Prosposal Kajian Tindakan Ekonomi 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KAEDAH “GEC” DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN EKONOMI

TINGKATAN LIMA SATU KAEDAH BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN


BERFIKIR MURID

Oleh

RAVINDRAN A/L MUNUSPRAN


Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong,
Jalan Tebong,
76460, Tebong, Melaka.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Analisa daripada jawapan yang dikemukakan oleh pelajar dalam peperiksaan
yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat memahami dan
memenuhi kehendak soalan yang dikemukakan. Pelajar menjadi keliru tentang
jawapan yang sepatutnya dikemukakan dalam kertas jawapan mereka berdasarkan
kepada soalan yang diuji kepada pelajar. Hasilnya, pelajar tidak dapat memenuhi
kehendak soalan dan menyebabkan pelajar tidak mendapat markah yang telah
diperuntukkan untuk soalan tersebut.

Pelajar lebih cenderung untuk memberi jawapan di luar konteks kehendak


soalan akibat daripada kurang kefahaman tentang kehendak soalan. Contoh jawapan
sebegini tidak akan membantu pelajar untuk mendapat sebarang markah kerana tiada
fakta yang boleh membantu mereka untuk mendapatkan markah bagi soalan tersebut.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang menulis fakta yang tidak diperlukan
dalam jawapan dan menyebabkan pelajar telah menghabiskan masa yang telah
diperuntukkan untuk menjawab soalan yang lain.

Hasil daripada masalah ini telah menyebabkan saya cuba untuk mencari
kaedah atau alternatif yang bersesuaian bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar
terhadap kehendak soalan terutamanya dalam kertas dua (2) bagi subjek Ekonomi.
2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian saya adalah untuk memastikan pelajar yang menjawab soalan
bagi mata pelajaran Ekonomi kertas 2 ini faham akan kehendak soalan yang
dikemukakan. Pelajar yang tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang kehendak
soalan akan menyebabkan mereka sukar untuk memberi jawapan yang akan
membantu mereka mendapatkan markah. Pemerhatian saya mendapati bahawa pelajar
boleh mengingat tentang fakta-fakta tertentu tetapi mereka tidak mampu
menterjemahkannya kepada jawapan mengikut kehendak soalan.

Hal ini menyebakan mereka kehilangan markah terutamanya bagi soalan


Bahagian A dan B Kertas 2 Ekonomi. Terdapat juga pelajar yang memberi jawapan
yang terlalu panjang sedangkan peruntukan markah tidak memerlukan mereka untuk
berbuat sedemikian. Hal ini akan menyebabkan mereka memperuntukkan lebih
banyak masa bagi menjawab tersebut lalu menyebabkan kehilangan waktu bagi
menjawab soalan yang lain. Perkara sebegini akan menggangu pelajar untuk memberi
tumpuan kepada soalan yang berikutnya.

Situasi ini telah menyebabkan saya sedar tentang kepentingan untuk pelajar
memahami kehendak soalan ketika menjawab soalan. Kehendak soalan ini boleh
difahami melalui pemahaman konsep Kata Tugas yang sering digunakan dalam soalan
untuk menguji kefahaman pelajar. Sekiranya pelajar faham dengan konsep Kata
Tugas yang digunakan dalam soalan, maka pelajar tidak akan menghadapi masalah
untuk memberikan jawapan mengikut kehendak soalan yang dikemukakan.

3.0 Objektif Kajian

Setelah kajian ini selesai dijalankan, diharapkan pelajar-pelajar dapat


mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kehendak soalan melalui


penggunaan konsep Kata Tugas
3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan markah bagi mata pelajaran Ekonomi Kertas 2.

3.2.2 Meningkatkan kefahaman pelajar tentang kehendak soalan

melalui penggunaan konsep Kata Tugas yang tepat.

3.2.3 Memastikan pelajar menggunakan konsep Kata Tugas bagi

mengenalpasti kehendak soalan.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 19 orang pelajar daripada Tingkatan 5STK1 di Sekolah


Menengah Kebangsaan Tebong yang mengambil mata pelajaran elektif Ekonomi.
Kelas ini terdiri daripada 15 orang pelajar Melayu,seorang pelajar Asli dan 3 orang
pelajar India.

5.0 Tindakan yang Dicadangkan

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Tinjauan terhadap masalah yang ingin dikaji dibuat bagi memahami


dengan lebih mendalam tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar. Saya
mendapatkan maklumat daripada guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu
bagi mendapatkan maklumat tentang tahap kefahaman yang dimiliki oleh
setiap pelajar bagi subjek tersebut.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah lisan bagi mendapatkan


respon secara langsung daripada pelajar. Hasil daripada pemerhatian saya
boleh dijadikan pengukur terhadap tahap pemahaman bagi setiap pelajar
berkenaan konsep Kata Tugas dalam mata pelajaran Ekonomi.
5.1.2 Ujian UD1 dan Ujian UD2

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh


mana kefahaman pelajar tentang konsep Kata Tugas dalam menentukan
kehendak soalan bagi mata pelajaran Ekonomi Kertas 2. Ujian pra terdiri
daripada soalan-soalan sebenar yang digunakan dalam peperiksaan. Pelajar
akan diuji tentang tahap pemahaman mereka mengenai konsep Kata Tugas
yang digunakan dalam soalan-soalan tersebut.

Selepas pelajar menjawab soalan tersbut, saya akan menerangkan


kepada mereka tentang konsep Kata Tugas yang digunakan dalam soalan yang
telah diberi.

Kemudian pelajar akan akan diberi ujian pos untuk menguji kefahaman
mereka terhadap konsep Kata Tugas yang digunakan dalam ujian. Soalan yang
sama digunakan seperti dalam ujian pra. Perbezaan hasil jawapan pelajar dapat
dilihat melalui dua ujian yang dilakukan ini. Selepas tempoh 5 minggu
berikutnya, pelajar akan diuji dengan ujian pos 2 dengan menggunakan soalan
yang berbeza.

5.1.3 Program Ansur Maju Ekonomi

Program ini dijalankan melalui kaedah soalan kuiz yang diberi kepada
pelajar untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman pelajar tentang konsep Kata
Tugas yang digunakan dalam menentukan kefahaman pelajar terhadap
kehendak soalan. Program ini diadakan selepas ujian pos pertama dilakukan.
Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kefahaman sedia ada pelajar
tentang konsep Kata Tugas dan sebagai persediaan kepada pelajar untuk
menghadapi ujian pos 2 yang akan diadakan nanti.

Program ini akan dilakukan seminggu sekali dalam tempoh lima minit
pertama sebelum guru memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut.
6.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan


1 Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal
2 Menulis proposal kajian
3 Merancang tindakan
4 Menjalankan ujian terhadap tahap
kefahaman pelajar tentang konsep Kata
Tugas dalam soalan (Ujian Pra)
5 Memberi penerangan tentang konsep
Kata Tugas dalam soalan kepada pelajar
6 Menjalankan ujian keberkesanan teknik
yang digunakan (Ujian Pos)
7 Melaksanakan Program Ansur Maju
Ekonomi
8 Menjalankan ujian kedua bagi menguji
keberkesanan teknik yang digunakan
(Ujian Pos 2)
9 Refleksi kajian
10 Menulis laporan kajian
11 Pembentangan dapatan kajian

7.0 Jumlah Peruntukan yang Dipohon

BIL JENIS BAHAN KUANTITI x JUMLAH KOS


HARGA SEUNIT
1. Kertas A4 1 x RM 8.00 RM 8.00
2. Printer Cartridge 1 x RM 15.00 RM 15.00
3. Buku catatan guru 1 X RM 2.00 RM 2.00
JUMLAH RM 35.00

You might also like