Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/376892502

Cadangan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Hasil Pembelajaran Program


(PLO) Bagi Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Article · September 2023

CITATIONS READS

0 48

10 authors, including:

Nurul Ain Amir Norqursiah Saad


Politeknik Sultan Idris Shah psis
2 PUBLICATIONS 0 CITATIONS 2 PUBLICATIONS 0 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Norqursiah Saad on 29 December 2023.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

Cadangan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Hasil Pembelajaran


Program (PLO) Bagi Program Diploma Teknologi Maklumat
(Teknologi Digital)

Ts. Norqursiah Binti Saad1, Nurul Ain Binti Amir Adli2,


Norakmar Binti Mohd Nadzari3
1,2
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
3
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Besut, Terengganu

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang menyumbang dalam penurunan dan
peningkatan Hasil Pembelajaran Program (PLO) bagi pelajar Program Diploma Teknologi
Maklumat (Teknologi Digital) Politeknik Sultan Idris Shah (JTMK, PSIS) bagi sesi I 2022/2023.
Dapatan kajian yang diperolehi melalui dua kaedah iaitu Laporan Analisa Hasil Pembelajaran
Kursus (CORR) dan Laporan Analisa Hasil Pembelajaran Program (PLORR). CORR digunakan
sebagai input dalam pernyataan hasil Course Learning Outcome (CORR) menilai pencapaian
pelajar yang dihasilkan pada setiap semester pengajian oleh penyelaras kursus di JTMK melalui
Sistem SPMP PSIS. Manakala PLORR merupakan laporan analisa yang dihasilkan oleh Ketua
Program untuk menilai pencapaian Programme Learning Outcome (PLO) pelajar di peringkat
Program. Dapatan daripada PLORR ini akan dijadikan sebagai intrumen pengukuran yang penting
untuk menambahbaik 8 pernyataan PLO dalam Program Diploma Teknologi Maklumat
(Teknologi Digital). Hasil daripada analisis yang dilakukan menunjukkan peratusan PLO yang
terendah bagi Pelajar DDT, JTMK sesi I 2022/2023 adalah PLO2 (Cognitive Skills) sebanyak 66%
melibatkan pelajar semester 4. Antara kaedah penambanhbaikan PLO dan aktiviti yang
dicadangkan seperti latihan intensif berorientasikan peperiksaan akhir dan pelaksanaan penilaian
formatif dalam memastikan pelajar mahir dalam sesuatu topik sebelum diuji semasa penilaian
sumatif. Pada keseluruhan, cadangan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) PLO adalah alat
yang penting untuk memberi maklumat tentang prestasi pelajar dan kesahan pengajian di
politeknik dalam memenuhi keperluan akreditasi program Malaysian Qualification Accreditation
(MQA) untuk meningkatkan mutu perkhidmatan institusi pengajian yang berkualiti.

Kata Kunci: CQI, Hasil Pembelajaran Program (PLO), DDT JTMK, Sesi I 2022/2023
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

PENGENALAN

Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan dua daripada peneraju dalam bidang pendidikan dan latihan
teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia. Kedua-duanya adalah institusi pendidikan TVET yang
dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan berada di bawah naungan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Sehingga kini, terdapat 36 buah politeknik
dan 104 buah kolej komuniti di seluruh negara.

Politeknik menawarkan pelbagai bidang, termasuk Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal,


Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Perkapalan, Agroteknologi dan Bio-Industri, Teknologi Makanan,
Teknologi Maklumat, Pelancongan & Hospitaliti, serta bidang-bidang lain. Institusi ini memberi tumpuan
kepada pendidikan dan latihan praktikal untuk memastikan pelajar memiliki kemahiran yang relevan
dengan keperluan industri dan pasaran pekerjaan.

Politeknik Sultan Idris Shah yang terletak di Sabak Bernam, Selangor menawarkan 12 program pengajian
sepenuh masa dibawah 5 jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.

Di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, terdapat program Diploma Teknologi
Maklumat (Teknologi Digital) yang ditawarkan. Program ini bertujuan untuk memberikan pendidikan
dan latihan di bidang pengkomputeran dengan penekanan khusus pada Teknologi Maklumat. Para pelajar
dalam program ini berkesempatan untuk mempelajari berbagai ilmu dalam bidang dan sektor Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Program ini juga menekankan pentingnya kemahiran dalam menyesuaikan diri dengan perkembangan
teknologi terkini. Selain itu, para pelajar juga mendapatkan pendedahan dalam kursus teknikal seperti
Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Penghayatan Etika dan Peradaban, Pengajian Islam atau
Pendidikan Moral, serta kokurikulum.
Para graduan program ini akan dilatih untuk menghadapi cabaran di dunia teknologi pengkomputeran
yang sentiasa berubah dan berkembang pesat. Mereka akan memiliki kemahiran dan pengetahuan yang
relevan untuk bersaing dan berjaya dalam industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Bagi program Diploma Teknologi Maklumat terdapat 8 pernyataan dalam Program Learning Outcomes
(PLO) yang perlu dicapai oleh setiap graduan bagi program tersebut.

1. Practice Information and Communication Technology (ICT) skill in performing diagnostic and
documenting processes in ICT related fields.
2. Analyse issues and provide solutions in Information and Communication Technology (ICT) by
implementing appropriate scientific approaches and reasoning. 3. Display Information and
Communication Technology (ICT) skill in performing diagnostic and documenting processes in ICT
related fields.
4. Demonstrate effective communication both orally and in writing to others including peers, experts and
non-experts.
5. Demonstrate social skills and responsibilities by taking alternate role as a leader or member of a
diverse team.
6. Demonstrate ability to use Information and Communication Technology (ICT) in quantitative skills to
support work and studies.
7. Demonstrate entrepreneurial and good managerial skills in working environment.
8. Demonstrate positive values, ethics and accountability in engaging with society.

Di Politeknik, sistem Pencapaian dan Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) telah dibangunkan untuk
memudahkan urusan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, hal ehwal pelajar, dan latihan
industri, serta fungsi-fungsi lain yang berkaitan. Melalui SPMP, isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh
pelajar dianalisis dengan merujuk kepada keputusan dan pencapaian pelajar berdasarkan Course Learning
Outcome (CLO) dan Programme Learning Outcome (PLO). CLO merujuk kepada hasil dan pencapaian
yang dinilai pada akhir semester, manakala PLO merangkumi hasil dan pencapaian pelajar setelah
menyelesaikan keseluruhan program diploma.
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

Beberapa kajian lepas telah dijalankan untuk menyelidiki isu dan masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Antara kajian tersebut termasuklah "Isu dan Cabaran Dalam Pelaksanaan Pendidikan Peringkat Rendah
dan Menengah" (Abd Rahman, I., & Ramli, A. A. B., 2021), "Isu dan Cabaran Dalam Kemahiran
Membaca Dikalangan Murid Sekolah Rendah di Malaysia" (Balanadam, J., & Jamaluddin, K. A., 2021),
"Isu dan Cabaran Pelajar Atlet dalam Mengimbangi Pencapaian Akademik dan Sukan" (Mohd Judan, M.
H., Awang, M. M., & Othman, N., 2022), dan sebagainya. Melihat kepada pelbagai skop kajian lepas ini,
terdapat kepelbagaian isu dan cabaran yang dapat dijelajahi dalam kajian-kajian yang berkaitan dengan
pembelajaran dan pendidikan para pelajar.

Merujuk kepada kajian sebelum, masih lagi kekurangan kajian yang dijalankan berkaitan dengan isu dan
masalah yang dihadapi oleh pelajar DDT (Diploma Teknologi Maklumat) di politeknik. Kajian ini
bertujuan untuk menyelidik faktor-faktor yang menyumbang kepada penurunan dan peningkatan Hasil
Pembelajaran Program (PLO) serta Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) bagi PLO yang paling
rendah di kalangan pelajar Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di Politeknik
Sultan Idris Shah (JTMK, PSIS) bagi sesi I 2022/2023. Penyelidikan ini penting untuk mempersiapkan
para pelajar menghadapi cabaran di alam pekerjaan yang semakin mencabar dan seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat yang pesat dalam era industri 4.0.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pembangunan kurikulum di politeknik adalah berdasarkan prinsip pembelajaran berasaskan hasil


(Outcome Based Education), yang bertujuan untuk mencapai Program Education Outcome (PEO),
Program Learning Outcome (PLO), dan Course Learning Outcome (CLO). Pendekatan ini memberi
penekanan kepada hasil pembelajaran yang diinginkan berbanding sekadar proses pembelajaran dan
pengajaran konvensional di dalam kelas.

PEO merujuk kepada hasil pendidikan yang diharapkan daripada keseluruhan program di politeknik. Ini
melibatkan kemahiran, pengetahuan, dan sikap yang diharapkan dapat dipupuk dalam diri individu
pelajar sepanjang 2.5 tahun atau 3 tahun bergantung kepada program pengajian yang dijalani pelajar di
politeknik. PLO ialah hasil pembelajaran yang diperoleh pada peringkat program di mana pelajar
dijangka menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengkhususan mereka. CLO pula merujuk
kepada hasil pembelajaran yang dijangka dalam sesuatu kursus tertentu yang dinilai pada hujung setiap
semester.

Dalam reka bentuk pembangunan kurikulum, penting untuk memastikan PLO dan CLO dirangka dengan
jelas dan dapat diukur. Ini melibatkan pengukuran pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran, dan sikap
yang diharapkan daripada setiap pelajar pada setiap peringkat pembelajaran. Kurikulum yang telah
dirancang seharusnya membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran ini melalui strategi pengajaran
yang sesuai, penilaian yang relevan, dan pembelajaran aktif.

Selain itu, pembangunan kurikulum di politeknik juga mengambil kira perkembangan dalam bidang
teknologi, industri, dan masyarakat. Ini melibatkan adaptasi kurikulum dengan keperluan semasa dan
masa depan industri, serta mengintegrasikan elemen keusahawanan, inovasi, dan kemahiran pekerjaan
yang relevan. Pendekatan yang holistik turut diambilkira dimana ia merangkumi pembelajaran teori,
aplikasi praktikal, dan pengalaman industri. Ini adalah penting bagi mempersiapkan pelajar dengan
sebaiknya untuk dunia kerjaya.

Pembangunan kurikulum merangkumi proses mengenalpasti keperluan program, penggubalan


kurikulum, verifikasi kurikulum oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), kelulusan Lembaga
Kurikulum, orientasi kurikulum dan proses Continuous Quality Improvement (CQI). Proses
Pembangunan Kurikulum ini dapat dilihat secara menyeluruh melalui Rajah 1, manakala Proses Kerja
bagi Pembangunan Kurikulum adalah seperti di Rajah 2 (Manual Pembangunan Kurikulum Politeknik,
2013).
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

Rajah 1 : Carta Alir Pembangunan Kurikulum di Politeknik

Rajah 2: Carta Proses Penggubalan Kurikulum

Pembelajaran dan pengajaran (PdP) di Politeknik adalah berasaskan konsep Outcome Based Education
(OBE) untuk memenuhi persyaratan Malaysian Qualifications Framework (MQF) dan memastikan
konsistensi dalam sistem penilaian di seluruh politeknik. Sejak tahun 2010, pendekatan OBE telah
diperkenalkan secara bertahap di institusi-institusi politeknik.

Dalam konteks Program Diploma Teknologi Maklumat - Teknologi Digital (DDT), terdapat lapan
Program Learning Outcome (PLO) yang terlibat dalam pelaksanaan proses PdP.

Pelaksanaan pendekatan OBE dalam PdP di politeknik memiliki beberapa manfaat. Pertama, dengan
menetapkan PLO yang jelas, penilaian akan menjadi lebih objektif kerana ditentukan berdasarkan kepada
pencapaian terhadap hasil. Hal ini sekaligus dapat menjadikan tahap pencapaian PLO sebagai indikator
perbandingan yang konsisten antara pelajar dan program di pelbagai politeknik. Ditambah dengan adanya
Sistem Pelaporan Pencapaian PLO (S3P) secara dalam talian yang dikelolakan oleh salah satu bahagian
di JPPKK iaitu Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, pihak pengurusan tertinggi di politeknik masing-
masing dapat memantau tahap PLO di institusi masing-masing dan memberi maklumbalas kepada pihak
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

JPPKK. (Panduan Pengguna Sistem Pelaporan Pencapaian PLO, 2020) Seterusnya, Ketua Jabatan dan
Ketua Program di politeknik dapat membuat perbandingan dan menjalankan langkah intervensi untuk
memastikan pencapaian PLO program di institusi masing-masing masih melepasi sasaran Key
Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan iaitu sasaran pencapaian PLO 50% mengikut KPI
JPPKK.

Rajah 3: Fungsi Teras Sistem Pelaporan Pencapaian PLO (S3P),


(Panduan Pengguna Sistem Pelaporan Pencapaian PLO, 2020).

Kedua, sistem penilaian yang berasaskan PLO memastikan bahawa penilaian lebih terarah dan sesuai
dengan tujuan pembelajaran. Proses pembelajaran dapat dirancang untuk mengembangkan kemahiran
dan pengetahuan yang relevan dengan keperluan industri dan masyarakat.

Ketiga, dengan adanya PLO yang jelas, sistem penilaian di politeknik menjadi lebih sah dan dapat
dipercaya. Pelajar dan pihak berkepentingan lainnya seperti pihak industri lebih berkeyakinan bahawa
penilaian yang dijalankan di politeknik adalah berpandukan kriteria yang telah ditetapkan dan akan
menghasilkan tahap kompetensi yang diharapkan.

Kesimpulannya, dengan pelaksanaan penerapan pendekatan OBE dalam sesi PdP di politeknik, termasuk
dalam Program Diploma Teknologi Maklumat - Teknologi Digital (DDT), akan dapat membantu
mencapai keberkesanan pencapaian PLO yang telah ditetapkan. Hal ini bagi menghasilkan sistem
penilaian yang lebih objektif, terarah, sah, dan dapat dipercayai, sesuai dengan persyaratan MQF dan
memastikan persetaraan dalam sistem penilaian di seluruh politeknik.

Terdapat beberapa kajian yang telah dilaksanakan untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan pelajar,
proses pengajaran, dan peningkatan kualiti dalam konteks Program Diploma Teknologi Maklumat -
Teknologi Digital (DDT) di politeknik dan program-program lain di institusi pendidikan tinggi. Beberapa
kajian tersebut termasuk:

1. Kajian isu dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar DDT di Politeknik Sultan Idris Shah (Rini Hafzah,
Syaiful Idzwan, Zaleha, 2022): Kajian ini memberi fokus kepada kajian isu dan cabaran yang dihadapi
oleh pelajar DDT di Politeknik Sultan Idris Shah. Ia bertujuan untuk memahami dengan lebih baik faktor-
faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dan mencari langkah-langkah penambahbaikan yang sesuai.

2. Kajian proses Continuous Quality Improvement (CQI) bagi Program Ijazah Sarjana Muda oleh Jabatan
Elektrik, Elektronik dan Sistem Kejuruteraan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina di Universiti
Kebangsaan Malaysia (Norbahiah Misran, Siti Salasiah Mokri, Hafizah Husain, Wan Mimi Diyana Wan
Zaki, 2010): Kajian ini berkaitan dengan proses CQI dalam konteks program ijazah sarjana muda di
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

universiti. Ia bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan CQI dan mengenal pasti langkah-langkah yang boleh
diambil untuk meningkatkan kualiti program tersebut.

3. Kajian keberkesanan program DDT 2.5 tahun (Ruzanna, Ainie Hayati, Siti Dianah, 2019): Kajian ini
mengkaji keberkesanan program DDT dengan jangka masa pengajian 2.5 tahun. Ia bertujuan untuk
menilai tahap pencapaian hasil pembelajaran dan kepuasan pelajar terhadap program tersebut.

4. Kajian implementasi Continuous Quality Improvement (CQI) di kalangan pensyarah di Kolej


Kemahiran Tinggi Mara (Lyssa Daud, Faizal Amin Nur Yunus, Mohd Bekri Rahim, Mohd. Zulfadli
Rozali, Khairul Anuar Abdul Rahman, Arasinah Kamis, 2020): Kajian ini mengkaji tahap implementasi
CQI di kalangan pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Ia bertujuan untuk mengukur pemahaman,
kesedaran, dan amalan pensyarah terhadap CQI serta mengenal pasti cabaran dan penambahbaikan yang
perlu dilakukan dalam pelaksanaannya.

5. Kajian analisis persepsi pensyarah terhadap tahap pelaksanaan CQI bagi Program Diploma Undang-
undang (Noraida Harun, Noor ‘Ashikin Hamid, Kamaliah Salleh, Asiah Bidin, Berhanundin Abdullah,
2022): Kajian ini berkaitan dengan persepsi pensyarah terhadap pelaksanaan CQI dalam konteks Program
Diploma Undang-undang. Ia bertujuan untuk mengukur pemahaman, kesedaran, dan amalan pensyarah
dalam melaksanakan CQI serta mencari langkah-langkah penambahbaikan yang sesuai.

6. Kajian keberkesanan program dalam menentukan pencapaian hasil pembelajaran dan langkah
penambahbaikan secara berkala (CQI) bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik di PSIS (Mohd Farhan ’Uzair,
Budiah Karmilie, 2020): Kajian ini mengkaji keberkesanan program dalam mencapai hasil pembelajaran
dan pelaksanaan CQI di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Ia bertujuan untuk menilai keberkesanan program
dalam mencapai PLO serta mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan yang diperlukan.

Kajian-kajian ini memberikan input yang penting dalam memahami isu-isu yang berkaitan dengan
pelajar, proses pengajaran, dan peningkatan kualiti dalam konteks program-program di politeknik dan
institusi pendidikan tinggi yang lain. Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai panduan dalam
meningkatkan keberkesanan PdP, menghadapi cabaran yang dihadapi oleh pelajar, serta melaksanakan
penambahbaikan berterusan dalam konteks CQI untuk mencapai hasil pembelajaran yang optimum.

OBJEKTIF

Objektif utama kajian Cadangan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Hasil Pembelajaran Program (PLO)
Bagi Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) Sesi I 2022/2023, seperti :

a) Mengenalpasti kursus yang terlibat dalam penurunan Hasil Pembelajaran Program (PLO).
b) Mengenalpasti faktor yang menyumbang dalam penurunan dan peningkatan Hasil
Pembelajaran Program (PLO).
c) Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) bagi Hasil Pembelajaran Program (PLO) yang
terendah dan kurang daripada KPI Pencapaian PSIS < = 60%.

METADOLOGI

Metodologi kajian adalah pendekatan yang dijalankan bagi melaksanakan sesuatu kajian. Kajian ini
dilaksanakan dengan menyelesaikan enam langkah utama bagi memastikan kajian dapat dilaksanakan
dengan lebih sistematik, berkesan dan sekaligus mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara enam
langkah tersebut adalah di Rajah 4.
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

Rajah 4: Langkah Utama Kajian

Rajah 4 menunjukkan enam aktiviti yang perlu dilaksanakan iaitu dengan langkah satu ialah arahan untuk
menjalankan kajian di peringkat Jabatan sekaligus bagi mencapai sasaran kajian yang perlu dilaksanakan
oleh pensyarah di Jabatan. Langkah kedua adalah dengan mengadakan perbincangan antara Ketua
Jabatan/ Ahli Kajian/ unit yang menguruskan kajian. Perbincangan ini penting bagi memastikan langkah-
langkah pelaksanaan kajian dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan. Seterusnya langkah
ketiga ialah proses menyediakan kertas cadangan, di mana kertas cadangan ini ialah langkah awal diikuti
dengan proses agihan tugas dan instrumen kajian, seterusnya menyediakan kertas kajian dan yang terakhir
ialah proses pembentangan kajian.

DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN

Pencapaian Hasil Pembelajaran Program (PLORR) adalah laporan yang menganalisa pencapaian pelajar
dalam penilaian akhir dan penilaian berterusan pelajar sepanjang tempoh pengajian di Politeknik.
Laporan PLORR tersebut mencakup semua kohort ambilan pelajar dari sesi Jun 2020 sehingga tamat sesi
pengajian sesi I 2022/2023.

Dapatan kajian yang diperolehi melalui dua kaedah iaitu input dapatan Laporan Analisa Hasil
Pembelajaran Kursus (CORR) panitia kursus dan Laporan Analisa Hasil Pembelajaran Program (PLORR)
bagi tempoh pengajian Sesi I 2022/2023.
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

MAKLUMAT KOHORT PELAJAR

Jadual 1 : Maklumat Kohort Kemasukan Pelajar

Sesi Mula Sesi Tamat Semester Bilangan Pelajar


Jun 2020 Sesi 1 2022/2023 5 62
Disember 2020 Sesi 2 2022/2023 4 43
Sesi 1 2021/2022 Sesi 1 2023/2024 3 83
Sesi 2 2021/2022 Sesi 2 2023/2024 2 52
Sesi 1 2022/2023 Sesi 1 2024/2025 1 78

Jadual 1 menunjukkan maklumat kemasukan pelajar bagi Program DDT, JTMK bagi kohort Jun 2020
sehingga Sesi 1 2022/2023. Bilangan pelajar bagi kohort Jun 2020 hingga Sesi 1 2022/2023 adalah
seramai 62 orang pelajar, Kohort Disember 2020 hingga sesi 2 2022/2023 seramai 43 orang pelajar,
kohort Sesi 1 2021/2022 hingga Sesi 1 2023/2024 seramai 83 orang pelajar, kohort sesi 2 2021/2022
hingga sesi 2 2023/2024 seramai 52 orang pelajar dan kohort sesi 2022/2023 hingga sesi 2024/2025
seramai 78 orang pelajar. Jumlah keseluruhan pelajar DDT JTMK yang mengikuti sesi pengajian pada
sesi 1 2022/2023 adalah seramai 318 orang pelajar.

PENCAPAIAN PLOs KOHORT PELAJAR YANG BERGRADUAT MENGIKUT SESI

Carta 1: Pencapaian PLO mengikut kohort dari Semester 1 hingga 5 bagi tempoh pengajian Sesi I
2022/2023

Carta 1 menunjukkan peratusan pencapaian PLO bagi kohort pelajar bergraduat sesi Jun 2020 dan tamat
pada sesi 1 2022/2023. PLO 4 (Interpersonal and Communication Skills) merupakan pencapaian PLO
tertinggi iaitu sebanyak 99% pada semester 3. Manakala pencapaian PLO terendah adalah PLO 2
(Cognitive Skills) iaitu sebanyak 66% pada semester 4.
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

RINGKASAN PENCAPAIAN KESELURUHAN PLOs MENGIKUT SESI PENGAJIAN 1


2022/2023

Jadual 2 : Ringkasan Pencapaian Program Learning Outcome bagi Sesi 1 2022/20223 Janaan SPMP

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH


SUMMARY: PROGRAMME LEARNING OUTCOME

PROGRAMME : DDT - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL)


SESSION : SESSION I : 2022/2023

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (%) GROUP


SEMESTER ATTAINMENT
PLO0001 PLO0002 PLO0003 PLO0004 PLO0005 PLO0006 PLO0007 PLO0008
(%)
1 77 - 89 94 - 87 81 78 84
2 74 65 89 94 88 86 76 88 83
3 74 70 88 100 85 86 83 85 84
4 - 66 86 91 86 84 89 85 84
5 - - 89 88 - - 89 94 90
6 - - 89 88 - - 89 94 90

Jadual 2 menunjukkan Ringkasan Pencapaian Program Learning Outcome bagi semester satu hingga
enam bagi sesi 1 2022/2023 JTMK yang dijana oleh i-exam melalui Sistem Pengurusan Politeknik
(SPMP). Item penilaian bagi setiap kursus diukur menggunakan aksara 07 mengikut garis panduan yang
dikeluarkan oleh Bahagian peperiksaan dan penilaian, JPPKK. Data menunjukkan PLO yang terendah
adalah PLO0002 bagi semester 2 iaitu sebanyak 65% dan semester 4 sebanyak 66% berbanding
pencapaian PLO lain. Namun begitu pencapaian keseluruhan pelajar telah melepasi 60% KPI JPPKK dan
Politeknik.

RINGKASAN PENCAPAIAN PLOs TERTINGGI DAN TERENDAH MENGIKUT SEMESTER

Jadual 3 : Pencapaian PLO 4 dan PLO2

Perkara PLO Peratus Semester


Pencapaian (%)
PLO Tertinggi PLO 4
(Interpersonal and 100 3
Communication Skills)
PLO Terendah PLO 2 65 2
(Cognitive Skills)
PLO ≤ 60% KPI Tiada Tiada -
PSIS

Jadual 3 menunjukkan ringkasan pencapaian PLO tertinggi dan terendah bagi semester 1 hingga semester
5 pelajar yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) pada sesi semasa di Politeknik Sultan
Idris Shah. Pencapaian PLO yang tertinggi merupakan PLO4 iaitu sebanyak 100% bagi semester 3 dan
PLO terendah merupakan PLO2 iaitu sebanyak 65% pada semester 2.
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN CQI BAGI PLO TERENDAH


SESI PENGAJIAN 1 2022/2023

Secara amnya, pengukuran PLO2 (Cognitive Skills) diperoleh daripada penilaian pelajar secara individu
dan dalam persekitaran yang terkawal yang memerlukan pelajar memahami topik yang dipelajari dengan
lebih mendalam, bukan sekadar mengingat fakta.

Ringkasan pencapaian PLOs terendah dalam sesi pengajian 1 2022/2023 adalah PLO2: Kemahiran
Kognitif. Pencapaian untuk PLO2 adalah Semester 2: 65%, Semester 3: 70% dan Semester 4: 66%.
Kursus-kursus yang terlibat dalam PLO2 ini termasuklah DFC20203 atabase Design DBM20083
Discrete Mathematics DFP30033 Human Computer Interaction DFT20083 Security Basics And IT
Professional DFC40243 System Analysis And Design. Faktor menyumbang dalam penurunan PLO ini
adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya Pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi
penilaian berbentuk teori seperti Teori Test, Quiz dan Final Exam, Terdapat beberapa orang pelajar yang
mengulang kursus berkaitan bagi kali ke-2 dan Pelajar gagal peperiksaan akhir (FE) walaupun penilaian
berterusan (PB) lulus.

Antara kaedah penambanhbaikan PLO dan aktiviti yang dicadangkan seperti Pembinaan item pentaksiran
berorientasikan soalan peperiksaan akhir semester sesi-sesi lepas bagi membiasakan pelajar dengan
soalan berbentuk objektif dan struktur, Mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah bagi membantu mereka
secara one-to-one, Bagi kursus DFN30353 - Switching Essentials dicadangkan untuk membuat
penambahbaikkan aras kognitif (C4) kepada aras yang bersesuaian pada soalan peperiksaan akhir (FE)
kerana aras C4 ini terlalu tinggi untuk mengukur aras kognitif pelajar-pelajar semester 2. Cadangan ini
boleh diberikan pada Pautan Sistem Maklum Balas Kurikulum (SMBK) :
https://mbpensyarah.mypolycc.edu.my/ , Meneruskan amalan pelaksanaan penilaian formatif dalam
memastikan pelajar mahir dalam sesuatu topik sebelum diuji semasa penilaian sumatif.

Selain itu, Menambahbaik strategi PdP bagi merangsang daya kogniviti pelajar terutamanya bagi High
Order Thinking, Mempelbagaikan teknik pembelajaran dalam merangsang kesemua kaedah
pembelajaran pelajar melibatkan visual, auditori dan kinestetik. (Contoh: Peer-to-peer), Memperkasakan
penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) yang interaktif dalam menggalakkan pembelajaran
kendiri di kalangan pelajar Contohnya tayangan video sebelum sesi praktikal berlangsung), Latihan
intensif berorientasikan peperiksaan akhir serta Perbincangan penyelarasan markah dilaksanakan antara
Penyelaras dan Pensyarah yang mengajar bagi mewujudkan gaya penilaian yang hampir sama.

Program yang dikenalpasti membantu meningkatkan PLO 2 (Cognitive Skills) ialah dengan
memperkasakan pengetahuan asas pelajar dengan Program Pelawat Industri (PPI) seperti Lawatan
Akademik DFC40243 - System Analysis and Design dan IT Talk Latest Trend in Networking,
mengadakan perkongsian pintar seperti Bengkel Visual Basic (VB) Programming (GUI Design and
Database dan Webinar: Penerapan Kurikulum Dan Kompetensi IR 4.0 Dalam TVET: Implementasi
Pensyarah Dan Persiapan Pelajar Untuk Pasaran Kerja.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Secara kesimpulannya, didapati bahawa pencapaian hasil pembelajaran (PLO) bagi pelajar DDT pada
sesi pengajian Sesi: I 2022/2023 adalah melebihi sasaran 60% (Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Akademik Politeknik Sultan Idris Shah Bil 3/2021, 2021). Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan
yang boleh diambil untuk memberikan impak pada pelaksanaan Program DDT pada sesi seterusnya;
seperti pemurnian semula kurikulum DDT yang melibatkan pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK), tenaga pengajar politeknik dan panel penasihat industri. Seterusnya, pemerkasaan
aktiviti PdP yang berorientasikan pelajar dan mempergiatkan kolaborasi dengan industri seperti
pelaksanaan Program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) bagi memastikan penyampaian PdP di politeknik
adalah relevan dan selari dengan konteks pelaksanaan yang sebenar di industri. Bagi peningkatan kualiti
pemberi pendidikan pengajian tinggi, pelaksanaan cadangan CQI akan dilakukan dan dikuatkuasakan di
kalangan pensyarah bagi menghasilkan sesi pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkualiti dan
mampan di masa hadapan.
RAISE’23
Research and Integrated Studies Symposium 2023 @ PMBS

RUJUKAN

Abd Rahman, I., & Ramli, A. A. B. (2021). Isu dan Cabaran dalam Pelaksanaan Pendidikan Peringkat
Rendah dan Menengah: Pendekatan Malaysia Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 1–13. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1043

Abdul Rahim, R. H., Mahmud, S. I., & Salamon, Z. (2022, November 30). Isu Dan Cabaran Yang
Dihadapi Oleh Pelajar DDT di Politeknik Sultan Idris Shah.
https://www.researchgate.net/publication/365852865_Isu_Dan_Cabaran_Yang_Dihadapai_Oleh_Pelaja
r_DDT_Di_Politeknik_Sultan_Idris_Shah

Abu Bakar, R., Noruzman, A. H., & Abdul Bujang, S. D. (2019). The Effectiveness of Diploma in
Information Technology (Digital Technology) Program 2.5 Years at Polytechnic Malaysia. View of the
effectiveness of Diploma in Information Technology (Digital Technology) program 2.5 years at
Polytechnic Malaysia. http://www.journal.pktm.org/index.php/ijtvet/article/view/13/13

Balanadam, J., & Jamaluddin, K. A. (2021). Isu dan Cabaran Dalam Kemahiran Membaca Dikalangan
Murid Sekolah Rendah di Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4).
https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.11

Daud, L., Yunus, F. A. N., Rahim, M. B., Rozali, M. Z., Rahman, K. A. A., & Kamis, A. (2020,
September 28). Pelaksanaan continuous quality improvement (CQI) Dalam Kalangan Pensyarah di
Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Online Journal for TVET Practitioners.
https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6333

Garis Panduan Amalan Baik: Reka bentuk Dan Penyampaian kurikulum. (2011). Agensi Kelayakan
Malaysia.

Harun, N., Hamid, N. ‘Ashikin, Salleh, K., Bidin, A., & Abdullah, B. (2022, June 30). Tempoh Dua tahun
pengajian program Diploma Undang-Undang: Implikasi Terhadap pelajar Dan Cadangan
penambahbaikan [Two years duration of Diploma in Law Programme: Implication on students and
suggestion for improvement]. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research.
https://www.nunjournal.com/index.php/qalam/article/view/65

Manual Pembangunan Kurikulum Politeknik. (2013). Jabatan Pengajian Politeknik.

Misran, N., Mokri, S. S., Husain, H., & Wan Zaki, W. M. D. (2011, June 25). Continual quality
improvement process for undergraduate programs. Procedia - Social and Behavioral Sciences.
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042811011967

Mohd Judan, M. H., Awang, M. M., & Othman, N. (2022). Isu dan Cabaran Pelajar Atlet dalam
Mengimbangi Pencapaian Akademik dan Sukan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 7(8), e001682. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1682

Paisan, M. F. ’Uzair, & Che Kadir, B. K. (2020). Penilaian Hasil Pembelajaran Program Kejuruteraan
Elektrik menggunakan Exit Survey di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Proceedings 7th International
Conference On Islamic Education 2020 (ICIEd 2020), 533–541.

Panduan Pengguna Sistem Pencapaian Pelaporan PLO S3P . (2020). Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti. Retrieved July 11, 2023, from https://www.mypolycc.edu.my/index.php/muat-
turun/garis-panduan-c/bahagian-peperiksaan-dan-penilaian/download/11-bpn/678-panduan-pengguna-
sistem-pelaporan-pencapaian-plo

View publication stats

You might also like