Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN

CG GULIAH
27/07/2023
KATA SALUTASI HARUM CEMPAKA DI SISI BIDARA
INDAH REDUP DI HIAS MELATI
SALAM SEMBAH PEMBUKA BICARA
SULAMKAN MESRASATUKAN HATI
Assalamualaikum/warahmatullahi/wabarakatu/dan
Selamat Sejahtera

YANG BERUSAHA,
 TN HAJI KHALID BIN MUHAMMAD SHAH,PENGETUA SMKTU2

1 YANG DIHORMATI BARISAN KEPIMPINAN PENTADBIR SEKOLAH


 PN. MARYAM RABI’AH PONI BINTI AHMAD SHAH,PK
PENTADBIRAN
 PN. HAJAH NUR HASIBAH BINTI BUANG,PKHAL EHWAL MURID
 PN.AZRINA BINTI BAHARIM,PK KOKURIKULUM
 DR. MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR HUSIN,PK PENDIDIKAN KHAS

Bersyukur kita panjatkan ke hadrat illahi kerana dengan izin


dan inayah Nya,maka kita dapat berkumpul bersama-sama
pada pagi yang indah ini dalam mengikuti Majlis Perpisahan
dan Perpindahan guru yang diraikan iaitu Pn Tay Su Lee atau
lebih mesra dipanggil Cg Tay

Orang Jawa berdagang ke Kota


Singgah di Acheh membeli gamat
Tangan difarak,restu dipinta
Doa dipohon Moga selamat

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini marilah


kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibaca oleh sauradara mempersilakan
saudara
Untuk Mempimpin bacaan
1. doa,
Majlis mempersilakan,
1
Amin ya Rabbal alamin
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara
atas bacaan doa itu sebentar
tadi

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

LATAR Hadirin yang dikasihi sekalian,sebaik sahaja SMKTU 2 dibuka


2 BELAKANG pada tahun 2001,Cg Tay Su Lee merupakan antara guru
terawal yang mengajar di sekolah ini.Selama beliau berkhidmat
di sekolah ini selama 22 tahun,beliau telah mengajar subjek
Sains dan Kimia.Sepanjang beliau berada di sekolah ini,beliau
juga merupakan guru Unit Beruniform Kadet Bomba,guru
rumah sukan merah,ketua guru penasihat kelab STEM dan
guru permainan bola keranjang. Beliau juga menggalas jawatan
yang penting di sekolah kita,iaitu ketua panitia sains dan
matematik.

Hadirin sekalian,Cg Tay Su Lee merupakan seorang guru


yang berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(ACP) sebanyak 2 kali sepanjang beliau berkhidmat.Buat
pengetahuan semua marilah kita soroti perjalanan kehidupan
Cg Tay Su Lee.Beliau telah dilahirkan pada 23 Ogos
1973.Beliau merupakan anak jati Batu Pahat,Johor.Beliau
menuntut ilmu di SJK(C) Sulong semasa sekolah rendah dan
SMK Dato Sulaiman Ketika sekolah menengah.Setelah
itu,Beliau menyambung pelajarannya di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM).Cg TaySuLee telah menyambung pengajiannya
sehingga peringkat ijazah sarjana muda sains computer serta
Pendidikan selama 5 tahun.Untuk pengetahuan semua,beliau
pernah bekerja sebagai seorang promoter selepas menjadi
lepasn SPM. Namun begitu,beliau berfikir bahawa beliau
mampu untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik berbanding
menjadi seorang promoter. Perkara inilah yang mendorong
beliau untuk menjadi seorang guru.

Cg Tay Su Lee mempunyai citarasa beliau sendiri.Beliau


sangat menggemari hidangan ayam goreng.Untuk minuman
pula beiau sangat menyukai segala minuman jus.Untuk
pengetahuan semua,Cg Tay Su Lee gemar akan dengan warna
‘?’.Untuk mengisi waktu lapang pula,beliau selalu
menghabiskan masa dengan membaca bahan bacaan.Beliau
sangat menggemari genre ‘non-fiction’Tidak dilupakan juga Cg
Tay Su Lee juga mempunyai motto hidup iaitu “where there is
love,there is life”.

Akhir kata,sepanjang mengajar di sekolah ini beliau juga


mempunyai banyak kenangan manis dan pahit yang tidak dapat
dilupai.Segala memori semasa beliau mengajar akan sentiasa
tenteram di hati.Antara kenangan yang tidak boleh
dilupakannya ialah ketika Cg Tay Su Lee baru Sahaja menjadi
guru di sekolah ini selama 2 minggu, terjadinya sebuah
pegaduhan antara pelajar lelaki yang saling baling-membaling
kerusi sesama sendiri Ketika beliau sedang mengajar di dalam
makmal. Beliau juga ingat bahwa sekolah ini selalu didatangi
oleh anggota polis akibat kes salah laku disiplin pelajar seketika
dahulu. Beliau juga mengkongsikan bahawa kenangan manis
dan berharga sepanjang beliau berkhidmat di SMKTU 2 ini
ialah sebagai ketua panitia sains dan matematik. Beliau sangat
berterima kasih kepada tuan pengetua dan semua guru sains
yang membantu dalam penambahbaikan makmal. Cg Tay Su
Lee juga berpuas hati dan gembira Ketika mengajar pelajar
T5.Segala jasa dan pengorbanan Cg Tay Su Lee hanya tuhan
sahaja dapat membalasnyadan ini sudah sampai detik
waktunya beliau berpindah ke sekolah baharu.
Tinggi-tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tak akan hilang
Tetapi menjadi kenang-kenangan
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang ditaburkan oleh yang diraikan Cg Tay Su Lee
sepanjang perkhidmatan beliau di SMKTU2 sebagai guru yang
amat disayangi semua.

UCAPAN Para hadirin sekalian,majlis menjemput Tuan pengetua Tn


PENGETUA Haji Khalid bin Muhammad Shah untuk memberikan ucapan.
3 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


.di atas ucapan sebentar itu tadi
UCAPAN WAKIL Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
MURID Itu adat,itu lumrah kehidupan
Begitu rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi Kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandug badan

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalin,


saya percaya banyak kata-kata yang ingin diluahkn,yang di
bicarakan dalam hati masing-masing Majlis menjemput wakil
4 murid untuk memberikan ucapan mereka,Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan saudara/saudari
1. NATASHA SOFEA BINTI MOKTAR dari kelas 5UKM
2. AISYAH UMAIRAH BTE ABD RAHIM dari kelas 5UKM
3. AMMAR HAKIM dari kelas 5 USM

Terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari di atas


ucapan yang penuh bermakna itu kepada tidak lain dan tidak bukan
guru yang diraikan Cg Tay Su Lee.

UCAPAN CG Buah selisih di dalampuan


GULIAH Dibawa gadis ke tengah laman
Segala kenangan dan jasamu tuan
Sentiasa tersemat dalam ingatan

Hadirin yang dihasihi sekalian,


5 Tibalah masa untuk mendengar ucapan yang ditunggu-tunggu
oleh yang diraikan lagi dikasihi Cg Tay Su Lee.Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

Majlis mengucapkan ribuan penghargaan kepada Cg Tay Su


Lee di atas ucapan dan bicara akhir yang disampaikan itu tadi.

PENYAMPAIAN Malam hari berlagu unggas


CENDERAMATA Memecah hening malam kesunyian
Walaupun bersara dari tugas
Budimu tuan dalam ingatan
7 Hadirin yang dikasihi sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan insan yang kita raikan pada
hari ini iaitu Cg Tay Su Lee
Sebelum itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan kepada
untuk mengiringi naik
ke atas pentas untuk memberikan cenderamata kepada Cg Tay
Su Lee
Majlis seterusnya dengan segala hormatnya mempersilakan Cg
Tay Su Lee untuk tampil naik ke atas pentas dan menerima
cenderamata daripada pihak SMKTU2

Majlis mengucapkan jutaan penghargaan kepada


dan di atas penyampaian cenderamata
kepada insan yang kita raikan pada hari ini Cg Tay Su Lee
PERSEMBAHAN Sudah teradat si anak lelaki
TINGATAN 5 Mati berjuang berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini marilah sama-sama
kita saksikan persembahan daripada tingkatan 5 yang akan
8 menyanyikan lagu yang bertajuk:
1.MEMORI TERCIPTA (SHILA AMZAH)
2.
3.
4.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Untuk murid-murid yang lain anda dialu-alukan untuk bernyanyi
bersama-sama

Demikianlah tadi persembahan nyanyian yang sungguh


menyentuh hati daripada murid tingkatan 5.

SESI BERSALAM- Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan sesi bersalam-
SALAMAN salaman bersama Cg Tay Su Lee
BERSAMA CG
GULIAH

PENUTUP Hadirin yang dikasihi sekalian,


Majlis sudah sampai ke penghujungnya,saya SITI AISYAH dan
ALFINA NUR NATASYA selaku pengacara majlis ingin
memohon maaf andai ada salah silap sepanjang kami
10 mengacarakan majlis ini

Pergi ke dusun memetic kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua lagi

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Perpisahan dan


perpindahan kita pada hari ini.Sekian sahaja,salam hormat Wa
BillaHit Taufiq walHidayah Wassalamu’ alaikum’ wa rahmatullahi
wa barakatuh
11 Seterusnya saya serahkan majlis kepada guru bertugas

You might also like