Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SKEMA AMALI SAINS TING 4

BAB 9 KIMIA INDUSTRI

TUGASAN 1

(a) Pernyataan masalah

Adakah aloi lebih tahan kakisan berbanding dengan logam tulen.

(b) Tujuan

Untuk mengkaji perbezaan ketahanan terhadap kakisan antara aloi dengan logam tulen.

(c) Hipotesis

Aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen.

(d) Pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasi : jenis paku


Pemboleh ubah bergerak balas : kehadiran lapisan perang pada paku
Pemboleh ubah dimalarkan : sais paku // jenis larutan

(e) Radas dan bahan

Bahan : sebatang paku besi, sebatang paku keluli, larutan natrium klorida
Radas : tabung uji

(f) Prosedur

1. Isikan dua tabung uji dengan larutan natrium klorida dan labelkan A dan B
2. Bersihkan paku keluli dan paku besi dengan kertas pasir.
3. Masukkan paku besi dalam tabung uji A dan paku keluli dalam tabung uji B.
4. Birkan eksperimen selama 3 hari.
5. Perhatikan dan rekodkan keadaan paku.

(g) Pemerhatian

Jenis paku kehadiran lapisan perang pada paku


Paku besi Ya
Paku keluli Tiada
SKEMA AMALI SAINS TING 4

(h) Mentafsir data

Kehadiran lapisan perang pada paku besi manakala paku keluli tiada lapisan perang.

(i) Membuat kesimpulan

Hipotesis diterima // tidak diterima.


Aloi lebih tahan kakisan berbanding logam tulen.

Perbincangan :

1. Insferens
Tiada kehadiran lapisan perang pada paku keluli kerana paku keluli lebih tahan kakisan
daripada paku besi.

2. Hubungan
Apabila menggunakan paku keluli, tiada kehadiran lapisan perang pada permukaan paku.

3. Definisi secara operasi bagi aloi


Aloi ialah bahan yang menyebabkan tiada kehadiran lapisan perang pada permukaan paku
apabila paku dimasukkan ke dalam larutan natrium klorida.

4. Tugu negara diperbuat daripada gangsa kerana gangsa ialah aloi. Aloi lebih tahan karat dan
lebih kukuh berbanding dengan aloi lain dan logam tulen.

5. Cadangkan aloi yang sesuai digunakan untuk membina jambatan. Wajarkan jawapan anda.
Keluli. Kerana lebih kuat dan keras.
SKEMA AMALI SAINS TING 4

BAB 6 SOKONGAN, PERGERAKAN DAN PERTUMBUHAN

TUGASAN 2

(a) Pernyataan masalah

Adakah tulang berongga lebih kuat daripada tulang padat?

(b) Tujuan

Untuk membandingkan kekuatan tulang padat dengan tulang berongga.

(c) Hipotesis

Tulang berongga adalah lebih kuat daripada tulang padat.

(d) Pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasi : Jenis silinder


Pemboleh ubah bergerakbalas : Bilangan buku teks
Pemboleh ubah dimalarkan : Panjang silinder

(e) Radas dan bahan

kertas A4, pita selofan, buku teks, penutup kotak dan gunting.

(f) Prosedur

1. Buatkan empat gulung kertas dengan diameter ukuran 2.5 cm.


2. Lekatkan ke atas penutup kotak dengan pita selofan. Namakan struktur itu sebagai
Model K.
3. Buatkan empat gulung kertas yang lebih padat. Lekatkan gulungan kertas padat itu
ke atas penutup kotak. Namakan struktur ini sebagai Model L.
4. Letakkan buku teks ke atas Model K dan Model L satu demi satu sehingga
gulungan kertas bengkok.
SKEMA AMALI SAINS TING 4

(g) Pemerhatian

Jenis silinder Bilangan buku teks


Berongga 29
Padat 7

(h) Mentafsir data

Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder berongga 29 buah manakala
silinder padat ialah 7 buah.

(i) Membuat kesimpulan

Hipotesis diterima. Tulang berongga (silinder berongga) adalah lebih kuat daripada
tulang padat (silinder padat).
Perbincangan :

1. Insferens

Silinder berongga dapat menyokong lebih buku berbanding silinder padat kerana
silinder berongga adalah lebih kuat daripada silinder padat.

2. Hubungan

Silinder berongga menyokong menyokong lebih buku berbanding silinder padat .

3. Definisi operasi bagi kekuatan tulang.

Kekuatan tulang ialah bahan yang menyebabkan lebih banyak buku dapat disokong
apabila buku diletakkan satu per satu di atas penutup kotak.

4. contoh haiwan yang mempunyai tulang berongga - burung

5. Mengapakah kekuda jambatan ini diperbuat daripada struktur berongga.

Struktur berongga lebih ringan dan lebih kuat.


SKEMA AMALI SAINS TING 4

BAB 11 DAYA DAN GERAKAN

TUGASAN 3

(a) Pernyataan masalah

Adakah masa yang diambil oleh suatu objek yang jatuh bebas sama dengan masa
yang diambil oleh suatu objek bukan jatuh bebas untuk sampai ke permukaan bumi.

(b) Tujuan

Untuk mengkaji masa yang diambil oleh objek jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.

(c) Hipotesis

Masa yang diambil oleh objek yang jatuh bebas untuk sampai ke bumi adalah lebih
singkat berbanding dengan objek yang bukan jatuh bebas.

(d) Pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasi : kehadiran udara


Pemboleh ubah bergerakbalas : masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup
getah
Pemboleh ubah dimalarkan : ketinggian objek

(e) Radas dan bahan

Cebisan kertas, tiub silinder lut sinar, pam vakum dan penutup getah.

(f) Prosedur

1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas.


2. Masukkan cebisan kertas ke dalam tiub silinder lut sinar.
3. Tutup hujung terbuka tiub silinder dengan penutup getah dengan ketat.
4. Sambungkan tiub silinder lut sinar itu kepada pam vakum.
5. Terbalikkan tiub silinder itu dengan pantas dan biarkan cebisan kertas jatuh. Catatkan masa
yang diambil untuk cebisan kertas jatuh ke atas penutup getah.
6. Pam keluar udara di dalam tiub silinder itu dan ulang langkah 5.
SKEMA AMALI SAINS TING 4

(g) Pemerhatian

Kehadiran udara Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup
getah (s)
Ada 5
Tiada (vakum) 2

(h) Mentafsir data

Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah keadaan vakum (jatuh bebas)
lebih singkat daripada kehadiran udara (jatuh bukan bebas).

(i) Membuat kesimpulan

Hipotesis diterima. Masa yang diambil oleh objek yang jatuh bebas untuk sampai ke
bumi adalah lebih singkat berbanding dengan objek yang bukan jatuh bebas.

Perbincangan :

1. Insferens :

Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah keadaan vakum (jatuh bebas)
lebih singkat daripada kehadiran udara (jatuh bukan bebas) kerana tiada rintangan udara.

2. Hubungan:

Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah dalam keadaan vakum lebih
singkat.

3. Definisi secara operasi bagi jatuh bebas.

Jatuh bebas ialah Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah dalam keadaan
vakum lebih singkat apabila cebisan kertas dimasukkan ke dalam tiub silinder lut sinar.

4. Cara untuk mengawal pemboleh ubah dimalarkan

Ketinggian objek dilepaskan mestilah sama.

5. Objek pertama yang sampai ke dasar silinder, jika syiling ditukarkan kepada daun.

Daun dan bulu ayam.

You might also like