generik dan jenama.
produk alternatif kerana ciri-cirinya hampir sama
dengan produk jenama.

Ringgit • 5
Berdasarkan produk-produk yang disenaraikan, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009).
produk generik jauh lebih murah berbanding dengan Dalam erti kata lain, hanya produk yang selamat
produk berjenama popular yang setara dengannya. sahaja yang boleh dipasarkan.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa produk


generik juga perlu dijadikan pilihan apabila membeli Bagaimana mendapatkan lebih nilai
belah, iaitu:
untuk wang anda dengan membeli
a) Kos promosi produk generik
Walaupun kos promosi berbeza-beza bagi setiap Berikut adalah beberapa tip bagaimana anda boleh
produk makanan, ia mengambil masa yang panjang menukar pilihan produk kepada produk generik tanpa
untuk harganya kekal di pasaran. Kos pemasaran menjejaskan kegemaran anda:
promosi akan dipindahkan kepada pengguna dan
secara tidak langsung turut meningkatkan harga a) Lakukan ujian mencuba produk
barangan berjenama kegemaran anda. Pasar raya sentiasa mengadakan ujian mencuba
produk baru secara percuma pada hujung
Produk generik pula tidak dipromosi dengan pelbagai minggu. Jika anda berfikir untuk beralih kepada
kaedah pengiklanan. Oleh itu, harganya lebih rendah. pilihan yang lebih murah, berikan sedikit masa
kepada jurujual untuk menjelaskan tentang
b) Persepsi terhadap Kualiti Makanan / produk kepada anda. Ia merupakan kaedah yang
Produk anda boleh cuba tanpa melibatkan sebarang kos.
Walau bagaimanapun, jika produk tersebut tidak
Apa yang sering menjadi pertikaian ramai pengguna menepati cita rasa anda, anda boleh membuat
ialah produk berjenama dikatakan mempunyai kualiti keputusan untuk kekal kepada produk berjenama.
yang lebih tinggi berbanding produk generik. Dengan membuat perbandingan antara produk
berjenama dengan produk generik ini, anda
Anda perlu menilai bahawa kos bagi menghasilkan dapat menilai produk yang sesuai untuk diri dan
kedua-dua produk ini sebenarnya mungkin sama keluarga anda.
kerana ia mungkin dikeluarkan oleh kilang yang sama.
Namun begitu, produk berjenama lebih mahal kerana
b) Dapatkan produk ketika promosi
ia memerlukan kos promosi atau iklan. Pengguna
sanggup membayar lebih kerana mempercayai Selain itu, anda juga boleh mencuba produk
produk berjenama mempunyai kualiti atau piawaian generik ketika jualan promosi atau diskaun. Anda
pengeluaran yang tinggi. juga boleh menggunakan kad mata ganjaran,
kupon dan baucer promosi yang dikeluarkan
Kedua-dua produk, iaitu berjenama atau generik oleh pasar raya. Ini juga merupakan kaedah yang
perlu mematuhi peraturan-peraturan di Malaysia di murah untuk mencuba produk baru.
bawah Akta Makanan 1983 (peraturan-peraturan lain,
termasuk Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan c) Memilih untuk membeli secara pukal
barangan runcit anda
Walaupun ia kelihatan seperti anda berbelanja
lebih, namun jika anda merancang pembelian,
maka ia dapat menjimatkan perbelanjaan.
Biasanya apabila sesuatu produk dibeli secara
pukal, harganya lebih rendah. Anda hanya
membeli secara pukal sekiranya produk tersebut
memang digunakan setiap hari dan tahan lama,
seperti kertas tisu, sabun pencuci pinggan dan
sebagainya.

Sumber: Diolah daripada artikel Desiree Nair, penulis Ringgitplus.


com.

6 • Ringgit
Ruangan Bersama NCCC

Isu Ubah Suai Rumah oleh


Kontraktor Bermasalah
Berdasarkan laporan tahunan Pusat Khidmat Aduan Selain itu, kontraktor juga dikatakan mengenakan
Pengguna Nasional (NCCC), aduan tentang sektor bayaran yang tinggi terhadap pengguna. Apabila
perumahan mencatatkan kedudukan kedua paling pengguna membuat laporan terhadap kerja yang
tertinggi, iaitu 19.4%. Jumlah ini berdasarkan kepada tidak memuaskan, kontraktor tersebut membaiki
aduan yang diterima daripada pengguna yang dan mengenakan caj dua kali terhadap pengguna
membuat laporan di NCCC. walaupun kesalahan tersebut adalah daripada mereka
sendiri.
Bagi mendapatkan khidmat kontraktor, pengguna
terpaksa mengeluarkan banyak wang dari puluhan Pengadu juga membuat aduan mengenai bumbung
ribu hingga mencecah beratus ribu ringgit. Tambahan yang bocor, dan walaupun ia masih dalam tempoh
pula, kos bahan binaan yang digunakan dalam industri waranti, namun kontraktor tidak mahu membaiki jika
semakin meningkat. Kebanyakan pengadu membuat pengadu tidak membayar untuk membaiki kerosakan
aduan terhadap kontraktor ubah suai rumah kerana tersebut.
tidak melakukan tugas mereka seperti yang dijanjikan.
Antaranya, menggunakan bahan binaan yang Undang-Undang
berkualiti rendah sehingga mengakibatkan bumbung
runtuh, dinding retak, kebocoran paip menyebabkan Sekiranya pengguna menghadapi kes seperti ini, anda
pengguna kecewa kerana telah membayar wang yang boleh memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan
banyak kepada kontraktor atas tugas tersebut. Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Seksyen 53,
Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Ringgit • 7
Tip • Pastikan anda menyimpan resit pembayaran
atau gambar sebagai bukti sekiranya kontraktor
• Selidik latar belakang kontraktor seperti
tersebut tidak mahu membaiki kerosakan
bertanyakan rakan kejiranan atau pelanggan-
tersebut dan anda ingin mengambil tindakan
pelanggan lain.
terhadap syarikat tersebut.
• Pastikan kontraktor tersebut berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Aduan
• Minta sebut harga / quotation sebelum anda Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03-7877 9000 atau
membayar sebarang deposit. myAduan@nccc.org.my.

• Sebelum menandatangani kontrak, pastikan


anda membaca terma dan syarat yang ditetapkan
dalam kontrak dengan teliti.

“Sebelum menandatangani kontrak, pastikan anda


membaca terma dan syarat yang ditetapkan dalam
kontrak dengan teliti.”

8 • Ringgit
Masalah Kewangan Anda

Bebanan Hutang Yang Tinggi


Saya berumur 30 tahun, bekerja di sebuah syarikat Jumlah bayaran bulanan yang saya tanggung
swasta dan telah berkhidmat selama 9 tahun. Saya sekarang adalah RM3,100. Gaji pokok serta OT
mempunyai bebanan hutang yang tinggi dan turut RM3,400 (pendapatan kasar,belum ditolak dengan
‘disenaraihitamkan’. Berikut adalah maklumat caruman KWSP sebanyak 11%).
kewangan saya:-
Persoalannya, bagaimana cara untuk saya selesaikan
RM hutang-hutang ini. Saya telah cuba membuat pinjaman
Pendapatan / Gaji Pokok 2200 daripada bank, tetapi gagal. Akibat masalah ini,
prestasi kerja saya merosot dan emosi saya turut
Kerja lebih masa (OT) 1200
terganggu. Saya cuba melakukan kerja-kerja
JUMLAH PENDAPATAN 3400
sampingan bagi menambah pendapatan, namun saya
kekurangan modal untuk memulakannya.
Perbelanjaan RM
Pinjaman Along (terpaksa kerana 1200 Insan terbeban hutang
permohonan bank ditolak)
Ansuran Kereta 450
Sewa Rumah 500 Jawapan:
Bil Utiliti 50
Langkah pertama, anda dinasihatkan untuk
Pengangkutan 300
merujuk kepada institusi kewangan yang memberi
Makanan /minuman 350
pinjaman ASB sekiranya anda mempunyai
Insurans Perubatan 250
lebihan atau keuntungan jika anda menjual
JUMLAH PERBELANJAAN 3100 semula saham ASB. Jika ada lebihan, anda boleh
gunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang
Hutang yang Tidak Berbayar RM anda.
Pinjaman ASB 30000
Bil YES (Jalur lebar) 1600 Langkah kedua, anda tentu sedia maklum
Bil Maxis (Tidak ketahui jumlah – tentang risiko apabila membuat pinjaman dengan
“Senarai hitam” CTOS) along. Anda perlu menyelesaikan hutang along
Bil Celcom (Tidak ketahui jumlah) terlebih dahulu dan diikuti hutang YES (jalur

Ringgit • 9
lebar) dan hutang-hutang lain. Anda hendaklah Langkah kelima, berdasarkan rekod hutang
berjumpa dengan pihak YES dan berbincang anda sebelum ini, anda berbelanja melebihi
untuk pengurangan bayaran serta sama ada daripada keperluan. Ubah gaya hidup anda
anda dibenarkan untuk membuat bayaran secara dan cari barangan keperluan asas yang lebih
ansuran. Begitu juga dengan hutang Celcom murah dan alternatif yang lain yang boleh
dan Maxis. menjimatkan perbelanjaan anda. Paling penting,
anda memikirkan keperluan anda sekarang
Langkah ketiga, anda boleh mendapatkan berbanding kehendak anda.
maklumat kredit anda daripada CTOS (mengikut
dakwaan, anda telah disenarai hitam oleh Maxis).
Laporan akan menunjukkan agensi-agensi
yang telah melaporkan status anda dalam
sistem rujukan mereka. Selepas penyelesaian
Masalah Kewangan Anda
hutang dibuat, anda hendaklah mendapatkan
surat pelepasan daripada agensi terbabit dan
Anda boleh menghantarkan masalah
mengemas kini status anda dalam senarai CTOS. berkaitan kewangan anda kepada
ringgit@crrc.org.my
Langkah keempat, hindari daripada menambah atau menulis kepada
hutang-hutang lain semasa anda dalam proses Ruangan Masalah Kewangan Anda,
menyelesaikan hutang-hutang sedia ada. Anda Ringgit,
perlu berjimat cermat dan berdisiplin sekiranya No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku
anda benar-benar ingin keluar daripada kemelut 47300 Petaling Jaya, Selangor
ini.

“Hindari daripada menambah hutang-hutang lain


semasa anda dalam proses menyelesaikan hutang-
hutang sedia ada.”

10 • Ringgit
Bank Negara Malaysia Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Talian Tol : 1-300-88-5465 Talian Tol : 1-800-88-2575
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my E-mel : enquiry@akpk.org.my
Laman sesawang : www.bnm.gov.my Laman sesawang : www.akpk.org.my

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Talian Tol : 1-300-88-9980 Talian am : 03-2272 2811
E-mel : banks@abm.org.my E-mel : enquiry@fmb.org.my
Laman sesawang : www.abm.org.my Laman sesawang : www.fmb.org.my ringgit@crrc.org.my

You might also like