Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN KELAB RUKUN NEGARA 2014

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) APPAR, KUALA LUMPUR.

Tempoh: Bulan Januari sehingga Oktober 2014


Tempat: SJK(T) Appar, Kuala Lumpur.

PENAUNG : PN. K.PERAMAH

PENASIHAT : PN. S.CHITTRA

PENYELARAS : PN. G.PADMANY

PENGERUSI : PAVITHRA

TIMBALAN PENGERUSI : TISHA

SETIAUSAHA : SHASHIREKHA

PENOLONG SETIAUSAHA : MEGENESHWARAN

BENDAHARI : ALISHA

AHLI JAWATANKUASA : G.KATHIRAVAN (TAHUN 3)

DHIVYAN (TAHUN 4)

DASHID KUMAR (TAHUN 5)

DADCHAN (TAHUN 6)

JURU AUDIT DALAM : PN. AIYANA DEVI

TINUSHA DEVI
Kelab Rukun Negara telah dijalankan dari bulan Januari sehingga bulan Oktober 2014
pada setiap hari Rabu sewaktu masa Ko-Kurikulum di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Appar, Kuala Lumpur.
Matlamat utama Kelab Rukun Negara ini adalah untuk memperkenalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara
kepada murid-murid sekolah ini. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyubur dan
mempertingkatan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma
kehidupan dan untuk menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup
yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu,
berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan Negara.
Sepanjang tahun ini, pelbagai aktiviti di peringkat sekolah telah dijalankan bagi
mencungkil bakat murid-murid ini. Antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan adalah:
a) Lafaz ikrar Rukun Negara.
b) Menyanyi lagu “NegaraKu”.
c) Pertandingan melafaz dan menulis Rukun Negara.
d) Pertandingan menyanyi lagu “NegaraKu”.
e) Mencipta bendera Malaysia.
f) Melukis logo 1Malaysia.
g) Melukis Poster
h) Pertandingan menyanyi lagu 1Malaysia dalam kumpulan.
i) Pertandingan tarian dan nyanyian lagu kaum-kaum di Malaysia.
j) Pertandingan lakonan.
k) Aktiviti mencipta makanan tradisional.
l) Ceramah
m) Persembahan tayangan video.

Dalam pelbagai aktiviti ini, aktiviti seperti melafaz ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu
“NegaraKu” dijadikan aktiviti rutin setiap perjumpaan untuk menyemarakkan rasa kecintaan
pada Negara. Murid juga dilatih untuk menulis Rukun Negara tanpa kesalahan ejaan. Berikut
merupakan beberapa aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti mencipta bunga kebangsaan yang dijalankan dalam kumpulan.

Aktiviti mencipta jalur gemilang dalam kumpulan

Kuiz yang diadakan bersama dengan bulan patriotik


Di samping itu, murid juga diperkenalkan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara dan
dijelaskan dengan teliti mengenai maksud setiap prinsip Rukun Negara. Murid juga telah
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang dapat memupuk mereka kearah kepentingan
Rukun Negara, pemimpin-pemimpin Negara dan dapat menyemai rasa cinta terhadap bangsa
dan negara.Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sebegini, guru dapat memupuk semangat
patriotisme dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan murid.
Aktiviti- aktiviti yang dirancang pada tahun ini telah berjalan dengan lancar seperti yang
dirancang pada awal tahun. akhir sekali, saya selaku penyelaras kelab Rukun Negara
mengucapkan terima kasih kepada bahagian pentadbiran sekolah atas sokongan dan tunjuk
ajar yang diberikan. Kami berharap agar kelab ini akan dapat bergerak dengan lebih aktif pada
tahun akan datang.

Laporan disediakan oleh,

………………….
(PN.G.PADMANY)
Penyelaras Kelab Rukun Negara

Disemak oleh,

……………………….

Disahkan oleh,

…………………………….

You might also like