Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

NAMA : NURUL ATIQAH BINTI AZAMI

UNIT : PJ / PK / BM

PERANAN GURU DALAM KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap


murid harus melibatkan diri.Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,
mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.Dengan andaian bahawa murid- murid tidak
mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,
minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang
positif.

Kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum


merupakan dua sistem yang menjana tenaga sumber manusia yang seimbang daripada
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kokurikulum ada peranan dan pengaruh sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu.

Kokurikulum merupakan aktiviti berfaedah yang mendatangkan banyak manfaat


kepada pelajar. Walau bagaimanapun, kajian mengenai keterampilan pelajar melalui
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum kurang diberikan perhatian. Keterampilan pelajar
dilihat dari tiga faktor penyumbang iaitu penglibatan pelajar, peranan guru/jurulatih dan
infrastruktur.

Peranan guru dalam aktiviti kokurikulum amat penting. Di antara peranan guru
dalam kokurikulum ialah menggalakkan semua murid supaya mengambil bahagian
secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Guru hendaklah menyediakan
pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dengan lebih menarik agar dapat menarik
minat semua murid menyertai bidang kokurikulum di sekolah.Oleh itu,guru-guru
hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalampengendalian kegiatan-
kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani kursus latihan perguruan.

Selain itu, guru berperanan menerapkan semangat disiplin dan berdikari dalam
setiap murid pasukan pakaian seragam di sekolah- sekolah perlu mempunyai guru-guru
yang memimpin pasukan hendaklah terdiri dari mereka yang telah menerima latihan
kepimpinan dan pengendalian dalam pergerakan-pergerakan tersebut. Contoh seperti
latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan Kadet Polis adalah sangat berfaedah
untuk menyemai semangat disiplin dan berdikari, maka adalah diperakukan supaya
pasukan-pasukan tersebut hendaklah diperluaskan ke seberapa banyak yang boleh..

Di samping itu , peranan guru ialah sentiasa memantau penglibatan dan


kehadiran semua murid supaya murid-murid tidak ketinggalan untuk melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum.Kehadiran perlulah di ambil dan hukuman yang sewajarnya
perlulah diberikan pada murid yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Selain itu, guru juga berperanan sebagai model kepada pelajar. Guru perlulah
menunjukkan teladan dan tingkah laku yang baik kepada murid . Ini adalah kerana
murid akan mengikut segala apa yang guru mereka lakukan. Sebagai contoh, guru
yang sentiasa tidak endah kepada aktiviti kokurikulum dan mengaggap aktiviti
kokurikulum sebagai subjek yang ringan dan tidak berfaedah.Secara tidak langsung, ia
juga akan memberi kesan sampingan kepada murid.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum amat penting dalam pengajaran dan


pembelajaran di sekolah.Akiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar mampu
meningkatkan keterampilan diri dalam usaha untuk melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran sebelum menempuh alam pekerjaan yang lebih mencabar

You might also like