Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

DBF 2113 MAKROEKONOMI

TAJUK:
KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN EKONOMI DUA SEKTOR DAN BAGAIMANA
EKONOMI DUA SEKTOR MENENTUKAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA
MENGGUNAKAN KAEDAH AGREGAT PERMINTAAN-AGREGAT PENAWARAN (AD-
AS).

DEFINISI

Ekonomi dua sektor ialah kegiatan ekonomi dijalankan oleh isi rumah dan firma sahaja dan
sektor kerajaan dan sektor negara asing tidak wujud.

KOMPONEN DALAM EKONOMI DUA SEKTOR

I. Isi rumah
Unit kediaman asas yang pengeluaran ekonomi, penggunaan, warisan,
pemeliharaan kanak-kanak dan perlindungi diatur dan dilaksanakan. Istilah ini tidak
semestinya merupakan sinonim kepada keluarga.
Juga merupakan unit asas analisi untuk banyak model sosial, mikroekonomi dan
pemerintahan. Ia merujuk kepada semua individu yang tinggal di dalam kediaman
yang sama. Sebenarnya, kedua-dua itu tidak mempunyai perhubungan satu dengan
satu. Serupa juga, kebanyakan model ekonomi tidak mengendahkan sama ada
sesuatu anggota isi rumah itu merupakan anggota keluarga atau tidak daripada segi
tradisional.
II. Firma
Badan atau intitusi perusahaan atau perniagaan sah yang ditubuhkan untuk
menyediakan barang atau perkhidmatan kepada pengguna. Paling berpengaruh
dalam ekonomi kapitalis, kebanyakannya dimiliki orang perseorangan atau kumpulan
dan orang tidak penting.

This study source was downloaded by 100000828045806 from CourseHero.com on 03-25-2024 13:44:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/94444909/ASSIGNMENT-MAKROEKONOMIdocx/
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN EKONOMI DUA SEKTOR

Aliran pusingan pendapatan antara sektor dengan kedua-dua barangan dan pasaran buruh
melibatkan aliran fizikal dan aliran tunai. Aliran ini dapat lihat dalam Rajah 3.1 berikut:

Rajah 3.1 Aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi dua sektor

Aliran fizikal boleh berbentuk barang dan perkhidmatan, manakala aliran tunai boleh
berbentuk yuran, sewa, faedah, keuntungan dan pembayaran bagi penggunaan barang dan
perkhidmatan.

Firma menghasilkan kuantiti tertentu bagi barang dan perkhidmatan dalam tempoh tertentu.
Ia dikenali sebagai output agregat (Y). Oleh sebab setiap ringgit yang dibelanja diterima
sebagai pendapatan oleh orang lain, output agregat dan pendapatan agregat adalah sama.

Apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, dan usahawan)
kepada sektor firma (Aliran Faktor), sektor isi rumah menerima pendapatan dalam bentuk
upah dan gaji, sewa, bunga, dan untung (Aliran Pendapatan).

Daripada pendapatan ini, sebahagian besar akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan)


terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang),
manakala bakinya disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan).

Tabungan di dalam institusi kewangan akan dipinjamkan kepada para pelabur yang
seterusnya akan digunakan untuk membuat pelaburan dalam sektor firma (Aliran
Pelaburan).

This study source was downloaded by 100000828045806 from CourseHero.com on 03-25-2024 13:44:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/94444909/ASSIGNMENT-MAKROEKONOMIdocx/
KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA BAGI EKONOMI DUA SEKTOR

Permintaan agregat (AD) ialah jumlah keluaran negara benar yang diminta oleh semua
sektor ekonomi pada pelbagai tingkat harga umum.Keluk AD bercerun negatif iaitu
mencerun ke bawah dr kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan songsang antara tingkat
harga umum dengan keluaran negara benar dengan andaian ceteris peribus.

Faktor-faktor yang mempengaruhi AD :

1. Perubahan AE iaitu C, I, G, X-M


2. Perubahan Cukai (T)
3. Perubahan bekalan wang (MS)

Penawaran agregat (AS) ialah jumlah keluaran negara benar yang di tawarkan oleh semua
firma pada pelbagai tingkat harga umum.Keluk AS bercerun positif iaitu mencerun ke atas
dari kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan langsung antara tingkat harga umum dengan
keluaran negara benar dengan andaian ceteris peribus.

Faktor-faktor yang mempengaruhi AS :

1. Perubahan harga input


2. Perubahan kos buruh
3. Perubahan tingkat teknologi
4. Perubahan cukai input
5. Perubahan kos pengeluaran

This study source was downloaded by 100000828045806 from CourseHero.com on 03-25-2024 13:44:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/94444909/ASSIGNMENT-MAKROEKONOMIdocx/
PENINGKATAN PENGGUNAAN

Keseimbangan PN asal tercapai pada titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga
umum dan PN iaitu P dan Y.

Peningkatan penggunaan menyebabkan perbelanjaan agregat meningkat. Maka keluk AD


beralih ke kanan dr AD kepada AD1.

Pada P, AD1 > AS sebesar YY2. Lebihan AD menyebabkan harga umum cenderung untuk
naik. Peningkatan harga umum menyebabkan AD berkurang manakala AS meningkat.
Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.

Oleh itu, keseimbangan PN baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AS = AD1 pada tingkat
harga umum dan PN iaitu P1 dan Y1.

Kesan, harga umum dan PN naik dari P kepada P1 dan Y kepada Y1.

This study source was downloaded by 100000828045806 from CourseHero.com on 03-25-2024 13:44:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/94444909/ASSIGNMENT-MAKROEKONOMIdocx/
PENGURANGAN KOS PENGELUARAN

Keseimbangan PN asal tercapai pada titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga
umum dan PN iaitu P dan Y.

Pengurangan kos pengeluaran menyebabkan firma meningkatkan pengeluaran. Maka keluk


AS beralih ke kanan dr AS kepada AS1.

Pada P, AS1 > AD sebesar YY2. Lebihan AS menyebabkan harga umum cenderung untuk
turun. Penurunan harga umum menyebabkan AS berkurang manakala AD meningkat.
Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.

Oleh itu, keseimbangan PN baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AS1 = AD pada tingkat
harga umum dan PN iaitu P1 dan Y1.

Kesan, harga umum turun dari P kepada P1 dan PN naik dari Y kepada Y1.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Keseimbangan pendapatan negara ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang
dilakukan oleh sebuah ekonomi ( sektor isi rumah dan sektor firma ) adalah sama dengan
jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut atau
permintaan agregat ( AD ) sama dengan penawaran agregat ( AS ).

This study source was downloaded by 100000828045806 from CourseHero.com on 03-25-2024 13:44:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/94444909/ASSIGNMENT-MAKROEKONOMIdocx/
RUJUKAN

Nota DBF 2113 MAKROEKONOMI KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

https://ms.wikipedia.org/wiki/Isi_rumah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat

http://mysirfadli.blogspot.com/p/bab-3-penentuan-keseimbangan-pendapatan.html

http://makroekonomistpm.blogspot.com/2008/10/aliran-pusingan-pendapatan-dalam.html

https://www.slideshare.net/arhima/makroekonomi-68779786

This study source was downloaded by 100000828045806 from CourseHero.com on 03-25-2024 13:44:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/94444909/ASSIGNMENT-MAKROEKONOMIdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like