Sungkupan Kuzan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENDAHULUAN

Membaris ialah satu aktiviti untuk menentukan dan menanda jarak tapak
penanaman di ladang berdasarkan jarak tanaman yang telah ditetapkan.
Selepas membaris penyediaan lubang tanaman boleh dilakukan. Lubang
tanaman adalah satu luabng yang digali mengikut spesifikasi tertentu yang
digunakan sebagai tapak untuk menanam sesuatu jenis pokok.

Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah


berhampiran pangkal tanaman. Penyungkupan ialah satu proses menutup
permukaan tanah dengan bahan - bahan tertentu dengan cara yang
disyorkan.

TUJUAN
Tujuan laporan ini disediakan adalah untuk melaporkan tentang aktiviti
penyediaan kawasan tanaman iaitu lakukan kerja - kerja membaris, membuat
lubang tanaman kemudian lakukan sungkupan.

SENARAI SEMAK PERALATAN, PERKAKASAN DAN BAHAN


BIL PERALATAN/PERKAKASAN UKURAN KUANTITI
1. Cangkul - 1:2

2. Kayu Penanda - 1:2

3. Pelan Lakaran - 1:2

4. Penebuk lubang - 1:2

5. Pita Pengukur - 1:2

6. Skop Tanah - 1:2

7. Tali - 1:2
8. Plastik silvershine - 1 gulung
LANGKAH - LANGKAH KERJA MEMBARIS, MEMBUAT LUBANG
TANAMAN DAN SUNGKUPAN.

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA


1. Cari kayu pancang 1.1 Kayu pancang haruslah kayu
yang tidak reput dan mampu
bertahan dalam kadar yang
diinginkan.

1.2 Kayu pancang diperlukan untuk


menanda tapak lubang tanaman
serta menentukan sistem tanaman
yang tepat mengikut jenis tanaman.

1.3 Tajamkan bahagian bawah kayu


pancang hingga berbentuk v untuk
memudahkan kerja - kerja pacakkan
kayu.

2. Ukur jarak sistem tanaman


2.1 Pastikan ukuran sistem tanaman
yang digunakan bersesuai dengan
jenis pokok yang ditanam.Gunakan
pita ukur untuk mengukur jarak
antara lubang tanaman.
3. Pacakkan kayu pancang 3.1 Kayu pancang yang ditanam
haruslah tepat mengikut ukuran
kerana kayu pancang dijadikan
sebagai penanda bagi menyediakan
lubang tanaman.

4. Ikat tali 4.1 Ikat tali pada kayu pancang


untuk mengenalpasti kedudukan
lubang tanaman yang akan digali.

5. Cari anak pokok 5.1 Anak pokok dapat dicari pada


sekeliling pokok. Pastikan anak
pokok yang dicari adalah normal,
bernas dan tidak berpenyakit.

6.1 Cabut dan alihkan kayu pancang


6. Gali lubang tanaman
dari tapak lubang tanaman.
6.2 Gali tanah 60 cm x 60cm
sedalam 30cm dan longgokkan di
sebelah lubang tanaman.

6.3 Baiki lubang tanaman yang digali


sehingga benar - benar mencapai
saiz yang dikendaki iaitu 60 cm
lebar, 60 cm panjang dan 60 cm
dalam. Masukkan bahan organan,
kapur serta penggalak akar ( CIRP).

6.4 Lubang tanaman didedahkan


selama 1 - 2 minggu untuk
menghapus kulat dan bakteria,
menghalau serangga perosak serta
memastikan air tidak bertakung
lama.

6.5 Setelah 1 - 2 minggu, kambus


semula tanah.
7. Lakukan sungkupan
7.1 Hamparkan plastik silvershine
kemudian potongkan plastik
slivershine.

7.2 Buat lubang pada plastik


silvershine menggunakkan penebuk
lubang.

7.3 Tanam anak pokok dalam


lubang tanaman yang disediakan
kemudian kambus semula dan
letakkan kayu pancang berdekatan
anak pokok sebagai sokongan.
PENUTUP
Kesimpulannya, membaris dan memancang, membuat lubang tanaman dan
membuat sungkupan merupakan aktiviti penting dalam bidang agronomi
tanaman.

You might also like