BAB 2 Kajian Literatur

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan dan membincangkan mengenai kaedah serta isu yang
terlibat dalam penulisan yang telah dijadikan oleh penyelidik terdahulu.
Melalui kajian literatur ini, maklumat tersebut dapat membantu penyelidik
dalam melaksanakan kajian sebenar.

2.2 Konsep darab

Menurut Kamus Dewan (2013), pendaraban di definisikan sebagai perkalian,


perbanyakkan dan penggandaan. Pendaraban boleh dimaksudkan sebagai
tindakan menghubungkan antara set-set (kumpulan-kumpulan) yang sama
seperti maksud penambahan.
Tajuk pendaraban merupakan salah satu tajuk yang amat penting di
dalam subjek Matematik oleh Zainuddun dan Rahidi (2007). Aplikasi fakta
asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di
dalam Matematik seperti tajuk penambahan, perpuluhan, ukuran jarak,
matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Dalam kajian Goh
(2010) yang telah menyokong dengan pendapat tersebut, sekiranya murid
tidak tahu akan operasi kira darab, ia akan membawa kesukaran kepada
mereka untuk mempelajari topik-topik matematik yang melibatkan
pendaraban.

Disediakan oleh : Nik Aizon binti Nik Baidilleh Page 1


Barmby (2009) menyatakan konsep pendaraban adalah lebih sukar
dikuasai oleh murid berbanding kemahiran penambahan dan penolakkan
nombor. Ia disebabkan oleh proses mendarab yang melibatkan proses yang
lebih kompleks dan rumit jika dibandingkan dengan penambahan dan
penolakan.

2.3 Pendaraban dalam kaedah sullam suur

Pendaraban dalam kaedah sullam suur adalah inovasi terkini bagi


meningkatkan pemahaman operasi darab aritmetik pada hari ini. Ia mula
dicipta oleh Encik Mohd Zaid bin Mat Isa, Encik Nik Lukman bin Nik
Yaacob, Encik Mohamad Zahiri bin Mohd Khozi yang mana kesemuanya
adalah guru yang mengajar di SK Tanjung Perang, Maran, Pahang pada
tahun 2013. Kaedah Sullam Suur ini dipilih mewakili Pahang dalam
Pertandingan Guru Inovatif 2013 kategori berkumpulan.

2.3.1 Cara mendarab menggunakan kaedah sullam suur


i. Pendaraban dengan nombor satu digit.

Disediakan oleh : Nik Aizon binti Nik Baidilleh Page 2


i. Pendaraban
dengan nombor
dua digit.

Disediakan oleh : Nik Aizon binti Nik Baidilleh Page 3


Disediakan oleh : Nik Aizon binti Nik Baidilleh Page 4
2.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan murid dalam
operasi mendarab secara tradisional

Punca-punca pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan


kepada dua bahagian. Punca pertama daripada faktor biologi dan keduanya
daripada faktor psikososial.

Faktor biologi merangkumi aspek baka dan aspek penyakit-penyakit


yang boleh menjejaskan fungsi otak dan saraf seperti kekurangan oksigen
semasa kelahiran, menigtis (lembam lapisan otak) dan sawan yang
berpanjangan. Kandungan plumbum yang tinggi dalam darah seseorang
kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran yang telah
disedari oleh pakar kanak-kanak.

Disediakan oleh : Nik Aizon binti Nik Baidilleh Page 5


Faktor psikososial sentiasa mewujudkan masalah pembelajaran.
Pengaruh keadaan sekeliling yang tidak sihat, kurang perhatian daripada ibu
bapa kurang rangsangan dan taraf kemiskinan akan menyebabkan kanak-
kanak mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, masalah dari kedua-dua
faktor ini saling berkaitan. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu
diberikan rawatan dengan teliti dengan pendekatan yang bersaingan.

Beberapa kecuaian yang sering dilakukan oleh murid-murid dapat


dikenal pasti oleh pengkaji semasa melaksanakan ujian Pra. Di antara
kecuaian yang dilakukan oleh mereka adalah seperti berikut :

(i) Murid sering melakukan kesilapan sewaktu melakukan pendaraban


secara lazim terutamanya bagi pendaraban yang melibatkan
pengumpulan semula;

(ii) Murid dilihat menghadapi kesukaran untuk menggunakan prosedur


yang betul. Ini kerana besar kemungkinan bentuk lazim yang
digunakan sangat serupa dengan susunan nombor bagi bentuk lazim
tambah dan tolak;

(iii) Kekeliruan dan kesukaran juga dapat dilihat ketika murid hendak
mengumpul semula di mana murid tidak mengumpul semula tetapi
menulis semua nombor yang diperolehi daripada sifir di dalam tempat
jawapan; dan

(iv) Murid mengabaikan digit yang perlu dikumpul semula dan menulis
jawapan bagi digit dibelakang hasil darab setiap digit.

2.5 Kajian lepas

Disediakan oleh : Nik Aizon binti Nik Baidilleh Page 6


Menurut Cooper (1994) di dalam kajian Goh (2011), sesetengah pelajar
mendapati corak pembelajaran yang berlainan berguna dalam mempelajari
pendaraban. Menurut Janting (2005), bahan maujud perlu digunakan dalam
PdP kerana murid-murid sekolah rendah memerlukan sesuatu yang konkrit
untuk memudahkan pemahaman murid. Tidak ada sesuatu pendekatan yang
paling mudah untuk menguasai sifir. Sebaliknya, penggunaan pelbagai
pendekatan yang bersesuaian dengan sifir darab tertentu adalah lebih baik.

Pengiraan di dalam bentuk lazim atau tradisonal ini juga


mendatangkan masalah kepada murid. Oleh itu, pembelajaran pada masa kini
perlu dipertimbangkan dengan teliti oleh pihak sekolah dengan mempelajari
pelbagai kaedah bagi memudahkan murid memahami konsep pendaraban
dengan lebih baik.

Salah satu kaedah yang digunakan adalah kaedah sullam suur yang
diperkenalkan oleh 3 orang guru dari SK Tanjung Perang, Maran. Pengkaji
telah mensasarkan 30 orang murid dari tahun 5 Hafsah yang mengalami
masalah pembelajaran dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini dilaksanakan
selama lapan minggu dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan
kuantitatif. Dapatan kajian dibincangkan mengikut persoalan kajian. Hasil
kajian menunjukkan Kaedah Sullam Suur telah berjaya meningkatkan
markah prestasi sekaligus mewujudkan minat pembelajaran Matematik
responden khususnya dalam topik operasi darab. Dengan catatan pencapaian
prestasi pada purata 13.3% dalam Ujian Pra dan 83.4% dalam ujian Pasca.
Kumpulan kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 70.1%
setelah menggunakan Kaedah Sullam Suur sepenuhnya ketika menjawab
soalan berkenaan operasi darab.

Disediakan oleh : Nik Aizon binti Nik Baidilleh Page 7


Kajian ini adalah untuk menunjukkan bahawa mendarab dengan
menggunakan kaedah sullam suur dapat membantu murid untuk mendarab
nombor dengan betul. Murid sering kali membuat kesilapan dalam mendarab
dengan menggunakan bentuk lazim. Justeru itu, pengkaji telah menggunakan
teknik sullam suur berdasarkan kajian lepas bagi menggantikan teknik
mendarab di dalam bentuk lazim.

2.6 Rumusan

Pendaraban menggunakan kaedah Sullam Suur merupakan satu inovasi yang


baru dalam kemahiran mendarab dan membahagi nombor bulat yang sesuai
digunakan untuk sekolah rendah atau sekolah menengah sebagai alternatif
kepada kaedah lazim. Kaedah ini memiliki beberapa kelebihan jika
diamalkan dalam sistem pendaraban. Antara kelebihan kaedah ini ialah lebih
bersifat sistematik dan mudah difahami, tidak mengelirukan bagi proses
pengumpulan semula, dan kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana
penggunaan tangga memisahkan antara dua digit nombor yang di darab.

Disediakan oleh : Nik Aizon binti Nik Baidilleh Page 8

You might also like