Professional Documents
Culture Documents
Mat Kilau
Mat Kilau
kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam, Jawi: ;مت سيام1865 - 16 Ogos
1970, merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang
penjajah British di Pahang. Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat
Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau
Tawar, Jerantut, Pahang.[2]
Kehidupan
Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada tahun 1865 di Kampong Pulau Tawar,
Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun
Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok
Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau dikatakan mahir
mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai
"Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[3]
Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama
Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong.[3] Imam Daud ialah
seorang guru agama di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru
mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya.[perlu rujukan] Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah
dikurniakan tiga orang anak.[3] Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan
menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya
yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris
dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin
Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.[perlu rujukan]
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari
Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini.
Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang,
Terengganu dan Kelantan.[perlu rujukan]
Sejarah perjuangan