Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

Sekolah / Kolej / Soalan dan cadangan Jawapan


Negeri

1. Terengganu 16 Nyatakan 4 hak kebebasan diri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
● Tiada seseorang boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali
menurut undang-undang
● Seseorang tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali dengan
kebenaran mahkamah/mendapat perintah tahanan reman
● Seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika
ditangkap oleh pihak berkuasa.
● Seseorang yang ditahan berhak untuk mendapatkan khidmat guaman
● Seseorang berhak memohon habeas corpus apabila merasakan ia ditahan secara
tidak sah

17 Nyatakan 4 peranan Ketua Setiausaha Negara dalam badan eksekutif.


● Setiausaha cabinet
● Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan
● Pegawai tadbir utama di Jabatan Perdana Menteri
● Penasihat utama kepada Perdana Menteri dalam pentadbiran
● Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan
kerajaan Negeri
● Pengerusi mesyuarat Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

18 Jelaskan dua jenis Rang Undang-Undang yang diterima pakai di Malaysia.

● Rang Undang-undang Awam/Kerajaan


-Melibatkan keseluruhan undang-undang yang berkaitan dengan Dasar awam,
negara dan rakyat
-Dikemukakan oleh pihak kerajaan
● Rang Undang-undang Persendirian
-Melibatkan sekumpulan orang, badan atau pertubuhan (melibatkan orang yang
terhad sahaja)
-Bercorak tempatan atau persendirian dan melibatkan semua lapisan masyarakat
● Rang Undang-undang Ahli Persendirian
-Dibentangkan oleh mana-mana ahli Dewan Perundangan selain daripada
seseorang menteri
-Boleh meliputi seluruh negara atau pihak-pihak tertentu sahaja
● Rang Undang-undang Hibrid
-Undang-undang campuran antara Dasar kerajaan dan kepentingan pihak
tertentu yang pada pandangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu didahulukan

19 Kerajaan Persekutuan membelanjakan sebahagian besar kewangan untuk


pembangunan negara. Jelaskan dua sumber berkenaan.
● Hasil cukai
-Cukai langsung: cukai secara terus ke atas pendapatan @ kekayaan mengikut
akta yang diluluskan
Contoh: Cukai Pendapatan, Duti Setem
-Cukai Tidak Langsung: cukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas
individu apabila membeli barang @ perkhidmatan
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

Contoh: Cukai Jalan, Cukai Perkhidmatan


● Hasil bukan cukai
-Hasil yang dikutip dari perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat
Contoh: Lesen, Denda/hukuman, Bayaran pendaftaran & permit
● Terimaan Bukan Hasil
-Kutipan yang bukan berasaskan mana-mana akta @ perundangan
Contoh: Pulangan balik perbelanjaan, Bayaran balik, Pemberian & caruman
● Hasil Wilayah Persekutuan
-Hasil yang diterima dari WP KL, WP Labuan & WP Putrajaya
Contoh: Cukai tahan, duti hiburan, lessen serta permit
● Dividen dan Royalti
-Dividen yang diagihkan oleh Petronas/syarikat milik kerajaan Persekutuan (GLC)
dan royalti petroleum serta bayaran tunai gas yang dijual oleh kerajaan

2. Kelantan 16. Nyatakan dua perbezaan antara Sultan dan Yang di-Pertua Negeri.
● Sultan ditabal berdasarkan pewarisan takhta manakala Yang di-Pertua Negeri
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
● Sultan tidak boleh dipecat manakala Yang di-Pertua Negeri boleh dipecat oleh
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan persetujuan majoriti 2/3 ahli Dewan
Undangan Negeri (DUN)
● Sultan merupakan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing manakala Yang
di-Pertua Negeri tidak mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam di negeri
masing-masing
● Sultan hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja manakala Yang
di-Pertua Negeri boleh didakwa di mahkamah awam
● Sultan boleh mengundi dalam pemilihan Yang Dipertuan Agong manakala Yang
di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong

17. Huraikan dua langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan
imej perkhidmatan awam.
● Menambah baik sistem/prosedur kerja
-Mengenalpasti dan meminda peraturan dan undang-undang yang menghalang
kelancaran sistem pentadbiran
● Menambah baik piawaian perkhidmatan
-Menggubal Piagam Pelanggan untuk menambah baik sistem penyampaian
● Mengaplikasikan ICT
-Menggunakan ICT dalam penyampaian perkhidmatan
● Menyediakan saluran aduan awam
-Menyediakan saluran aduan awam agar pelanggan yang tidak berpuas hati
dengan perkhidmatan sektor awam boleh melaporkan kepada Biro Pengaduan
Awam (BPA)
● Meningkatkan integriti
-Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan terhadap tugas yang dijalankan
oleh kakitangan awam
● Mewujudkan kerjasama awam dan swasta
-Kerjasama awam dan swasta perlu ditingkatkan sejajar dengan Dasar
Penswastaan

18. Senaraikan tiga perkara yang tidak boleh dipersoalkan menurut Perlembagaan
Persekutuan.
● Agama Islam sebagai agama Persekutuan
● Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

● Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


● Kerakyatan / Kewarganegaraan

19. Nyatakan empat situasi yang menyebabkan seseorang warganegara tidak layak
menjadi calon pilihanraya.
● Telah didapati / diisytiharkan tidak siuman
● Diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan
● Memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’
● Denda RM2000 dan ke atas oleh mahkamah
● Telah dijatuhi hukuman penjara tidak kurang 1 tahun
● Telah memperoleh kewarganegaraan / kerakyatan asing

3. Pahang 16 Huraikan dua cara menjadi warganegara Malaysia.


● Melalui kuatkuasa undang-undang
-seseorang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara
Persekutuan.
-seseorang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia
● Melalui pendaftaran
-seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan
perkahwinannya telah didaftarkan.
-seseorang yang di bawah umur 21 tahun sekiranya ibu bapanya adalah seorang
warganegara
-seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan dilahirkan di Persekutuan
sebelum Hari Merdeka.
● Melalui kemasukan/ naturalisasi
-seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih telah bermastautin di Persekutuan
selama tempoh yang dikehendaki/ berkelakuan baik/ pengetahuan yang
memadai dalam bahasa Melayu
● Melalui percantuman wilayah
-Mana-mana wilayah baru diterima masuk ke dalam Persekutuan selepas Hari
Malaysia, Parlimen boleh menetapkan penduduk wilayah tersebut adalah
warganegara.

17 Huraikan dua jenis pilihanraya di Malaysia.


● Pilihan Raya Umum
-Diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan/ terbubar
sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun
● Pilihan Raya Kecil
-Diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di manamana kawasan Parlimen/
Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian/ peletakan jawatan/ hilang
kelayakan/ pembatalan keputusan pilihanraya

18 Nyatakan tiga tugas Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam pentadbiran.

● Menteri Besar/ Ketua Menteri mentadbir kerajaan negeri


● Sebagai penasihat kepada Sultan/ yang Di Pertua Negeri
● Menasihati Raja/ Yang Di Pertua Negeri dalam pelantikan dan penentuan
portfolio ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
● Menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan
melalui Majlis Mesyuarat Raja-Raja
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

19 Nyatakan empat kepentingan tadbir urus baik.

● Memperkasa daya saing negara


● Menjana potensi modal insan
● Menerajui transformasi perkhidmatan
● Mengekalkan profesionalisme dalam perkhidmatan
● Memenuhi kepuasan pelanggan/ stakeholder
● Meningkatkan kredibiliti kerajaan
● Menarik pelaburan asing

4. Kedah 16 Nyatakan empat perkara yang terkandung dalam undang-undang tertinggi di


Malaysia.
● Kebebasan asasi
● Kewarganegaraan
● Persekutuan
● Pilihan raya
● Badan kehakiman
● Perkhidmatan awam
● Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi Persekutuan
● Negeri-negeri
● Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri
● Peruntukan kewangan
● Am dan pelbagai
● Kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan
perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat
● Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
● Peruntukan sementara dan peralihan
● Kecualian bagi kedaulatan, dsb raja-raja

Encik X:
● Berumur 20 tahun
● Dilahirkan pada 20 Februari 1956

17 Senaraikan tiga syarat lain yang melayakkan Encik X menjadi warganegara Malaysia
secara pendaftaran.
● Telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun sebelum tarikh permohonan
● Berkelakuan baik
● Berniat bermastautin di Malaysia secara tetap
● Mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu

18 Jelaskan dua jawatankuasa yang terdapat di Dewan Negara


● Jawatankuasa Pemilih
-Memilih anggota-anggota bagi jawatankuasa yang lain.
● Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat
-Meneliti beberapa pindaan kepada peraturan tetap dan mencadangkan
perubahan
● Jawatankuasa Dewan
-Meneliti perkara yang berkaitan dengan keselesaan dan kemudahan ahli-ahli
dewan
● Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

-Meneliti dan menjaga kuasa serta hak kepentingan dewan serta disiplin ahli-ahli
dewan

19 Kemukakan empat cabaran yang dihadapi negara dalam melaksanakan tadbir urus
baik
● Memantapkan integriti penjawat awam
● Meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan
● Ancaman globalisasi
● Menerajui transformasi perkhidmatan kerajaan
● Amalan rasuah
● Kerenah birokrasi
● Memenuhi ekspektasi pelanggan/ stakeholder / Memenuhi kehendak pelanggan
yang berubah-ubah
● Menghadapi persaingan di peringkat antarabangsa
● Pembangunan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

5. Perlis 16 Huraikan dua sebab hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan boleh disekat.
● Menjaga kesihatan awam
-Mengelakkan penularan wabak penyakit/ penyakit berjangkit
● Menjamin keselamatan negara
-Mengawal ancaman dalaman yang menggugat keselamatan negara
● Menjaga ketenteraman awam/morality
-Memastikan rakyat menikmati kehidupan dengan aman
● Menjalani hukuman
-Seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara sehingga dibebaskan
● Melaksanakan perkhidmatan kerahan tenaga
-Undang-undang mengerahkan rakyat untuk melakukan kerahan tenaga untuk
negara
● Melindungi hak individu lain
-Hak individu dilindungi dengan sekatan terhadap perkara-perkara yang boleh
menjejaskan hak individu
● Menjamin perpaduan
-Penyebaran maklumat/sentimen/isu perkauman dapat disekat.
● Menjaga hubungan baik dengan negara luar
-Menghalang informasi/pergerakan keluar negara bagi mengekalkan hubungan
baik dengan negara luar

17 Nyatakan empat persamaan antara ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan
Negeri
● Warganegara Malaysia
● Dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya / Menang dalam pilihan raya
● Tidak muflis
● Tidak memegang jawatan berpendapatan / bergaji
● Sempurna akal
● Berumur 18/21 tahun ke atas
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

18. Senaraikan tiga kategori sumber hasil kerajaan Persekutuan


● Hasil cukai
● Hasil bukan cukai
● Terimaan bukan hasil
● Hasil Wilayah Persekutuan

19. Nyatakan empat manfaat pelaksanaan tadbir urus kepada sektor awam negara
● Meningkatkan imej pentadbiran awam negara
● Mengelakkan pembaziran/pemborosan wang negara
● Meningkatkan daya saing negara
● Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sektor awam
● Memenuhi jangkaan/ekspektasi pihak berkepentingan terhadap sektor awam
● Menambah baik prestasi penyampaian perkhidmatan sektor awam
● Memantapkan pengurusan dan pentadbiran awam negara

6. SMKTKB 16. Nyatakan tiga tujuan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung (JKKK)
● Menjadi badan pentadbiran kecil di peringkat kampung
● Menjadi badan penyelaras dan penggerak di peringkat kampung
● Menjadi badan keselamatan di peringkat kampung

17. Nyatakan empat kategori individu yang layak memohon kewarganegaraan secara
pendaftaran.
● Perempuan yang bersuami [perkara 15(1)
● Individu yang berumur kurang 21 tahun [ perkara 15(2)
● Individu yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahirnya di Persekutuan sebelum
Hari Merdeka [perkara 16]
● Individu yang berumur 18 tahun atau lebih dan biasanya bermaustautin di Sabah
dan Sarawak pada Hari Malaysia [perkara 16A]

18. Huraikan dua perbezaan anggota Dewan Rakyat dengan anggota Dewan Negara.
● Pemilihan keanggotaan
-Kesemua Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya manakala ahli Dewan
Negara terdiri daripada 2 orang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dari setiap
negeri dan Yang di-Pertuan Agong melantik 44 orang yang banyak berjasa
kepada negara.
● Umur kelayakan menjadi anggota
-Ahli Dewan Rakyat mesti berumur sekurang-kurangnya 21 tahun manakala ahli
Dewan Negara perlu mencapai umur 30 tahun.
● Gelaran anggota
-Anggota Dewan Rakyat dipanggil Wakil Rakyat manakala anggota Dewan Negara
digelar senator.
● Tempoh jawatan
-Tempoh jawatan Ahli Dewan Rakyat adalah selagi beliau menang dalam pilihan
raya dikawasannya manakala tempoh perkhidmatan seseorang senator adalah
tiga tahun dan beliau boleh memegang jawatan untuk dua penggal, iaitu
maksimum enam tahun. Pembubaran parlimen tidak akan menjejaskan jawatan
senator
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

19. (a) Nyatakan dua sumber kewangan kerajaan Negeri.


● Pinjaman dan royalti Kerajaan Persekutuan
● Cukai
● Kutipan zakat

(b) Nyatakan dua kriteria penentuan jumlah peruntukan daripada kerajaan pusat kepada
kerajaan Tempatan.
● Bilangan penduduk Kerajaan Tempatan
● Jumlah hasil kutipan Kerajaan Tempatan
● Luas Kawasan Kerajaan Tempatan

7. SMK Penanti 16. Berikan empat kelayakan seseorang menjadi ahli Dewan Negara.
● Warganegara Malaysia
● Umur tidak kurang 30 tahun/ melebihi 30 tahun
● Waras
● Bukan/tidak muflis
● Tiada rekod jenayah/tidak mempunyai rekod jenayah

17. Nyatakan tiga tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


● Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak dikemukakan
dalam mesyuarat MRR
● Memanggil mesyuarat MRR dari semasa ke semasa
● Menghadiri mesyuarat MRR
● Menyimpan minit-minit mesyuarat MRR
● Mengesahkan semua keputusan MRR
● Mengumumkan keputusan MRR/tarikh berpuasa dan tarikh hari raya

18. Huraikan dua tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) .


● Pelantikan
-menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara,
kontrak , tukar sementara dan pinjaman/ menamatkan perkhidmatan anggota
Perkhidmatan Awam
● Pengesahan dalam perkhidmatan
-mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan/ melanjutkan
tempoh percubaan/ mengembalikan kakitangan ke jawatan asal/ menamatkan
perkhidmatan kerana gaga disahkan dalam jawatan
● Pemberian taraf berpencen
-menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam
tidak termasuk anggota kumpulan sokongan
● Pertukaran perkhidmatan
-menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke
satu skim perkhidmatan yang lain bagi satu skim perkhidmatan yang sama.
● Kenaikan pangkat
-Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat
● Kawalan tatatertib
-merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib
dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai-pegawai
Pengurusan Tertinggi atau Pengurusan dan Profesional.
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

19. Berikan empat prinsip tadbir urus yang baik.


● Fokus kepada pelanggan
● Beretika
● Ketelusan
● Integriti
● Akauntabiliti
● Efektif dan efisien
● Pengurusan perubahan
● Pengamanahan dan pengawasan

8. SMK Sultan 16. Nyatakan tiga ciri kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya
Ismail - JB ● Keanggotaan SPR dilantik oleh YDPA tanpa pengaruh mana-mana pihak
● Ahli-ahlinya bukan pegawai kerajaan dan tidak boleh memegang jawatan lain
● SPR tidak dipengaruhi / dikuasai oleh mana-mana parti politik, badan eksekutif
mahupun badan kehakiman
● Sebarang perubahan/ cadangan peraturan pilihan raya perlu mendapat
kelulusan Parlimen
● Berkuasa penuh dalam proses pilihan raya
● Segala pertelingkahan dalam pilihan raya diselesaikan di mahkamah
● Saraan ahli SPR ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Persekutuan
Disatukan

17. Huraikan 2 ciri Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat


● Merdeka atau bebas daripada kuasa penjajah
-Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang bebas daripada campur
tangan mana-mana pihak asing
● Berwibawa
-Suara Malaysia didengari di peringkat antarabangsa terutamanya dalam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
● Beridentiti
-Malaysia mempunyai pelbagai lambang yang menggambarkan identiti negara
seperti jata negara, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain lagi
● Berideologi
-Malaysia mempunyai ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang harus
difahami dan dihayati oleh setiap warganya
● Perlembagaan yang berkuasa
-Perlembagaan Malaysia digubal mengikut lunas undangundang oleh Badan
Perundangan dan menjadi panduan kerajaan dalam mentadbir negara
● Dihormati dan diiktiraf
-Malaysia diiktiraf oleh negara dunia yang lain

18. Senaraikan empat perkara yang menyebabkan seseorang itu perlu membuat akaun
bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
● Menjaga kerahsiaan sebagai ejen tempat mengundi.
● Persetujuan dalam penolakan harta pusaka.
● Affidavit yang dibuat untuk perbicaraan.
● Kontraktor telah selesai melaksanakan kontrak sesuatu.
● Kehilangan dokumen penting seperti Hak milik tanah, Sijil kelahiran, Kad
pengenalan, Passport.
● Mematuhi undang-undang penyimpanan rahsia kerajaan.
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

● Tiada rekod sebagai penagih atau penjenayah bagi tujuan lantikan dalam
perkhidmatan awam.

Encik Hairi mendapati kadar lantik henti di syarikatnya agak membimbangkan.


Setelah melakukan siasatan dalaman, beliau mendapati salah satu punca
permasalahan tersebut adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan.

19. Bincangkan dua ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh Encik Hairi bagi memastikan
masalah di syarikatnya dapat diatasi.
● Mengutamakan kecemerlangan
-Berkomitmen tinggi terhadap kecemerlangan
-Sentiasa bersedia melakukan dengan cemerlang
● Pemikiran yang kritis dan kreatif
-Bijak dan berkebolehan membuat perhitungan
-Bersikap proaktif
-Memiliki kreativiti sendiri dalam menyelesaikan masalah
● Tahap moraliti yang tinggi
-Memiliki disiplin diri yang tinggi
-Utamakan keadilan, integriti dan amanah
-Memiliki ketenangan, kesabaran dan ketahanan diri tinggi
● Hargai prestasi kerja yang baik
-Prestasi kerja baik menjamin pencapaian matlamat dan hasrat organisasi
-Sentiasa memberi pujian dan penghargaan
● Ketelusan
-Buat keputusan & tindakan berdasarkan Standard Prosedur Kerja (SOP)
-Telus terhadap tindakan yang dilakukan
-Jujur dan bebas sikap penting dir
● Bersikap terbuka
-Dapat menerima teguran, kritikan, kegagalan dan cadangan dengan baik
-Amalkan sikap terbuka terima dan dengar pandangan orang lain
● Hubungan interpersonal yang baik
-Hubungan interpersonal antara pemimpin dengan pengikut penting
-Menjalin hubungan yang baik dengan pekerja
-Prihatin terhadap keperluan dan kebajikan pekerja
-Bersikap sedia membantu.
● Akauntabiliti
-Memikul tanggung jawab dengan amanah
-Memahami dan berani mengambil risiko akibat tindakan
-Galakkan kebaikan dalam organisasi

9. SMK TUN 16. Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi


SYED namun Perlembagaan Persekutuan masih boleh dipinda. Jelaskan tiga cara pindaan
ZAHIRUDDIN perlembagaan dibuat.

● mendapat pungutan suara majoriti mudah ahli hadir Majlis Parlimen


● mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen
● mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen dan perkenan
Majlis Raja-Raja
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

● mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen dan perkenan
Yang DiPertua Negeri Sabah atau Sarawak

17. Namakan empat kategori undang-undang bertulis di Malaysia .

● Perlembagaan Persekutuan
● Perlembagaan Negeri
● Akta
● Enakmen
● Ordinan
● Undang-undang kecil / Perundangan kecil
● Undang-undang subsidiari

18. Nyatakan empat peranan kerajaan dalam sesebuah negara.


● Menentukan arah pentadbiran negara
● Menyediakan kemudahan ekonomi
● Menyediakan pelbagai perkhidmatan
● Menjaga ketertiban dan keamanan negara
● Melindungi alam sekitar
● Menyediakan keperluan asas
● Menjaga kedaulatan negara
● Memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat

19. Huraikan dua langkah yang perlu dilaksanakan dalam memantapkan sistem
penyampaian khidmat awam Malaysia.
● Membudayakan kreativiti dan inovasi
-Penjawat awam harus berfikir luar dari lingkungan kebiasaan iaitu berfikiran
kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan
kepada mereka
● Mementingkan kecekapan bertindak dan membuat keputusan
-Kepantasan bertindak akan menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan
meningkatkan had laju kitaran wang dalam sistem ekonomi negara
● Mengutamakan nilai untuk wang
-Pembaziran, penyelewengan, dan salah urus harus dihapuskan dalam
pengurusan kewangan awam – setiap sen yang dibelanjakan seharusnya
mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan dan rakyat
● Membudayakan nilai integriti
-Transformasi bukan sahaja menuntut perubahan fizikal semata-mata tetapi juga
melibatkan pembangunan sosial, budaya, intelek, dan juga rohani –fokus turut
melibatkan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya
masyarakat

10. KTE Tun 16. Nyatakan tiga ciri-ciri negara berdaulat yang ada di Malaysia.
Fatimah Melaka ● Merdeka
● Berwibawa
● Berkuasa sendiri
● Beridentiti sendiri
● Mempunyai kedaulatan
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

● Mempunyai Perlembagaan
● Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain

17. Huraikan empat perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang diPertuan Agung.

● tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya


● tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang boleh mendatangkan apa-apa
saraan
● tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perniagaan.
● tidak boleh tanpa persetujuan majlis Raja-Raja meninggalkan Persekutuan lebih
daripada lima belas hari kecuali atas lawatan negara ke sesebuah negara yang
lain.
● Apa-apa prosiding terhadap raja atau prosiding yang dibawa oleh raja atas
sifat-sifat peribadinya,maka kes-kes ini hendaklah dibawa ke Mahkamah Khas.
● Tidak boleh berfungsi sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri beraja
kecuali di negeri Baginda dan negeri-negeri tidak beraja

18. Jelaskan dua cara tertuduh boleh memberi keterangan di mahkamah


● Memilih keterangan di kandang orang salah.
-Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh Pendakwa.
● Memilih memberi keterangan bersumpah.
-Keterangannya boleh dicabar oleh Pendakwa raya dengan cara soal balas dan
lain-lain.
● Memilih untuk berdiam diri.
-Pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah sehingga tidak
ada syak wasangka yang munasabah

19. Jelaskan dua sebab mengapa globalisasi dianggap cabaran dalam melaksanakan
tadbir urus yang baik.

● Campur tangan kumpulan - kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan


sedia ada.
-Campur tangan kuasa-kuasa besar di Afghanistan, Iraq dan Mesir
● Penggodaman sistem pertahanan.
-Mencari maklumat kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah
negara
● Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara maju terhadap seteru
mereka.
-Melalui internet, negara maju berupaya membuat pengintipan terhadap
negara-negara lain dari segi
● Gejala sosial.
-Pengamalan seks bebas, rempit, budaya lepak dan minuman keras
● Budaya hedonism.
-Remaja mudah terpengaruh dengan budaya berseronok
● Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan.
-Ancaman ke atas produk IKS
● Penyalahgunaan teknologi.
-Membina senjata-senjata moden yang memusnahkan kehidupan manusia
(senjata nuklear)
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

11. KTE
Puchong

16. Berdasarkan situasi di atas, nyatakan empat hak Encik Z menurut peruntukan

Kebebasan Diri dalam Perlembagaan Persekutuan.

● Encik Z mesti diberitahu tentang sebab dia ditahan.


● Encik Z tidak boleh ditahan lebih daripada 24 jam tanpa perintah reman
majistret/mahkamah.
● Encik Z berhak berunding dengan peguamnya.
● Encik Z boleh memohon writ Habeas Corpus jika penahanannya tidak sah.

17. Senaraikan ciri calon yang boleh mengisi kekosongan luar jangka di Dewan
Rakyat
Syarat-syarat calon pilihan Raya.
● Warganegara Malaysia
● Berumur 18 tahun keatas.
● Sempurna akal fikiran
● Tidak muflis
● Tidak pernah dipenjarakan melebihi 12 bulan tanpa pengampunan.
● Tidak pernah didenda RM2 000 tanpa pengampunan.
● Mesti taat kepada negara dan tidak memperoleh kewarganegaraan asing.
● Tidak boleh memegang jawatan berpendapatan

18. Senaraikan empat kuasa Ketua Negara Malaysia dalam pentadbiran negara.

● Melantik Perdana Menteri


● Melantik anggota kabinet/Jemaah menteri
● Mengisytiharkan darurat
● Melantik jawatan-jawatan tertentu yang termaktub dalam perlembagaan
● Menjadi Ketua Agama Islam di negeri baginda dan negeri-negeri yang tidak
mempunyai sultan
● Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

19. Terangkan dua keadaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu merujuk terlebih
dahulu kepada Kerajaan Negeri sebelum sesuatu perkara yang baharu dilaksanakan.
● Melaksanakan sesuatu dasar baharu.
-Ini bertujuan supaya tidak berlaku percanggahan dalam pelaksanaan dasar
tempatan dengan Kerajaan Negeri.
● Mewujudkan perjawatan baharu.
-Ini kerana perjawatan baharu akan melibatkan peruntukan kewangan Kerajaan
Negeri.
● Melantik ahli Majlis.
-Ini kerana perjawatan baharu akan melibatkan peruntukan kewangan dan ahli
harus sehaluan dengan dasar Kerajaan Negeri.
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

12. SMK BHTO2 16. Jelaskan dua kaedah pindaan Perlembagaan dilakukan.
● Persetujuan majoriti 2/3 oleh ahli Majlis Parlimen
-bentuk sumpah dan ikrar
-pelantikan dan persaraan ahli Dewan Negara
-peruntukan tambahan kewarganegaraan
-persempadanan kawasan pilihan raya
-perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Senarai
Perundangan
-perkara-perkara dalam Senarai Negeri dalam Senarai Perundangan yang
melibatkan
=pelaksanaan triti, perjanjian, atau konvensyen antara Persekutuan dengan
mana-mana negara lain
=tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih

● Persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen dengan persetujuan Majlis Raja-Raja


-Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
-kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain
-hak-hak dan kedaulatan raja-raja
-tugas dan kuasa Majlis Raja-raja
-hal-ehwal Islam
-kedudukan bahasa kebangsaan
-kewarganegaraan
-keistimewaan Parlimen
-pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

● Sokongan majoriti mudah ahli Parlimen


-Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan di
atas
● Sokongan majoriti 2/3 ahli Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri
Sabah dan Sarawak
-hak warga Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia
-pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
-soal agama, bahasa, dan keistimewaan bumiputera di Sabah dan Sarawak
-kuasa perundangan negeri di Sabah dan Sarawak
-hak kesamarataan penduduk di Sabah dan Sarawak

17. Berikan tiga tugas seorang Ketua Setiausaha


Tugas KSN:
● mengetuai seluruh kakitangan awam dalam negara
● menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan
● memastikan dasar kerajaan dapat dilaksana dengan baik.
-Merupakan Setiausaha Kabinet.
-Merupakan pegawai perkhidmatan awam tertinggi di Malaysia.
-Merancang dan mengawal pelaksanaan program dan dasar. (Sebagai pegawai
pentadbir utama di Jabatan Perdana Menteri)
-Penasihat utama Perdana Menteri.
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

-mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan


dengan Kerajaan Negeri
● Memastikan dasar-dasar kerajaan di setiap peringkat berjalan lancar.
-mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara.
-mempengerusikan Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian (KSU).
-Menyelaraskan pentadbiran badan berkanun dan jabatan serta kementerian.
-Menjadi setiausaha Kabinet

18. Jelaskan empat bidang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan


Bidang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan
● Meluluskan belanjawan Kerajaan Tempatan
● Melantik ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan
● Mengesahkan undang-undang kecil Kerajaan Tempatan
● Menyediakan peruntukan kewangan kepada Kerajaan Tempatan
● Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan kerajaan
tempatan
● Menetapkan taraf,status,dan sempadan kerajaan tempatan
● Meluluskan jawatan baharu yang hendak diwujudkan oleh kerajaan tempatan

19 Nyatakan empat kepentingan amalan tadbir urus baik dalam pembangunan negara.
kepentingan amalan tadbir urus baik dalam pembangunan negara.
● Mengekalkan profesionalisme dan tadbir urus dalam perkhidmatan
● Memenuhi jangkaan pelanggan dan pihak berkepentingan
● Kemajuan dan kemakmuran ekonomi meningkat
● Menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi di peringkat
antarabangsa./ -meningkatkan daya saing negara
● meningkatkan keyakinan orang awam terhadap pentadbiran awam
(akauntabiliti)
● meningkatkan kecekapan sistem penyamapaian perkhidmatan awam
● mengurangkan / menjimatkan kos perbelanjaan Negara
● memberi keyakinan kepada pelabur asing

13. SMK Datok 16. Nyatakan empat perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan
Mansur sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

● Hal Ehwal Agama Islam


● Kewarganegaraan
● Kedudukan Bahasa Kebangsaan
● Keistimewaan Parlimen
● Hak-hak dan kedaulatan Raja-raja
● Tugas dan kuasa majlis Raja-raja
● Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
● Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

17. Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
● Hilang kelayakan (muflis belum dilepaskan, dipenjara 1 tahun atau denda lebih
rm2000, tidak sempurna akal memperoleh kewarganegaraan asing, tidak
menghadiri persidangan selama 6 bulan berturut-turut – DITERIMA)
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

● Meletakkan jawatan
● Meninggal dunia
● Dibatalkan kemenangan oleh mahkamah

18. Jelaskan dua jenis Rang Undang-undang yang digubal oleh Parlimen Malaysia
● Rang Undang-undang Awam / Kerajaan
-Melibatkan keseluruhan undang-undang berkaitan dengan dasar awam, negara
dan rakyat
● Rang Undang-undang Persendirian
-Melibatkan rakyat, pertubuhan, persatuan atau perbadanan
-Undang-undang ini bercorak tempatan atau persendirian dan tidak melibatkan
semua lapisan masyarakat
● Rang Undang-undang Ahli Persendirian
-Dibentangkan oleh mana-mana ahli Dewan rakyat atau bukan pihak kerajaan
-Undang-undang ini boleh meliputi seluruh negara atau pihak-pihak tertentu
sahaja
● Rang Undang-undang Hibrid
-Undang-undang campuran yang dikemukakan oleh kerajaan atau bukan
kerajaan yang mempunyai kepentingan tertentu

19. Nyatakan empat faktor yang menjejaskan daya saing negara.


● Kurang ilmu pengetahuan
● Gaji rendah
● Kurang inovatif
● Kurang kreatif
● Teknologi yang rendah
● Dasar kerajaan kurang berkesan/mantap
● Sistem Penyampaian yang lemah
● Kegawatan ekonomi/ kemelesetan ekonomi/ kelembapan ekonomi/kemerosotan
ekonomi
● Kegawatan politik/ketidakstabilan politik dalam dan luar negara
● Kurang tenaga mahir dan separa mahir

14. SMK Tinggi 16 Jelaskan dua cara penamatan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia.
Kajang
● Penolakan
-Seseorang warganegara yang ingin menolak kewarganegaraan Malaysia
mestilah memenuhi syarat seperti berusia 21 tahun atau lebih, sempurna akal
dan telah mendapat kewarganegaraan negara lain.
● Pelucutan
-Memperoleh kewarganegaraan negara asing
-Menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing
dengan sengaja
-Menunjukkan ketidaksetiaan terhadap negara melalui perbuatan dan
pertuturan
-Membuat hubungan dengan negara musuh semasa peperangan

17a Nyatakan dua majlis yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan


Persekutuan
● Majlis Kewangan Negara
● Majlis Tanah Negara
● Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

● Majlis Raja-Raja
● Majlis Angkatan Tentera

17b Nyatakan 2 tujuan penubuhan majlis penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan
Kerajaan Negeri
● Menjadi badan penghubung antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan
Negeri
● Menjadi badan perunding berkaitan dengan isu dalam bidangnya antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
● Menjadi badan penyelaras untuk aktiviti dalam bidangnya antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

18 Kemukakan empat keadaan yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan untuk


menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen.
● Dengan sengaja memperoleh kewarganegaraan asing
● Disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah dan
dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang
daripada RM2,000 serta tidak mendapat pengampunan bebas.
● Memegang sesuatu jawatan berpendapatan
● Diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan
● Didapati tidak sempurna akal
● Tidak menghantar penyata pilihanraya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dalam tempoh 31 hari daripada tarikh keputusan diwartakan.
● Tidak hadir dalam persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa
keizinan parlimen.

19 Nyatakan empat cara Encik X boleh mempamerkan tadbir urus yang terbaik,iaitu dari
segi sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap kepada pelanggan.
● Menyampaikan maklumat yang jelas dan secukupnya
● Melayan pelanggan tanpa diskriminasi
● Menghargai masa pelanggan yang berurusan di kaunter
● Mempermudahkan pelanggan mendapatkan maklumat di kaunter
● Menjawab pertanyaan pelanggan secara berhemah/sopan

15. KTE Desa 16 Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi,


Mahkota Namun masih boleh dipinda. Berikan tiga cara pindaan perlembagaan dibuat.

● Mendapat punggutan suara 2/3 ahli Majlis Parlimen


● Mendapat punggutan suara Ahli Majlis Parlimen dengan izin Majlis Raja-Raja
● Mendapat punggutan suara majoriti Majlis Parlimen
● Mendapat 2/3 majoriti Majlis Parlimen dengan persetujuan Yang Dipertua negeri
bagi perkara menyentuh Sabah dan Sarawak

17. Jelaskan dua hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

● Hak kebebasan diri


-Tiada Warganegara yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali menurut undang-undang
● Hak terhadap harta
-Seseorang tidak boleh dilucutkan haknya ke atas harta benda melainkan
mengikut undang-undang
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

● Hak terhadap pendidikan


-Tidak boleh wujud diskriminasi terhadap mana-mana rakyat dalam pendidikan.
Rakyat berhak mendapat pendidikan yang sempurna dan tidak boleh dibezakan
dari segi agama, kaum, keturunan, dan jantina.
● Hak bersuara/Hak bercakap, berhimpun, dan berpersatuan
-Boleh bersuara dan mengemukakan pendapat tanpa menyentuh sensitivity
perkauman.
● Hak kesamarataan
-Perkara ini juga menghalang apa-apa jenis diskriminasi atas dasar agama,
bangsa, keturunan, atau jantina melainkan dibenarkan secara khusus oleh
perlembagaan sendiri.
● Hak Kebebasan beragama
-Setiap Warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agama
masing-masing
● Hak bebas daripada keabdian dan kerja paksa
-Tiada mana-mana warganegara pun boleh ditahan sebagai hamba abdi
● Hak terhadap larangan buang negeri
-Tiada warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki
Persekutuan
● Hak kebebasan bergerak
-Tiada warganegara boleh ditahan daripada memasuki Persekutuan
● Hak perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa
kebelakangan dan perbicaraan berulang
-Tiada warganegara boleh didakwa atas kesalahan yang mana tiada
undang-undang atau penguatkuasaan undang-undang ketika dia ditangkap.

18. Nyatakan empat syarat untuk memohon kewarganegaraan secara naturalisasi.


● Telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya genap 10 tahun dalam
tempoh 12 tahun/ tempoh dikehendaki sebelum tarikh permohonan
● Berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan
● Berkelakuan baik
● Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai
● Berumur 21 tahun dan ke atas

19. Nyatakan empat tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

● Membuat kajian dan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan
negeri tidak kurang 8 tahun dari tarikh persempadanan semula yang terdahulu
● Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih
● Menguruskan pilihan raya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
● Menguruskan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan
● Menguruskan pengundian melalui pos
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

16. SMK Tinggi


Kluang

16 Gambar rajah di atas, pilih empat keadaan yang menyebabkan


seseorang tidak layak menjadi calon pilihan raya.
● Muflis tidak terlepas
● Memperoleh kewarganegaraan asing
● Mengisi salah maklumat dalam Borang penamaan calon
● Tidak sempurna akal

17 Jelaskan dua cara penamatan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia.


● Penolakan
-Seseorang warganegara yang ingin menolak kewarganegaraan Malaysia
mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berusia 21 tahun atau lebih, sempurna
akal dan telah mendapat kewarganegaraan negara lain.
● Perlucutan
-Memperoleh kewarganegaraan negara asing
-Menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing
dengan sengaja
-Menunjukkan ketidaksetiaan terhadap negara melalui perbuatan dan
pertuturan
-Membuat hubungan dengan negara musuh semasa peperangan

18 Nyatakan tiga faktor yang menjejaskan daya saing negara


● Kurang ilmu pengetahuan
● Gaji rendah
● Kurang inovatif
● Kurang kreatif
● Teknologi yang rendah
● Dasar kerajaan kurang berkesan/mantap
● Sistem Penyampaian yang lemah
● Kegawatan ekonomi/kemelesetan ekonomi/kelembapan ekonomi/kemerosotan
ekonomi
● Kegawatan politik/ketidakstabilan politik dalam dan luar negara
● Kurang tenaga mahir dan separa mahir
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

19 Nyatakan empat fungsi Unit Perancang Ekonomi (UPE).


● Menasihati kerajaan mengenai isu-isu ekonomi
● Mengurus bantuan teknik dan kewangan daripada kerajaan asing dan
agensi antarbangsa.
● Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi
● Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan jangka
panjang
● Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan
● Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi
● Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan
Segitiga
● Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan
asing
● Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti
syarikat selaras dengan penyusunan semula ekuiti korporat
● Menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara
● Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan
Negara (JPPN) dan Majlis Ekonomi

17. Penang Free 16. Nyatakan tiga kategori pengundi tidak hadir.
School ● Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
● Petugas pilihan raya
● Anggota polis
● Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang bertugas(termasuk
suami/isteri)
● Anggota mana-mana perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat sepenuh
masa di luar negara (termasuk suami/isteri)
● Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara(termasuk suami/isteri)

17. Jelaskan dua jenis rang undang-undang yang boleh digubal oleh Dewan Rakyat.
● Rang undang-undang Awam / Kerajaan
-Melibatkan keseluruhan undang-undang yang berkaitan dengan dasar awam,
negara dan rakyat. Biasanya dikemukakan oleh pihak kerajaan dan kabinet.
● Rang Undang-undang Persendirian
-Melibatkan rakyat, pertubuhan, persatuan atau perbadanan. Ia bercorak
tempatan atau persendirian dan tidak melibatkan semua lapisan masyarakat.
● Rang Undang-undang Ahli Persendirian
-Dibentangkan mana-mana ahli Dewan Rakyat dan tidak pihak kerajaan.
Undang-undang ini boleh meliputi seluruh negara dan semua lapisan
masyarakat.
● Rang undang-undang Hibrid
-Undang-undang campuran yang dikemukakan sama ada oleh ahli kerajaan atau
tidak kerajaan yang pada pandangan Yang diPertua Dewan Rakyat mempunyai
kepentingan tertentu, tidak seperti mana yang dinyatakan oleh mereka yang
membawanya.
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

18. Huraikan dua perbezaan antara badan berkanun dan badan tidak berkanun.
● Penubuhan
-Badan Berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
Manakala Badan Tidak Berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
● Kegiatan/ Aktiviti
-Badan Berkanun tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Manakala Badan Tidak
Berkanun mempunyai kebebasan yang lebih kerana tidak tertakluk kepada
pengawalan kerajaan
● Perjawatan
-Badan Berkanun tertakluk kepada kawalan kerajaan pusat dalam perjawatan
tetapi Badan Tidak Berkanun bebas mengadakan Skim Perjawatan Sendiri.

● Kawalan
-Badan Berkanun dikawal oleh Menteri secara langsung yang menggariskan
dasar-dasar penting. Manakala Badan Tidak Berkanun dikawal oleh menteri
secara tidak langsung, kerajaan mempunyai ekuiti di dalamnya.
● Fungsi
-Badan Berkanun terlibat dalam pembangunan sosioekonomi negara. Badan
Tidak Berkanun pula menjalankan kegiatan perniagaan untuk memperoleh
keuntungan bagi kerajaan.
● Belanjawan
-Badan Berkanun segala perbelanjaan serta perancangannya dikawal oleh
kerjaan pusat manakala Badan Tidak Berkanun dikawal secara tidak langsung
(bebas)

19. Berdasarkan gambar rajah di bawah, senaraikan empat tanggungjawab


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

● Kenaikan Pangkat
● Kawalan Tatatertib
● Pengesahan Dalam Perkhidmatan
● Pemberian taraf Berpencen
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

18. SMK Tandek

16. Nyatakan empat sumber di atas.


● Duti import/eksport
● Cukai Pendapatan
● Cukai hartanah
● Duti eksais…dll

17. Terangkan dua tujuan Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh Parlimen
● Memberi kuasa kepada Ketua Polis Daerah
● Membantu PDRM mengawal aktiviti songsang seperti tunjuk perasaan jalanan
● Menunjukkan bahawa kerajaan berjiwa rakyat dengan membenarkan mereka
yang tidak puas hati untuk meluahkan perasaan secara aman.

18a. Namakan dua jenis jawatankuasa X dalam bidang pentadbiran kerajaan


Persekutuan.
● Jawatankuasa tetap cabinet
● Jawatankuasa ad-hoc
b. Senaraikan dua jenis Suruhanjaya Perkhidmatan
● Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
● Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
● Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
● Suruhanjaya Pasukan Polis
● Majlis Angkatan Tentera

19 Nyatakan tiga tindakan yang diambil untuk memperkukuh ntegrity


perkhidmatan awam.
● Memberi kerjasama kepada mana-mana pihak
● Mematuhi kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni
● Mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menggugat
integriti dan imej pegawai awam
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

19. KTE Sri Istana 16 Nyatakan tiga situasi yang tidak menyalahi peruntukan Perkara 9,
Perlembagaan Persekutuan tentang larangan buang negeri dan kebebasan
bergerak
● Ancaman keselamatan Persekutuan / negara
● Ancaman ketenteraman awam
● Ancaman kesihatan awam
● Hukuman bagi pesalah
● Sekatan Imigresen terhadap kemasukan rakyat Semenanjung ke Sabah &
Sarawak

17 Senaraikan empat kuasa Kerajaan Negeri terhadap Pihak Berkuasa Tempatan


● Meluluskan anggaran belanjawan / bajet
● Meluluskan pinjaman PBT
● Mengesahkan undang-undang kecil
● Melantik ahli Majlis
● Mengawal perubahan sempadan

18 (i) Nyatakan tempoh pelaksanaan persempadanan semula sesuatu bahagian pilihan


raya
● Tidak kurang daripada 8 tahun daripada / sejak persempadanan semula yang
terakhir
(ii) Kemukakan tiga pihak yang boleh membantah cadangan terhadap persempadanan
semula bahagian pilihan raya.
● Kerajaan Negeri
● Pihak Berkuasa Tempatan
● Kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurang 100 orang pengundi / pemilih
di bahagian pilihan raya yang terkesan dalam daftar pemilih semula

19 Jelaskan dua impak negatif terhadap keselamatan negara jika fenomena


globalisasi tidak terkawal
● Campur tangan kuasa besar
-Mendapat bantuan mengguling kerajaan/ memberontak
● Berlaku pengintipan
-Mendapatkan maklumat oleh negara maju terhadap musuh/negara tertentu
● Berlaku penggodaman sistem pertahanan
-Mencari maklumat / kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara
● Berlaku pembangunan senjata
-Pengganas mendapat latihan/ akses
● Memanipulasi hak-hak asasi manusia
-Mendominasi politik dunia
● Menggiatkan jenayah antarabangsa
-Menyukarkan jenayah dibendung/ keganasan
● Pembanjiran maklumat tidak berguna
-Mengancam keharmonian negara
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

20 SMKJ Jit Sin

Ubat dan
kesihatan
awam

Kebajikan orang asli

Perparitan dan
pengairan

Undang-undang
syariah dan
hukum syarak

Kawalan terhadap
musuh tanaman

Buruh dan
keselamatan
sosial

16. Senaraikan kuasa-kuasa perundangan Kerajaan Persekutuan dibawah Jadual


Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
● Kebajikan orang asli
● Kawalan terhadap musuh tanaman
● Ubat dan kesihatan awam
● Buruh dan keselamatan sosial

17. Nyatakan tiga tanggungjawab Ketua Kerajaan Persekutuan


● Menjadi penasihat YDPA
● Menamakan senarai menteri Kabinet untuk dilantik atau dipecat oleh YDPA
● Merancang/menggubal/menyelaraskan/membuat keputusan tentang dasar
dasar awam/kerajaan
● Menjadi jurucakap kerajaan dalam hal ehwal antarabangsa dan domestik
● Melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA menerusi Kabinetnya
● Membentuk dan mempengerusikan mesyuarat Kabinet
● Memohon kepada YDPA untuk membubarkan Parlimen/DR
● Melantik atau memecat setiausaha politik
● Menasihati YDPA dalam soal pelantikan & pemecatan jawatan-jawatan utama
tertentu

18. Senaraikan empat Agensi Pusat yang berada di bawah Jabatan Perdana
Menteri
● Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
● Unit Perancang Ekonomi (EPU)
● Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Channel PA 900 STPM @CNM Kompilasi Soalan Struktur Trial Sem 1 2022

● Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia


(MAMPU)
● Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
● Unit Inovasi Khas (UNIK)

19. Jelaskan dua kesan negatif tadbir urus yang lemah melibatkan agensi-agensi awam

● Menjejaskan produktiviti/kecekapan kerja sektor awam


-Kualiti penyampaian/prestasi perkhidmatan awam menjadi tidak baik
● Wujud sikap/budaya kerja negatif dalam kalangan penjawat awam
-Kurang pemantauan berkesan daripada pihak pengurusan atasan/ketua jabatan
● Menimbulkan rungutan/ aduan/ketidakpuasan hati daripada komuniti/
masyarakat umum
-Karenah birokrasi dan layanan kurang mesra menimbulkan ketidakpuasan hati
masyarakat
● Menjejaskan keyakinan/ kepercayaan komuniti
-Kegagalan agensi awam memenuhi jangkaan/ekspektasi pihak-pihak
berkepentingan/pemegang taruh
● Menjejaskan pembangunan negara
-Menjejaskan keterlibatan, sumbangan dan peranan sektor awam terhadap
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara
● Menjejaskan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI)/pelabur asing
-Pelabur asing kurang yakin terhadap kualiti penyampaian sektor awam
● Mewujudkan pemborosan dan pembaziran dana awam
-Ketirisan dan penyelewengan dalam perolehan aset awam
● Menjejaskan imej baik perkhidmatan awam/negara
-Skandal kewangan melibatkan penyelewengan dana awam menjejaskan
reputasi, kredibiliti dan nama baik negara di persada dunia
● Menjejaskan kemantapan dan keutuhan pentadbiran sektor awam
-Pentadbiran agensi awam tidak terurus dengan baik, efektif dan sistematik
● Mewujudkan ketirisan dan penyelewengan
-Amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam di agensi awam semakin tidak terkawal

21

You might also like