Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

BAHAGIAN PANDU PUTERI REMAJA

(Tingkatan 1 hingga 3)
PROGRAM PANDU PUTERI REMAJA

TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI
1.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI REMAJA

Seorang ahli Pandu Puteri Remaja hendaklah:


1.1 mengetahui, menghayati dan mengamalkan:
• Persetiaan;
• Undang-undang;
• Cogan Kata;
• Isyarat dan Hormat; dan
• Berjabat Tangan.
1.2 mengetahui dan memahami:
• logo, lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri
Malaysia; dan
• logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia dan Bendera
Dunia.
1.3 mengetahui dan mengamalkan isyarat wisel dan isyarat
tangan;
1.4 mengenal serta mengetahui makna Bendera Malaysia
dan bendera semua negeri di Malaysia;
1.5 mengenal struktur organisasi pasukan sendiri, Persatuan
Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan dan
kebangsaan;
1.6 mengenal pelbagai cara menghormati bendera;

1.7 mengetahui dan menyanyikan Lagu Dunia dan Taps


(Siang dan Malam) versi bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris;
1.8 mengetahui cara mematikan hujung tali dan cara
membuat serta menggunakan simpulan yang berikut:
• Lilit Pemati Biasa;
• Buku Sila;
• Simpul Manuk;
• Bunga Geti; dan
• Ikatan Pemukat.
1.9 mengambil bahagian dalam kawad dan istiadat Pandu
Puteri;
TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI

1.10 mengetahui cara pemakaian pakaian seragam dan


aksesori Pandu Puteri Remaja;
1.11 memperoleh sekurang-kurangnya satu lencana
Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri
Remaja daripada SDG 3, 6, 10, 11, 12 atau 16; dan
1.12 mengambil bahagian dalam satu aktiviti pandu puteri
di peringkat sekolah dan menyediakan laporan bergambar
berkaitan aktiviti tersebut.
Nota: Aktiviti berbentuk pengujian tidak diambil kira.
PELANTIKAN SEBAGAI PANDU PUTERI REMAJA
Ahli yang telah menyempurnakan syarat 1.1 hingga 1.12 layak dilantik sebagai ahli
Pandu Puteri Remaja.

2.0 ANUGERAH JED

Seorang ahli Pandu Puteri Remaja hendaklah:


2.1 memperoleh lencana kecekapan Pembuat Simpulan;
2.2 memperoleh lencana kecekapan Pengembara Berjalan
Kaki (Hiker);
2.3 memperoleh lencana kecekapan Sejarah Persatuan
Pandu Puteri Malaysia;
2.4 memperoleh lencana kecekapan Gear Up;
2.5 memperoleh sekurang-kurangnya satu lencana WAGGGS
daripada pilihan yang berikut:
• Stop The Violence (STV);
• Free Being Me (FBM);
• Action On Body Confidence (ABC); atau
• Surf Smart.
2.6 mengambil bahagian dalam satu aktiviti pandu puteri yang
lain di peringkat sekolah dan menyediakan laporan
bergambar berkaitan aktiviti tersebut.
Nota: Aktiviti berbentuk pengujian tidak diambil kira
Ahli Pandu Puteri Remaja yang telah menyempurnakan syarat 2.1 hingga 2.6 layak
menerima Anugerah Jed.

3.0 LENCANA KECEKAPAN PANDU PUTERI REMAJA

3.1 Lambang Rumah Kecil


Seorang ahli Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai empat lencana
TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI
kecekapan yang berikut:
3.1.1 Jurumasak;
3.1.2 Pendobi Pakaian;
3.1.3 Pelayan Tetamu; dan
3.1.4 Ahli Rumah tangga.
3.2 Lencana Kecekapan Bantu Mula

4.0 TALI PEKELILINGAN

Tali Pekelilingan diberikan kepada seorang Pandu Puteri Remaja yang memenuhi
syarat-syarat yang berikut:
4.1 memperoleh Anugerah Jed sebelum tamat umur 15
tahun;
4.2 mempunyai Lambang Rumah Kecil;
4.3 mempunyai lencana kecekapan Bantu Mula; dan
4.4 telah menyertai sekurang-kurangnya satu perkhemahan
anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (pada mana-
mana peringkat) selama tiga hari dua malam.

5.0 BINTANG PUTERI I


Seorang ahli Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai empat lencana kecekapan
yang berikut:
5.1 Pekhemah;
5.2 Satu lencana WAGGGS atau YUNGA atau lencana
Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri
Remaja yang belum diperoleh daripada SDG 3, 6, 10, 11,
12 atau 16;
5.3 Satu lencana kecekapan pilihan yang belum diperoleh
daripada elemen Budaya dan Kreativiti; dan
5.4 Satu lencana kecekapan pilihan yang belum diperoleh
daripada elemen Sains dan Teknologi.

6.0 ANUGERAH PANDU PUTERI REMAJA


Anugerah Pandu Puteri Remaja diberikan kepada seorang Pandu Puteri Remaja yang
telah menyempurnakan syarat-syarat yang berikut:
6.1 Program Pandu Puteri Remaja di tingkatan 3;
6.2 menganuti agama atau mempunyai kepercayaan
TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI
kerohanian;
6.3 telah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri Remaja;
6.4 telah memperoleh Tali Pekelilingan;
6.5 telah memperoleh Bintang Puteri I;
6.6 telah menghantar Buku Log Peribadi: dan
6.7 telah menghantar borang-borang yang berikut ke ibu
pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia:
i) Borang Pemohonan Anugerah Pandu Puteri
Remaja;
ii) Borang Penilaian Buku Log Peribadi Pandu Puteri
Remaja;
iii) Borang Penilaian Anugerah Jed;
iv) Borang Penilaian Tali Pekelilingan; dan
v) Borang Penilaian Bintang Puteri I.
6.8 telah menghantar Buku Log Peribadi untuk disemak
di peringkat cawangan.
Buku Log Peribadi ahli hendaklah merangkumi tahap
pelibatan sebagai Pandu Puteri Remaja di peringkat:
i) sekolah (sekurang-kurangnya 2 kali);
ii) daerah / zon (sekurang-kurangnya 2 kali);
iii) cawangan (sekurang-kurangnya 2 kali);
iv) kebangsaan (sekurang-kurangnya 1 kali);
v) antarabangsa (sekurang-kurangnya 1 kali); dan
vi) khidmat khas (bonus).
BAHAGIAN PANDU PUTERI RENJER
(Tingkatan 4 dan 5)
PROGRAM PANDU PUTERI RENJER

Ahli baharu yang belum pernah menjadi Pandu Puteri Remaja perlu lulus Prinsip Asas
Pandu Puteri Renjer seperti yang berikut:

TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI
1.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI RENJER

Seorang ahli Pandu Puteri Renjer hendaklah:


1.1 mengetahui, menghayati dan mengamalkan:
• Prinsip Asas;
• Persetiaan;
• Undang-undang;
• Cogan Kata;
• Isyarat dan Hormat;
• Isyarat Wisel dan Isyarat Tangan; dan
• Berjabat Tangan.
1.2 mengetahui dan memahami:
• logo, lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri
Malaysia; dan
• logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia dan Bendera
Dunia.
1.3 mengenal serta mengetahui makna Bendera Malaysia dan
bendera semua negeri di Malaysia;
1.4 mengenal struktur organisasi pasukan sendiri, Persatuan
Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan dan
kebangsaan;
1.5 memperoleh lencana kecekapan Kawad dan Istiadat; dan
1.6 memperoleh sekurang-kurangnya satu lencana Sustainable
Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Renjer
daripada SDG 1, 4, 5, 8, 9 atau 17.
PELANTIKAN SEBAGAI PANDU PUTERI RENJER
Ahli yang telah menyempurnakan syarat 1.1 hingga 1.6 layak dilantik sebagai ahli
Pandu Puteri Renjer.
Seorang ahli PANDU PUTERI REMAJA yang telah dilantik hanya perlu memenuhi dan
menyempurnakan syarat-syarat 1.5 dan 1.6 untuk layak dilantik sebagai ahli Pandu
Puteri Renjer.

2.0 ANUGERAH DELIMA

Untuk memperoleh Anugerah Delima, seorang ahli Pandu Puteri Renjer hendaklah:
TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI

2.1 memperoleh lencana kecekapan Pemerhati;


2.2 memperoleh lencana kecekapan Gear Up;
2.3 memperoleh lencana kecekapan Khidmat Komuniti Sekolah;
dan
2.4memperoleh sekurang-kurangnya satu lencana Sustainable
Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Renjer, iaitu
lencana yang belum dicapai daripada SDG 1, 4, 5, 8, 9 atau
17.
Ahli Pandu Puteri Renjer yang menyempurnakan syarat 2.1 hingga 2.4 layak menerima
Anugerah Delima

3.0 PERMIT PERKHEMAHAN KUMPULAN

Bagi Permit Perkhemahan Kumpulan, seorang ahli Pandu Puteri Renjer hendaklah
memenuhi prasyarat yang berikut:
i) telah dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer;
ii) berumur di antara 16 hingga 17 tahun (Tingkatan 4 dan 5);
iii) telah mendapat lencana kecekapan Pekhemah dan Bantu
Mula;
iv) telah menyertai perkhemahan anjuran Persatuan Pandu
Puteri Malaysia (pada mana-mana peringkat ) sekurang-
kurangnya sembilan hari;
v) telah mendapat kebenaran Pesuruhjaya Daerah dan Ketua
Pesuruhjaya Cawangan; dan
vi) telah menghantar Borang Permohonan untuk menjalankan
Permit Perkhemahan Kumpulan ke ibu pejabat Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Nota: Calon perlu hadir dan lulus Permit Perkhemahan Kumpulan
Untuk maklumat lanjutan Permit Perkhemahan Kumpulan, sila rujuk lampiran
yang disertakan.

4.0 ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA

Bagi Anugerah Ketua Pesuruhjaya, seorang ahli Pandu Puteri Renjer hendaklah
memenuhi prasyarat yang berikut:
i) berumur di antara 16 hingga 17 tahun (Tingkatan 4 dan 5);
ii) menganuti agama atau mempunyai kepercayaan
kerohanian;
TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI
iii) telah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri Remaja;
iv) telah memperoleh Anugerah Jed;
v) telah memperoleh Tali Pekelilingan;
vi) telah memperoleh Bintang Puteri I;
vii) telah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri Renjer;
viii) telah memperoleh Anugerah Delima;
ix) telah lulus Permit Perkhemahan Kumpulan; dan
x) telah menghantar Borang Permohonan Cabaran Anugerah
Ketua Pesuruhjaya ke ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
Untuk maklumat lanjutan, sila rujuk lampiran yang disertakan.
Nota: Calon perlu hadir dan lulus Cabaran Anugerah Ketua Pesuruhjaya

5.0 PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT TIGA BULAN

Bagi Projek Khidmat Masyarakat Tiga Bulan, seorang ahli Pandu Puteri Renjer
hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
i) berumur di antara 16 tahun hingga 20 tahun;
ii) menyediakan perancangan projek khidmat masyarakat bagi
tempoh tiga bulan;
iii) merancangkan projek berdasarkan inovasi sosial;
iv) telah menghantar Borang Permohonan Pembentangan
Projek Khidmat Masyarakat Tiga Bulan Calon Pandu Puteri
Raja ke ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan
v) membentangkan kertas cadangan dan perancangan projek
kepada panel penilai
Nota: Calon perlu mendapat kelulusan daripada panel penilai untuk memulakan
Projek Khidmat Masyarakat Tiga Bulan.

6.0 BINTANG PUTERI II

Seorang ahli Pandu Puteri Renjer yang ingin memiliki Bintang Puteri II hendaklah
mempunyai empat lencana kecekapan yang berikut:
6.1 Penceramah;
6.2 Asia Pasifik;
6.3 Satu lencana WAGGGS atau YUNGA atau Anugerah
Remaja Perdana Rakan Muda (sekurang-kurangnya
TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI
peringkat gangsa); dan
6.4 Satu lencana kecekapan pilihan yang belum diperoleh
daripada elemen Sains dan Teknologi.

7.0 BINTANG PUTERI III

Seorang ahli Pandu Puteri Renjer yang ingin memiliki Bintang Puteri III hendaklah
mempunyai lima lencana kecekapan yang berikut:
7.1 Satu lencana kecekapan daripada elemen Budaya dan
Kreativiti;
7.2 Satu lencana kecekapan daripada elemen Cabaran dan
Kecergasan;
7.3 Satu lencana kecekapan daripada elemen Sains dan
Teknologi;
7.4 Satu lencana kecekapan daripada elemen Agen Perubahan;
dan
7.5 Satu lencana kecekapan daripada elemen Hubungan
Keluarga dan Masyarakat.

8.0 BENGKEL SELALU SEDIA

Prasyarat untuk seorang ahli Pandu Puteri Renjer menyertai Bengkel Selalu Sedia
adalah seperti yang berikut, iaitu:
i) berumur di antara 17 hingga 20 tahun;
ii) menganuti agama atau mempunyai kepercayaan
kerohanian;
iii) telah memperoleh Anugerah Ketua Pesuruhjaya;
iv) telah menghantar borang permohonan untuk menjadi Calon
Pandu Puteri Raja ke ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri
Malaysia;
v) telah menghantar buku log serta Buku Log Peribadi dan
disemak di peringkat kebangsaan; dan
vi) telah melaksanakan projek khidmat masyarakat tiga bulan
seperti yang dirancangkan.
vii) Buku Log Peribadi ahli Pandu Puteri Renjer hendaklah
merangkumi tahap pelibatan di peringkat:
a) sekolah (sekurang-kurangnya lima kali);
b) daerah (sekurang-kurangnya tiga kali);
TARIKH LULUS,
BIL. PROGRAM NAMA DAN
TANDATANGAN
PENGUJI
c) cawangan (sekurang-kurangnya dua kali);
d) kebangsaan (sekurang-kurangnya satu kali);
e) antarabangsa (sekurang-kurangnya satu kali); dan
f) khidmat khas (bonus).

9.0 ANUGERAH PANDU PUTERI RAJA

Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Selalu Sedia.

You might also like