Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LAI CHEE

MINIT MESYUARAT PANITIA BM BIL 1 /TAHUN 2024

Tarikh : 5 Mac 2024

Masa : 1.00 tgh – 2.00 ptg

Tempat : Dewan Sekolah

Pengerusi : En Set Chun Siong / Puan Chia Swee Ling


Senarai nama penuh AJK dengan jawatan
Kehadiran : ...........................................................................................................................

Tidak Hadir : Tiada

Urus Setia/Setiausaha : Mohd Sari Hidayat

Agenda mesyuarat : 1. Perutusan pengerusi


2. Pengesahan minit mesyuarat bil.4 2023
3. Perkara berbangkit
4. Perbentangan kertas kerja/ Pelaporan
5. Hal-hal lain
6. Penutup

1
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn. Chia Swee Ling selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli
mesyuarat bersama guru-guru dan barisan pentadbir.
1.2 Pengerusi memaklumkan kekurangan guru yang mengajar mata pelajaran BM
atas sebab ramai yang berpindah. Sekolah masih menunggu kehadiran guru
baharu untuk ditempatkan di sekolah kita.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Cikgu Sin Yoke Ching mencadangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Panitia
Bahasa Malaysia Bil. 4/ Tahun 2023 disahkan dan disokong oleh Pn Chiew Fui
Chooi.
Tindakan: Makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 RPH
3.1.1 DSKP dan RPT telah disediakan dan diletak di atas meja Cikgu Hidayat.
Guru. Semuanya akan diedarkan dalam fail. Guru-guru perlu menjaga
bahan-bahan yang disediakan dengan baik.
3.1.2 RPH akan dihantar dalam bentuk/format E-RPH yang akan ditaklimatkan
oleh PK1. Guru-guru perlu menulis RPH secara dalam talian.(online)
3.1.3 Guru-guru diminta untuk menulis RPH setiap minggu dan hantar pada
PK1 setiap hari Jumaat. Isi templat yang telah disediakan dan hantar ke
dalam Google Classroom.
3.1.4 Guru-guru perlu menggunakan kaedah yang sesuai dengan SP yang
diajarkan.
3.1.5 Perbincangan SP baharu dan pembinaan RPH akan dibincang dengan
lebih lanjut di dalam laman “Kumpulan Whatsapp Panitia BM Lai Chee”.
Tindakan: Makluman

2
3.2 JADUAL PENGAJARAN HARIAN
3.2.1 Cadangan jadual pengajaran setiap minggu seperti berikut. Guru boleh
sesuaikan dengan jadual sendiri.

Tindakan: Makluman
3.3 GOOGLE CLASSROOM
3.3.1 Guru diingatkan supaya terus menggunakan Google Classroom sebagai
media tugasan murid-murid di rumah.
3.3.2 Guru boleh memberi kepada murid yang bergilir berada di rumah untuk
tugasan. Begitu juga untuk pengajaran ‘flip-classroom’. Masukkan latihan
di dalam Google Classroom Panitia BM.

Tindakan : Semua Guru Panitia BM

4. PERBENTANGAN KERTAS KERJA/ PELAPORAN

4.1 BUKU LATIHAN


4.1.1 Penggunaan buku latihan tahun 2024 seperti berikut:

Tindakan: Makluman

3
4.2 UASA
4.2.1 Mengikut takwim yang telah ditetapkan
4.2.2 Akan dilaksanakan pada penghujung sesi pembelajaran.
4.2.3 Jadual penyediaan kertas soalan akan diberikan secepat mungkin. Guru-guru
perlu menyediakan soalan mengikut tema dan aras yang telah ditetapkan.
4.2.4 PKSR dalaman akan diadakan bulan Ogos. Guru-guru perlu sediakan soalan
sendiri.

Tindakan : Makluman

3.3 PLC
3.3.1 PLC akan diadakan sebulan sekali.
3.3.2 Sediakan laporan bergambar untuk dijadikan bukti.
3.3.3 Isi Senarai PLC dalam SPLKPM dan hantar laporan pada Cikgu Ng Poon Hui.
3.3.4 Perbincangan mesti berkisar Pdpc dan pentaksiran murid.
3.3.5 Media utama PLC BM ialah Kumpulan Whatsapp Panitia BM Lai Chee.
Tindakan : Makluman

3.4 AKTIVITI DAN PROGRAM


3.4.1 Aktiviti dan pertandingan untuk panitia BM seperti berikut:

3.4.2 Tarikh aktiviti akan dimuktamadkan kemudian. Guru-guru perlu peka dengan
maklumat yang akan disampaikan.

Tindakan : Guru Terlibat

4
3.5 MBM
3.5.1 Program MBM akan dilaksanakan pada setiap Selasa 7:10 pagi sehingga 7.30
pagi.
3.5.2 Sasaran untuk tahap satu. (Tahun 1,2 dan 3) ialah aktiviti membaca buku,
aktiviti akhbar Zhi Shi Bao dan juga nyanyian.
3.5.3 Sasaran untuk tahap dua. (Tahun 4,5 dan 6) ialah aktiviti membaca buku,
penulisan kreatif dan karangan.
3.5.4 Cikgu Ooi akan menjadi penyelaras program ini.
Tindakan: Makluman
3.6 PAPAN KENYATAAN BM
3.6.1 Bahan perlu sentiasa dikemas kini tiga bulan sekali.
3.6.2 Bahan seperti nota, peribahasa, pantun dan sebagainya.
3.6.3 Terdapat sudut pidato berhampiran kawasan papan kenyataan.
3.6.4 Guru boleh laksanakan pengucapan awam di sudut pidato.

5. PERKARA-PERKARA LAIN
5.1 Program Pensel Ajaib akan diteruskan. Bahan mungkin akan dikemas kini oleh
guru tahun 4,5 dan 6. Teruskan membantu murid-murid yang lemah BM.
5.2 Papan panitia perlu dikemas kini setiap tiga bulan.
5.3 TP murid mestilah direkodkan dalam GDrive sekolah. Saranan panitia ialah guru-
guru membuat salinan dalam bentuk salinan keras.
Tindakan: Makluman

6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 ptg.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ………………………….
(Mohd Sari Hidayat) ( Chia Swee Ling )
Setiausaha Panitia BM Ketua Panitia BM

You might also like