Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Gua Tempurung

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia.
Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9
km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa,
dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap
kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua
Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu
kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang
berbentuk tempurung.
Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15
minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti
berkayak atau berakit merentasi jeram.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara
dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini
dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka
yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi
tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala
semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.
Istana Kellie
Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Kellie's Folly) ialah
sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang
peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina
mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan
bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada
tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah
Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah
memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan
keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma
Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu
dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging
Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta,
Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini
diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun
selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan
seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu.
Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki
bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan
yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah
memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana
besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena
rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga
dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina
sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15
September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling
tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di
Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926.
Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu
Gajah kerana keunikannya.
Gunung Lang
Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung
batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta.
Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan
kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah
tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan
pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.[1]
Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui
fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah
Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh
merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, projek berkenaan akan
diteruskan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke taman terbabit
yang dibuka sejak lima tahun lalu. Peruntukan sebanyak RM5 juta akan dikemukakan kepada
kerajaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan lain di taman rekreasi itu seperti tapak
perkhemahan, tandas awam, dapur dan dewan serba guna
Taman Tasik Taiping, Taman Awam Tertua Di Malaysia

Jika anda datang melancong ke Taiping, tidak lengkap lawatan anda itu jika
tidak melawat ke Taman Tasik Taiping yang indah. Dikenali sebagai taman
tertua di Malaysia, taman ini sememangnya satu tempat yang sangat
menenangkan, mendamaikan jiwa dan mempunyai permandangan yang
sangat indah.

Dalam artikel kali ini, orangperak.com akan mengupas mengenai sejarah


wujudnya taman tasik ini untuk pengetahuan anda semua. Taman Tasik
Taiping merupakan taman awam pertama yang ditubuhkan sewaktu
pemerintahan British di Tanah Melayu.

Taman ini terletak di berdekatan dengan Bukit Larut dan Zoo Taiping. Taman
Tasik Taiping ini pada asalnya merupakan tapak perlombongan bijih timah
yang terbiar sebelum dijadikan taman awam pada tahun 1880. Idea untuk
mewujudkan taman awam untuk penduduk Taiping ini asalnya daripada
Kolonel Robert Sandilands Frowd Walker.

Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab menubuhkan “Malay


States Guide” ataupun Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu.
Pembangunan Taman Tasik Taiping ini telah dilaksanakan oleh Charles
Compton Reade (1880–1933), yang mana beliau juga bertanggungjawab
merancang untuk membina Taman Kuala Lumpur (sekarang Taman Botani
Kuala Lumpur) bersama dengan Lady Swettenham.

Lombong bijih timah yang terbiar telah didermakan oleh Chung Thye
Phin untuk tujuan dijadikan kawasan rekreasi bagi kegunaan orang awam.
Pada tahun 1884, taman tasik ini telah ditanam dengan rumput, pokok-
pokok bunga dan pokok-pokok hiasan dengan sebahagian daripada taman ini
telah dipasang pagar untuk menghalang lembu daripada masuk ke taman ini.

Kawasan seluas 64 hektar (160 ekar) merupakan taman awam pertama di


Tanah Melayu dan dihargai kerana keindahannya yang telah dijaga dengan
rapi semenjak taman tersebut dibuka.

Terdapat 10 kolam dan tasik kecil yang menyerlahkan lagi taman


tersebut. Disepanjang Jalan Residensi yang melalui taman tersebut terdapat
banyak pokok Angsana (pterocarpus indicus) yang ditanam. Dalam jurnal
George L. Peet’s yang bertajuk “A Journal in the Federal Capital“, apabila
beliau melawat Taiping pada tahun 1933, beliau berkata, “Saya tidak tahu
jika ada tempat yang lebih indah dalam negara ini selain Taman Taiping
ketika cahaya mentari menyinar merentasi disebalik dedaunan pepohon
buluh, palma dan pohon-pohon yang berselerakan di pulau-pulau (di Taman
Tasik) di kawasan air yang luas. Seseorang akan memperoleh pengalaman
yang berharga disepanjang setengah jam melalui cahaya-cahay indah
tersebut yang tidak dapat diperoleh jika berada di England”.

Terdapat beberapa rumah persendirian dan milik kerajaan disekitar taman


tasik tersebut. Diantara kediaman yang terdapat disitu ialah Old Residency
(kediaman Setiausaha Residen), Rumah Raja di persimpangan Jalan Birch
dengan Jalan Residensi kediaman pegawai tentera di Jalan Batu
Tugih. Keindahan taman tersebut terlalu menyerlah sehingga menarik ramai
pengembara untuk menulis mengenai keindahannya.
Untuk ke Taiping dari Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), anda perlu keluar di
persimpangan Changkat Jering dan pergi ke jalan Simpang sebelum
membelok ke kanan ke arah Taiping.

Taman Tasik Taiping mudah dituju melalui Jalan Istana dan Jalan Kelab Baru.
Taiping juga dihubungkan dengan baik ke seluruh Semenanjung Malaysia
melalui bas ekspres, yang tiba dan bertolak dari stesen bas ekspres di
Kamunting (6km dari pusat bandar) dan Simpang (7km dari pusat bandar).

Bas juga bertolak terus dari Taiping ke Singapura dan Hat Yai di selatan
Thailand. Bas yang menghala ke selatan bertolak dari Kamunting dan
berhenti di Simpang (Medan Simpang) untuk mengambil penumpang
sebelum menuju ke lebuh raya melalui persimpangan Changkat Jering.

Tiket bas dijual di kaunter yang terletak di Medan Kamunting dan Medan
Simpang. Jika anda memilih untuk menaiki kereta api, Keretapi Tanah
Melayu (KTM) beroperasi untuk sejumlah bilangan perkhidmatan sepanjang
laluan utara-selatan yang berhenti di stesen Taiping.

Jom berkunjung ke Taman Tasik Taiping bersama dengan keluarga anda.


Selain daripada berehat dan menenangkan fikiran, ianya juga boleh
mendedahkan kepada anak-anak anda mengenai keindahan alam sekitar dan
akan menerapkan rasa untuk lebih menghargai alam. Sememangnya ianya
akan menjadi satu kenangan terindah yang tidak dapat untuk dilupakan.

Muzium Perak di Taiping

Muzium Perak juga dikenali sebagai Muzium Taiping merupakan salah satu tempat
menarik yang mesti dilawati jika anda berkunjung ke bandar ini. Ramai yang
merasakan bahawa melawat muzium adalah aktiviti yang membosankan tetapi kami
pasti anda tidak akan beranggapan sedemikan selepas melawat muzium ini.
Jika anda datang melawat pada musim cuti sekolah, muzium ini akan dipenuhi
dengan rombongan sekolah dan ibubapa yang membawa anak-anak bercuti. Ini
menunjukkan bahawa muzium yang dibina pada zaman penjajahan British dahulu
memang popular. Jadi pilih waktu yang sesuai untuk keselesaan anda.
Anda boleh melihat halaman Tempat menarik di Taiping Perak. Halaman ini
memaparkan tempat menarik dan lokasi wajib singgah jika bercuti di Taiping.

Muzium Perak ialah muzium tertua di Malaysia yang terletak di bandar Taiping,
Perak. Ia menyimpan khazanah, artifek dan bahan sejarah negeri Perak. Muzium ini
mempamerkan beberapa binatang liar yang diawet, tengkorak dan rangka binatang,
peralatan melayu tradisional, pakaian pengantin melayu tradisional dan berbagai
khazanah lagi.
Mungkin ramai yang merasakan bahawa melawat muzium adalah membosankan.
Walau bagaimanapun kami memberi jaminan bahawa anda pasti seronok melawat
Muzium Perak ini. Jika anda membawa keluarga dan anak-anak, ini adalah destinasi
wajib singgah.

Zoo Taiping
Salah satu destinasi pelancongan paling popular di Taiping setiap kali tiba musim
cuti sekolah ialah Zoo Taiping. Ia adalah zoo yang pertama dibina di Malaysia.
Berbagai spesis haiwan eksotik dari dalam dan luar negara terdapat di zoo ini.
Lokasinya ialah berhampiran Taman Tasik Taiping, iaitu di kaki Bukit Larut. Jika
anda mencari tempat menarik di taiping waktu malam, Zoo Taiping juga
menawarkan Night Safari dimana pengunjung boleh melawat dan melihat aktiviti
binatang dimalam hari.

You might also like