F.K PP

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1. ISI KANDUNGAN i
2. PENGHARGAAN ii
3. ABSTRAK iii
4. 1.0 PENGENALAN 1-2
5. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
6. 3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT 2-3
7. 4.0 KAEDAH KAJIAN 4-5
4.1 Data Sekunder
4.2 Rujukan Kepustakaan
4.3 Capaian Internet
8. 5.0 DAPATAN KAJIAN 5-11
5.1 Pengaruh persekitaran umum perniagaan
5.1.1 Persekitaran teknologi
5.1.2 Persekitaran sosiobudaya
5.1.3 Persekitaran antarabangsa
5.2 Peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang
perniagaan
5.2.1 E-dagang
5.2.2 E-pemasaran
9. 6.0 PENUTUP, RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN 11-12
10. RUJUKAN 13

i
PENGHARGAAN

Saya ingin manjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, saya dapat
menyelesaikan dan menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dinafikan bahawa
pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi ketika menjalankan kajian ini. Namun atas rahmat
dan berkat-Nya, kajian ini dapat berjalan dengan lancar dan dihantar pada tarikh yang telah
ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengetua SMK Changlun
iaitu Encik Yusri bin Bappu atas sokongan yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.
Tidak lupa juga guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan, Puan Hasida Binti Mohammed
yang banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar hingga selesai tugasan ini dibuat.

Terima kasih setinggi-tingginya juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi
semangat dan sanggup membantu saya dari segi kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.
Semoga Tuhan membalas kebaikan ini.

Seterusnya, buat rakan-rakan saya, Nur Izzati binti Mahadzir, Syafiah Zulaikha binti Mohd
Saad dan Nur Syaza `Auni binti Sharunizar, terima kasih diucapkan atas sokongan dan bantuan
sepanjang tugasan ini berjalan. Kesudian rakan-rakan dalam berkongsi maklumat amat
dihargai.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pihak yang terlibat
sepanjang tugasan ini berjalan. Semoga Tuhan membalas segala kebaikan semua yang terlibat.

ii
ABSTRAK

Pengkaji telah membuat kajian ke atas syarikat Honda Motor Company, Ltd. Honda
Motor Company, Ltd. Adalah sebuah industri yang menghasilkan kereta, trak,
motosikal dan skuter dari negara Jepun. Objektif kajian ini dibuat adalah untuk
mengenalpasti pengaruh persekitaran umum perniagaan dan peranan internet dalam
meluaskan peluang-peluang perniagaan Honda Motor Company, Ltd. Pengkaji telah
memilih 3 persekitaran umum iaitu persekitaran teknologi, persekitaran sosiobdaya dan
persekitaran antarabangsa yang mempengaruhi syarikat Honda Motor Company, Ltd.
Di samping itu, pengkaji juga telah memilih 2 peranan internet iaitu e-dagang dan
epemasaran dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan syarikat Honda Motor
Company, Ltd. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif untuk memperoleh
sumber data sekunder iaitu melalui capaian internetserta rujukan kepustakaan. Akhir
sekali, pengkaji telah mengemukakan 2 cadangan terhadap syarikat Honda Motor
Company, Ltd. Iaitu dengan mengeluarkan kereta Honda tanpa pemandu ketika kereta
berada di atas jalan rayadan ketika berada di tempat letak kenderaan. Pemandu hanya
perlu melakukan pemanduan menggunakan telefon bimbit. Selain itu, syarikat Honda
perlu melantik orang yang berpengaruh seperti Johnson Dwayne sebagai duta jenama
Honda kerana beliau merupakan seseorang yang dikenali ramai.

iii

You might also like