Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI MELAKA

BIL: 2/2019

Tarikh : 31 Disember 2019 - Selasa

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Kesidang

Kehadiran :

1. Dr. Mohd Azam bin Ahmad - Pengarah Pendidikan Melaka

2. Tuan Haji Karim bin Tumin - Timb. Pengarah Pendidikan Melaka SPS

3. Tuan Haji Jamsari bin Mariman - Timb. Pengarah Pendidikan Melaka SPM

4. Puan Samiah binti Samari - Wakil Timb Pengarah Pendidikan SP

5. Tuan Haji Abdul Malek bin Haron - KPPD Alor Gajah

6. Encik Mohammad Farid bin Ishak - Timb. PPD SPM PPD Melaka Tengah

7. Encik Mohd Yusri bin Seman - YDP MPSM Melaka

8. Encik Mohd Ali bin Yusop - YDP MGB Melaka

9. Datin Mariani binti Yahaya - KPPK Sains Sosial

10. Encik Zulkifli bin Baharom - KPP Unit Pembangunan Bakat Murid JPN

11. Encik Azhar bin Md Nor - KPP SPPPPD

12. Puan Azlina binti Abd Wahid - KPP Pengurusan Maklumat

13. Puan Jamaliah binti Md Noh - Wakil KPP Unit Pengurusan Bakat

14. Encik Norhisham bin Miswan - Wakil KPP Sektor Pendidikan Islam

15. Encik Mohd Yuslizan b Othman - Unit Infra dan Perolehan

16. Dr. Norashimah Binti Ismail - KPP Unit Sekolah Menengah

17. Encik Abdul Kadir bin Othman - Penolong PPD Bakat Murid PPD Jasin

18. Encik Ab. Aziz bin Jantan - Penolong PPD Bakat Murid PPD AG

19. Encik Zahari bin Japar - Penolong PPD Bakat Murid PPD MT

20. Dr. Mohd Aras bin Khamis - Penolong Pengarah UPBM JPN

21. Encik Zambri bin Yacob - Penolong Pengarah UPBM JPN

22. Encik Ariff Anwar bin Mustahil - Penolong Pengarah UPBM JPN

1
Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengarah Pendidikan Melaka

1.1 Mengalukan kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2. Beliau memaklumkan mengenai tag line Jabatan Pendidikan Negeri Melaka iaitu
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Beliau mahu semua
peringkat daripada JPN, PPD dan sekolah-sekolah di Negeri Melaka
menggunakan tag line yang sama seiring dengan visi kementerian.

1.3 Beliau juga memaklumkan mengenai struktur baharu JPN dan PPD yang terdapat
kekurangan pegawai. Beliau menjelaskan mengenai rasional struktur baharu ini
dari segi sukan dan kokurikulum yang mana kementerian mahu melihat standard
lima dalam kemenjadian murid ini berlaku di dalam sekolah.

1.4 Beliau mahu semua pegawai mengubah mindset baru supaya dapat di sesuaikan
dengan struktur baharu dan fungsi terkini JPN dan PPD yang mana melalui aktiviti
sukan dan kokurikulum itu menjadi support dan elemen yang menyokong kepada
Pendidikan Berkualiti.

1.5 Beliau juga mahu melalui aktiviti sukan juga dapat mendidik anak-anak murid
mengenai penerapan nilai seperti nilai kesungguhan, nilai sepasukan, nilai KBAT
dan lain-lain yang berkaitan.

1.6 Beliau berharap pada akhirnya nanti, kita semua warga pendidikan di Negeri
Melaka akan bersyukur kerana dapat memberikan pendidikan yang berkualiti,
mendidik anak-anak murid menjadi insan yang seimbang dari segi akademik dan
sukan serta menyumbang kepada kesejahteraan negara.

1.7 Beliau juga berharap melalui sukan dapat memupuk dan menyemarakkan
perpaduan antara kaum.

Tindakan : Makluman

2. Pembentangan minit mesyuarat lepas

2.1 Cadangan Pengesahan minit : Tuan Haji Abdul Malek bin Haron

Disokong oleh : Encik Mohammad Farid bin Ishak

2
3. Laporan Maklumbalas

3.1 Dr Mohd Aras memaklumkan bahawa SMK Seri Kota mengenakan bayaran
sebanyak RM200.00 sehari kepada pengelola olahraga di peringkat daerah dan
negeri. Pengarah meminta pandangan daripada Unit Akaun berkenaan wang
bayaran yang dikenakan ini mengikut SOP yang ditetapkan atau sebaliknya. Unit
Akaun memaklumkan sepatutnya tiada sewaan dikenakan kerana amalan konsep G
to G. Namun jika dikenakan sewaan maka kutipan mestilah dimasukkan ke dalam
akaun kerajaan sekiranya dibayar melalui akaun kerajaan. Namun jika ia dibayar
tidak menggunakan akaun kerajaan, wang sewaan hendaklah dimasukkan ke dalam
akaun SUWA sekolah.

3.2 Pengarah meminta selepas ini, pihak Jabatan mengeluarkan surat lantikan kepada
sekolah pengelola dan mengarahkan pertandingan tersebut diadakan di tempat yang
ditetapkan tanpa sebarang bayaran.

3.3 Pengarah juga memohon Timbalan Pengarah Pembangunan Murid menyediakan


satu perancangan strategik mengenai Pembangunan Sekolah Sukan Negeri (SMK
Seri Kota). Beliau berharap melalui perancangan ini nanti dapat dibincangkan
bersama Yang Berhormat Exco Pendidikan bagi mendapatkan kerjasama Kerajaan
Negeri Melaka untuk melengkapkan fasiliti di sekolah sukan tersebut.

3.4 Pengarah meminta YDP MPSM dan YDP MGB menyampaikan kepada sekolah-
sekolah mengenai keputusan yang diputuskan ini dan meminta pihak sekolah
melaporkan kepada Jabatan sekiranya ada lagi tuntutan bayaran dikenakan untuk
menggunakan tempat di sekolah sukan negeri.

3.5 Tuan Haji Karim memaklumkan mengenai permasalahan yang timbul kepada sekolah
yang dilantik menjadi pengelola untuk pertandingan permainan. Beliau memberi
contoh permasalahan yang timbul iaitu sekolah menengah yang menjadi pengelola
permainan terpaksa juga mengelolakan untuk pertandingan untuk sekolah rendah.
Ini akan menyebabkan bilangan guru yang keluar terlalu ramai kerana melibatkan
dua tempat pertandingan yang berbeza kerana sekolah pengelola tidak mempunyai
gelanggang.

3.6 Beliau mencadangkan agar Unit Pembangunan Bakat Murid dapat melihat semula
perkara ini dan mencadangkan agar pengelolaan pertandingan permainan
diasingkan mengikut peringkat menengah dan rendah.

3.7 Cikgu Mohd Ali selaku YDP MGB mencadangkan agar pihak Unit Pembangunan
Bakat Murid melihat juga dari segi kemampuan pihak sekolah rendah untuk
mengelolakan sendirian.

3.8 Pengarah bersetuju agar pengelolaan di peringkat menengah dan rendah diasingkan.
Beliau turut memaklumkan untuk pengelolaan di peringkat rendah, beberapa sekolah
boleh digabungkan untuk menjadi pengelola bersama atas faktor kurangnya bilangan
guru, kemudahan alatan dan tempat.

Tindakan : Unit Pembangunan Bakat Murid JPN

3
4. Pembentangan Laporan Kewangan

4.1 Dr.Mohd Aras membentangkan laporan peruntukan yang diterima dan


perbelanjaan yang telah dilakukan sepanjang Tahun 2019.

Program One - Off

4
OS 21000 / OS 29000

4.2 Tuan Haji Abdul Malek mencadangkan duit yuran MSSM untuk pelajar-pelajar
pendidikan khas dan aliran perdana diasingkan supaya kita dapat menyalurkan
peruntukan ketika unit pendidikan khas menganjurkan kejohanan atau pertandingan
sukan tertentu.

4.3 Dr. Mohd Aras memaklumkan duit pembangunan sukan itu adalah duit lebihan
peruntukan yang diturunkan dan dimohon semula untuk melaksanakan program
pembangunan sukan.

4.4 Pengarah bertanya mengenai duit Bayaran Insentif Jurulatih Sukan (BIJS) yang
mempunyai baki sebanyak RM14743.75. Dr Mohd Aras memaklumkan waran
pertama yang turun pada bulan April sebanyak RM23000.00 dan telah habis
digunakan untuk pembayaran. Manakala waran kedua turun bulan Julai dan perlu
dihabiskan dalam tempoh dua bulan adalah tidak dapat dilakukan kerana bulan Mei
dan Jun tidak boleh dibayar kerana Unit Kewangan tidak mahu back dated.

4.5 Pengarah mengambil maklum perkara ini dan akan mendapatkan maklum balas
daripada Unit Kewangan. Beliau turut meminta supaya pada mesyuarat-mesyuarat
besar seperti ini turut melibatkan pegawai daripada Unit Kewangan agar dapat
maklumat secara terus.
Tindakan : Unit Pembangunan Bakat Murid JPN

5. Post Morterm MSS Melaka

5.1 Dr. Mohd Aras memaklumkan 7 daripada 24 sukan dimainkan diperingkat kawasan
atau daerah iaitu bola jaring, bola keranjang, ping-pong, bola `baling,bola sepak,
olahraga dan bola tampar.

5.2 Dr. Mohd Aras juga memaklumkan Isu sewaan gelanggang dan dewan
menjadi faktor utama venue kejohanan agak jauh.

5.3 Terdapat beberapa aduan yang diterima daripada persatuan sukan dan
penjaga berkenaan isu seperti:

i. format pertandingan
ii. undian
iii. ‘sided’
iv. tahap kelayakan MSS Melaka.

5
v. Pemilihan pemain
vi. pasukan projek
vii. hadiah
viii. majlis penutup

5.4 Dr. Mohd Aras memaklumkan terdapat isu pegawai teknikal yang bermasalah.

5.5 Pengggunaan Sijil Digital


(Mulai 2020, Pengarah meminta supaya pendaftaran peserta adalah secara
online dan selepas tamat pertandingan sijil digital boleh dicetak mengikut senarai
peserta yang telah didaftarkan)

5.6 Tuntutan elaun pegawai terlalu lama

5.7 Kurang sokongan daripada pihak sekolah

Tindakan : Makluman semua ahli mesyuarat

6. MSS Melaka 2020

6.1 Dr. Mohd Aras memaklumkan untuk Tahun 2020, beberapa perkara yang di
harapkan adalah seperti berikut:

6.1.1 Sijil digital diteruskan penggunaannya.


6.1.2 Pengurusan tuntutan elaun pegawai ditambahbaik.
6.1.3 Pelaksanaan KPI bagi mewakili Melaka dalam kejohanan MSSM.
6.1.4 Cadangan mengadakan kursus kepegawaian untuk sukan kritikal.
6.1.5 Mencadangkan pergerakan jurulatih ke sekolah projek

Tindakan : Makluman semua ahli mesyuarat

6.2 Program-program Pembangunan Sukan MSS Melaka 2020 adalah seperti berikut:

6.2.1 Akademi Angkat Berat


6.2.2 Pusat Latihan Gimrama
6.2.3 Projek 2020 Bola Sepak U12
6.2.4 Junior Golf Programme
6.2.5 Junior Tenis Programme
Tindakan : Makluman

6
6.3 Dr. Mohd Aras membentangkan perbandingan pencapaian MSS Melaka untuk
Tahun 2017, 2018 dan 2019.

7
6.4 Dr. Mohd Aras memaklumkan mengenai Takwim MSSM 2020 dan turut
memaklumkan Melaka akan menjadi tuan rumah untuk Hoki dan Golf pada
bulan Mac 2020.

6.5 Dr. Mohd Aras memaklumkan mengenai enrolment Sekolah Sukan Negeri –
SMK Seri Kota:

Bilangan Pelajar Terkini : 338 orang

Januari 2020
Tingkatan 1 : 114
Tingkatan 2 : 72
Tingkatan 3 : 65
Tingkatan 4 : 58
Tingkatan 5 : 29
Jurulatih Sepenuh Masa : 4 orang
Jurulatih Separuh Masa : 10 orang
Bilangan Guru : 60 orang

Isu SSN :
1. Trek Olahraga yang semakin uzur
2. Kemudahan alatan latihan yang semakin uzur
3. Masalah ketiadaan pemandu van
4. Penempatan Jurulatih Sepenuh Masa/Separuh Masa

6.6 Pengarah meminta Dr. Mohd Aras bekerjasama dengan Dr. Norashimah untuk
membuat penempatan semula guru-guru yang tidak dapat membantu program
pembangunan sukan digerakkan dan membawa masuk guru-guru yang
mempunyai latar belakang sukan dan boleh membantu dalam program
pembangunan sukan di sekolah tersebut.

6.7 Pengarah meminta supaya trek di sekolah sukan yang rosak dibaiki segera
menggunakan duit penyelenggaraan supaya kerosakan ini dapat di atasi dan tidak
perlu menunggu sehingga trek ini semakin rosak serta memerlukan kos yang
tinggi.

6.8 Dr. Mohd Aras meminta kelulusan Pengarah berkenaan dengan lima kertas
cadangan iaitu:

6.8.1 Pelantikan Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan (PTPS)


6.8.2 Pelantikan Pengerusi Pengelola Sukan /Permainan peringkat kawasan,
daerah dan negeri.
6.8.3 Pengesahan Takwim

8
6.8.4 Sumbangan penyertaan bagi kejohanan sukan/permainan
6.8.5 Pelaksanaan kejohanan sukan/permainan peringkat kawasan, daerah dan
negeri mengikut bilangan hari

6.9 Pengarah meminta Unit Pembangunan Bakat Murid membuat semakan semula
perancangan strategik mengikut kerangka baru dan ingin melihat kemenjadian
murid dalam sukan/permainan ini di dalam sekolah masing-masing. Pengarah
memberikan pandangan dan idea untuk pelaksanaan kejohanan sukan /
permainan. Pengarah mahu sekolah-sekolah di Melaka menghidupkan
kemeriahan sukan di dalam sekolah, sementara di peringkat PPD dan JPN pula
mempunyai fokus tentang sukan / permainan yang di sasarkan menjadi potensi
untuk menyumbang kepada kemenangan di peringkat kebangsaan nanti.
Pengarah memberikan contoh program pembangunan sukan di PPD yang boleh
dijadikan fokus dan juga kaedah pemilihan pemain yang terbaik mewakili daerah
boleh diuruskan oleh PPD. Pemilihan pemain yang terbaik daripada setiap daerah
untuk mewakili pasukan negeri diuruskan JPN.

6.10 Pengarah juga meminta Unit Pembangunan Bakat Murid membuat pelan strategi
berkenaan dengan program-program kejurulatihan supaya JPN boleh
mengadakan kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri
dan ahli akademik untuk memberikan kursus kejurulatihan kepada guru-guru yang
mempunyai minat dalam bidang sukan / permainan ini.

7. Hal-hal lain

7.1 Encik Norhisham memohon JPN dapat menyelaraskan bersama pihak JAIM
mengenai sukan yang di bawah JAIM iaitu Kesuma.

7.2 Dr. Mohd Aras memberi maklumbalas mengenai isu JAIM yang menggunakan
guru-guru dan pelajar JPN tetapi tidak memaklumkan kepada pihak JPN.

7.3 Pengarah mengambil maklum dan akan membincangkan perkara ini bersama pihak
JAIM.

7.4 Pengarah meminta Encik Azahar dari Sektor Perancangan dan Pengurusan
PPD untuk membantu pihak Unit Pembangunan Bakat Murid merangka pelan
strategi/ taktikal seperti yang dibincangkan.

7.5 Dr. Mohd Aras mengambil kesempatan memaklumkan mengenai isu tilam hilang di
asrama penginapan kontingen PSKPP di SMK Telok Mas. Pengarah meminta
pihak
pentadbir sekolah membuat laporan polis agar siasatan dapat dibuat
memandangkan tilam ini dalam kategori aset kerajaan.

7.6 Pengarah meminta semua menjadikan kerangka baru dalam penstrukturan baru
JPN/PPD dari segi fungsi baru dalam menguruskan kerja-kerja berkaitan sukan.

7.7 Pengarah meminta PPD merancang bagaimana membimbing sekolah-sekolah


dalam daerah masing-masing mengenai sukan/ permainan. Manakala di JPN perlu
9
melihat strategi-strategi yang sesuai untuk menang apabila dibawa ke peringkat
kebangsaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.40 petang.

Dicatat dan disediakan oleh: Urus Setia Mesyuarat, Majlis Sukan Sekolah Melaka, d/a Unit
Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

10

You might also like