Mantan Perdana Menteri

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

h

(tp/:wwwk.abn
ieg
t.ovm
. y/v2)

Home (/v2/) / Kerajaan / Mantan Perdana Menteri

Mantan Perdana Menteri

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ


8 FEBRUARI 1903 - 6 DISEMBER 1990

Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-


1957) dan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama selepas negara
mencapai kemerdekaan iaitu dari 31 Ogos 1957 - 22 September 1970.
Dikenali oleh rakyat sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai
"Bapa Kemerdekaan Malaysia".
Tunku memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia
pada tahun 1963. Di peringkat antarabangsa pula, Tunku membantu
menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) pada
tahun 1969 dan telah dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang
pertama.

TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN


11 MAC 1922 - 14 JANUARI 1976

Beliau merupakan Perdana Menteri kedua iaitu dari 22 September 1970


- 14 Januari 1976.
Beliau dikenang sebagai "Bapa Pembangunan Malaysia", bertepatan
dengan pendekatan pentadbirannya yang memberi penekanan
terhadap banyak aspek pembangunan negara khususnya dalam usaha
menyatupadukan rakyat.
Antara inisiatif termasyhur beliau adalah:
1. Pelaksanaan Penyata Razak iaitu dasar pendidikan negara yang
antara lainnya memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan; dan
2. Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) yang bertujuan untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional melalui strategi serampang
dua mata iaitu:-
(a) membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum; dan
(b) menyusun semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi bagi menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi ekonomi.

TUN HUSSEIN ONN


12 FEBRUARI 1922 - 29 MEI 1990

Beliau merupakan Perdana Menteri ketiga iaitu dari 15 Januari 1976 - 16


Julai 1981.
Sebagai penghargaan terhadap usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, beliau turut dikenali
sebagai "Bapa Perpaduan Malaysia".
Dikenang sebagai seorang pemimpin yang amat ikhlas dalam
perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum. Beliau tidak teragak-
agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa yang
cuba mencetuskan kekacauan atau sentimen perkauman di dalam
negara.

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


20 DISEMBER 1925

Beliau merupakan Perdana Menteri keempat iaitu dari 16 Julai 1981 - 30


Oktober 2003 dan merupakan pemimpin kedua di Asia Tenggara
(selepas Presiden Suharto dari Indonesia) yang paling lama memegang
jawatan ketua kerajaan iaitu selama 22 tahun.
Dikenali di Malaysia dan di peringkat antarabangsa sebagai "Dr.
Mahathir", beliau dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" atas
jasa menggerakkan pemodenan negara untuk mewujudkan
kemakmuran di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Dr Mahathir merupakan ikon negara di peringkat antarabangsa. Beliau
terkenal khususnya sebagai pembela negara-negara membangun dan
mundur ke arah keadilan dan kesaksamaan di peringkat antarabangsa.
Pada Oktober 2003, Dr. Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri
Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun", darjah
kebesaran tertinggi negara yang boleh dianugerahkan kepada rakyat
yang telah menabur bakti kepada Malaysia.
Selepas persaraan, beliau masih bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial
dan pembangunan pemikiran masyarakat Malaysia khususnya melalui
Yayasan Kepimpinan Perdana dan pelbagai organisasi lain.
Antara usaha-usaha termasyhur beliau adalah:
1. menubuhkan PROTON, syarikat automobil nasional yang pertama;
2. memodenkan dan memashyurkan nama Malaysia melalui projek-
projek "landmark" seperti Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor - MSC);
3. menjadikan malaysia sebagai tuan rumah bagi persidangan dan
sukan antarabangsa seperti Commonwealth Heads of Government
Meeting (CHOGM), OIC, Commonwealth Games 1998 dan sukan
pemotoran antarabangsa Formula One Grand Prix;
4. meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara perindustrian
baru (newly industrialized country) di dunia; dan
5. memperkenalkan pendekatan strategik ekonomi yang berjaya
membawa Malaysia keluar dari Krisis Ekonomi Asia 1997/98.

TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI


26 NOVEMBER 1939

Beliau merupakan Perdana Menteri kelima iaitu dari 31 Oktober 2003 -


3 April 2009.
Dikenali rakyat dengan nama mesra "Pak Lah", beliau telah
memperkenalkan pendekatan konsep Islam Hadhari yang bermatlamat
mencapai kemajuan yang menyeluruh, bagi umat Islam dan juga
Malaysia.
Pentadbiran beliau antara lain, telah menumpukan kepada pemulihan
dan pemodenan sektor pertanian untuk menjamin bekalan makanan
negara (food security). Selain itu, beliau turut menubuhkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai inisiatif Kerajaan untuk
meningkatkan kredibiliti dan ketelusan pentadbiran.
Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri, beliau telah
dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang
membawa gelaran "Tun" dan dilantik menjadi Pengerusi Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sumber Rujukan :

i. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia/)
ii. http://www.pmo.gov.my (http://www.pmo.gov.my/)
iii. http://www.arkib.gov.my/memorial_tunku_abd_rahman
(http://www.arkib.gov.my/memorial_tunku_abd_rahman/)
iv. http://www.yayasantar.org.my (http://www.yayasantar.org.my/)
v. Buku Sejarah Malaysia

Menu Berkaitan

Anggota Jemaah Menteri (/v2/index.php/kerajaan/anggota-jemaah-menteri)

Timbalan Menteri (/v2/index.php/kerajaan/timbalan-menteri)

Menteri Besar dan Ketua Menteri (/v2/index.php/kerajaan/menteri-besar-dan-ketua-


menteri)

Mantan Perdana Menteri (/v2/index.php/kerajaan/mantan-perdana-menteri)

Laman Khas (/v2/index.php/kerajaan/laman-khas)

HUBUNGI KAMI
Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan
Perhubungan Antara Kerajaan
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4 Timur, Bangunan Perdana Putra
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya

03-8000 8000 (1MOCC)

03-8890 1373 | 03-8889 2518


Dasar Keselamatan (/v2/index.php/keselamatan) Dasar Privasi (/v2/index.php/privasi)
Pena谀樄an (/v2/index.php/pena谀樄an) Bantuan (/v2/index.php/bantuan)

© Hakcipta Terpelihara 2015 Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara


Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini.

Bilangan Pelawat : (http://www.statcounter.com)

You might also like