Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

SJKC CHUNG HUA KUALA PILAH


BIL.3/2022/23

Tarikh : 04/11/2022
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Frog SJKC Chung Hua
Kehadiran:

BIL. NAMA JAWATAN


1. Cik Goh Moh Kheng Guru Besar / Penasihat
2. Pn. Lee Sok Moi Pengerusi / Ketua Panitia Bahasa Melayu
3. Pn. Tan Bee Cheng GPK Akademik
4. En. Tiew Yee Yau GPK Hem
5. Pn. Foo Siak Lan GPK KK
6. Pn. Sng Wee Hwang Guru Mata Pelajaran
7. Pn. Teun Siew Ling Guru Mata Pelajaran
8. Pn. Norsaadah Lokman Guru Mata Pelajaran
9. En. Chee Tuck Choe Guru Mata Pelajaran
10. Cik Lee Ching Woon Guru Pemulihan Khas
11. En. Mohamad Fitri Bakar Setiausaha / Guru Mata Pelajaran

Tidak Hadir : Cik Goh Moh Kheng ( Cuti Kuarantin )

Agenda :
1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah menghadiri
mesyuarat pada hari ini.
1.2 Pengerusi merenung kembali falsafah pendidikan kebangsaan,visi dan misi bersama guru
supaya dapat menyemarakkan semangat guru dalam melahirkan insan yang berkualiti.
1.3 Pengerusi berharap supaya guru-guru yang terlibat dapat memberikan kerjasama
sepenuhnya agar aktiviti panitia Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan pada tahun ini.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas:


Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu yang lalu telah disahkan tanpa pindaan.
Pencadang : Pn. Sng Wee Hwang Penyokong : Pn. Teun Siew Ling

3. Perkara Berbangkit :
Tiada

4. Perkara Yang Dibincangkan :

4.1 Program Transfomasi Sekolah


Pelan Intervensi Program Transformasi Sekolah (PInTaS) serta One Page Project Manager
(OPPM) Panitia Bahasa Melayu telah dirancang dan dijalankan mengikut ketetapan
perancangan.

Tindakan : Makluman
4.2 Program Bantu Baca KPM 2022
4.3.1Satu program inisiatif KPM sebagai bantuan awal kepada murid yang belum boleh
membaca.
4.3.2Sasaran murid ialah murid tahun 1 hingga tahun 6
4.3.3Program ini mula dilaksanakan dari bulan September hingga bulan November.
4.3.4 Data Program Bantu Baca KPM 2022 telah dilaporkan kepada pihak KPM ( Rujuk
Lampiran )

Tindakan : Makluman

4.3 Peruntukan Kewangan Mata Pelajaran Bahasa Melayu


4.3.1 Penerimaan peruntukan tahunan ialah RM 252.90.
4.3.2 Baki peruntukan terkini ialah RM 18.06.

Tindakan : Makluman

4.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah


4.4.1 Pentaksiran dijalankan berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP).
4.4.2 Pentaksiran melibatkan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca
serta kemahiran menulis.
4.4.3 Penilaian melibatkan didik hibur dan tatabahasa.
4.4.4 Pentaksiran dilaksanakan untuk melihat perkembangan murid dalam pembelajaran
di samping membantu guru menambah baik pengajaran guru serta dapat
menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
4.4.5 Perekodan haruslah dikemaskini dari semasa ke semasa.
4.4.6 Perekodan haruslah disimpan di dalam fail rekod mengajar masing-masing.
4.4.7 Pelaporan PBD yang telah dibuat haruslah dimuat naik ke Google Drive Chung Hua
untuk tatapan pihak pentadbir dan pegawai pada bulan Februari nanti.

Tindakan : Semua Guru BM

4.5 Aktiviti-aktiviti Panitia Daerah


4.5.1Bengkel Merungkai DSKP telah dilaksanakan di PPD Kuala Pilah pada 9 November
yang
lalu.

4.5.2Video kritik ( PLC ) dan Kursus Pedagogi Terbeza masih ditangguhkan.

Tindakan : Makluman

4.6 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)


4.6.1 Idea Utama : Model Pembinaan Jambatan
4.6.2 Pdpc yang berfokuskan kemahiran mendengar dan bertutur telah dilaksanakan.
4.6.3 Laporan bergambar telah dicetak untuk dokumentasi dan muat naik ke dalam drive
Chung Hua Kuala Pilah
Tindakan : Guru BM Tahun 6

5.0 Hal-hal lain:


5.1 Guru-guru yang menghadiri kursus/taklimat/seminar perlu mencatat maklumat yang
penting dalam minit curai. Minit tersebut perlu diserahkan kepada GPK Kurikulum.
5.2 Pentaksiran Sumatif Tahap 1 akan bermula pada 20 November
5.3 Ujian Akhir Sesi Akademik bagi Tahap 2 akan diadakan pada pertengahan bulan Januari

Tindakan : Semua Guru BM

6.0 Penutup:
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Disediakan oleh,
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Bil.3/2022/23
Tarikh: 06.11.2022

You might also like