F9.06. Muhammad Akmalrizal Bin Kassim

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 7)

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB3123)

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AKMALRIZAL BIN KASSIM

ANGKA GILIRAN : 2020192340166

NO KAD PENGENALAN : 011231060451

KUMPULAN : PISMP F9

NAMA PENSYARAH : PUAN ROZEHA BINTI HARUN

TAJUK TUGASAN : PENULISAN ESEI

TARIKH HANTAR : 16 FEBRUARI 2023

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS :


DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

ISI KANDUNGAN i

PENGHARGAAN ii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU


2.1 SIFAT MAKNA
2.2 MAKNA LEKSIKAL
2.3 MAKNA AYAT 1-7
2.3.1 MAKNA GRAMATIKAL
2.3.2 MAKNA TEMATIK
3.0 PERUBAHAN MAKNA
3.1 PENGEMBANGAN MAKNA
7-8
3.2 PENYEMPITAN MAKNA
3.3 ANJAKAN MAKNA
4.0 KETAKSAAN MAKNA 8

5.0 KESIMPULAN 8

RUJUKAN 9
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmannirrahim,

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta
saya, Puan Rozeha binti Harun kerana telah memberi tunjuk ajar serta membimbing saya
untuk menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang tidak jemu memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
pertolongan dan peringatan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau tidak langsung dalam melakukan kerja kursus ini. Terima kasih.
1.0 PENGENALAN
Menurut Abdullah Hassan (2007), istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani
kuno iaitu sema yang bermaksud ’isyarat’. Perkataan sema pula menerbitkan kata
semainein yang bermaksud ‘bererti’. Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014)
menyatakan bahawa perkataan inilah yang menerbitkan istilah semantik bagi
menamakan bidang ilmu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna. Beliau
juga mentakrifkan semantik sebagai satu istilah yang digunakan untuk merujuk kajian
linguistik yang menganalisis makna, baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau
wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan. Selain itu, Istilah
semantik ini digunakan dalam bahasa Inggeris yang dipinjam daripada bahasa Perancis,
iaitu semantique yang telah digunakan oleh Michel Breal pada abad ke-19. Dalam
konteks ini, dapat dilihat bahawa istilah ini adalah untuk merujuk kepada perkembangan
dan perubahan makna dalam sesuatu bahasa itu (Patarai Hj Cholen et. al, 2022).

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) ada menyatakan menyatakan bahawa semantik
merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan
perkara abstrak yang memerlukan penaakulan yang tinggi tentang struktur bahasa dan
makna. Makna boleh diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh
dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar (Faridah Nazir & Faiziah
Shamsudin, 2014). Secara umunya, istilah semantik dapat ditafsirkan sebagai satu
bidang ilmu yang mengkaji makna terhadap unit-unit bahasa dengan menggunakan
sains linguistik untuk memperoleh makna yang tepat dalam pertuturan atau penulisan.

2.0 FITUR MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014) telah menyatakan bahawa salah satu
kaedah penganalisisan makna adalah analisis komponen makna. Hal ini bermaksud
makna sesuatu perkataan itu akan dibahagikan kepada komponen-komponennya.
Abdullah Hassan (2007) pula berpendapat bahawa makna perkataan dianggap terdiri
daripada sekelompok fitur distingtif iaitu berbeza. Fitur atau ciri semantik bermaksud
hubungan makna yang berlaku bagi sejumlah kata yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Dengan kata lain, fitur atau ciri semantik bermaksud sesuatu perkataan dikelaskan
dalam golongan masing-masing mengikut makna perkataan tersebut.

Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda (+) atau (-). Penggunaan
tanda-tanda tersebut akan membawa pengertian khusus dalam memberi makna
terhadap sesuatu perkataan. Selari dengan definisi fitur dalam Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat iaitu ciri (bentuk sifat) yang tertentu. Tanda + bermaksud fitur tersebut
wujud dalam perkataan yang dianalisis maknanya manakala tanda – pula bermaksud
perkataan itu tidak mempunyai fitur tersebut. Contohnya, fitur bagi perkataan ‘wanita’
ialah +dewasa, +perempuan, +berkahwin, -lelaki, dan sebagainya. Oleh itu, fitur ini
terbahagi kepada tiga aspek penting, iaitu sifat makna, kelas makna dan lewah dalam
makna.

2.1 SIFAT MAKNA

Sifat makna merupakan salah satu daripada komponen fitur makna. Menurut Faridah
Nazir & Faiziah Shamsudin (2014), sifat yang terdapat pada makna ialah makna
sentiasa mengalami perubahan dan berkembang mengikut peredaran masa.
Maksudnya, makna adalah bersifat dinamik dan berevolusi berdasarkan empat ciri
iaitu pilihan, budaya, konteks dan peribahasa. Perubahan sifat makna dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti perkembangan bahasa itu sendiri, tanggapan penutur,
peluasan makna, penyempitan makna dan tujuan simbolik dan stilistik.

Pilihan: Ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian. Jika tidak, ungkapan
tersebut tidak bermakna.
Contohnya: Abang memotong dahan pokok (X)
Ciri-ciri Sifat Makna

Abang mencantas dahan pokok (/)

Budaya: Budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya individu yang
memahami budaya sahaja dapat bertutur dengan betul berdasarkan konteks budaya.
Contohnya: Syed ingin berak (X)
Syed ingin ke tandas untuk buang air besar (/)

Konteks: Makna dapat ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa
menyampaikan sesuatu ungkapan.
Contohnya: 1) Fatimah makan ayam
2) Amer suka makan kawan
Fatimah bekerja makan gaji

Peribahasa: Makna dalam peribahasa digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada
makna asal.
Rajah 1: Ciri-Ciri Sifat Makna

Rajah di atas jelas menggambarkan bahawa ciri-ciri sifat makna ini sangat berkait
rapat dan mempunyai makna tersendiri. Sebagai contoh, sifat makna pilihan yang
menyatakan bahawa ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian.
Dalam konteks ini, pemilihan ayat tersebut perlu menjadi keutamaan ketika
penulisan dan lisan. Jika kita lihat kepada contoh di atas, kedua-dua ayat tersebut
mempunyai maksud yang hampir sama tetapi pilihan ayat harus betul dan sesuai
berdasarkan fungsi dan situasi supaya maknanya lebih tepat.
Sifat makna dari sudut budaya pula menggambarkan bahawa betapa dekatnya bahasa
itu dengan budaya. Hal ini kerana sesiapa yang memahami budaya dengan penuh mendalam
maka seseorang itu dapat berbahasa dengan betul mengikut konteks budaya. Jika kita lihat
contoh yang diberikan pada rajah di atas jelas menggambarkan bahawa penerapan konsep
sopan dan santun dalam budaya itu perlu supaya dapat dijadikan sebagai unsur kebudayaan
kebanggsaan (Patarai Hj Cholen et. al, 2022).

Seterusnya, ciri sifat makna melalui konteks pula ditentukan berdasarkan situasi dan
perasaan penutur semasa menyampaikan frasa atau ujaran tersebut. Dalam pada itu,
Nathesan (2003) menjelaskan bahawa konteks di dalam ujaran tersebut berfungsi
menetapkan makna bagi perkataan dalam ujaran atau tulisan. Perkara ini penting supaya kita
dapat menghasilkan makna yang betul dan tepat. Akhirnya, dari sudut makna dalam
peribahasa pula menggambarkan bahawa terdapat makna yang berbeza daripada makna asal.

2.2 MAKNA LEKSIKAL


Makna leksikal merujuk kepada makna perkataan dalam kamus tanpa melihat penggunaannya
dalam ayat. Dalam konteks ini, makna leksikal ini merujuk kepada lambang kebahasaan yang
masih bersifat dasar yang belum mengalami konotasi dan hubungan gramatik dengan kata
yang lain (Aminuddin, 1985). Sehubungan itu, makna leksikal ini merupakan makna unsur-
unsur bahasa yang berfungsi lambang, benda, peristiwa dan sebagainya. Menurut Faridah &
Faiziah (2014), makna leksikal merujuk kepada perkataan atau perbendaharaan kata
dalam sesuatu bahasa. Oleh hal yang demikian, makna leksikal terdiri daripada
makna langsung dan makna kiasan. Makna langsung dan makna kiasan terbahagi
pula kepada beberapa pecahan kecil.

Makna
Konotatif
Makna
Afektif
Makna Makna
Makna Umum Makna Stilistik
Kiasan Makna
Langsung Makna Reflektif
Khusus Makna
Kolokatif
Makna
Idiomatik

Rajah 2: Kelas Makna Leksikal dan Makna Kiasan


Makna langsung merupakan makna yang dapat diperhatikan dan difahami secara
terus dan langsung, yakni makna tersurat yang boleh difahami dengan mudah oleh
seseorang. Makna langsung ini juga dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu
makna umum dan makna khusus. Sebagai contoh, ayat “Ijat ke rumah”. Ayat ini
mengandungi makna umum yang dapat menerangkan makna Ijat ke rumah mak,
saudara, rumah api dan sebagainya.

Makna kiasan ialah makna kata yang terhasil daripada perasaan atau fikiran
penutur atau pendengar. Makna kiasan mempunyai beberapa ciri, iaitu tidak hanya
terbatas kepada bahasa tetapi juga pada sistem komunikasi lain seperti muzik, tidak
stabil tetapi berubah sesuai dengan nilai rasa yang dimiliki penuturnya dan tidak
terbatas malah terus bertambah dan berkembang. Sehubungan dengan itu, makna
kiasan terdiri daripada enam jenis iaitu makna konotatif, makna afektif, makna
stilistik, makna reflektif, makna kolokatif dan makna idiomatik.

Makna Konotatif

Makna konotatif merupakan makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif
yang berhubungan dengan nilai rasa daripada orang atau kelompok orang yang
menggunakan kata tersebut. Sebagai contoh, perkataan ‘babi’ dalam kalangan orang
Melayu membawa maksud yang negatif kerana perkataan tersebut dianggap kasar
dan sensitif apabila digunakan dalam pertuturan.

Makna Afektif

Makna afektif ialah makna yang timbul dan berkait rapat dengan perasaan penutur
dan pendengar. Terdapat tiga jenis makna afektif, iaitu makna afektif tinggi, makna
afektif ramah dan makna afektif kasar. Makna afektif tinggi ini sering digunakan
dalam bahasa sastera dan diungkapkan secara tersirat, misalnya unsur metafora
dalam sajak. Makna afektif ramah biasanya digunakan dalam pergaulan seharian
sama ada dalam masyarakat atau komuniti yang mempunyai pengaruh bahasa
campuran seperti dialek negeri masing-masing. Sebagai contoh, “mai pekena nasi
kandaq” . Seterusnya, makna afektif kasar pula dianggap sebagai makna yang kasar
apabila didengar. Sebagai contoh, orang Melaka gemar mengujarkan perkataan
‘mampos’ dan ‘hawau’ yang kedengarannya kasar tetapi digunakan apabila
berjumpa kenalan.

Makna Stilistik

Makna stilistik ialah salah satu bentuk deskripsi linguistik mengenai gaya bahasa
dalam teks sastera. Makna stilistik dapat dibahagikan kepada lima jenis ciri iaitu:
a) gaya bahasa pertautan. Sebagai contoh, “beliau telah pulang ke rahmatullah”. Ayat
tersebut membawa maksud bahawa seseorang itu telah meninggal dunia.
b) gaya bahasa penyinaran yang merujuk kepada pengguguran sesuatu unsur bahasa
seperti bunyi, suku kata, kata, frasa atau ayat.
c) gaya bahasa pengulangan yang meliputi pengulangan bunyi, suku kata, perkataan,
frasa atau bahagian ayat. Terdapat lima ciri pengulangan gaya bahasa yang penting
iaitu aliterasi, anaphora, asonasi, epifora dan rima.
d) gaya bahasa pertentangan yang mengemukakan makna yang bertentangan dan
terdiri daripada tiga ciri sahaja iaitu hiperbola, paradox, dan inversi.
e) gaya bahasa perbandingan yang menerangkan sesuatu perkara secara berkias dan
secara tidak langsung. Perkara ini dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang
ingin disampaikan. Sebagai contoh, “seperti air di daun keladi”. Kebiasaanya
peribahasa digunakan untuk berkias tanpa dapat mengguris hati orang lain.

Makna Reflektif

Makna reflektif merupakan makna yang timbul apabila mengaitkan makna konteks
tertentu dengan konteks lain. Makna reflektif yang berkaitan dengan nilai atau
kepercayaan dikenali sebagai makna piktorial. Sehubungan dengan itu, makna
piktorial merupakan makna sesuatu perkataan yang mempunyai kaitan dengan
perasaan pendengar atau pembaca. Sebagai contoh, ketika mendengar isu tentang
bencana gempa bumi di Syria dan Turki, pembaca ataupun pendengar pasti akan
berasa sedih.

Makna Kolokatif

Makna kolokatif ialah makna yang timbul kerana berada terdapat dalam kelompok
yang sama. Sebagai contoh, helang, belatuk dan kakak tua mempunya sifat kolokatif
kerana berasal daripada kelompok yang sama, iaitu burung.

Makna Idiomatik

Makna idiomatik ini pula membawa makna tersirat yang terdapat dalam perkataan,
frasa, klausa atau ayat. Makna idiomatik terdiri daripada dua jenis, iaitu idiomatik
keseluruhan dan idiomatik sebahagian. Makna idiomatik keseluruhan merujuk
kepada keseluruhan perkataan, frasa, klausa dan ayat yang mempunyai makna
tersirat yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan makna leksikalnya.
Sebagai contohnya, ‘banting tulang’ yang membawa maksud bekerja keras. Makna
idiomatik sebahagian pula merupakan sebahagian sahaja daripada frasa, klausa
atau ayat yang mempunyai ciri makna tersirat manakala sebahagian lagi ditunjukkan
oleh makna leksikalnya. Sebagai contoh, perkataan ‘daftar hitam’ yang membawa
maksud daftar yang mempunyai nama-nama orang yang dicurigai atau dianggap
bersalah.

2.3 MAKNA AYAT

Abdullah Hassan (2007) telah menyatakan bahawa ayat ialah unsur yang paling
tinggi dalam tatabahasa. Dalam ayat itu, terdapat beberapa unsur seperti kata, frasa
dan klausa. Dengan menggabungkan unsur-unsur itu, maka binaan ayat dapat
dibentuk. Selain itu, makna pula adalah satu elemen yang sangat penting dalam
komunikasi sama ada dari segi pertuturan mahupun penulisan. Hal ini demikian
kerana, tanpa makna, segala pertuturan dan penulisan yang dihasilkan tidak dapat
memberi kefahaman kepada orang lain. Oleh itu, setiap perkataan dan ayat yang
dibina selalunya dikaitkan dengan sekurang-kurangnya satu makna.

2.3.1 MAKNA GRAMATIKAL

Makna gramatikal merupakan satu proses gramatikal seperti pengimbuhan,


pemajmukan dan penggandaan. Misalnya, dalam proses pengimbuhan,
sesuatu kata dasar yang sama dapat memberi makna dan penyampaian yang
berbeza apabila berlakunya proses pengimbuhan. Hal ini bertepatan dengan
konsep gramatikal, iaitu makna gramatikal bergantung kepada konteks ujaran
dan situasinya (Patarai Haji Cholen, 2022).

PERKATAAN IMBUHAN MAKSUD


Baca Imbuhan awalan mem- (membaca) Melakukan aktiviti
membaca.
Imbuhan apitan pe-..-an (pembacaan) Sejenis aktiviti membaca.
Jadual 1 Penerangan Makna Gramatikal

2.3.2 MAKNA TEMATIK

Makna tematik merupakan suatu perkataan yang terhasil oleh penulis atau
penutur jati ketika menyampaikan mesej dengan memberikan penekanan dan
tumpuan kepada salah satu bahagian ujaran. Makna tematik ini kebiasaannya
muncul ketika perbualan. Penekanan dan tumpuan yang diberikan dapat
dikesan melalui intonasi atau nada penutur. Sehubungan itu, makna tematik
juga mempengaruhi penggunaan jenis ayat, sama ada ayat aktif atau ayat
pasif.

CONTOH AYAT PENERANGAN


Haikal, adik Rizal johan lumba lari 1. Adik Rizal yang bernama Haikal
semalam. johan lumba lari semalam.
2. Memberi tahu kepada Haikal, adik
Rizal johan lumba lari semalam.
3. Ada dua orang yang johan lumba
lari semalam, iaitu Haikal dan adik
Rizal.
Jadual 2 Penerangan Makna Tematik

3.0 PERUBAHAN MAKNA


Azlinda Rahman (2013) menyatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu
membincangkan isu perubahan makna dalam disiplin semantik dalam peluasan makna
dan uniknya juga dalam penyempitan makna. Ini merupakan satu cabang kekayaan
dalam khazanah bahasa Melayu itu sendiri yang perkembangannya dapat dilihat dari
aspek semantik. Beberapa perkara seperti pengembangan, penyempitan, dan anjakan
makna berlaku dalam perkembangan bahasa ibunda kita.

3.1 PENGEMBANGAN MAKNA


Pengembangan makna telah memberikan makna baharu dan makna asal tidak lagi
menjadi teras. Hal ini kerana, pengembangan makna berlaku apabila sesuatu
perkataan yang hanya mempunyai satu makna diperluas menjadi beberapa makna.
Sebagai contohnya, perkataan ‘abang’ yang bermaksud saudara kandung lelaki.
Namun, setelah diperluaskan maknanya, perkataan tersebut menjadi panggilan bagi
orang yang lebih dewasa.
3.2 PENYEMPITAN MAKNA

Penyempitan makna berlaku apabila makna sesuatu perkataan menjadi lebih khusus
dan terbatas (Azlinda Rahman, 2013). Hal ini boleh dikaitkan dengan peredaran
zaman di mana sesuatu perkataan itu berubah. Sebagai contoh, perkataan ‘khalwat’
yang sepatutnya membawa maksud bersendirian di tempat yang sunyi bagi mencari
ketenangan dan keredaan atau beribadat. Namun, makna ini telah disempitkan
menjadi maksud, lelaki dan perempuan yang belum berkahwin duduk berdua-duaan
di tempat yang sunyi.

3.3 ANJAKAN MAKNA


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, anjak bermaksud berpindah atau bergerak
sedikit. Dalam istilah bahasa Melayu, anjakan makna dapat didefinisikan sebagai
suatu proses perubahan makna sesuatu perkataan mengikut trenda atau bahasa
slanga, iaitu bahasa pertuturan dalam komunikasi zaman sekarang. Sebagai contoh,
perkataan ‘pisang’. Pisang merujuk kepada buah yang boleh dimakan. Kini,
perkataan ‘pisang’ turut membawa makna bosan. Perkara ini tidak menjadi
kehairanan kerana masyarakat sudah sebati dengan penggunaannya dalam
pertuturan seharian (Nor Hashimah Jalaluddin et al., 2012).

4.0 KETAKSAAN MAKNA

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan istilah ketaksaan makna sebagai


keraguan, kesangsian dan ketidakpastian. Ketaksaan makna wujud dalam bahasa
Melayu apabila suatu perkataan yang digunakan dalam ayat boleh membawa kepada
beberapa makna yang berbeza (Azlinda Rahman, 2013). Bagi mengatasi wujudnya
ketaksaan makna ini, penutur perlu menggunakan elemen jeda dan intonasi dalam
pertuturan. Manakala dari aspek penulisan pula, ayat yang dibina haruslah mempunyai
tanda baca agar konteks ayat tersebut dapat difahami. Sebagai contoh, “dia suka
makan ayam dan daging bakar”. Dalam ayat ini, terdapat dua pecahan, iaitu dia suka
makan (ayam dan daging bakar) atau dia suka makan (ayam) dan (daging bakar). Bagi
mengatasi ketaksaan makna dalam ayat ini, penggunaan jeda dan intonasi ketika
bertutur amatlah penting. Manakala dalam penulisan pula, penggunaan kata hubung
yang sesuai perlu dititikberatkan.

5.0 PENUTUP

Natijahnya, semantik merupakan satu bidang kajian yang sangat meluas dalam bahasa
Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana bidang kajian semantik meliputi bidang
fonologi, morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi adalah berkaitan dengan kajian kata
manakala bidang sintaksis berkaitan dengan kajian ayat. Seterusnya bidang fonologi
adalah berkaitan dengan cara ujaran sesuatu perkataan ayat yang juga meliputi
penggunaan tanda baca yang betul dan sesuai. Selain itu, bidang semantik ini juga
berperanan untuk mengkaji makna ayat yang mendalam berkaitan dengan sesuatu
perkataan. Seperti yang telah dibincangkan, bahasa Melayu merupakan bahasa yang
fleksibel dan makna perkataan itu boleh berubah atau mempunyai lebih daripada satu
makna. Dalam penulisan ini juga, dapat dilihat juga sifat sesuatu makna atau ayat yang
mempunyai banyak tafsiran mengikut pemahaman pembaca. Oleh itu, setiap bakal guru
mestilah menguasai topik semantik supaya dapat membimbing murid untuk
menghasilkan penulisan yang betul dan gramatis. Tambahan pula, guru juga
memainkan peranan yang penting dalam mengatasi ketaksaan makna seperti gejala
lewah. Hal ini dikatakan demikian kerana murid hari ini mudah terdedah dan cenderung
untuk terpalit dalam gejala lewah. Murid mudah terpengaruh dengan bahasa
persekitaran terutama bahasa rojak. Menyedari akan hal ini, guru mestilah memainkan
peranan yang penting untuk mengatasi segala isu yang boleh menentang hukum atau
rumus tatabahasa. Usaha ini membolehkan keindahan bahasa Melayu sentiasa
terpeliharan sehingga ke generasi akan datang.

RUJUKAN

Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Yusof, et al. (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azlinda binti abd Rahman (2013). Bahasa Melayu: Antara peluasan, penyempitan dan
kecelaruan. Universiti Putra Malaysia.

Chaer dan Abdul. (2014). Linguistik Umum. Rineka Cipta.

Erwan Kustriyono. (2016). Perubahan Makna dan Faktor Penyebab Perubahan Makna
dalam Media Cetak. Jurnal Kajian Semantik. 3, 13-25.
Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin (2014). Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Faridah binti Nazir. (2015). Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansoer Pateda (2001). Semantik Leksikal. Rineka Cipta.

Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin, Zaharani Ahmad. (2012) Peluasan Makna Alim:
Analisis Semantik Kognitif. Jurnal Of Language Studies, 12(2), 460.

Nurul Syazana Roslan & Nurul Jamilah Rosly. (2021). Leksikal ‘Hati’ dalam Simpulan Bahasa:
Analisis Semantik Inkuisitif. International Young Scholars Journal of Language. Jilid 4(2). 155-
170.
Patarai Cholen, Suhasni Dollah. Rozeha Harun, Maria Tahir & Khushairi Fadzal. (2022). Semantik
Bahasa Melayu. Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu.

You might also like