Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERKARA : PROPOSAL KERJA KURSUS SEJARAH

SEMESTER : 2
JUMLAH PENULISAN : 2,500 - 3,000 patah perkataan
NAMA : Isaac Isaiah Tendahal
NO. KP : 050723-12-0985
KELAS : Pra-Universiti Rendah 3 (PUR3)
TAJUK : Sejarah Perkembangan Agama Kristian dalam kalangan suku kaum Kadazan di
Sabah dari tahun 1980 hingga tahun 2020.

PENGENALAN
Pada era 1950-an dan awal 1960-an, telah tersebar satu teori masyarakat yang mengatakan
bahawa istilah "Kadazan" merupakan derivatif daripada perkataan "kakadazan" yang
bermaksud pekan/bandar, atau "kadai" yang bermaksud kedai.
Sebelum menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi kaum Kadazan, kaum ini
mengamalkan kepercayaan Pagan. Kajian ini memberikan tumpuan kepada bagaimana latar
belakang kumpulan etnik Kadazan dan perkembangannya apabila diperkenalkan agama
Kristian dalam adat dan budaya sosial.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji asal usul kaum kadazan di Sabah sebelum
perkembangan agama Kristian.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perkembangan agama Kristian di
Sabah.
Akhir sekali, kajian ini juga mempunyai objektif untuk mengkaji kesan agama Kristian
dalam budaya kaum Kadazan.

PERMASALAHAN KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN


Kajian terhadap suku kaum yang bertempat dalam Borneo kurang dikaji oleh orang luar yang
mengakibatkan pencarian tentang asal usul dan gaya hidup suku kaum dalam Sabah seperti
kaum Kadazan yang mempunyai banyak artikle diterbitkan oleh wartawan tempatan. Namun
begitu, kaum Kadazan masih tidak mempunyai pendedahan yang mendalam. Oleh itu,
terdapat beberapa persoalan dalam kajian ini iaitu:
Apakah asal usul kaum kadazan yang bertempat di Sabah ?
Selain itu, bagaimanakah perkembangan agama Kristian dalam kalangan kaum Kadazan
di Sabah ?
Akhir sekali, apakah impak agama Kristian kepada sosiobudaya dalam kaum Kadazan?

SKOP KAJIAN
Skop kajian ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu biografikal kajian, geografikal kajian
dan kronologikal kajian. Dari segi biografikal kajian, ia memberi tumpuan kepada Kaum
Kadazan.
Bahagian skop kajian dari geografikal pula ialah bertempat di Sabah, Malaysia. Salah satu
negeri yang mengamalkan budaya agama Kristian pada masa kini.
Dari aspek kronologikal pula, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1950 hingga
tahun 2020. Tempoh kajian ini merangkumi 70 tahun bagi memperlihatkan perkembangan
agama Kristian dalam kalangan kaum Kadazan.
SOROTAN KAJIAN LEPAS :
Apabila ingin mengkaji tentang sejarah perkembangan agama Kristian dalam kalangan kaum
Kadazan di Sabah, saya mendapati bahawa kaum Kadazan kurang dikaji oleh orang lua. Ini
mengakibatkan pencarian dan perolehan maklumat bertambah sukar. Namun begitu, terdapat
kajian lain yang diterbitkan oleh wartawan tempatan dari aspek kaum Kadazan yang lain.

Menurut kajian Suraya Sintang yang bertajuk 'Penganutan Agama Islam dan Agama
Kristian di dalam kalangan maysarakat Kadazan Dusun di Sabah' yang diterbitkan pada tahun
2003 dengan jumlah 22 halaman muka surat mengatakan bilangan Kadazandusun yang
bertempat di Sabah yang beragama Kristian lebih besar daripada Kadazandusun yang
beragama Islam dengan nisbah (4:1). Kajian tersebut juga mengatakan masyarakat
Kadazandusun lebih cenderung memilih agama Kristian daripada agama Islam apabila
pendaftaran agama rasmi mereka.

Selain daripada itu, terdapat juga kajian lepas karya B. Mallek dari institusi UM
(University of Malaya) yang menerbitkan kajiannya dalam laman web 'UM Students'
Repository' pada tahun 1999. Kajiannya bertajuk 'Sejarah dan Perkembangan Agama Kristian
kini' yang merupakan bab 1 dari kajiannya yang lain. Kajian ini menjelaskan kepercayaan
Agama Kristian, latar belakangnya dan perkembangannya secara global. Dengan jumlah 89
muka surat, kajian ini memberikan tumpuan kepada perkembangan agama Kristian yang
merupakan salah satu fokus untuk kajian ini.

Seterusnya, terdapat kajian lain iaitu kajian bertajuk 'Toleransi Etnik Melalui Perayaan
Orang Asal di Sabah: Aplikasi Teori Tingkah Laku Terancang' karya C. Andin yang
diterbitkan dalam laman sesawang UKM 'Universiti Kebangsaan Malaysia' dengan jumlah 20
muka surat, mengkaji toleransi etnik melalui perayaan di Sabah.

Alhasil, kajian yang terakhir merupakan kajian yang dikaji pada tahun 2014 dan akhirnya
diterbitkan atas talian pada tahun 2019. Karya bertajuk 'Analisis Kepercayaan Etnik
Kadazandusun Sabah Dalam Antologi Tangon' yang dikaji oleh Norsuhaila Sulaiman dan
Asmiaty Amat yang merupakan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini merupakan
analisis pengamalan kepercayaan dalam kumpulan etnik Kadazandusun. Menurut kajian
tersebut, kepercayaaan Kadazan merangkumi satu dewa yang bermaha kuasa yang bernama
Kinohoringan. Walaupun begitu, kaum Kadazan pada zaman kini tidak lagi mengamalkan
kepercayaan itu oleh kerana telah mempunyai ajaran agama Kristian

KAEDAH KAJIAN
Dalam kaedah kajian ini, penyelidik (saya) menggunakan 3 kaedah iaitu :

Kaedah pertama yang digunakan untuk menerusi kajian ini ialah dengan kepustakaan.
Kaedah ini ialah satu proses mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber kajian melalui
akhbar, buku dan jurnal.
Lain daripada itu ialah kaedah temubual. Kaedah ini melibatkan rancangan sesi temubual
dengan saksi yang mempunyai ilmiah bagi membantu kajian ini.
Akhir sekali, kajian ini juga menggunakan kaedah kajian lapangan di mana pengkaji akan
bergerak ke suatu tempat ke tempat yang lain bagi mengkaji makulmat dengan tempat-tempat
berkenaan dengan tajuk perkembangan agama Kristian dalam kalangan kaum Kadazan.
Contohnya, pembinaan gereja.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan agama Kristian secara umum. Bahagian ini juga menjelaskan latar
belakang agama Kristian dan perkembangannya secara global sehingga ia sampai ke Asia
Tenggara.

ISI
Bahagian ini menjelaskan asal usul kaum kadazan termasuklah gaya hidup kaum mereka.
Selain daripada itu, bahagian ini juga mampu menjelaskan sejarah penyebaran agama Kristian
dalam Malaysia sehingga tersebar di Sabah. Akhir sekali, bahagian ini menjelaskan
perkembangan agama Kristian dalam kaum Kadazan hingga kini.

KESIMPULAN
Dalam bahagian ini, penulis akan merumuskan balik hasil kajian yang diperolehi.

PENUTUP
Penulis dapat memperlihatkan bagaimana perkembangan

BIBLIOGRAFI " https://en.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun#:~:text=The%20influence


%20of%20the%20English,rising%20to%20prominence%20amongst%20Kadazans
- Kadazan Dusun, menurut Wikipedia

https://www.ukessays.com/essays/english-literature/origins-of-the-kadazan-people-english-
literature-essay.php#:~:text=It%20was%20said%20that%20the,'Aragang'%20which
%20means%20red
- Origins of The Kadazan People , UKEssays

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/4088/1956/10098
- Suraya Sintang, 2003

https://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/download/3203/1642/
- Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014

http://journalarticle.ukm.my/20992/1/Toleransi%20Etnik%20Melalui%20Perayaan%20Orang
%20Asal%20di%20Sabah%20Aplikasi%20Teori%20Tingkah%20Laku%20Terancang.pdf
- UKM,

http://studentsrepo.um.edu.my/1624/4/BAB_1.pdf
- B. Mallek , 1999

You might also like