Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA,

GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN


53100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

MEMOHON KEPERLUAN UNTUK


PENGURUSAN DAN PROSES PdPC MURID -
MURID PENDIDIKAN KHAS
1.0 Pengenalan
Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak yang berkeperluan
khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran serta
yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada
kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak
tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau
terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
Berikutan dengan konsep Pendidikan Khas tersebut, SK Gombak Setia telah membuka sebuah
kelas untuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi murid berkeperluan masalah
dalam pembelajaran. Tujuan PPKI ialah:
1.1 Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima
akses pendidikan yang releven dan sesuai.
1.2 Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan
vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan
kualiti hidup.
1.3 Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap
keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
1.4 Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus
kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan
seterusnya menjadi aset kepada negara.
1.5 MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas
arus perdana.

2.0 Rasional

Dengan pembukaan PPKI ini, maka keperluan untuk proses Pembelajaran dan Pemudahcara
(PdPC) sangat diperlukan bagi memenuhi tujuan PPKI di sekolah ini. Murid akan
menggunakan kemudahan dan keperluan tersebut semasa di sekolah agar objektif pembelajaran
tercapai dan dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

3.0 Objektif
Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kemudahan dan keperluan untuk proses
pengurusan murid bermasalah dalam pembelajaran bagi;
3.1 Memastikan proses pengurusan aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dapat
dijalankan dengan lancar.
3.2 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sihat dalam memenuhi tujuan
pembukaan PPKI di sekolah.
3.3 Menyediakan bilik PdPC yang mengikut sistem stesen untuk mewujudkan situasi sebenar
bagi memenuhi kepelbagaian keupayaan murid.
4.0 Keperluan
Berikut merupakan keperluan semasa murid PPKI yang diperlukan;
Keperluan Kuantiti Harga
Meja Kayu 20 20 X RM110 = RM2,200
Kerusi Kayu 20 20 X RM90 = RM1,800
TV Pintar 53’ 2 2 X RM2000 = RM4,000
Pintu jeriji (Single) 2 2 X RM500 = RM1,000
Pintu jeriji (Double) 2 2 X RM1000 = RM2,000
JUMLAH KESELURUHAN RM11,000

5.0 Penutup
Kami berharap semoga permohonan ini dapat diluluskan oleh pihak tuan mengikut peruntukan
yang diperlukan. Sesungguhnya, bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu
program PPKI beroperasi sesuai dengan misi dan visi Pendidikan Khas.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

You might also like