Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Sejarah Kaum Bidayuh Di Kampung Biawak, Lundu Dari Tahun 2000 Hingga 2020

1.0 PENGENALAN

Kaum merupakan istilah yang merujuk kepada kelompok atau kumpulan orang yang memiliki

kesamaan dalam beberapa aspek tertentu, seperti budaya, bahasa, adat istiadat dan agama. terdapat

beberapa kaum utama seperti Melayu, Cina, India, dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Setiap kaum

ini memiliki ciri khas seperti budaya, bahasa, dan tradisi yang berbeda. Di Kampung Biawak, Lundu

terdapat kaum Bidayuh yang telah membentuk petempatan di kawasan tersebut. Kaum Bidayuh

banyak terlibat dengan kegiatan seperti pertanian, perayaan adat dan seni dan kesenian. Kaum Bidayuh

di kawasan tersebut mengalami perubahan sosial yang terjadi seiring dengan waktu. Kajian ini juga

menarik untuk dikaji.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Penulisan kajian ini dijalankan untuk merintis Sejarah kaum Bidayuh di Kampung Bidayuh.

Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat mengetahui asal usul kaum Bidayuh di kawasan tersebut.

Tujuan kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengenal pasti budaya kaum Bidayuh di kawasan

kajian.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji keunikan kaum Bidayuh di Kampung Biawak,

Lundu.
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui apakah kegiatan yang dilakukan oleh kaum

Bidayuh di kampung biawak selepas tamatnya musim menuai padi. Kaum Bidayuh mempunyai cara

yang unik untuk menamatkan musim menuai padi. Ini menjadikan kajian ini menarik untuk dijalankan.

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat apakah perkembangan yang terdapat di Kampung Biawak,

Lundu dari tahun 2000 hingga 2020? Hal ini penting untuk memperkenalkan Kampung Biawak, Lundu

ke orang ramai.

Di samping itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti cara hidup kaum Bidayuh di

Kampung Biawak, Lundu. Dengan kajian ini kita dapat megetahui cara hidup penduduk di kawasan

kajian.

4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan aspek

yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan Kampung Biawak yang terletak

di daerah Lundu. kawasan ini terletak 908.5 km dari Miri. Ini kerana petempatan penduduk kaum

Bidayuh biasanya terletak di perdalaman.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2000 sehingga 2020. Tempoh

kajian selama 20 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut terdapat berlaku perubahan dari segi

petempatan dan budaya kaum Bidayuh di Kampung Biawak, Lundu.

Dari aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah pengkaji ingin menkaji Sejarah Kampung Biawak

melalui pandangan-pandangan penduduk di Kampung Biawak, Lundu.

You might also like