Ucapan Suai Kenal Wisma

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Yang Berusaha Yang Dipertua Wisma Bintara Pusat Latihan Artileri PW 2 Mohamad Syafiq

Bidi bin Abdullah, Yang Berbahagia lagi dihormati Sarjan Mejar Rejimen PW 1 Sukri bin
Mohamad , Ahli-ahli Terkanan, Ahli Jawatan Kuasa-Ahli Jawatan Kuasa dan semua ahli Wisma
Bintara Rejimen Ke 33 Artileri Diraja.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita kehadrat Allah S.A.W kerana dengan limpah kurnianya kita sama-sama
berkumpul di dewan makan Wisma Bintara Rejimen Ke 33 Artileri Diraja. Dipagi yang mulia ini
terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua Wisma Bintara
kerana sudi mengadakan majlis suai kenal bersama penuntut Kursus Penolong Jurulatih Meriam
(PU) Siri 1/2006. Ribuan kemaafan dipinta kerana majlis suai kenal ini sepatutnya diadakan lebih
awal, disebabkan masalah teknikal dan masa maka majlis ini ditunda sehingga kehari ini.
Majlis yang sebegini adalah menjadi satu adat resam Wisma Bintara, untuk maklumat Yang
Berbahagia Encik Yang Dipertua dan semua ahli, kursus kami bermula pada 07 Mac 2006
sehingga 06 Mac 2007 iaitu selama 52 minggu. Bagi memenuhi silibus kursus dimana penglibatan
kami di Rejimen Ke 33 Artileri Diraja mulai 24 Jul hingga 18 Ogos 2006 iaitu selama 4 minggu.
Penglibatan seramai 5 kali PTT Kanan seterusnya saya mewakili penuntut Kursus Penolong
Jurulatih Meriam (PU) Siri 1/2006 memperkenalkan diri. Saya 1094443 PW 2 Mohd Yusri bin Bidin
dari 33 RAD, 536319 Sjn Mohd Rizal bin Mohd Zin dari 361 Bti RAD (Para), 536600 Sjn Norazli bin
Suradi dari 34 RAD, 1106494 Sjn Nazaruddin Aswadi bin Mamat dari 32 RAD dan 1114388 Sjn
Benno anak Achung dari 31 RAD.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya mewakili penuntut Kursus Penolong Jurulatih
Meriam (PU) Siri 1/2006 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua Wisma Bintara
Yang Berbahagia Encik kerana membenarkan kami menggunakan kemudahan-kemudahan,
penginapan dan sajian yang terdapat di wisma ini. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan-
peraturan wisma dan kami juga bersedia untuk menerima teguran serta bimbingan daripada Yang
Berbahagia Encik dan semua ahli dan dengan itu sekali lagi saya mewakili penuntut Kursus PJM
(PU) Siri/2006 ingin menyampaikan cenderahati kami kepada Wisma Bintara Rejimen Ke 33 Artileri
Diraja.
Dengan ini saya mengakhiri ucapan “Wabilahhi Taufik Walhidayah Wassalamualakum
Warah Matullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera”

You might also like