Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 100

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MANUAL 1000 HARI PERTAMA


KEHIDUPAN ANAK
APA IBUBAPA DAN PENJAGA PERLU TAHU
MANUAL
1000 HARI PERTAMA
KEHIDUPAN ANAK
APA IBUBAPA DAN PENJAGA
PERLU TAHU

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


2023
Manual 1000 Hari Pertama Kehidupan Anak: Apa Ibu Bapa dan Penjaga Perlu Tahu
September 2023

Diterbitkan oleh:
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Jabatan Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia

Telefon : +603-8883 3888


E-mel : bpkk@moh.gov.my
Laman Sesawang : www.moh.gov.my atau http://fh.moh.gov.my/v3/

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini dibenarkan untuk dikeluar ulang
dalam apa-apa media dan tidak memerlukan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
namun perakuan amatlah di hargai
PRAKATA KETUA PENGARAH KESIHATAN

Penjagaan anak dalam 1000 hari pertama kehidupan


adalah sangat penting bagi memastikan mereka dapat
membesar secara sempurna dan berdaya tahan untuk
peringkat umur seterusnya.

Kualiti penjagaan anak perlu ditingkatkan dan ibu bapa


perlu diberi pengetahuan dan maklumat yang relevan.
Ianya boleh mengurangkan morbiditi dan ketidakupayaan
serta mengurangkan kematian kanak-kanak bawah 5 tahun
yang boleh dicegah selaras dengan sasaran Sustainable
Development Goals (SDG).

UNICEF telah memulakan Program 1000 days pada tahun 2010 yang telah memberi
tumpuan kepada aspek pemakanan sihat sepanjang awal kehamilan ibu sehingga anak
berusia 2 tahun. Inisiatif ini juga turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manual 1000 Hari Pertama Kehidupan Anak ini telah diperluaskan meliputi skop yang
lebih holistik merangkumi penjagaan sewaktu kehamilan, pencegahan penyakit berjangkit
dan tidak berjangkit, pencegahan kecederaan anak serta kesejahteraan mental ibu dan
anak.

Manual ini merupakan manual untuk membantu anggota kesihatan di lapangan dalam
memberi khidmat nasihat kesihatan kepada ibu bapa. Usaha ini diharapkan dapat
membantu meningkatkan kemahiran ibu bapa dalam menghadapi alam keibubapaan
terutama bagi yang baru kali pertama menjadi ibu bapa. Manual ini akan dapat membantu
anggota kesihatan di lapangan untuk mengasimilasikan dan memberi fokus kepada
topik-topik penting yang berkaitan kesihatan ibu dan anak. Disamping itu, ibu bapa akan
lebih yakin dengan maklumat dan informasi kesihatan jika ianya disampaikan oleh
anggota kesihatan.

Manual ini dibangunkan selaras dengan isi kandungan dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi
dan Kanak-Kanak (0-6 tahun). Ianya adalah sebagai rujukan untuk anggota kesihatan
yang terlibat dalam penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak di fasiliti kesihatan.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas penghasilan manual ini oleh Sektor
Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan
diharapkan ianya akan memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kesihatan untuk
meningkatkan status kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah


Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
KANDUNGAN
1. PENGENALAN 5
Latar belakang 5
Perkembangan Otak anak dalam 1000 hari pertama 5
Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0 – 6 tahun) 6
Objektif 6
2. KESIHATAN IBU MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN
PERTUMBUHAN JANIN DAN BAYI SEMASA KEHAMILAN,
KELAHIRAN DAN POSTNATAL 7
3. TINDAKBALAS/REFLEX BAYI 9
3.1 Primary Reflex (Refleks Primer/ Primitif) 9
3.2 Refleks Sekunder / Protective Reflexes 17
4. KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN (PARENTING SKILLS) 20
4.1. Ke Arah Menjadi Ibu Bapa Yang Positif 22
4.2. Cara-Cara Mendidik Anak Bagi Mengurangkan Masalah
Tingkah Laku 26
4.3. Kemahiran Komunikasi Berkesan 27
5. PANDUAN DALAM MEMBERI PENDIDIKAN KESIHATAN KEPADA
IBUBAPA/PENJAGA TENTANG PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN
DAN PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN BAGI PENJAGAAN BAYI
DAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN 28
5.1. Perkara Yang Perlu Dilakukan 28
5.2. Perkara Yang Perlu Dielakkan 33
6. PERKEMBANGAN KOGNITIF 37
7. KE ARAH KEBERDIKARIAN KANAK-KANAK 46
7.1. Kemahiran Makan Sendiri 48
7.2. Kemahiran Pengurusan Tandas 51
7.3. Kemahiran Memakai Dan Menanggalkan Pakaian 56
7.4. Kemahiran Pengurusan Diri (Mencuci Muka,Mencuci
Tangan, Memberus Gigi Dan Mandi) 56
7.5. Kemahiran Membantu Kerja Rumah 57
8. PENGGUNAAN ALAT MEDIA YANG SELAMAT 0-6 TAHUN 61
9. PEMAKANAN 63
9.1. Pemakanan Bayi Dan Kanak-Kanak 0-6 Tahun 63
9.2. Pemakanan Semasa Hamil Bagi Melahirkan Bayi
Yang Sihat 65
10. KESELAMATAN DAN KECEDERAAN DALAM KALANGAN
KANAK-KANAK 70
11. TANDA-TANDA BAHAYA PADA KANAK-KANAK 76
12. PENDIDIKAN SEKSUALITI 79
1. PENGENALAN
Latar belakang

1000 days atau 1000 hari kehidupan di perkenalkan oleh UNICEF pada tahun 2010.
1000 hari kehidupan merupakan waktu dari mula kehamilan sehingga umur anak
tersebut mencecah 2 tahun. 1000 hari ini merupakan tempoh waktu yang penting
dalam asas perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Penjagaan bayi yang
menyeluruh dari dalam kandungan sehingga berumur 2 tahun ini bukan sahaja
untuk memastikan kandungan tersebut lahir dengan selamat, malah penting supaya
bayi tersebut dapat hidup dengan sihat dan membesar dengan sempurna.

Perkembangan Otak anak dalam 1000 hari pertama

Saiz otak bayi yang baru lahir adalah suku daripada size otak orang dewasa.
Selepas itu saiz otak bayi akan terus membesar dan mencapai 80% daripada saiz
otak orang dewasa sebelum berumur 3 tahun dan hampir sama dengan saiz otak
dewasa pada umur 5 tahun.
Sewaktu saiz otak membesar, ia juga menghasilkan berjuta-juta sinaps/ hubungan
diantara sel-sel otak (connections). Hubungan diantara sel-sel inilah yang
membolehkan seseorang bergerak, berfikir, berkomunikasi serta melakukan apa
sahaja. Peringkat awal kanak-kanak merupakan waktu yang amat penting dalam
membentuk sinaps/ hubungan antara sel.

Hasil kajian neurologi mendapati pengalaman bayi pada awal kehidupan adalah
penting dalam perkembangan otak mereka. Pengalaman awal yang di alami oleh
bayi, hubungan yang baik dengan ibubapa/ penjaga, nutrisi yang mencukupi serta
pembelajaran awal merupakan asas kepada perkembangan fizikal, kognitif, emosi
dan sosial mereka.

5
Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0 – 6 tahun)

Buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0 - 6 tahun) telah mula diperkenalkan
pada tahun 1980an. Pada permulaannya, buku rekod ini digunakan untuk meman-
tau suntikan imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak
serta memantau masalah kesihatan lain. Selepas itu, bermula pada tahun 2008 ujian
saringan perkembangan khusus pada selang waktu tertentu diperkenalkan.

Pada hari ini, buku rekod ini meliputi pemeriksaan pertumbuhan dan perkembangan,
pemantauan kesihatan kanak-kanak, pemantauan suntikan imunisasi, saringan
MCHAT, saringan pendengaran dan penglihatan, panduan keibubapaan serta
pendidikan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Objektif

Objektif utama manual ini adalah untuk membantu anggota kesihatan memberi
pendidikan kesihatan yang menyeluruh kepada ibubapa/ penjaga.

Tujuan manual ini adalah untuk:


1. Meningkatkan pengetahuan anggota kesihatan mengenai perkembangan bayi
dan kanak-kanak
2. Meningkatkan pengetahuan anggota kesihatan berkaitan kemahiran
keibubapaan
3. Panduan anggota kesihatan dalam memberi khidmat nasihat kepada
ibubapa/ penjaga mengenai penjagaan bayi dan kanak-kanak

6
2. KESIHATAN IBU MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN
PERTUMBUHAN JANIN DAN BAYI SEMASA KEHAMILAN, KELAHIRAN
DAN POSTNATAL

Faktor Mempengaruhi Perkembangan Dan Pertumbuhan Janin Dan Bayi Semasa


Kehamilan, Kelahiran Dan Postnatal
Perkembangan janin dan bayi turut dipengaruhi oleh faktor ibu bermula dari fasa sebelum
hamil (prakehamilan), semasa hamil dan selepas bersalin. Sebelum hamil, wanita harus
mempersiapkan diri untuk menempuh fasa kehamilan dan memastikan status kesihatan
berada dalam keadaan optima. Ia sejajar dengan saranan WHO yang menyarankan
persediaan dari peringkat kehamilan sebagai salah satu strategi dalam mengurangkan
morbiditi dan mortaliti ibu serta bayi.
Antara faktor risiko utama wanita yang perlu diambilkira sebelum hamil termasuklah
penyakit kronik, penyakit berjangkit dan risiko gaya hidup. Setelah hamil, penjagaan
antenatal dan postnatal yang komprehensif adalah perlu untuk memastikan risiko ibu
dikenalpasti dan dikendali mengikut garis panduan.
Berikut merupakan antara faktor-faktor risiko ibu dan kesannya kepada janin dan bayi:

Faktor risiko ibu Kesan dan komplikasi kepada janin dan bayi
Penyakit kronik
Darah tinggi Intrauterine growth retardation (IUGR)
Kurang berat lahir (low birth weight)
Kelahiran mati (stillbirth)
Kelahiran pramatang
Diabetes mellitus Risiko kecacatan kongenital termasuklah neural
tube defects, cardiovascular malformations
Macrosomia
Risiko hypoglycaemia, polycythaemia dan jaundis
bayi baru lahir
Anaemia IUGR
Kurang berat lahir (low birth weight)
Kelahiran pramatang
Terjejas perkembangan mental dan kognitif

Underweight Kurang berat lahir (low birth weight)


Kurang berat badan kanak-kanak
Kelahiran pramatang

Overweight, obesity Kecacatan kongenital (kecacatan jantung, neural


tube defects)
Makrosomia
Kelahiran pramatang

7
Hyperthyroidism Thyrotoxicosis
Keguguran
IUGR
Kurang berat lahir (low birth weight)
Kelahiran mati (stillbirth)
Hypothyroidism Keguguran
IUGR
Fetal goitre
Congenital hypothyroidism
Penyakit sawan Risiko kecacatan kongenital disebabkan ubat
anti-epileptik
Risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit
sawan
Penyakit buah pinggang Kelahiran mati (stillbirth)
Kematian neonatal
IUGR
Kelahiran pramatang
Masalah jantung Risiko kecacatan jantung bayi meningkat 5-10%
jika ibu bermasalah jantung kongenital
IUGR - risiko lebih tinggi jika ibu bermasalah
jantung cyanotic
Fetal warfarin syndrome
Kanser dalam rawatan Kecacatan kongenital dari kesan teratogenik
ubatan/ rawatan
Systemic lupus Kelahiran pramatang
erythematosus Kelahiran mati (stillbirth)
IUGR
Risiko kecacatan kongenital jantung bayi
Neonatal lupus syndrome
Masalah mental: Kelahiran pramatang
kemurungan, bipolar affective Kurang berat lahir
disorder, schizophrenia.

Penyakit berjangkit
Penyakit retroviral Jangkitan vertikal kepada bayi
Kelahiran pramatang

Tuberkulosis aktif Risiko keguguran


Kurang berat lahir (low birth weight)
Risiko tuberkulosis kongenital
Risiko kecacatan kongenital kesan ubat untuk
MDR-TB

8
Faktor sosial dan gaya hidup
Ibu remaja Kelahiran pramatang
Kurang berat lahir

Ibu berusia > 40 tahun Risiko keadaan genetik


Kelahiran mati (stillbirth)
Kebergantungan opioid Neonatal abstinence syndrome
Risiko kecacatan kongenital
IUGR
Kurang berat lahir (low birth weight)
Kebergantungan alkohol Fetal alcohol syndrome
Kecacatan kongenital
IUGR
Kurang berat lahir (low birth weight)
Merokok Kematian janin
IUGR
Kelahiran pramatang
Kurang berat lahir (low birth weight)
Kecacatan kongenital
Risiko sudden infant death syndrome (SIDS)
Pengendalian ibu: Rujuk Perinatal Care Manual 4th edition

3. TINDAKBALAS/REFLEX BAYI
3.1 Primary Reflex (Refleks Primer/ Primitif)

Pengenalan
Semua bayi normal yang dilahirkan mempunyai refleks yang dipanggil tindakbalas primer
(Primary Reflex). Primary Reflex ini juga dikenali sebagai infantile, infant atau newborn
reflexes. Ia adalah tindakbalas automatik (di luar kawalan bayi) yang penting bagi tempoh
awal perkembangan bayi sebagai mekanisma menyesuaikan diri dengan kehidupan di
luar uterus (survival). Primary Reflex merupakan tindakbalas yang berasal dari sistem
saraf pusat (CNS) yang ditunjukkan oleh bayi terhadap sesuatu rangsangan. Ini penting
agar bayi dapat melaksanakan fungsi-fungsi asas seperti kebolehan menghisap susu,
bertindakbalas terhadap bunyi dengan cara terkejut atau kebolehan menggenggam ibu
jari dan lain-lain lagi.
Kesemua refleks ini akan beransur hilang apabila bayi bertambah matang dan
peningkatan umur. Refleks ini perlu hilang untuk melancarkan perkembangan motor kasar
dan motor halus seseorang bayi. Sekiranya primary reflex ini tidak hilang dalam tempoh
waktu tertentu, bayi tersebut mungkin mengalami masalah kerosakan otak serta menjadi
punca menyumbang kepada kelewatan perkembangan, masalah-masalah penglihatan,
pendengaran, tingkahlaku, pembelajaran, kurang keyakinan diri dan sebagainya di
kemudian hari.
Adalah penting sebagai anggota kesihatan untuk mengetahui dan memahami Primary
Reflex dan kesannya terhadap perkembangan bayi dan kanak-kanak.

9
Anggota kesihatan perlu menjalankan ujian tertentu bagi mengenalpasti bayi dan
kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah lewat perkembangan supaya
stimulasi dan rujukan awal boleh dimulakan.
Anggota kesihatan juga perlu melengkapkan ibubapa/ penjaga dengan pengetahuan asas
tentang perkembangan normal bayi bagi membantu mengenalpasti sama ada
perkembangan anak mereka adalah baik atau normal.

Terdapat beberapa Refleks Primer yang lazim dan penting untuk diketahui:

1. Rooting, Sucking, Swallowing Reflex (Refleks merangsang penghisapan susu)


2. Palmar/ Grasp Reflex (Refleks menggenggam)
3. Moro Reflex
4. Toe/ Plantar grasp Reflex (Refleks genggam jari kaki)
5. Stepping/ Walking Reflex (Refleks berjalan/ melangkah)
6. Placing Reflex (Refleks melangkah ke atas)
7. Babinski Reflex
8. Asymmetrical Tonic Neck Reflex (ATNR): (Refleks ketegangan leher yang tidak
sama antara kiri dan kanan)
9. Spinal Galant Reflex

10
Jadual 1 : Jenis-jenis refleks primer, cara menilai, kepentingan serta isu berkaitan refleks ini sekiranya berkekalan:

Bil. Jenis/ Nama Gambar/ Cara Menilai Kepentingan Nota/ Isu Berkaitan
Refleks
1. Rooting, Refleks ini penting bagi Sekiranya tidak menunjukkan refleks
Sucking, memulakan penyusuan ini, bayi akan mengalami masalah
Swallowing ibu: untuk menghisap susu. Ini mungkin
Reflex disebabkan oleh masalah semasa
Rooting - mencari
puting kelahiran seperti lemas / tidak cukup
bulan.
Sucking & swallowing -
Masalah begini perlu dirujuk segera
menghisap susu untuk
kepada doktor.
Apabila bibir atas bayi disentuh, ia akan berpaling memastikan
kearah sentuhan seolah-olah sedang mencari pemakanan dan Reflek akan hilang semasa bayi
puting susu ibunya. bekalan tenaga yang berumur 3-4 bulan.
Apabila jari anda yang telah dibersihkan mencukupi bagi Sekiranya berkekalan bayi akan:

11
dimasukkkan ke dalam mulut bayi, ia akan pembesaran dan
perkembangan bayi sukar untuk mengambil makanan
menghisap dengan kuat sekali.
yang sempurna pejal
mempunyai masalah pertuturan

2. Palmar/ Letakkan jari telunjuk Refleks ini berbeza Integrasi refleks ini adalah di paras
Grasp Reflex pada tapak tangan dengan genggaman saraf tunjang.
bayi, secara spontan yang biasa.
bayi akan terus Refleks akan hilang sekitar umur bayi
menggenggam dengan Penting untuk 3 - 4 bulan ke atas.
erat. mengeratkan hubungan
Sekiranya masih berkekalan selepas
ibu dan bayi.
bayi berumur 5-6 bulan
menunjukkkan kemungkinan bayi
mempunyai masalah perkembangan
motor halus.
Bil. Jenis/ Nama Gambar/ Cara Menilai Kepentingan Nota/ Isu Berkaitan
Refleks
3. Moro Reflex Refleks ini penting Tanda refleks ini akan hilang
sebagai perlindungan sepenuhnya bila bayi berumur 6
dan sebagai tindakbalas bulan ke atas.
untuk mendapat
Sekiranya refleks ini kekal selepas 6
bantuan/ perhatian dari
bulan, ini merupakan tanda-tanda
ibunya.
awal masalah perkembangan serta
mungkin memberi kesan kepada
Kepala bayi dipegang dengan sebelah tangan kawalan emosi bayi.
dan kemudian dijatuhkan kepala bayi sedikit ke
atas tangan yang sebelah lagi secara tiba-tiba. Ini Kesan lain adalah seperti lemah

12
akan menyebabkan tangan bayi lurus dan dalam pengawalan keseimbangan
abduksi diikuti bengkok dan aduksi seolah-olah badan/ koordinasi.
memeluk dadanya dan mungkin diikuti dengan
tangisan.

4. Toe/ Plantar Apabila anda menekan Refleks ini tidak boleh Refleks ini mengambil masa yang
grasp Reflex jari telunjuk di pangkal digunakan untuk paling lambat untuk hilang. Biasanya
jari-jari kaki bayi, mengesan kanak-kanak akan hilang sekitar umur bayi 8-15
jari-jari kakinya akan bermasalah pada bulan.
terus menggenggam peringkat awal.
jari anda.
Bil. Jenis/ Nama Gambar/ Cara Menilai Kepentingan Nota/ Isu Berkaitan
Refleks
5. Stepping/ Apabila bayi dipegang dan Ini bukannya Tanda refleks akan hilang sekitar
Walking didirikan di atas permukaan menunjukkan yang bayi umur bayi 3-4 bulan ke atas.
Reflex yang keras seperti meja ini sudah boleh berjalan
dan badannya dibawa ke tetapi disebabkan oleh Sekiranya berkekalan, ia akan
depan sedikit, ia akan refleks berjalan. menggangu proses perkembangan
berjalan secara automatik. bayi untuk berdiri dan seterusnya
bayi ini mungkin tidak akan berjalan.

6. Placing Apabila bahagian atas kaki Akan hilang sekitar umur bayi 2

13
Reflex bayi tersentuh pada bulan.
bahagian bawah meja, kaki
bayi akan melangkah
secara automatik ke atas
meja seperti dalam gambar.
Bil. Jenis/ Nama Gambar/ Cara Menilai Kepentingan Nota/ Isu Berkaitan
Refleks
7. Babinski Apabila tapak kaki digosok Sekiranya refleks hanya Tanda refleks Babinski sepatutnya
Reflex (strike) dari tumit ke arah berlaku di sebelah kaki hilang apabila sistem saraf pusat
jari kaki kelima, ibu jari kaki sahaja, ini menunjukkan semakin matang.
tersebut akan terangkat ke terdapat masalah di
atas manakala jari-jari kaki sistem saraf pusat. Sekiranya masih kekal selepas 2
yang lain akan Keputusan ujian tahun ia merupakan indikasi kepada
mengembang. Ke dua-dua Babinski ialah ada masalah saraf tunjang dan perlu
belah kaki perlu diuji. (present) atau tiada dirujuk kepada doktor.
(absent) dan bukan

14
Babinski positif atau
negatif.
Refleks Babinski juga
dikenali sebagai respon
plantar (plantar
response), fenomena ibu
jari kaki (the toe or big
toe sign or phenomenon)
dan respon/fenomena
Babinski.
Bil. Jenis/ Nama Gambar/ Cara Menilai Kepentingan Nota/ Isu Berkaitan
Refleks
8. Asymmetrical Tonic Neck Reflex Integrasi tanda reflex ini adalah di
Tonic Neck terbahagi kepada dua paras batang otak (brain stem). Ia
Reflex iaitu: akan hilang sekitar umur bayi 5-6
(ATNR) i. Symmetrical Tonic bulan ke atas.
Neck Reflex (STNR). Sekiranya berkekalan bayi akan
ii. Asymmetrical Tonic mempunyai masalah pergerakan
Neck Reflex (ATNR). seperti berguling, merangkak atau
Refleks ATNR lebih berjalan.
Apabila bayi memalingkan mukanya ke sebelah

15
kanan, lengan kanan dan kaki kanan bayi akan mudah dan biasa
berada dalam keadaaan lurus manakala lengan dilakukan.
kiri dan kaki kiri akan membengkok. Refleks ini penting bagi
Ini akan belaku sebaliknya, sekiranya bayi membantu koordinasi
berpaling ke kiri. penglihatan dan fungsi
jari bagi perkembangan
Ujian ini perlu dijalankan beberapa kali sebab
motor halus.
ianya tidak berlaku setiap kali kepala bayi
pusing ke sisi.
Bil. Jenis/ Nama Gambar/ Cara Menilai Kepentingan Nota/ Isu Berkaitan
Refleks
9. Spinal Galant Refleks ini juga dikenali Refleks ini sepatutnya hilang sekitar
Reflex sebagai Galant's infantile umur bayi 4-6 bulan ke atas.
reflex.
Sekiranya berkekalan akan
Refleks ini penting menyebabkan masalah postur
sebagai persediaan bayi badan, koordinasi serta kebolehan
untuk merangkak dan untuk duduk.
berjalan. Ia juga dikaitkan dengan masalah
Apabila kulit bahagian belakang bayi ditekan terkencing waktu tidur.

16
menggunakan jari seperti dalam gambarajah
(dari bahu ke bawah mengikut sisi tulang
belakang) badan bayi akan melengkung ke arah
bahagian yang dirangsang.

*Nota penting:
Anggota kesihatan dinasihatkan supaya merujuk kepada doktor sekiranya bayi mempunyai reflex primer yang tidak normal.
Semua ujian refleks di atas dijalankan dalam keadaan bayi/ kanak-kanak dalam posisi terlentang (supine) kecuali Refleks Galant yang
dijalankan dalam keadaan bayi meniarap (Prone).
3.2 Refleks Sekunder (Protective Reflexes/ Secondary Reflex)
Refleks Sekunder adalah penting untuk perkembangan bayi terutamanya perkembangan
pergerakan motor kasar. Ianya digunakan untuk mempertahankan tubuhnya dari
tercedera. Ianya wujud selepas refleks primer hilang. Refleks ini akan berkekalan
sepanjang hayat. Jika belum dikesan selepas 10 bulan; MUNGKIN terdapat masalah
kelewatan perkembangan.
Terdapat beberapa Refleks Sekunder lazim yang berkekalan dan penting untuk diketahui
iaitu:
1. ‘‘Lateral Protective Reflexes’
2. ‘Downward Parachute’
3. ‘Forward Parachute’
4. ‘Landau Reflex’

17
Jadual 2 : Jenis-jenis reflex sekunder, cara menilai dan kepentingan refleks:

Bil. Jenis/ Nama Gambar/ Cara Menilai Kepentingan Nota/ Isu Berkaitan
Refleks

1. Lateral Protective Apabila bayi duduk, pegangkan Refleks yang positif biasanya Biasanya refleks ini dapat dikesan
Reflexes pinggangnya dengan kedua-dua belah ialah bayi akan cuba menahan dari umur 6 bulan ke atas.
tangan anda dan tolakkan bayi ini diri dari terjatuh ke sisi.
secara mengejut ke kiri atau ke kanan.

18
2. Downward Bila bayi berada dalam keadaan Tindakbalas positif menunjukkan Semua bayi yang berumur antara
Parachute ‘vertical suspension’, bawakan bayi ke ke dua belah kakinya akan 12-14 bulan mempunyai positif
bawah selaju mungkin. mendepa (extended) dan Downward Parachute.
menjauhi satu sama lain (abduct)

(Jarak bayi ke lantai ialah 2 kaki pada


permulaannya)
Bil. Jenis/ Nama Gambar/ Cara Menilai Kepentingan Nota/ Isu Berkaitan
Refleks

3. Forward Dari ‘ventral suspension’, luncurkan ke Tindakbalas yang positif ialah 97% bayi yang normal akan
Parachute depan dan ke bawah. bayi akan menghulurkan mempunyai tindakbalas positif
tangannya ke depan untuk setelah berumur 12 bulan.
mempertahankan dari jatuh.

19
4. Landau Reflex Bila bayi mengangkat kepalanya, Refleks ini penting untuk Mula semasa bayi berumur 3-12
seluruh badannya akan melengkung perkembangan postur badan. bulan.
ke belakang.
Sekiranya reflex ini tiada, bayi
berkemungkinan mempunyai
masalah otot hipertonik atau
hipotonik.
4. KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN (PARENTING SKILLS)
Kemahiran keibubapaan adalah penting, namun ramai yang kurang mengetahui
kemahiran ini perlu disesuaikan dengan situasi terkini supaya ibubapa tahu pendekatan
terbaik untuk mendidik anak-anak. Manual ini akan menerangkan secara terperinci
mengenai tajuk ini bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 0-6 tahun.
Ibu bapa lazim menggunakan beberapa gaya keibubapaan seperti yang dinyatakan di
bawah:

Gaya Keibubapaan Ciri-ciri

Berwibawa Ibu bapa tegas dan boleh mengawal keadaan


(Authoritative) Sedia mendengar pandangan anak
Boleh bertolak ansur jika perlu
Anak-anak membesar dalam suasana penuh kemesraan
Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan intelektual seiring
umur dan sosial mereka.
Mengabaikan atau Ibu bapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada,
cuai (Neglecting) apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak
tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran
sosial anak mereka.
Ibu bapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan
tugas mereka.

Memanjakan Ibu bapa hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.


(Indulgent) Kurang menetapkan batasan terhadap anak.

Kuku besi Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh
(Authoritarian) bertolak ansur dengan anak-anak
Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap
anak-anak
Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.

Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai?


Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai keibubapaan yang positif. Ia adalah
gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibu bapa yang berwibawa adalah ibu bapa
yang:

a. Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan
melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.
b. Berinteraksi secara positif, di samping menyemai emosi yang bersesuaian serta
bertanggungjawab.
c. Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan
peraturan rumah.

20
Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?
1. Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak
2. Meningkatkan rasa harga diri anak
3. Menggalakkan disiplin diri anak
4. Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri
5. Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak
6. Membantu anak mempunyai kawalan diri.

Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?


1. Merendahkan rasa harga diri anak
2. Anak gagal mempunyai sikap asertif
3. Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang
4. Perhubungan antara ibu bapa dan anak menjadi kurang mesra
5. Anak yang kerap memprotes secara melampau

21
4.1. Ke Arah Menjadi Ibu Bapa Yang Positif
Jadual 3 : Cadangan ke arah menjadi ibu bapa yang positif seperti di bawah

Cadangan Aktiviti Implikasi Contoh bagaimana melakukannya

1. Luangkan masa Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan 1. Minta izin anak untuk turut serta (contoh: “Boleh ibu /
berkualiti bersama anak. ayah bermain dengan awak?”)
anak Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk 2. Tunjukkan yang anda berminat dengan aktiviti anak
mengenali, memahami dan membimbing anak anda (contoh: “Tengah buat apa tu? Boleh tunjuk
abah macam mana nak main ni?)
3. Raikan kejayaan apabila anak telah mencapai
sesuatu (contoh: “Wow, awak dapat jawapan yang
tepat. Hebatnya!”)

2. Kerap menggunakan Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat 1. Panggil anak dengan namanya atau panggilan yang

22
ungkapan pujian kanak-kanak memahami apakah tingkah laku yang mesra.
baik, merasai ibu bapa menyayanginya dan dapat 2. Pastikan anda menjelaskan kepadanya apa
meningkatkan rasa harga dirinya kebaikan yang telah dilakukannya.
Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh 3. Nyatakan perasaan anda (“Ibu gembira dengan apa
merosakkan rasa harga diri anak. yang awak lakukan; “syabas! Ayah amat bangga”)
Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya
4. Beri perhatian tambahan terhadap perlakuan
bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan
positifnya melalui sentuhan, dakapan, ciuman atau
marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut
tepukan.
melakukan kesilapan, takut ibu bapa akan memarahi
atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu 5. Luahkan pujian serta merta dan secara konsisten
dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk setiap kali mereka berkelakuan baik.
mencuba.
Cadangan Aktiviti Implikasi Contoh bagaimana melakukannya

3. Tetapkan peraturan Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah Apabila anak berkelakuan yang tidak wajar:
dan undang-undang di yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli 1. Terangkan apakah tingkah laku yang tidak baik
rumah keluarga. (Contoh: memukul kawan yang mengambil alat
Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. permainannya)
Adalah penting setiap ibu bapa menyatakan dengan 2. Jelaskan mengapa tingkah laku itu tidak wajar
jelas kepada anak akan peraturan-peraturan
3. Tunjukkan padanya perlakuan pilihan yang lebih
tersebut. Kerap berlaku di mana ibu bapa memarahi
sesuai.
anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa
memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka. 4. Terangkan kepadanya apakah kesan positif dari
tingkahlaku yang sesuai.
Contohnya: “Menjerit, meraung dan memekik adalah

23
tidak sopan dan bising. Jika kamu memperlahankan
suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu
dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan
kamu itu.”
Bawa bertenang. Bercakaplah dengan gaya yang
tenang dan sopan. Anak anda akan meniru perbuatan
anda.
Jangan marah anak anda semasa anda merasa amat
marah kerana pada masa itu anda tidak dapat berfikir
dengan baik. Akibatnya anda gagal menjadi contoh
yang baik untuk anak anda belajar mengawal perasaan
marahnya nanti.
Cadangan Aktiviti Implikasi Contoh bagaimana melakukannya

4. Jangan peduli/ jangan Ada ketikanya ibu bapa akan menegur tingkah laku Langkah yang patut dilakukan adalah:
ambil endah anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa 1. Jangan pandang kearahnya
yang dikehendaki ibu bapa.
2. Jangan bercakap dengannya
Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa
3. Asingkan diri darinya seperti keluar dari bilik
memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan
perbuatan tersebut. Oleh itu ibu bapa tidak patut Ibu bapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu
mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini menguji kesabaran ibu bapa. Oleh itu jangan endahkan
dipanggil “ignoring” atau “tak ambil endah” ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang
diingini.
Apabila ini berlaku, beri perhatian kepadanya dan
bertanya apa yang dikehendakinya. Amat penting untuk

24
anak faham bahawa hanya kelakuan yang baik sahaja
yang akan mendapat perhatian ibu bapa.

5. Anak membuat Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri 1. Pastikan apakah masalahnya.
keputusan sendiri dan ibu bapa perlu menolong anak melalui 2. Bantu anak berfikir cara-cara menyelesaikan
proses atau langkah-langkah membuat keputusan. masalah
Elakkan terus membuat keputusan untuk anak. 3. Tentukan langkah yang boleh diambil. “Lakonkan”
cara penyelesaian itu
4. Tanya anak jika itu cara yang boleh dilakukan
5. Cuba penyelesaian itu.
6. Bincang bersama jika cara itu berkesan. Jika cara itu
tidak berkesan, ulang balik proses membuat
keputusan
Cadangan Aktiviti Implikasi Contoh bagaimana melakukannya

6. Kemahiran tambahan Keibubapaan adalah satu proses kehidupan. 1. Beri anak anda pilihan untuk menggalakkan ia
Pelbagai situasi boleh timbul dari masa ke semasa membuat keputusan seperti “Awak hendak makan
yang menuntut kemahiran tambahan atau….”
2. Beri peringatan awal kepada anak sebelum
waktunya seperti “30 minit lagi masuk waktu tidur”
3. Jika anda mahu anak anda menurut kehendak anda,
beri arahan yang anda hendak ia lakukan dengan
kata kerja seperti “Tolong simpan mainan kamu”,
“Jalan perlahan-lahan”, “Cakap baik-baik”
4. Gunakan langkah ‘Apabila….. kemudian” untuk
menjelaskan kepada anak anda kesan tingkah

25
lakunya seperti “Apabila kamu siap membasuh
pinggan, kamu boleh bermain dengan kawan-kawan”
5. Biarlah tuntutan atau harapan anda bersesuaian
dengan apa yang anak anda boleh lakukan.
4.2. Cara-Cara Mendidik Anak Bagi Mengurangkan Masalah Tingkah Laku

Tidak melayan kelakuan buruk

√ Sebelum tantrum terjadi:


Fikirkan apa yang menyebabkan anak tantrum
Jika kita tahu, ia boleh membuat kita bersedia dengan kemungkinan tantrum
Bersiap sedia bila berlakunya keadaan yang menyebabkan tantrum. Jika kita boleh
berkompromi dengan permintannya, kita boleh berunding
Beri hadiah/ penghargaan jika anak dapat mengawal diri (positive reinforcement/ star
chart)
Puji anak bila anak dapat mengawal diri
Benarkan anak untuk membuat pilihan

√ Perkara yang boleh mempengaruhi emosi anak (mengurangkan tantrum)


Dapatkan rehat yang cukup
Kekurangan tidur boleh memberi kesan kepada emosi anak
Sebab anak tidur lambat:
Leka bermain (komputer/ telefon/ play station)
Menonton television
Menghabiskan kerja rumah

Cuba disiplinkan anak supaya mendapat tidur yang cukup

√ Buat perancangan
Anak mungkin tidak tahu reaksi selain dari tantrum apabila mereka berhadapan
dengan masalah
Bantu anak buat perancangan
‘Social stories’

√ Bagaimana menangani tantrum


a. Mengalih perhatian anak kepada aktiviti lain
b. Adakan peraturan
c. Berbincang terus untuk menyelesaikan masalah
d. Ajar anak cara berkomunikasi untuk mendapatkan apa yang dikehendaki

26
e. Gunakan teknik penghalang (blocking) untuk tingkah laku yang merbahaya
contohnya-halang anak untuk menggigit, menghentak kepala atau berlari ke atas
jalan raya
f. “Time Out”
g. Hukuman-
Hukuman tidak efektif sekiranya:
Hukuman adalah satu-satunya strategi yang digunakan untuk menguruskan
tingkah laku
Kaedah hukuman yang dilakukan menyebabkan masalah tingkah laku yang lain
Hukuman tidak dilaksanakan selepas diugut untuk dihukum
Hukuman tidak dilakukan serta merta

Refleksi boleh dilakukan setelah ibu bapa dan anak bertenang. Gunakan bahasa yang
setaraf/ sesuai dengan umur anak. Refleksi adalah perbualan di antara ibu bapa dan anak
mengenai apa yang telah berlaku dan mengapa ia terjadi. Jika anak telah bersedia dan
boleh bercakap, ibu bapa boleh meminta anak menerangkan apa yang dia alami semasa
tantrum.

4.3. Kemahiran Komunikasi Berkesan

Meluangkan masa dan memupuk hubungan dengan anak

Mengajar dan memberi pujian

Menetapkan peraturan kepada anak-anak

Anak-anak mempelajari cara berkomunikasi dengan mendengar dan memerhati


gaya ibu bapa. Komunikasi merupakan tali yang mengikat hubungan
kekeluargaan yang lebih rapat.
Komunikasi secara jujur dan terbuka akan memberi keyakinan kepada
anak-anak untuk menghadapi orang lain dengan baik.

Kemahiran komunikasi yang baik dapat membina esteem kendiri (self esteem)
yang positif di samping menyediakan mereka untuk bersosial secara efektif.

27
5. PANDUAN DALAM MEMBERI PENDIDIKAN KESIHATAN KEPADA
IBUBAPA/PENJAGA TENTANG PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN
DAN PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN BAGI PENJAGAAN BAYI
DAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN

Bayi dan kanak-kanak perlu kasih sayang, perhatian dan penjagaan asas yang optima
bagi memastikan mereka membesar dengan ceria, sihat dan selamat. Ibubapa perlu peka
dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan perkara-perkara yang perlu dielakkan
bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

5.1. Perkara Yang Perlu Dilakukan


5.1.1. Tidur yang sihat dan selamat
i. Tidurkan bayi dalam keadaan terlentang

Posisi telentang adalah posisi yang paling selamat untuk bayi berumur 0-3 bulan
(Akademi Pediatrik Amerika). Posisi tidur yang betul boleh mengurangkan sindrom
kematian bayi secara mengejut (sudden infant death syndrome - SIDS). Semenjak posisi
tidur terlentang dicadangkan oleh AAP dalam tahun 1992, kes kematian akibat SIDS
berkurangan sehingga 50%.

Cara Tidur Saranan dan risiko


Terlentang Mengurangkan risiko kematian akibat SIDS
(Sudden Infant Death Syndrome).
Walau bagaimanapun bagi anak yang tidak normal
seperti pramatang atau sindrom down, posisi tidur
menelentang tidak digalakkan. Ini kerana ketika
dilahirkan otot-otot mereka lemah dan lembik. Tidur
menelentang akan membuatkan mereka sesak
nafas dan lidah serta rahang akan terjatuh ke
belakang.

Meniarap Bayi berumur 0 hingga 3 bulan belum boleh


mengangkat kepala dan berpusing sendiri.
Bayi akan tersembam dan boleh menyebabkan
kematian secara mengejut (SIDS).

28
Cara Tidur Saranan dan risiko
Mengiring Bayi kurang dari 5 bulan tidak digalakkan untuk tidur
dalam posisi mengiring kerana kemungkinan bayi
boleh berubah kepada posisi meniarap semasa
tidur. Ini boleh meningkatkan risiko SIDS.

ii. Amalkan posisi tidur yang selamat

29
iii. Tempoh tidur yang sihat
Carta dibawah adalah tempoh tidur yang disarankan oleh World Health Organisation

14 - 17 jam
(termasuk tidur
siang)

12 - 16 jam
(termasuk tidur
siang)
11 - 14 jam
(termasuk tidur
siang)

10 - 13 jam
(termasuk tidur
siang)

9 - 12 jam

8 - 10 jam

> 7 jam

30
5.1.2. Daftar Kelahiran Bayi Dalam Tempoh 60 hari Selepas Bersalin

Pendaftaran kelahiran adalah penting untuk masa depan anak. Permohonan


pendaftaran kelahiran perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran di
mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa
dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut;

a) Dokumen Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)


1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 diisi dengan lengkap;
2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/
Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
3. Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
4. Buku Rawatan Mengandung (asal dan salinan)
5. Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad
rawatan mengandung

b) Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan)


1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa
2. Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan jika berkaitan)
3. Sijil Perkahwinan atau Perceraian (asal dan salinan)

c) Dokumen Pemaklum (Asal Dan Salinan)


1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan)

d) Borang Permohonan Pendaftaran Kelahiran Biasa


1. JPN.LM01-Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati

e) Individu yang boleh melakukan permohonan pendaftaran kelahiran


1. Ibu atau bapa kanak-kanak;
2. Penjaga kanak-kanak yang sah;
3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak
4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

Ibubapa/penjaga boleh merujuk kepada laman sesawang Jabatan Pendaftaran


Negara dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.

31
5.1.3. Bawa anak ke klinik mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan

Kehadiran ke klinik mengikut jadual adalah penting untuk penilaian pertumbuhan


serta perkembangan bagi memastikan ianya adalah bersesuaian mengikut umur.
Melalui penilaian ini, sebarang masalah pertumbuhan atau perkembangan dapat
dikesan dan dirujuk untuk rawatan/ intervensi awal. Pengesanan dan rawatan/
intervensi awal dapat mengurangkan morbiditi dan kematian di kalangan
kanak-kanak. Ibubapa juga dapat berbincang dengan anggota kesihatan jika mereka
berpendapat bayi dan kanak-kanak mempunyai masalah khusus.

Jadual lawatan klinik untuk bayi dan kanak-kanak


Umur Kekerapan Lawatan
0 - 6 bulan Setiap bulan
6 - 12 bulan 2 bulan sekali
1 - < 2 tahun 3 bulan sekali
2 - 4 tahun 6 bulan sekali
5 - 6 tahun Setiap tahun

5.1.4. Dapatkan imunisasi mengikut jadual

Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak
dari jangkitan penyakit cegahan vaksin. Imunisasi ini diberi secara percuma di semua
Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) dan Klinik Desa di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Imunisasi yang diberikan untuk mencegah penyakit adalah seperti berikut:
i. BCG - TB (Batuk Kering) semasa lahir
ii. Hepatitis B
iii. Diptheria (Sakit Kerongkong)
iv. Pertussis (Batok Kokol)
v. Tetanus (Sawan di kalangan bayi baru lahir)

32
vi. Hib (jangkitan paru-paru/ jangkitan selaput otak)
vii. Polio
viii. MMR (Campak/ Beguk/ Rubella)
ix. Pneumokokal
Bayi dan kanak-kanak perlu diberikan suntikan vaksin mengikut jadual umur yang
telah ditetapkan agar mendapat perlindungan yang optima.

5.2. PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN


5.2.1. Puting Tiruan Tidak Digalakkan

Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan. Pihak Akademi Pediatrik Amerika ada
menyatakan ia boleh digunakan kepada bayi berumur satu bulan ke atas semasa
permulaan tidur untuk mengurangkan (SIDS). Walau bagaimanapun, penggunaan puting
tiruan tidak digalakkan secara aktif kerana penggunaan yang berpanjangan boleh
memberi kesan negatif seperti berikut:
- Kekeliruan puting tiruan dengan puting ibu
- Kesan sampingan dalam pembentukan susunan gigi boleh berlaku jika penggunaan
berterusan sehingga usia dua tahun dan berlanjutan selepas empat tahun.
- Otitis media iaitu jangkitan telinga boleh berlaku. Cecair dari tekak boleh salur ke
telinga tengah melalui tiub Saluran Eustachia.

33
Jadual 4 : Faedah dan risiko penggunaan puting tiruan
Umur Faedah Risiko
0 - 1 bulan Melegakan kesakitan selepas
prosedur rawatan ringan.
Contoh: heel prick, imunisasi
dan venipuncture
1 bulan Jika diberi semasa hendak Penggunaan dalam
tidur, boleh mengurangkan jangkamasa panjang akan
risiko SIDS memberi kekeliruan terhadap
puting ibu.
Bayi tidak mengenali waktu
laparnya.
6 bulan Ibu bapa disarankan untuk
mula memberhentikan
penggunaan puting tiruan
bagi mengelakkan kesan
negatif penggunaan yang
berpanjangan.
Selepas 2 - 4 Pembentukan gigi tidak
tahun teratur

5.2.2. Jangan Jemur Jika Bayi Mengalami Jaundis (kuning). Bawa segera ke klinik

Jaundis sering berlaku pada bayi. 75% bayi akan mengalami jaundis pada minggu
pertama kehidupan.
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit bayi yang disebabkan oleh
meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang
dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah yang kemudiannya diproses di dalam
hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
Jaundis biasanya bermula selepas 48 jam dan beransur hilang dalam masa seminggu.
Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan
organ hati yang belum cukup matang.
Apabila anak mengalami jaundis, elakkan dari menjemur bayi di bawah sinaran matahari.
Amalan ini merupakan amalan tradisional yang memudaratkan bayi kerana boleh
menyebabkan:
Dehidrasi yang akan menyebabkan bacaan serum bilirubin meningkat.
Merosakkan kanta atau retina mata
Peningkatan suhu badan
Menyebabkan kulit bayi terbakar (Sunburn)
Sekiranya bayi mengalami kekuningan, segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan
rawatan.

34
5.2.3. Jangan Goncang Bayi

Goncangan yang kuat berulang kali boleh menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak
anak yang dinamakan “Shaken Baby Syndrome”. Otak bayi sangat sensitif dan mudah
lebam. Dengan itu, goncangan yang kuat boleh menyebabkan kekurangan bekalan darah
kepada otak yang boleh menyebabkan sawan dan kematian. Kanak-kanak juga boleh
mengalami masalah jangka panjang seperti kecacatan motor dan masalah pembelajaran.
Keadaan ini biasanya terjadi apabila ibu bapa atau penjaga tidak tahu mengendali bayi
yang menangis berterusan dan menggoncang bayi dalam usaha untuk membuatkan bayi
tersebut berhenti menangis. Ia juga boleh berlaku secara tidak sengaja seperti
menggoncang bayi dengan kuat semasa menidurkannya menggunakan buaian, bermain,
menimang atau melambung.
5.2.4. Jangan Biarkan Bayi Anda Bersendirian Tanpa Pengawasan

Kanak-kanak perlu diberi pengawasan sepanjang masa bagi memastikan mereka


selamat. Jangan biarkan anak bermain bersendirian tanpa pengawasan kerana terdapat
banyak risiko seperti:

Terjatuh - Dari tempat tinggi (katil, meja,sofa)


- Tergelincir (lantai basah, penjuru karpet)
Keracunan - Dari ubat-ubatan yang tidak disimpan dengan baik
- Bahan pencuci seperti klorok, sabun
Tercekik - Objek kecil yang bersepah di lantai
- Makan kekacang (kacang tanah, bertih jagung)
- Beri makan semasa anak menangis
- Permainan yang dipasang-tanggal atau yg mempunyai skru
Melecur/ - Air atau minuman panas tidak disimpan dengan baik
Terbakar - Mancis atau pemetik api yang terdedah
- Anak minum air panas sendiri dan tertumpah keatas mereka.
- Barangan elektrik seperti seterika dan cerek
Lemas - Bilik mandi, air didalam baldi, tab mandi
- Kolam renang, sungai, laut.
Kejutan - Soket yang terdedah, kanak-kanak memasukkan objek ke
Elektrik dalam lubang soket
- Plug peralatan elektrik masih didinding, arus elektrik masih
mengalir di peralatan.

35
Walau bagaimanapun, kanak-kanak perlu dilatih untuk berdikari (conquering clinginess
and dealing with own issues) secara berperingkat mengikut umur yang disarankan seperti
berikut:

Umur Tempoh masa bayi boleh bermain sendiri


(solo time)
6 bulan 5 minit
12 bulan 15 minit

18 bulan 15 - 20 minit

2 tahun 30 minit

Masa bersendirian (solo time) akan melatih bayi mengenali persekitaran dan dia boleh
belajar untuk menumpukan perhatian dan mempelajari kesilapan sendiri untuk membina
keyakinan diri.
5.2.5. Jangan Biarkan Bayi Tidur Dengan Botol Dimulut

Ibu disarankan memberi susu ibu sepenuhnya. Penggunaan botol susu boleh
menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Namun dalam keadaan dimana bayi
diberi susu botol, ibu bapa dinasihatkan tidak membiarkan bayi tidur dengan botol susu
dimulut kerana boleh menyebabkan risiko seperti berikut:
Menyebabkan kematian disebabkan tersedak susu
Jangkitan bakteria
Kembung perut disebabkan botol susu yang kosong
5.2.6. Jangan Guna Buaian

Penggunaan buaian untuk menidurkan bayi masih diamalkan oleh ibu bapa samaada
buaian manual atau elektronik. Penggunaan buaian tidak digalakkan kerana ianya
mempunyai risiko kemalangan dan kecederaan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak
seperti berikut:
Kecederaan kepala bayi boleh merosakkan otak dan boleh mengakibatkan
pendarahan ‘subdural haemarrhage’.
Hayunan buaian yang terlalu kuat boleh mengakibatkan gegaran kepada otak
bayi.
Rangka besi atau ‘spring’ buaian boleh jatuh dan menghempap bayi.
Bayi boleh berubah posisi sehingga memusing mukanya ke bawah semasa
dalam buaian dan menyebabkan ia lemas.

36
6. PERKEMBANGAN KOGNITIF
Perkembangan kognitif sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan
masa depan kanak-kanak. Ia adalah perkembangan kemampuan kanak-kanak untuk
berfikir dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan boleh digunakan sebagai tanda aras
pertumbuhan kecerdasan kanak-kanak.
DEFINISI
Kemahiran kognitif adalah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran. Ia melibatkan
aktiviti mental contohnya mengingat, mengkategori, merancang, menilai, menyelesaikan
masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.
TEORI
Teori Jean Piaget (clinical psychologist) menyifatkan pemikiran sebagai satu proses yang
disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Lev Vygotsky (Psychologist)
pula memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan pemikiran
kanak-kanak di mana ia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan
minda kanak-kanak.
Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Teori Jean Piaget
Bil Peringkat Umur
1 Sensori - motor 0 - <2 tahun
2 Pra - operasi 2 - <7 tahun
3 Operasi Konkrit 7 - <11 tahun
4 Operasi Format 11 tahun keatas
*Kanak-Kanak 0-6 tahun menggunakan peringkat sensori-motor dan pra-operasi.

Penerangan peringkat-peringkat perkembangan kognitif


Peringkat Peringkat
Sensori motor 0 - <2 tahun
Penerangan
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria rasanya untuk
memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.
Kanak-kanak cuba belajar mengkoordinasi di antara deria rasa dan pergerakan
dengan cuba mengaitkan perkataan dan objek yang dapat dilihat dalam
persekitarannya

Peringkat Peringkat
Pra-operasi 2 - <7 tahun
Penerangan
Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa atau simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep.
Kanak-kanak pada peringkat ini bersikap ego iaitu mereka melihat dan memahami
persekitaran melalui pemahaman atau kehendak sendiri.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang menonton kartun, akan beranggapan
bahawa semua orang mempunyai minat yang sama dengannya.

37
Tahap Tumpuan (attention) dan konsentrasi (concentration) bayi dan kanak-kanak
mengikut umur

Umur Tumpuan dan konsentrasi


(attention and concentration)
1 tahun 3 hingga 5 minit
2 tahun 4 hingga 6 minit

3 tahun 6 hingga 15 minit

4 tahun 8 hingga 20 minit

5 tahun 10 hingga 25 minit

6 tahun 12 hingga 30 minit

38
Perkembangan Kemahiran Kognitif

Einon’s D. (1998)

Umur Kemahiran Kognitif

6 minggu
Mengenal pasti individu melalui bau, suara dan penglihatan

Bayi tidak dapat mengingati individu jika mereka tidak berada di sekitarnya

39
5 bulan Mula mengenalpasti objek yang unik seperti permainan yang berbunyi dan berwarna-warni

Jika bayi menjatuhkan barang dari tangannya, bayi tidak akan mencarinya

Tidak akan menangis dan mencari jika ditinggalkan oleh ibu atau sesiapa sahaja

Tidak akan memberi tumpuan pada satu objek sahaja


Umur Kemahiran Kognitif

9 - 10 bulan
Boleh mengenali individu terutama ayah dan ibunya

Mula mencari objek yang dijatuhkannya

Mula memahami ayat “NO” atau “TIDAK BOLEH”

1 tahun Boleh bermain “tepuk amai-amai”

Menunjukkan gambar atau objek

40
Merancang dan menggabungkan idea untuk bermain
Contohnya kanak-kanak meletakkan barang di dalam kotak dan menolak kotak tersebut

1 tahun 6 bulan Dapat menjangka sesuatu objek atau alat permainan di tempat yang lazim

Boleh menyebut dan memahami beberapa perkataan

Menunjukkan tingkahlaku membantah jika kehendaknya tidak ditepati

Menyelongkar dan meneroka objek untuk memenuhi naluri ingin tahu mereka
Umur Kemahiran Kognitif

2 tahun Merancang aktiviti yang mempunyai tahap kesukaran yang minima

Menunjuk ideanya dengan jelas

Menggabungkan 2 perkataan serta mengikuti arahan yang ringkas dan mudah

Meniru aksi atau pergerakan individu di sekelilingnya

41
4 tahun Daya ingatan kanak-kanak berkembang dan meningkat, seolah-olah dia mempunyai
rancangan atau pemikiran yang berterusan

Memberi alasan dan menyelesaikan masalah

Memahami peraturan

Boleh menyatakan pendapatnya sendiri


Umur Kemahiran Kognitif

5 tahun Memberi dan berbincang sesuatu alasan

Mula melakukan perbandingan

Memahami bahawa setiap pengalaman dan pemikiran adalah berbeza dan unik

Dapat bercerita pengalaman lalu tanpa sebarang isyarat

42
6 tahun Mempunyai daya tumpuan yang setara dengan umur

Mengenali konsep asas seperti warna, saiz, huruf, nombor dan turutan

Mengenali nilai wang

Berupaya mengenal dan menulis nama penuh/ umur


Penilaian Kognitif Kanak-Kanak 5-6 tahun

Umur Cara Menilai Peralatan yang diperlukan

Kanak-kanak boleh meniru garisan lurus, melintang dan menegak, Pensil


bulat dan empat segi Kertas
5 tahun Kanak-kanak boleh memberitahu 4 jenis warna Objek berwarna
Kanak-kanak boleh menyebut 1-10
Kanak-kanak boleh menyebut A-Z
Kanak-kanak boleh mengira 5 blok/ objek

Kanak-kanak boleh melukis gambar orang Pensil

43
Kanak-kanak boleh menulis dan meniru A-Z Pemadam
6 tahun Kanak-kanak boleh menulis nama penuh dan umur Kertas
Kanak-kanak boleh membaca perkataan yang mudah Buku (simple)

*sila rujuk kanak-kanak ini jika tidak dapat melakukan perkara di atas untuk penilaian dan rawatan awal oleh Pegawai Perubatan/ Pakar
Tingkahlaku dan Teknik Modifikasi Tingkahlaku
Pada dasarnya tingkahlaku adalah perbuatan yang dilakukan oleh individu. Tingkahlaku
dibahagikan kepada dua iaitu:
Tingkahlaku positif - sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan cerdas
Tingkahlaku negatif - tingkahlaku distruktif (menyebabkan kerosakan), distruptif
(menyebabkan gangguan) dan sikap bergantung (tidak berdikari)
Modifikasi tingkahlaku ialah suatu pendekatan sistematik untuk mengubah tingkahlaku
yang negatif secara konsisten bagi mencapai tingkahlaku yang diingini. Pendekatan yang
digunakan bagi mencapai tingkahlaku yang diingini ialah:
Peneguhan Positif - pujian, sistem token, ganjaran
Peneguhan Negatif - Hukuman, denda, time-out
Setiap tingkahlaku mencabar tidak akan wujud tanpa sebarang sebab. Bagi
mengenalpasti punca yang mendorong tingkahlaku tersebut, model ABC boleh
digunakan.

Peneguhan positif

Pujian Sistem token

Peneguhan negatif

44
ABC Model
Merupakan satu model untuk membantu mengenalpasti punca/ penyebab
tingkahlaku mencabar.
Antecedents - situasi yang merangsangkan tingkahlaku
Behavior - Tingkahlaku yang ditunjuk oleh kanak-kanak
Consequence - Akibat dari tingkahlaku yang ditunjuk
Contohnya:
Antecedents Behavior Consequence
Cikgu mengarahkannya Ali mencampakkan pencil Ali didenda berdiri diatas
untuk membuat latihan dan kertas ke lantai kerusi
menulis nama

Beberapa teknik yang digunakan dalam membentuk tingkahlaku termasuklah:


1. Modeling
2. Shaping
3. Fading

1. Modeling
Pembelajaran melalui pemerhatian. Anak akan tiru apa yang ibubapa lakukan.
Contohnya: Kanak-kanak meniru pergerakan memakaikan kasut dengan memerhatikan
pergerakan ibu memakai kasut.
Modeling boleh :-
Menghasilkan tingkahlaku
Membentuk perkara baru
Mempengaruhi kekerapan tindakbalas
Membentuk tindak balas emosi

Modeling

2. Shaping
Merupakan pembentukan tingkahlaku baru yang positif dengan menggunakan
pendekatan peneguhan positif atau negatif pada setiap kali tingkahlaku dihasilkan.
Contohnya: Adam dilatih untuk makan di meja makan dengan peneguhan positif iaitu
Adam dapat makan sekiranya menepati syarat untuk duduk di meja makan.

3. Fading
Merupakan teknik mengurangkan bantuan yang diberi secara berperingkat.
Contohnya: Pada peringkat awal, ibu mengajar Amir setiap langkah untuk cuci tangan.
Selepas beberapa kali ulang, ibu hanya memerhatikan sahaja apabila Amir cuci tangan.

45
7. KE ARAH KEBERDIKARIAN KANAK-KANAK
Anak yang berdikari adalah lebih berkeyakinan. Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba
di kalangan kanak-kanak mendorong anak-anak mengambil semua peluang yang
diberikan kepada mereka untuk meneroka. Bagi menjadi seorang yang berdikari,
anak-anak perlu mempunyai kemahiran asas dalam penjagaan diri.
PERKEMBANGAN KE ARAH KEBERDIKARIAN.
Kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendorong anak ke arah
keberdikarian termasuklah:
1. Kemahiran makan
2. Kemahiran pengurusan tandas
3. Kemahiran memakai dan menanggalkan pakaian
4. Kemahiran pengurusan diri (mandi, mencuci tangan dan memberus gigi)
5. Kemahiran membantu kerja rumah.
UMUR KEMAHIRAN
9 - 12 bulan - Anak anda sudah mula boleh bermain sendirian apabila
anda meninggalkannya sebentar
- Anak anda sudah mula memegang makanan dan
menyuapkannya ke dalam mulut dan memegang cawan
12 - 18 bulan - Anak anda boleh bermain sendirian
- Anak anda boleh menggunakan cawan dan
menyuapnya sendiri tetapi berkecah
18 – 24 bulan - Anak anda mula membersihkan dirinya sendiri dan mula
untuk menggunakan berus gigi tetapi masih tidak bersih.
Mereka masih memerlukan bantuan dari ibu bapa.
- Anak anda mula mempunyai kemahiran ketika makan
sendiri tetapi masih berkecah.
- Anak anda mungkin sudah bersedia untuk dilatih ke
tandas.
- Anak anda sudah mula untuk menarik pakaiannya
sendiri. Contohnya menarik seluar ke atas dari lutut ke
pinggang, menanggalkan seluar dari pinggang ke lutut,
mengeluarkan kepala dari leher baju ketika
menanggalkannnya.

2 - 3 tahun - Mencecah umur 3 tahun, kebanyakkan kanak-kanak


sudah boleh memahami konsep bersih dan sudah mula
aktiviti ke tandas samaada dengan kesedaran sendiri
atau perlu diingatkan.
- Anak anda sudah boleh mengenakan pakaiannya
sendiri walaubagaimanapun masih memerlukan
bantuan untuk mengenakan butang, zip, serta tali
pinggang atau tali kasut.
- Anak anda boleh makan dengan lebih kemas, tetapi dia
masih mempunyai kesukaran dalam penggunaan sudu
dan garfu serta penggunaan genggaman tangan yang
tidak matang.
- Anak anda sudah boleh mengemas permainannya
sendiri setelah digunakan.

46
3 - 4 tahun - Mencecah umur 4 tahun, anak anda boleh
membersihkan dirinya sendiri termasuklah
membersihkan gigi serta mulut, memakai dan
menanggalkan bajunya sendiri, menguasai sepenuhnya
kemahiran minum menggunakan cawan dengan tidak
tumpah.
- Dengan pengawasan ibubapa, anak anda dapat
menjalankan aktiviti dari mula hingga tamat.
- Anak anda sudah boleh meluahkan rasa dan keinginan
secara verbal.
4 - 6 tahun - Anak anda boleh menyusun atur corak permainannya
sendiri
- Anak anda boleh menjalankan aktiviti tanpa arahan
serta galakkan dari ibu bapa
- Anak anda boleh duduk diam sendirian untuk sesuatu
tempoh yang lebih lama.
- Anak anda boleh mengenakan pakaian secara berdikari,
mandi sendiri, memberus gigi serta membersihkan
mulut.
- Anak anda boleh makan dengan menggunakan tangan,
sudu, dan garfu secara kemas namun masih sukar untuk
memotong daging (ayam, ikan). Anak anda juga sudah
pandai menyapu kaya/mentega ke atas roti rata.
- Anak anda boleh meluangkan sebahagian besar masa
hariannya tanpa anda (berada di sekolah@ taska)
- Anak anda boleh menerima arahan dan melakukan
aktiviti berkumpulan.

47
7.1. KEMAHIRAN MAKAN SENDIRI

Proses makan dan minum adalah kompleks kerana ia berhubung kait dengan seluruh
anggota badan. Kemahiran untuk makan dan minum secara berdikari untuk setiap anak
adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka.

Perkembangan Kemahiran Makan:

GENGGAMAN BAGAIMANA UNTUK


UMUR KEMAHIRAN
TANGAN MENGGALAKAN
6-9 Pada ketika ini, anak Sediakan makanan
bulan anda mula untuk atau objek yang
mengutip makanan selamat untuk digigit
ataupun sebarang dan kunyah.
benda yang Berikan anak-anak
dijumpainya dan permainan untuk
membawanya ke mulut. menggalakkannya
Anak anda akan gemar menggunakan
mengigit-gigit objek. tangan supaya anak
akan lebih mahir
menggunakan
tangan untuk makan.

Anak anda mula Beri peluang anak


menyuap makanan untuk makan sendiri
seperti biskut, roti, atau walaupun keadaan
buah ke mulutnya akan berkecah.
sendiri dengan Sentiasa
menggunakan jari dan menyediakan
memegang cawan. makananan yang
sesuai untuk anak
terutama ketika
waktu makan
keluarga. Contohnya:
buah yang telah
dipotong, cebisan
roti.
Sentiasa memuji
setiap usaha anak
walaupun tidak
sempurna.

48
GENGGAMAN BAGAIMANA UNTUK
UMUR KEMAHIRAN
TANGAN MENGGALAKAN
12 - 18 Anak anda boleh Elakkan dari
bulan menggunakan cawan memarahi anak jika
dan menyuap makanan makan bersepah.
ke mulutnya sendiri Pegang tangan anak
secara berkecah untuk bantunya
belajar
menggunakan
peralatan makan
seperti memegang
cawan dan sudu.
Berikan pujian dan
galakkkan
kepadanya
contohnya :
“pandainya anak
mak”, “bagusnya”,
“macam itulah”.
18 - 24 Anak anda sepatutnya Puji anak dengan
bulan ada peningkatan seperti “ pandainya
kemahiran menyuap dia makan guna
makanan berbanding sudu”, “wah! Bagus
sebelumnya. Walau anak mak hari ini,
bagaimanapun, pada makan kemas dan
umur ini, anak anda tak tumpah banyak”
masih makan secara Sediakan peralatan
berkecah. makan seperti
mangkuk, cawan dan
sudu untuk memberi
peluang anak untuk
berlatih
menggunakannya
walaupun diluar
waktu makan (makan
olok-olok)

49
GENGGAMAN BAGAIMANA UNTUK
UMUR KEMAHIRAN
TANGAN MENGGALAKAN
2-3 Anak anda boleh Libatkan anak anda
tahun makan dengan lebih dalam aktiviti
kemas tetapi dia masih mengemas selepas
mempunyai kesukaran makan seperti
dalam penggunaan mengutip nasi dan
sudu dan garfu serta mengelap air
penggunaan tumpah.
genggaman tangan Perbanyakkan
yang tidak matang peluang anak untuk
berlatih makan
dengan pelbagai
jenis makanan
serta pelbagai saiz
(mencarik roti canai,
memakan nasi
menggunakan
tangan, makan bubur
guna sudu).
Tegur pada
perbuatan yang
dilakukan.
Contohnya “ Jangan
biar makanan
bersepah-sepah”
Elak memarahi anak
seperti “ Kenapa adik
makan berterabur?”
3-4 Anak anda sudah dapat Perkenalkan
tahun menguasai makanan baru untuk
sepenuhnya kemahiran beberapa kali kerana
minum menggunakan anak pada umur ini
cawan tanpa tumpah memerlukan masa
untuk menyesuaikan
diri dengan
perubahan baru.
Teruskan
menggalakkan dan
memuji setiap usaha
yang anak anda
lakukan.

50
GENGGAMAN BAGAIMANA UNTUK
UMUR KEMAHIRAN
TANGAN MENGGALAKAN
4-6 Anak anda boleh Beri masa yang
tahun makan dengan secukupnya untuk
menggunakan tangan, anak makan sendiri.
sudu dan garfu secara Sekiranya anak
kemas, namun masih sengaja membuang
sukar untuk memotong makanan, abaikan
daging (ayam , ikan). tingkahlaku itu
Anak anda juga sudah (jangan
pandai menyapu kaya/ memarahinya) dan
mentega diatas roti fokus pada punca
secara rata. tingkalaku itu
contohnya: anak
mungkin mahukan
perhatian, tidak
selesa, sudah
kenyang

7.2. KEMAHIRAN PENGURUSAN TANDAS


Kemahiran ini bagi memastikan individu dapat pergi ke tandas, buang air kecil dan besar
di dalam tandas, seterusnya membersihkan diri serta tandas setelah digunakan secara
berdikari.
Bilakah umur yang sesuai untuk melatih anak ke tandas?
Anak anda boleh dilatih untuk ke tandas bermula pada umur 2 tahun sehingga 3 tahun.
Jika anak anda menunjukkan kesediaannya untuk ke tandas, maka latihan ke tandas
boleh dimulakan.
Bagaimanakah untuk memulakan proses melatih anak ke tandas?
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil kira sebelum memulakan latihan ke
tandas.
Langkah-langkahnya adalah:
A. Penilaian persediaan untuk ke tandas
B. Mengumpul dan menganalisa data
C. Latihan ke tandas

A. PENILAIAN PERSEDIAAN UNTUK KE TANDAS


Terdapat beberapa aspek penilaian yang perlu diambil kira bagi memastikan anak anda
sudah bersedia untuk di latih ke tandas. Ianya adalah:
1. Persediaan fizikal
2. Persediaan kognitif
3. Persediaan kemahiran motor
4. Persediaan aktiviti ke tandas
5. Persediaan persekitaran tandas
6. Persediaan ibubapa

51
1. Persediaan fizikal
a. Pastikan anak anda dapat menunjukkan tanda-tanda jika ingin
membuang air kecil atau besar.
Tanda-tanda yang perlu ditunjukkan jika seseorang ingin membuang air adalah:
- Memegang kemaluan
- Menjauhkan diri dari orang lain @ mengasingkan diri
- Duduk disatu sudut
- Meneran
- Naik bulu roma
- Menangis @ merengek
- Menarik seluarnya ke bawah @ cuba untuk membuka lampin pakai buang

b. Mengetahui tentang keadaan pundi kencing atau usus anak telah


bersedia untuk dilatih ke tandas.
Proses latihan untuk ke tandas menjadi lebih mudah sekiranya:
- Anak anda mampu kekal kering dalam tempoh 2 jam sekurang-kurangnya
sekali dalam satu hari.
- Jika anak anda kencing dalam kuantiti yang banyak dan lancar dalam
satu-satu masa
- Jika anak anda aktif ia akan menggalakkan pertumbuhan otot-otot untuk
mengawal pundi kencing dan usus anak.

2. Persediaan kognitif
a. Adakah anak anda dapat memahami arahan (lisan & bahasa tubuh)
yang ringkas?
Latihan untuk ke tandas lebih mudah untuk dijalankan jika anak anda memahami
arahan-arahan ringkas seperti:

- “Jom”, “mari”, “duduk” dan lain-lain arahan ringkas.


- Apabila anda hulurkan tangan, anak anda menyambutnya
- Apabila anda panggil, dia toleh kepada anda
- Apabila anda lambai, dia datang kepada anda

b. Adakah anak anda boleh memberikan perhatian & kerjasama selama 10


minit?
Jika anak anda dapat memberi perhatian & kerjasama, anak anda mempunyai
daya tumpuan yang memudahkannya untuk meneruskan latihan ke tandas.Jika
tidak, kenalpasti mengapakah dia tidak dapat memberi perhatian/ bekerjasama
dengan anda selama 10 minit. Contohnya:

- Leka bermain atau menonton tv


- Tidak faham arahan yang diberikan
- Tidak mempunyai kemahiran dalam melaksanakan arahan yang diberikan

52
c. Adakah anak anda menunjukkan ketidakselesaan apabila lampin pakai
buang yang dipakai sudah penuh atau mempunyai najis @
menunjukkan rasa geli.
Anak anda sudah peka tentang dirinya apabila dia sudah memahami konsep
bersih/ kotor, basah/ kering, wangi/ busuk. Sekiranya anak sudah peka tentang
dirinya, dia sudah bersedia untuk dilatih.
Anak perlu dilatih sebelum terbiasa dengan keadaaan basah atau bernajis.
Bersihkan dengan kadar segera sebaik sahaja lampin sudah penuh atau
terdapat najis. Keselesaan dalam keadaan sedemikian menyukarkan proses
latihan.
3. Persediaan kemahiran motor

a. Adakah anak anda boleh mencangkung, berdiri dan duduk diam dalam
tempoh 5 minit ketika anda membersihkannya di tandas?
Jika ya, ini menunjukkan anak anda sudah mempunyai ketahanan fizikal yang
diperlukan untuk latihan ke tandas.

b. Adakah anak anda pandai membuka lampin pakai buang atau seluarnya
sendiri?
Kebolehan membuka lampin pakai buang atau seluar sendiri merupakan satu
kemahiran yang penting dalam melatih anak anda untuk ke tandas.
Gunakan seluar yang mudah dipakai dan ditanggalkan (seluar cerut dan longgar)
serta elakkan memakai seluar yang berzip dan berbutang serta ketat ketika
hendak melatih anak ke tandas.

4. Persediaan aktiviti ke tandas


- Biasakan anak anda dengan aktiviti membersihkan diri selepas membuang
air di dalam tandas.
- Jadikan aktiviti membersihkan diri dalam tandas sebagai satu rutin harian
anak anda sebelum melatihnya ke tandas.
- Jadikan aktiviti ke tandas lebih menarik agar anak lebih memberi kerjasama
ketika menjalankan latihan ke tandas.

5. Persediaan persekitaran tandas


Kenal pasti jenis tandas dirumah anda. Terdapat 2 jenis tandas iaitu:
- Tandas duduk
- Tandas cangkung

Apakah jenis tandas yang dilatih untuk anak anda?


Kenal pasti cara yang mudah dan sesuai untuk mengajar anak anda membuang
air sama ada:
- Mencangkung
- Duduk
- Berdiri
Kemudian kenalpasti jenis tandas yang bersesuaian.

53
6. Persediaan ibu bapa
- Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan asas tentang latihan
ke tandas untuk anak-anak.
- Bersedia memberi komitmen dari segala aspek (masa, tenaga, kesabaran)
kerana melatih anak ke tandas merupakan satu proses yang mencabar.
Apabila anak-anak sudah menunjukkan kesediaan untuk dilatih, sebagai
ibu bapa, haruslah melatih anak untuk ke tandas dengan kadar segera kerana
pengurusan tandas secara berdikari merupakan kemahiran pengurusan diri yang
penting untuk kanak-kanak.

B. CATAT CORAK PEMBUANGAN AIR BESAR DAN KECIL


Catat corak pembuangan air bagi mengenalpasti kekerapan anak membuang air.
Kumpul maklumat pada hujung minggu dan cuti panjang supaya lebih banyak
maklumat dapat dikumpul dan lebih mudah untuk analisa corak pembuangan air
dengan lebih tepat.
Kumpul maklumat selama 2 minggu secara berterusan. Walau bagaimanapun,
sekiranya maklumat konsisten untuk 3 hari berturut-turut, pengumpulan data boleh
dihentikan.
Isi maklumat dalam jadual pembuangan air kecil atau besar. Semasa mengumpul
maklumat, anak anda mestilah TIDAK memakai lampin pakai buang.
Anda hendaklah membawa anak anda ke tandas setiap setengah jam. Tanya pada
anak anda samada dia mahu membuang air atau tidak. Walaupun jawapannya tidak,
tetaplah juga bawa anak ke tandas.
Biarkan seketika anak di dalam tandas dan rangsang anak untuk membuang air kecil
dengan cara:
- Buat bunyi “shhhhhh”
- Jirus sedikit air pada kemaluannya.
Tunggu lebih kurang 30 saat dan TIDAK melebihi 1 minit untuk anak anda
membuang air. Jika anak anda tidak membuang air, tidak mengapa. Jangan paksa
anak anda untuk membuang air pada ketika itu kerana ianya akan mempengaruhi
data yang dikumpulkan.
Tandakan / jika anak anda buang air. Biarkan kosong ruang tersebut jika dia tidak
membuang air.
Tandakan / jika anak anda TERbuang air diluar bilik air (accident) contohnya ketika
dia bermain/ menonton tv/ makan. JANGAN SESEKALI MARAH PADA ANAK ANDA
kerana anak akan menjadi takut dan tidak bekerjasama untuk langkah yang
seterusnya. Ibubapa harus kekal positif dan memberi galakan kepada anak dengan
bercakap lembut dengannya dan teruskan aktiviti pembersihan seperti biasa.
Contohnya:
“owh, anak ibu terkencing ye. Tak apa nanti ibu kemaskan, jom kita cuci kat dalam
tandas cepat. Lain kali nak kencing adik kene cepat-cepat pergi tandas” sambil
memimpin tangan anak ke tandas.
Jika anak sedang tidur pada waktu untuk ke tandas, tidak perlu dikejutkan anak,
catatkan waktu bilakah anak anda akan terkencing. Alaskan dengan pelapik kalis air
pada tempat anak anda tidur pada waktu ini.

54
Anda hendaklah mengenalpasti corak pembuangan air anak anda.
- Kekerapan membuang air.
- Kebolehan anak anda menahan dirinya dari membuang air (kematangan
pundi kencing)
- Selepas minum/ makan, bilakah anak anda akan membuang air.
Antara faktor lain yang mungkin mempengaruhi corak pembuangan air:
- Tahap kesihatan anak anda ketika itu. (sedang demam, cirit-birit, jangkitan
saluran kencing (UTI)
- Cuaca (hujan, sejuk, panas)
- Diet yang diambil (terlebih atau terkurang minum air atau pengambilan serat)
- Tahap persediaan dari pelbagai aspek (masih belum bersedia dari segi fizikal,
kognitif, lain-lain)
C. LATIHAN KE TANDAS
1. Tetapkan waktu untuk memulakan latihan.
Latihan boleh dimulakan pada cuti hujung minggu atau cuti yang panjang ketika
ibu bapa tidak mempunyai komitment yang lain (kerja, kenduri, lain-lain). Bagi
ibu bapa yang bekerja, latihan ini boleh diteruskan disebelah malam ketika anak
anda berada bersama anda. Lebih banyak latihan dan peluang untuk ke tandas
diberikan kepada anak anda, lebih cepat anak anda berdikari untuk ke tandas.

2. Sediakan pakaian yang bersesuaian.


Ketika proses melatih ke tandas, anak anda hendaklah tidak memakai lampin
pakai buang. Pakaikanlah anak anda dengan seluar yang mudah untuk dipakai
dan ditanggalkan olehnya sendiri. Sediakan seluar tersebut dalam kuantiti yang
banyak (8 helai) bagi menggantikan seluar yang sudah basah. Jika anak anda
terkencing sedikit pada seluar tersebut, tukar seluar itu dengan kadar segera.
Biasakan anak anda untuk sentiasa memakai seluar yang kering ini bagi
membantunya untuk rasa tidak selesa apabila seluar yang dipakainya basah.
Secara tidak langsung dapat meningkatkan kepekaannya.
3. Susun atur rumah anda bagi memudahkan proses latihan.
- Perabot
Pastikan laluan ke tandas tiada sebarang halangan bagi anak anda (pagar
dapur, almari, kerusi, meja, pasu) supaya memudahkan dia untuk ke tandas
dengan segera sebaik sahaja dia mempunyai rasa untuk membuang air.
- Perhiasan
Kurangkan karpet, kusyen, dan sebarang perhiasan atau perabot yang mudah
basah pada ketika ini. Hal ini bagi memudahkan anda untuk membersihkan
kawasan rumah anda jika anak anda tercicir membuang air.

4. Sediakan peralatan yang diperlukan.


Jika anda melatih anak anda untu membuang di tandas sediakan bahan-bahan
yang diperlukan bagi memastikan anak anda dapat membuang air dan mem-
bersihkan diri secara berdikari. Contohnya:
- Potty bowl : jika anda melatihnya untuk membuang didalam potty bowl
- Potty seat : jika anda melatihnya untuk membuang di dalam mangkuk tandas
yang sedia ada dirumah anda

55
- Baldi dan gayung yang kecil : memudahkan anak anda untuk membersihkan
dirinya dan tandas selepas mambuang air.
- Peralatan untuk membersihkan rumah jika anak anda tercicir seperti
menyediakan satu baldi berisi air sabun, kain buruk dan mop di satu sudut
rumah.
5. Keselamatan hendaklah diutamakan.
Dalam melatih anak untuk ke tandas secara berdikari, keselamatan anak anda
haruslah diutamakan. Jangan sesekali biarkan anak anda ke tandas seorang diri
tanpa pengawasan anda bagi mengelakkan sebarang kecelakaaan.
Pemantauan yang berterusan haruslah diberikan ketika anak berada ditandas.
Jika anak anda sudah pandai menguruskan dirinya sendiri didalam tandas,
tunggu dia di pintu bilik air sambil memerhatikannya sehingga dia betul-betul
mahir dan faham erti bahaya.
6. Sentiasa kekal positif.
Ibu bapa haruslah kekal positif dan sentiasa berpegang bahawa melatih anak ke
tandas secara berdikari bukanlah satu proses yang boleh mendapat hasil dalam
masa 2 hari. Ianya satu proses yang mencabar dan memenatkan serta boleh
memakan masa sehingga sebulan, dua bulan, atau lebih. Walaubagaimanapun,
ibu bapa seharusnya tidak menyerah kalah dan terus berusaha sehingga anak
mampu berdikari untuk ke tandas.
7.3. KEMAHIRAN MEMAKAI DAN MENANGGALKAN PAKAIAN
Kanak-kanak biasanya belajar menanggalkan pakaian dengan sendiri sebelum belajar
memakai pakaian. Ini adalah kerana menanggalkan pakaian merupakan kemahiran yang
lebih mudah.
a) Latihan harus dijalankan apabila anda tidak mengejar masa. Jika masa tidak
cukup, anda mungkin pada akhirnya melakukan sebahagian besar kerja bagi
kanak-kanak itu atau terasa marah dan kecewa kerana mereka terlalu lambat.
Ingat supaya bersabar dan bantulah kanak-kanak untuk membantu dirinya.
b) Cuba jadikan pengalaman berpakaian sesuatu yang selesa dan menyeronokan.
c) Pastikan pakaian kanak-kanak sesuai dan tidak ketat. Pakaian longgar lebih
mudah di uruskan oleh kanak-kanak.
d) Bantulah kanak-kanak mengenal pasti bahagian belakang pakaian dengan
menjahit satu label bewarna atau tampalan.
e) Simpan helaian pakaian yang sama di tempat yang sama supaya kanak kanak
belajar di mana pakaiannya di simpan.
7.4. KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI (MENCUCI MUKA, MENCUCI TANGAN,
MEMBERUS GIGI DAN MANDI)
Seseorang kanak-kanak akan belajar dan ingat supaya mencuci muka, tangan dan
memberus gigi serta mandi dengan paling berkesan jika ini menjadi sebahagian daripada
rutin hariannya. Contohnya, perkara-perkara ini dilakukan pada setiap pagi dan sekali lagi
sebelum tidur pada waktu malam. Terdapat juga masa-masa lain pada siang hari untuk
kanak-kanak ingat untuk mencuci tangan. Contohnya selepas ke tandas dan sebelum
makan.
a) Jika kanak-kanak itu mencuci tangan di bawah paip di sebuah besin, pastikan ia
dapat mencapai paip itu.
b) Jangan menutup paip itu telalu ketat kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat
membukanya.

56
7.5. KEMAHIRAN MEMBANTU KERJA RUMAH
Kanak-kanak masih tidak memahami perbezaan antara bermain dan tugasan. Kerja-kerja
rumah seperti menyapu sampah, membasuh pinggan, melipat pakaian dan sebagainya
mungkin merupakan sesuatu yang membebankan bagi orang dewasa tetapi ianya dilihat
sebagai aktiviti yang menyeronokkan dimata kanak-kanak.
Kanak-kanak akan mula menunjukkan minat dalam membantu kerja rumah bermula umur
1 tahun sehingga 1 tahun setengah. Anak anda akan “melipat semula” pakaian yang telah
dilipat, “menyusun semula” pinggan mangkuk di rak, mengubah susun atur perabot
rumah, berebut penyapu, membawa kerusi ke dapur untuk “membantu anda” memasak
serta pelbagai lagi. Anda mungkin berasa rimas serta leceh dengan sikap anak anda
tersebut dan berpendapat ianya menyusahkan dan melambatkan proses kerja rumah
anda.
Sebagai ibu bapa, anda seharusnya berbangga jika anak anda menunjukkan minatnya
dalam melakukan kerja rumah bersama anda. Melalui penglibatan dalam aktiviti kerja
rumah, anak anda akan dapat menguasai:
- Kemahiran motor kasar
- Kemahiran motor halus
- Tumpuan
- Kebolehan mendengar dan mengikut arahan
- Mengambil giliran
- Bekerjasama
- Menggalakkan rasa tanggungjawab

Kemahiran-kemahiran ini amat penting dalam persediaan kanak-kanak ke sekolah. Anak


anda akan mendapat manfaat melalui aktiviti kerja rumah yang dilakukan bersama anda
jika dijalankan secara berstruktur dan bermatlamat.

57
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak anda termasuklah:

1. Menyiram pokok
Aktiviti:
Menyiram lima pasu pokok dengan menggunakan
gayung dan baldi/ getah paip 3 kali seminggu
selama 15 minit setiap sesi.

Faedah:
Motor kasar dan motor halus :
Ketika anak anda mengangkat baldi serta gayung yang berat ianya merupakan
rangsangan secara langsung terhadap deria sendi tubuh anak anda yang
menyediakan mereka untuk mengangkat beg yang berat ke sekolah serta
membantu dalam anak menulis.

Koordinasi mata dan tangan serta tumpuan:


Ketika anak anda menuang air ke dalam pasu, anak anda perlu mempunyai
tumpuan, sasaran, serta koordinasi tangan dan mata yang bagus bagi
memastikan air masuk ke dalam pasu. Ianya membantu anak anda dalam
persediaan kemahiran menyalin dari papan hitam atau buku ketika belajar di
sekolah.

2. Memotong Sayur
Aktiviti:
Memotong sayur bayam dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan dan mengasingkan daun
dan batang ke dalam bekas yang berbeza sebanyak
10 batang.
Faedah:
Motor halus dan koordinasi kedua belah tangan:
Ketika kanak-kanak mematahkan batang dan daun
bayam ia menggalakkan mereka melakukan aktiviti
menggunakan kedua-dua belah tangan serta
memahirkan penggunaan jari.
Kemahiran ini sangat penting dalam membantu
anak anda dalam mendapatkan genggaman pensil
yang matang serta aktiviti penulisan.
Kebolehan memahami serta mengikuti arahan dan kebolehan mengenalpasti
dan mengasingkan objek :
Dengan memberi arahan dan demonstrasi mengasingkan daun dan batang anak
anda belajar untuk memahami dan mengingati arahan (working memory) yang
diberi serta mengikutinya. Anak juga akan belajar untuk membezakan bentuk
ketika mengasingkan daun dan batang. Ini amat penting dalam memastikan
anak mampu memahami dan mengikuti arahan yang diberi oleh guru serta
meningkatkan kemahiran akademik semasa disekolah.

58
3. Melipat baju
Aktiviti:
Melipat 5 helai baju sendiri dan menyimpan ke
dalam almari.
Faedah:
Tingkatkan daya tumpuan dan rasa tanggungjawab:
Apabila anak menyelesaikan aktiviti melipat dan
menyimpan pakaian sendiri secara tidak langsung dia akan belajar untuk berasa
tanggungjawab ke atas barangnya sendiri serta menyelesaikan tugas yang diberi
sepenuhnya. Kemahiran ini amat penting ketika disekolah dimana anak akan
belajar untuk bertanggungjawab menjaga peralatan sekolahnya dan
menyelesaikan tugas sekolah yang diberi.

Kebolehan mengikut urutan betul dalam aktiviti:


Melipat baju memerlukan anak untuk memahirkan diri menjalankan aktiviti
mengikut urutan yang betul. Kemahiran ini dapat membantu anak anda semasa
dia membuat persediaan melakukan aktiviti disekolah (seperti menyusun buku
mengikut jadual)

4. Membasuh bilik air


Aktiviti:
Mengosok lantai menggunakan berus dan membilas
lantai menggunakan gayung/getah paip.
Faedah:
Motor kasar dan motor halus:
Anak akan belajar untuk mengawal pergerakan badan serta mengawal tenaga
dan kekuatan yang digunakan semasa menyental lantai. Ini penting dalam
aktiviti menulis dan memadam dimana anak harus peka dengan kekuatan yang
digunakan bagi mengelak buku koyak.

Membezakan konsep bersih dan kotor serta peka dengan keadaan persekitaran:
Anak anda akan belajar untuk peka dengan keadaan persekitaran samada
bersih atau kotor apabila dia membantu anda mencuci lantai. Kebolehan ini akan
membantunya untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling dan menjaga
kebersihan dirinya sendiri semasa disekolah.

5. Membeli belah
Aktiviti: Membeli barang dapur bersama anak.
Ibu bapa digalakkan melibatkan anak ketika
membuat pilihan semasa membeli barang
keperluan. Anda boleh meminta anak anda untuk:
a. Memilih kentang dan memasukkannya ke
dalam plastik
b. Membantu anda mengambil barang yang diperlukan seperti :
i. “abang, tolong ambilkan 1 kotak susu strawberi yang berwarna
merah jambu tu”
ii. “kakak, tolong ibu ambil 1 botol kicap Jalen botol besar yang
berwarna merah”

59
e. Menolak troli/ membawa bakul sepanjang membeli-belah
f. Beratur di kaunter timbang atau kaunter bayaran
g. Mengambil barang-barang dari dalam troli ke atas kaunter
h. Menghulurkan duit kepada juruwang dan menerima baki duit.

Faedah:
Daya pemerhatian dan kepekaan terhadap perbezaan yang tidak begitu ketara:
Apabila anak anda belajar untuk mengambil dan memilih barang secara tidak
langsung ini meningkatkan daya pemerhatian serta kepekaannya. Kedua-dua ini
amat penting dalam mengalakkan kemahiran membaca, meningkatkan
kefahaman maksud perkataan

Kebolehan penggunaan wang:


Membeli barang dapur merupakan satu proses langkah demi langkah. Dari sini,
anak anda akan memahami apakah wang, nilai wang, serta penggunaannya.
Pendedahan proses ini dari seawal usia mendedahkan anak anda dengan
pengurusan kewangan asas bagi memudahkannya berurus niaga di kantin
sekolah.

KESIMPULAN
Penglibatan anak-anak didalam aktiviti harian rumah amat penting dalam pembinaan
asas kepada kemahiran-kemahiran akademik, pengurusan diri, serta pengurusan tingkah
laku. Dengan mendedahkan anak-anak kepada aktiviti harian di rumah, ianya dapat
meningkatkan kebolehan anak anda memainkan peranan yang berbeza mengikut situasi
serta pembinaan sahsiah diri.

60
8. PENGGUNAAN ALAT MEDIA YANG SELAMAT 0-6 TAHUN
Tujuan:
Untuk memaksimakan kebaikan dan meminimakan risiko penggunaan media digital
kepada kanak-kanak yang berumur 0-6 tahun.

0-2 tahun
Kanak-kanak berumur 0-2 tahun memerlukan interaksi sosial dan penerokaan alam
nyata bersama-sama ibu bapa/ penjaga untuk perkembangan kemahiran kognitif,
bahasa, motor dan sosio-emosi. Kemahiran dan perkembangan ini tidak boleh
dibentuk dengan penggunaan alat media memandangkan kanak-kanak bawah 2
tahun tidak mempunyai keupayaan untuk menilai maklumat yang diterima melalui
media.

Cadangan/ Tips:
Kanak-kanak berumur kurang dari 18 bulan tidak digalakkan menggunakan media
berskrin seperti televisyen, ipad dan telefon pintar kerana media ini tidak
membolehkan anak berinteraksi.
Kanak- kanak berumur kurang dari 18 bulan boleh berinteraksi melalui perbualan
video (video-chatting). Perbualan video adalah interaksi anak dengan imej dalam
video/ pemanggil.
Bagi kanak-kanak berumur 18-24 bulan, ibu bapa boleh memilih program/ apps
yang berkualiti dan menggunakan program tersebut sebagai aktiviti bersama.
Contoh rancangan yang menyamai kehidupan seharian seperti kartun Upin dan
Ipin. Rancangan kartun yang berbentuk imaginasi tidak digalakkan.
Jangan biarkan anak menggunakan media secara bersendirian. Penggunaan
media mesti bersama ibu bapa untuk mentaksirkan apa yang dilihat. Contoh
menerangkan kisah dan tauladan yang didapati dari paparan yang dilihat,
memberitahu perkara yang baik dan yang tidak baik.
Pilih program yang:
Direka untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak.
Membantu memperbaiki skil kognitif, literasi dan sosial kanak-kanak.

3-6 tahun
Cadangan/ Tips:

1. Tempoh penggunaan smart media


Hadkan penggunaan media kepada 1 jam atau kurang dari 1 jam sehari.
Wujudkan ruang dan waktu dimana semua ahli keluarga tidak menggunakan
media. Seperti waktu makan, waktu bermain bersama keluarga.
2. Kandungan
Pantau kandungan media yang dilihat oleh anak.
Gunakan program/ apps yang berkualiti.
Elakkan program yang terlalu laju (fast-paced programs), program/ apps
yang mempunyai kandungan yang ganas atau mengganggu (distracting).

61
3. (Kawalselia oleh ibu bapa)

Tiada keperluan untuk memperkenalkan teknologi terlalu awal kepada anak-anak.


Mereka akan tahu menggunakannya nanti.
Tiada penggunaan skrin semasa waktu makan dan 1 jam sebelum tidur. Contoh
elakkan menonton televisyen, ipad, telefon pintar sebelum tidur. Elakkan menonton
gadget tersebut dalam bilik tidur/tempat tidur.
Pastikan tiada penggunaan media di bilik tidur, semasa makan dan semasa ibu bapa
dan anak berinteraksi. Contoh masa berkomunikasi dengan anak tutup televisyen,
pandang muka anak.
Gunakan media bersama-sama dengan anak untuk menggalakkan pembelajaran,
berinteraksi dan menetapkan had penggunaan.

Bantu kanak-kanak fahami apa yang mereka lihat, dan terapkan apa yang mereka
pelajari kepada keadaan di sekeliling mereka. Terangkan perkara-perkara baik dan
tidak baik yang di lihat, seperti ada episod membantu orang dalam kesusahan.
Matikan televisyen dan alat-alat media jika tidak digunakan.
Elakkan penggunaan media sebagai cara untuk tenangkan anak. Anak akan sukar
untuk belajar mengawal emosi. Jangan terus berikan telefon pintar apabila anak
mengamuk atau mengikut sahaja kemahuan anak tanpa sebab yang munasabah. Ini
akan menyebabkan anak tidak belajar bersabar.
Pantau dan galakkan penggunaan media secara bertanggungjawab.
Pastikan ada interaksi antara ibu bapa dan anak.
Ibu bapa yang melihat media merupakan sesuatu yang positif dan menggunakannya
secara berhemah akan dapat mengawal penggunaan media oleh anak-anak dan
mereka juga berkeyakinan anak-anak juga dapat menggunakan media dengan baik.
Jika ibu bapa sendiri tidak mengawal penggunaan media untuk diri sendiri, mereka
juga tidak dapat mengawal anak-anaknya. Contoh ibu bapa melayari web yang tidak
bermanafaat mereka juga tidak akan melarang anak melayarinya.

4. Penggunaan media oleh ibu bapa dan adik beradik


Ibu bapa merupakan mentor. Pastikan penggunaan media digital adalah
berpatutan.
Kakak-kakak dan abang-abang memainkan peranan sebagai contoh.
Ibu bapa perlu yakin dan membentuk kepercayaan kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu sedar bahawa jika mereka meletakkan gambar / video /
maklumat mengenai anak-anak mereka secara online, perkara tersebut akan
kekal dan menjadi sejarah ‘digital’ (digital footprint) anak-anak.
Contoh
Ibu bapa dan adik-beradik yang dewasa merupakan contoh bagi anak-anak
yang masih kecil. Jika ibu bapa tidak taksub media anak-anak juga tidak
taksub media. Contoh media sentiasa ditangan ibu bapa, anak-anak juga
tidak akan melepaskan media yang mereka ada. Anak-anak akan melihat
gadget itu sebagai suatu benda yang penting dan mungkin lebih penting dari
diri.

62
9. PEMAKANAN
9.1. PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN
Salah satu faktor yang menentukan kesihatan bayi yang bakal dilahirkan seterusnya
membesar menjadi kanak-kanak yang sihat adalah dengan mendapat nutrien dan tenaga
yang mencukupi sejak janin berada pada trimester pertama kehamilan (<12 minggu) lagi.
Bekalan nutrien ini perlulah berterusan dan dalam kadar yang optimum pada trimester
kedua dan ketiga kehamilan juga. Sekiranya berlaku kekurangan nutrien untuk disalurkan
kepada bayi dalam kandungan, ini akan memberi risiko kesihatan kepada bayi yang bakal
dilahirkan.
Antara kesan kekurangan nutrien semasa hamil yang boleh memberi impak kepada
kesihatan bayi adalah kecacatan kongenital saraf tunjang (Neural Tube Defect, NTD),
kelahiran dengan berat kurang daripada 2.5kg (Low Birth Weight), kelahiran pra-matang,
perkembangan fizikal dan kognitif terjejas dan lain-lain lagi. Keadaan ini menyebabkan
bayi membesar dengan pelbagai masalah kesihatan yang akan menjejaskan kualiti
kehidupannya sehingga dewasa.
Justeru itu, terdapat peningkatan keperluan tenaga dan nutrien semasa hamil bagi
menampung perkara berikut:
1. Menampung keperluan perubahan fisiologi tubuh ibu semasa hamil.
2. Menampung keperluan bagi pembentukan dan perkembangan bayi dalam
kandungan.
3. Sebagai persediaan bagi penyusuan susu ibu selepas bayi dilahirkan.
Antara jenis nutrien yang kritikal diperlukan oleh wanita hamil adalah seperti protein, asid
folik, zat besi, kalsium, zat iodin dan zink. Justeru itu, amalan pemakanan sihat perlu
diamalkan oleh semua wanita sebaik saja merancang untuk hamil dan diteruskan
sepanjang tempoh kehamilan dan menyusu bayinya. Ini bagi memastikan bekalan nutrien
diterima oleh bayi sejak awal usia kandungan lagi bagi tujuan pembentukan dan
perkembangannya.
Berikut adalah kepentingan mendapatkan nutrien melalui amalan pemakanan sihat yang
mencukupi sejak awal usia kehamilan.

Sumber: Nutritional Gaps and Supplementation in the First 1000 Days, MDPI,2019

63
KEPENTINGAN MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN MENGIKUT PANDUAN
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020 SEMASA HAMIL
Pengambilan kesemua kumpulan makanan berdasarkan Panduan Piramid Makanan
Malaysia 2020 akan membekalkan semua nutrien yang diperlukan semasa hamil. Berikut
adalah jenis-jenis nutrien yang terkandung dalam semua kumpulan makanan dan
khasiatnya kepada wanita semasa hamil.

Kumpulan Jumlah Sajian Antara Contoh Antara khasiat kepada


Makanan Setiap Hari Jenis Makanan wanita hamil

1 Sayur-sayuran ≥ 3 Sajian Sayur kangkung, Membekalkan pelbagai


bayam, sawi, jenis vitamin dan zat
kailan, pegaga, mineral antaranya seperti
lobak merah, labu, folat, vitamin A
tomato, brokoli (beta-karotene), vitamin C,
dan lain-lain. vitamin E, zink, potassium,
magnesium dan
antioksidan yang
membantu memenuhi
2 Buah-buahan 2 sajian Betik, jambu batu, keperluan nutrien yang
pisang, oren, diperlukan janin
manga, pir, epal, terutamanya dalam
oren dan lain-lain. pembentukan otak, sistem
saraf dan jantung.
Serat diet yang
terkandung membantu
sistem penghadaman ibu
berfungsi lebih baik dan
mengelakkan sembelit.

3 Nasi, bijirin 3 - 5 sajian Nasi, oat, barli, Merupakan sumber utama


lain, produk gandum, roti, membekalkan tenaga
makanan bihun, mee, ubi semasa hamil kepada ibu
berasaskan kentang, ubi kayu, dan janin. Pengambilan
bijirin penuh keledek dan sumber ini yang tidak
dan ubi-ubian. lain-lain. mencukupi, ibu akan
mudah lesu, cepat letih
dan penat.
4 Kumpulan Ikan = 1 sajian Ikan kembung, Merupakan sumber
ikan, ayam, Ayam/telur/ ikan selar, ikan protein utama serta turut
telur, daging daging = 1 - 2 aya, dan lain-lain membekalkan vitamin dan
dan legum. sajian jenis ikan, ayam, mineral zat besi yang
daging, telur, membantu menghasilkan
Legum = 1
kacang hijau, sel darah merah baru,
sajian
kacang kuda, iodin, selenium, zink dan
kacang merah dan Vitamin B12 yang
lain-lain. membantu pembentukan
dan perkembangan organ
dan tisu janin.

64
Kumpulan Jumlah Sajian Antara Contoh Antara khasiat kepada
Makanan Setiap Hari Jenis Makanan wanita hamil

5 Susu dan 2 sajian Susu, yogurt, dan Sumber kalsium utama ibu
produk keju. untuk memperkuatkan
tenusu. tulang dan menampung
keperluan kalsium tubuh
bagi persediaan
penyusuan susu ibu.
Pembentukan tulang janin,
gigi, fungsi otot dan saraf.
Membina penyimpanan
kalsium ibu sebagai
persediaan untuk
menyusukan bayi.

SARANAN PENINGKATAN BERAT BADAN SEPANJANG KEHAMILAN


Semua wanita hamil perlu mengalami peningkatan berat badan yang optimum untuk
menampung keperluan tenaga dan nutrien bagi perubahan fisiologi tubuh ibu,
perkembangan dan kesihatan janin serta persediaan untuk penyusuan susu ibu selepas
bersalin.
Oleh itu, pemantauan peningkatan berat badan semasa hamil atau dikenali sebagai
Gestational Weight Gain (GWG) secara berkala menngunakan rujukan Weight Gain
During Pregnancy Re-Examining the Guidelines, Institute of Medicine (IOM), 2009 amat
penting terutama bagi wanita Kurang Berat Badan (KBB) dan Obes untuk mengurangkan
risiko sedia ada dan memastikan peningkatan berat badan mereka adalah dalam julat
yang disarankan. Saranan peningkatan berat badan semasa hamil adalah berbeza
berdasarkan kategori BMI pra-kehamilan sama ada kategori KBB, Normal, Berlebihan
Berat Badan atau Obes. Jadual di bawah menunjukkan saranan peningkatan berat badan
semasa hamil.
Peningkatan berat badan yang kurang daripada julat yang disarankan atau inadequate
GWG (iGWG) bagi semua kategori BMI pra-kehamilan akan meningkatkan risiko
kelahiran pra-matang, bayi kurang berat lahir dan fetal distress. Setiap satu risiko ini akan
meningkatkan risiko kepada pelbagai komplikasi kelahiran yang lain seperti kematian,
perkembangan fizikal dan kognitif yang terjejas dan risiko mempunyai masalah kesihatan
kronik seperti diabetes dan kardiovaskular apabila dewasa.
Peningkatan berat badan semasa hamil melebihi julat yang disarankan atau excessive
GWG (eGWG) bagi semua kategori BMI pra-kehamilan akan meningkatkan risiko
gestational diabetes (GDM), pengekalan berat badan selepas hamil iaitu postpartum
weight retention (ppwr) yang seterusnya meningkatkan risiko obesiti pada ibu. Manakala
bayi yang dikandung akan berisiko mendapat neonatal hypoglycaemia, berat lahir atau
macrosomia yang setiap satunya akan meningkatkan risiko kepada pelbagai
komplikasi kelahiran yang lain.

65
Jadual 2: Saranan Peningkatan Berat Badan Semasa Hamil (GWG)

Jumlah GWG Purata & Julat Kadar


Kategori BMI sepanjang trimester GWG disarankan Jumlah GWG
Pra-kehamilan pertama bagi trimester kedua sepanjang
(kg/m²) e (1-12 minggu dan ketiga (13-40 kehamilan
kehamilan) minggu kehamilan)

Kurang Berat
Badan 0.5 kg @ 0.44-0.58 kg/ 12.5 -18.0 kg
minggu
(<18.5)

Normal 0.4 kg @ 0.35-0.50 kg/ 11.5-16.0 kg


(18.5 – 24.9) minggu
0.5-2.0 kg
Berlebihan
0.3 kg @ 0.23-0.33 kg/ 7.0-11.5 kg
Berat Badan
minggu
(25.0 – 29.9)

Obes 0.2 kg @ 0.17-0.27 kg/ 5.0-9.0 kg


(≥30.0) minggu

Sumber : IOM, 2009

PANDUAN PEMAKANAN BAGI PERSEDIAAN KEHAMILAN, SEMASA


HAMIL, SEWAKTU BERPANTANG DAN MENYUSUKAN BAYI

Untuk memastikan ibu dan kandungan berada dalam kesihatan yang optimum, penjagaan
pemakanan hendaklah bermula seawal merancang untuk hamil, semasa hamil, sewaktu
berpantang dan menyusukan bayi.

1. Usaha mendapatkan berat badan dalam kategori BMI


Normal sebelum hamil.
2. Makan pelbagai merangkumi 5 jenis kumpulan makanan
setiap hari berdasarkan Piramind Makanan Malaysia 2020.
3. Gunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia
#SukuSukuSeparuh bagi waktu makan utama (sarapan,
makan tengahari dan makan malam).
4. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan
garam.
5. Ambil asid folik seawal 3 bulan sebelum hamil.
6. Lakukan pemeriksaan darah 3 bulan sebelum hamil bagi
Persediaan mengetahui status hemoglobin (Hb). Sekiranya status Hb
Kehamilan rendah (<12 Hb gm%), ambil suplemen zat besi mengikut
nasihat doktor.
7. Ketahui risiko kehamilan sekiranya status berat badan tidak
berada dalam julat normal (BMI 18.5-24.9 kg/m2).
8. Amalkan gaya hidup sihat seperti aktif secara fizikal, tidak
merokok dan bijak menangani stres.

66
1. Ketahui saranan peningkatan berat badan sepanjang
kehamilan berdasarkan kategori BMI sebelum hamil.
2. Makan pelbagai merangkumi 5 jenis kumpulan makanan
setiap hari berdasarkan Piramind Makanan Malaysia 2020.
3. Gunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia
#SukuSukuSeparuh bagi waktu makan utama (sarapan,
makan tengahari dan makan malam).
4. Minum air mencukupi 6-8 gelas setiap hari.
5. Hadkan pengambilan makanan terproses, tinggi lemak, gula
dan garam dan minuman berkafein.

Semasa 6. Ambil suplemen zat besi dan asid folik seperti yang
disarankan oleh pegawai perubatan.
Hamil
7. Semasa hamil, keperluan kalori ibu adalah bertambah, oleh
itu ambil snek berkhasiat dalam sajian yang kecil di antara
waktu makan utama.
8. Sekiranya mempunyai masalah peningkatan berat badan di
luar julat disarankan, sila dapatkan nasihat selanjutnya
daripada anggota kesihatan.

1. Makan berdasarkan keperluan kalori harian menggunakan


konsep Pinggan Sihat #SukuSukuSeparuh bagi waktu
makan utama (sarapan, makan tengahari dan makan
malam).
2. Tambahkan snek berkhasiat dalam sajian yang kecil di
antara waktu makan utama setiap hari jika ibu menyusukan
bayi dengan susu ibu secara eksklusif.
3. Minum air mencukupi 6-8 gelas setiap hari.
4. Hadkan pengambilan makanan terproses, tinggi lemak, gula
dan garam dan minuman berkafein.
Berpantang & 5. Teruskan pengambilan pil zat besi 6-12 minggu selepas
Menyusukan bersalin atas nasihat pegawai perubatan sekiranya ibu
mengalami anemia semasa hamil.
Bayi
6. Dapatkan nasihat selanjutnya di klinik kesihatan 6 bulan
selepas bersalin sekiranya berat badan tidak kembali
kepada berat sebelum hamil.

67
9.2. PEMAKANAN SEMASA HAMIL BAGI MELAHIRKAN BAYI YANG SIHAT

68
69
10. KESELAMATAN DAN KECEDERAAN DALAM KALANGAN
KANAK-KANAK
Pengenalan
Di Malaysia, dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun, kecederaan
merupakan punca utama kematian yang boleh dicegah. Kajian menunjukkan, bagi setiap
kanak-kanak yang mati akibat kecederaan, terdapat lebih kurang 40 orang yang dirawat
di wad dan 1,000 lagi yang dirawat di bilik kecemasan.
Kanak-kanak sangat terdedah kepada risiko kecederaan kerana saiz mereka yang kecil,
proses perkembangan dan pertumbuhan, kurang pengalaman dan sifat semulajadi yang
ingin tahu.
PENYEBAB UTAMA KECEDERAAN
Sebab utama yang menyumbang kepada kecederaan di kalangan kanak-kanak adalah
lemas, terjatuh, melecur dan terbakar, keracunan, kejutan elektrik dan kemalangan
jalanraya.
Penerangan terperinci mengenai keselamatan di rumah dibahagikan mengikut
perkembangan peringkat umur. Bayi dan kanak-kanak diberi janji temu mengikut umur
dan nasihat mencegah kecederaan boleh diberikan mengikut umur yang bersesuaian.

LEMAS

Kanak-kanak amat terdedah kepada kejadian lemas kerana mereka tidak memahami
tentang bahaya air. Kanak-kanak boleh lemas bukan sahaja di dalam kolam renang
atau sungai, tetapi juga dalam baldi dirumah. Kanak-kanak boleh lemas walaupun di
dalam air setinggi 5 sentimeter. Lemas boleh berakhir dengan kerosakan otak dan
kematian.

JATUH

Jatuh merupakan penyebab kecederaan yang utama di kalangan kanak-kanak.


Walaupun kebiasaanya, ia tidak menyebabkan kematian, jatuh boleh mengakibatkan
kepatahan dan impaknya adalah serius jika kanak-kanak terjatuh dari tempat yang
tinggi.

MELECUR DAN TERBAKAR

Kanak-kanak kecil bersifat ingin tahu dan suka meniru perbuatan orang dewasa bagi
mempelajari sesuatu yang baru. Mereka akan cuba mencapai dan melihat apa yang
ada di dalam cawan, menarik wayar cerek atau menyentuh permukaan yang panas.
Antara punca yang menyebabkan kelecuran di kalangan kanak-kanak adalah
minuman panas. Kulit kanak-kanak adalah nipis dan sensitif. Ini menyebabkan
kecederaan lebih mudah berlaku dan lebih teruk berbanding orang dewasa.
Bahan-bahan yang boleh menyebabkan kelecuran dan terbakar adalah seperti:
• Mercun / bunga api • Aliran elektrik
• Cecair panas • Bahan kimia
• Bahan panas - seperti ekzos kenderaan • Api - seperti mancis, pemetik api, dapur

70
KERACUNAN

Kanak-kanak suka meneroka dan salah satu proses perkembangan adalah


mengambil sesuatu dan memasukkan ke dalam mulut. Bahan-bahan yang biasa
terdapat di rumah yang sering dikaitkan dengan punca keracunan adalah seperti:
• Ubat-ubatan yang mudah diperolehi • Alkohol
contohnya - Panadol • Petrol dan minyak tanah
• Sabun / Bahan pencuci baju • Racun serangga/tumbuhan
• Rokok • Bahan kosmetik - contohnya pewarna
• Ubat gegat kuku dan cecair di dalam botol

TERCEKIK

Makanan yang keras dan berbentuk bulat seperti kacang, tulang dan biji rambutan
kecil merupakan penyebab utama tercekik di kalangan kanak-kanak. Bayi juga turut
berisiko terutamanya apabila mereka sampai pada tahap di mana mereka gemar
memasukkan apa sahaja yang dijumpai ke dalam mulut. Tambahan pula, bayi dan
kanak-kanak mempunyai salur pernafasan yang kecil. Duit syiling, butang, manik,
bateri serta alat permainan kecil juga boleh menyebabkan kejadian tercekik.

KEJUTAN ELEKTRIK

Sifat semulajadi kanak-kanak yang ingin tahu dan suka mencuba boleh menyumbang
kepada bahaya terkena renjatan elektrik.

KEMALANGAN JALANRAYA

Kemalangan jalanraya merupakan penyebab utama kematian yang disebabkan oleh


kecederaan dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun.

Mereka lebih terdedah kepada bahaya di jalanraya kerana;


Kanak-kanak bawah 8 tahun mempunyai jarak penglihatan yang terhad iaitu
sebanyak satu pertiga daripada jarak penglihatan orang dewasa.
Dari sudut pendengaran, mereka tidak dapat menentukan punca/arah bunyi dengan
tepat.
Mereka tidak dapat memastikan kelajuan kenderaan dengan tepat.

Keselamatan di dalam Kenderaan


Jangan tinggalkan anak di dalam kenderaan secara bersendirian tanpa
pengawasan.
Pastikan pintu dan tingkap berkunci (child lock) semasa kenderaan bergerak.
Pastikan persekitaran dan laluan kereta adalah selamat.
Pastikan di mana kanak-kanak berada sebelum mengundurkan kereta.

71
RISIKO DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MENGIKUT UMUR DAN PERKEMBANGAN
UMUR PERKEMBANGAN RISIKO LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

0 – 6 bulan Aktif menggerakkan anggota Bayi mungkin terjatuh dari Tidak meninggalkan bayi di atas tempat yang tinggi tanpa
tangan dan kaki tempat tinggi contohnya katil pengawasan.
ataupun sofa Memastikan tiada objek kecil bertaburan di atas lantai atau dalam
Melakukan gerakan tendangan
Tercekik benda-benda kecil capaian bayi.
Mula memusingkan badan
Melecur Memastikan peralatan atau permainan kanak-kanak selamat dan
untuk meniarap
bersesuaian dengan umur bayi dengan membaca label amaran
Mengangkat kepala Lemas disebabkan terhimpit semasa membeli permainan.
oleh ibubapa/adik beradik Tidak memegang objek, minuman panas atau memasak semasa
Menggenggam objek yang
semasa tidur mendukung bayi.
diletakkan di tapak tangan
dan memasukkannya ke Tercampak keluar dari Memastikan air mandian bayi pada suhu yang sesuai (tidak terlalu
dalam mulut kenderaan semasa panas).
kemalangan jalanraya
Tidak tidur di katil yang sama dengan ibubapa atau adik-beradik.
Shaken baby syndrome Tempat yang paling selamat bagi bayi tidur ialah di dalam katil bayi

72
akibat daripada digoncang, (baby cot).
dilambung dan penggunaan
Elakkan penggunaan buaian. Buaian tidak selamat kerana bayi boleh
buaian
terjatuh dari buai.
Sudden Infant Deaths Gunakan firm mattress (tilam yang padat). Elak menggunakan
Syndrome (SIDS) - kematian comforters / soft beddings sebagai alas untuk bayi. Elakkan
mengejut semasa usia bayi menggunakan selimut, jika perlu, mesti menggunakan selimut yang
Risiko digigit binatang - nipis dan dikemas rapi di bucu katil dan tidak melebihi paras dada
contohnya serangga berbahaya, bayi.
binatang peliharaan seperti Posisi tidur yang paling selamat untuk bayi ialah berbaring terlentang
anjing dan kucing, dan binatang untuk mengelakkan SIDS.
liar. Menggunakan ‘carseat’ dan memakai tali kaledar keselamatan
dengan sempurna semasa menaiki kenderaan. Carseat diletakkan di
tempat duduk belakang kerana risiko kecederaan airbag jika
diletakkan di tempat duduk hadapan.
Tidak digalakkan membawa bayi menaiki motosikal.
Jangan menggoncang atau melambung bayi anda kerana ia boleh
menyebabkan kecederaan di otak.
Memastikan binatang peliharaan disimpan di dalam sangkar berkunci
dan pengawasan berterusan semasa bersama ahli keluarga.
UMUR PERKEMBANGAN RISIKO LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

6 - 12 bulan Mula duduk Terjatuh Elakkan penggunaan ‘baby walker’.


Merangkak Terhantuk Memastikan ruang permainan yang lapang dan selamat - tidak
Tercekik mempunyai bucu-bucu perabot yang tajam.
Berdiri tegak dengan
sokongan dan mula berjalan Lemas Memasang pengadang atau pagar keselamatan di tangga (atas dan
Keracunan bawah) dan di dapur.
Cuba memanjat
Menyimpan ubat-ubatan, bahan-bahan berbahaya beracun dan
Boleh bergerak dengan lebih mudah terbakar di tempat yang selamat.
bebas
Mengosongkan bekas mandian selepas mandi dan memastikan
Membuka almari dan pintu bilik air sentiasa ditutup / berkunci.
mencapai objek Permaidani dan tikar yang tidak melekap di lantai adalah merbahaya
kerana kanak-kanak yang baru belajar berjalan boleh tergelincir dan
terjatuh. Letakkan alas getah di bawah permaidani.
Memastikan perabot di rumah (seperti TV dan almari) berada dalam

73
keadaan stabil untuk mengelakkannya daripada terjatuh dan
menghempap kanak-kanak.
Memastikan wayar peralatan elektrik diikat dengan pita pelekat atau
getah dan gunakan alat untuk memendekkan wayar bagi
mengelakkan kejutan elektrik dan gunakan alat pelindung soket.
Alas meja yang berjuntai boleh ditarik dengan mudah dan apa-apa
barang di atas meja boleh jatuh menimpa bayi. Gunakan penyepit
atau klip untuk memastikan alas meja tidak bergerak.
Jangan biarkan bayi bermain dengan beg plastik kerana boleh
terserkup kepala dan lemas.
UMUR PERKEMBANGAN RISIKO LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1 - 2 tahun Berdiri dan berjalan Terjatuh Jangan biarkan anak bersendirian tanpa pengawasan terutamanya
Lemas semasa mandi, bermain dan makan.
Berjalan dengan sokongan
Keracunan Memastikan tiada peralatan yang mudah dipanjat diletakkan di tepi
Berlari-lari dan melompat
tingkap atau balkoni.
Memanjat perabot dan tangga Melecur
Sentiasa memastikan pintu pagar rumah ditutup dan dikunci.
Tercekik
Berjalan ke belakang
Kecederaan daripada peralatan Jauhkan minuman panas, cerek dan kuali dari capaian kanak-kanak.
Memutar tombol, membuka
tajam Memastikan alatan permainan adalah selamat dan bersesuaian
skru dan penutup tin
dengan umur. Contohnya dengan membaca label amaran pada
Suka meniru perbuatan permainan.
orang lain
Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini
Suka bermain air
termasuk baldi, kolam mandi dan lain-lain. Anak mungkin lemas
Mampu makan dengan sendiri walaupun air sedalam beberapa sentimeter sahaja.

74
Simpan peralatan tajam, ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh
diambil oleh anak contohnya bekas khas / berkunci.
Jangan gunakan bekas minuman untuk menyimpan racun ataupun
ubat (simpan di tempat tinggi dan berkunci).

2 - 4 tahun Berani meneroka Terjatuh Sentiasa mengawasi anak-anak semasa bermain dan mandi.
Aktif berlari, memanjat dan Lemas Sentiasa memegang tangan anak ketika berada di kawasan jalanraya.
melompat Kemalangan jalanraya Memakai alat perlindungan semasa menaiki basikal atau motosikal -
Luka Helmet perlu menetapi standard piawaian yang ditetapkan, mengikut
saiz kanak-kanak, mempunyai label SIRIM (kedai motosikal).
Mengajar anak cara menunggang basikal yang betul / selamat dan
mengawasi anak sepanjang masa
UMUR PERKEMBANGAN RISIKO LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

4 - 6 tahun Bertenaga dan cergas Terjatuh Sentiasa mengawasi mereka dan tidak tinggalkan bermain sendirian.
Berani dan selalu ingin Lemas Menyediakan alat permainan yang rendah dengan permukaan
mencuba Kemalangan jalanraya hentakan yang lembut.
Mula bercerita Ajar anak berenang. Mula memberi pelajaran tentang bahaya air dan
Melakonkan sesuatu dan water safety.
mengamalkan apa yang Mengajar anak tentang cara asas menyelamatkan diri daripada
dipelajari ancaman api - Stop, Drop and Roll, merangkak di lantai untuk
Mudah beralih tumpuan melepaskan diri dari kebakaran (asap lebih nipis di bahagian bawah),
(easily distracted) selubung dengan selimut / tuala basah untuk melindungi dari haba
kebakaran, setiap rumah perlu ada fire escape plan (ibubapa
berbincang dengan anak-anak apa yang perlu dilakukan semasa
berlaku kebakaran).

75
11. TANDA-TANDA BAHAYA PADA KANAK-KANAK

Pengenalan
Kanak-kanak secara kebiasaan tidak dapat memberi tahu secara terus kepada ibubapa
mengenai keadaan kesihatan mereka. Bayi dan kanak-kanak juga sering menunjukkan
simtom yang tidak spesifik jika berlaku sebarang jangkitan. Kebanyakan kes yang
melibatkan kematian atau keadaan tenat disebabkan oleh kelewatan mendapatkan
rawatan. Oleh itu, ibubapa perlu peka dan mengetahui tanda-tanda bahaya pada
kanak-kanak.
Jika berlaku SALAH SATU daripada situasi di bawah ini, maka perlu segera membawa
anak berjumpa anggota kesihatan:

TANDA-TANDA
PENJELASAN
BAHAYA
Lemah, lesu atau Sekiranya anak tidak bermain seperti
tidak sedarkan diri biasa, banyak tidur, kurang bergerak serta
kurang respon, segera dapatkan rawatan.
Ia mungkin menunjukkan tahap kesihatan/
jangkitan yang teruk.

Batuk dan sukar Jangkitan kuman di salur pernafasan/


bernafas paru-paru merupakan jangkitan yang
kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.
Simtom jangkitan ini termasuk batuk dan
kesukaran bernafas. Jika masalah ini
dibiarkan berlarutan, ianya boleh
menyebabkan kematian.
Kesukaran bernafas adalah seperti kadar
pernafasan yang laju, bernafas sehingga
nampak tulang rusuk (intercostal
recession) dan anak menjadi biru
(cynosis)

Air kencing yang Air kencing yang sedikit adalah


sedikit disebabkan oleh kurang pengambilan
cecair. Air kencing kelihatan pekat, kuning
dan berbau. Ini menunjukkan anak
mengalami kekurangan air dalam badan
yang teruk (severe dehydration).
Contohnya, lampin bayi kering selama 8
jam atau lebih, atau tidak membuang air
kecil selama 12 jam atau lebih.

76
TANDA-TANDA
PENJELASAN
BAHAYA
Mengalami demam Definisi demam ialah suhu melebihi 37.5
berterusan melebihi celcius
tiga hari
Demam berterusan yang dimaksudkan
adalah demam yang telah diberikan
rawatan tetapi masih berterusan

Cirit birit atau najis Definisi cirit birit ialah perubahan dalam
berdarah dan kekerapan membuang air besar atau
enggan minum melebihi 3 kali sehari, mempunyai
konsistensi yang cair atau tidak seperti
kebiasaan
Sekiranya bayi enggan minum dan
mengalami cirit birit, perlu segera dibawa
ke hospital kerana ianya boleh
menyebabkan severe dehydration
terutamanya bayi kecil

Mengalami sawan Sawan atau tarik ialah cetusan aktiviti elektrik mendadak
yang berlaku di dalam otak hingga menyebabkan perubahan
tingkahlaku dan aktiviti bayi/kanak-kanak tersebut. Ini dapat
dilihat jika kanak-kanak:
Diam seketika
Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
Anak mata naik ke atas
Kaki dan tangan menjadi keras / kejang atau
tersentak-sentak
Tiba-tiba jatuh ke lantai
Pergerakan aneh semasa tidur
Tindakan menahan nafas (breath holding spells)
Sawan boleh disebabkan oleh suhu badan naik secara
mendadak (febrile fit), severe dehydration, kadar gula yang
rendah, jangkitan kuman dan kecederaan kepala.

77
TANDA-TANDA
PENJELASAN
BAHAYA
Tidak boleh Ibu perlu mengenalpasti punca anak tidak
menyusu atau boleh menyusu atau minum
minum
Enggan minum air atau menolak untuk
minum air semasa jangkitan boleh
menyebabkan dehydration

Muntah berterusan Muntah berterusan boleh menyebabkan


severe dehydration dan seterusnya
membawa kepada ketidakseimbangan
elektrolit dan boleh menyebabkan sawan.
Muntah yang berterusan juga
menyukarkan bayi dan kanak-kanak untuk
minum atau menyusu dan menyebabkan
mereka menjadi lesu dan tidak bertenaga

78
12. PENDIDIKAN SEKSUALITI

Pengenalan
Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun juga tidak terlepas daripada ganguan seksual tidak
kira lelaki atau perempuan. Contoh gangguan seksual yang mungkin berlaku adalah
seperti menyentuh, memegang atau mengintai bahagian sulit tubuh badan, membuka
baju di tempat awam atau melakukan tingkahlaku yang tidak baik.
Pendidikan mengenai kesihatan seksual perlu di ajar kepada kanak-kanak semenjak kecil
mengikut tahap perkembangan mereka supaya kejadian yang tidak diingini dapat
dielakkan.
Pendidikan kesihatan seksual juga dapat membina keyakinan, harga diri dan
membolehkan mereka untuk menjaga diri supaya sihat dan selamat
Perkara yang perlu diajar adalah :
1. Membezakan bahagian badan yang sulit
2. Membezakan tempat sulit dan awam
3. Membezakan tingkahlaku sulit dan awam
4. Membezakan komunikasi sulit dan awam

1. Membezakan bahagian badan yang sulit


Mendidik kanak-kanak dalam menamakan anggota badan termasuk bahagian sulit.
Cara-cara mengajar boleh menggunakan:
badan kanak-kanak sendiri
anak patung dengan anatomi yang penuh
bahan pendidikan bentuk poster.
Gunakan istilah yang tepat (contohnya zakar, faraj). Elak menggunakan perkataan
yang mengelirukan contohnya:
pisang atau burung untuk zakar
nenen atau kopek untuk payu dara
bunga untuk faraj
Dedahkan persamaan dan perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Mengajar fungsi setiap bahagian badan termasuk anggota sulit.
Maklumat penting untuk diberitahu kepada anak;
Tidak membenarkan orang lain melihat atau menyentuh anggota sulit
Tidak melihat atau menyentuh anggota sulit orang lain
Contoh Bahan Mengajar:

Patong Anatomikal Poster Lelaki / Perempuan

79
2. Membezakan tempat sulit dan awam
2.1. Tempat Awam
Tempat terbuka atau bilik yang pintunya terbuka dimana orang boleh keluar dan
masuk
Tidak boleh mendedahkan anggota sulit
Contoh tempat awam:

Kedai Makan Ruang Tamu Dapur

Panggung Wayang Padang Permainan Sekolah

2.2. Tempat Sulit


Tempat tertutup dan boleh dikunci semasa melakukan akitiviti seperti menukar
pakaian, tidur dan mandi.
Contoh tempat sulit:

Bilik Tidur Tandas

3. Membezakan tingkahlaku sulit dan awam


3.1. Tingkahlaku Sulit
Perbuatan yang tidak patut dilihat oleh orang lain.

Mandi Tukar Baju Penggunaan Tandas

80
3.2. Tingkahlaku Awam
Perbuatan yang di jalankan bersama orang lain

Riadah Majlis Hari Jadi Makan di Restoran Karoke

4. Membezakan komunikasi sulit dan awam


4.1. Komunikasi sulit
Perkara yang perlu dirahsiakan dan hanya dikongsi bersama orang yang dipercayai
contohnya ibu.
4.2. Komunikasi awam
Perbualan yang boleh dikongsi bersama orang lain.

5. Batas-batas perhubungan
Setiap orang ada batas perhubungan dengan kanak-kanak, bergantung dengan jenis
pertalian saudara / hubungan mengikut kesesuaian sepertimana bulatan perhubungan
(circle of relationship).
5.1. Bulatan hubungan ini berdasarkan:
Warna Ungu adalah ruangan untuk kanak-kanak tersebut
Warna Biru adalah ruangan untuk ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa,
adik-beradik, datuk dan nenek. bapa tiri, emak tiri
Warna Hijau adalah ruangan untuk kenalan rapat contohnya kawan, cikgu, sepupu,
pembantu rumah
Warna Kuning adalah ruangan untuk orang yang dikenali (Kenal Muka, Kenal
Nama) contohnya jiran dekat, rakan sebaya,
Warna Oren adalah ruangan orang yang kita selalu temui (Kenal Muka, Tak Kenal
Nama) contohnya jiran tetangga, penjual ais krim/roti, pemandu bas sekolah
Warna Merah adalah ruangan untuk orang asing untuk kita (Tak Kenal Muka, Tak
Kenal Nama) contohnya orang awam dll.

5.2. Setiap warna menunjukan jenis sentuhan, perbualan dan tahap kepercayaan
yang berbeza. Selain daripada itu jenis aktiviti yang dijalankan juga berbeza
Warna ungu adalah ruangan untuk diri
Warna Biru boleh peluk dengan kebenaran
Warna Hijau merupakan pelukan sisi
Warna Kuning merupakan berjabat tangan / salam
Warna Oren membenarkan lambaian
Warna Merah tidak membenarkan apa-apa aktiviti sentuhan

81
Elakan perbualan yang lucah untuk semua bulatan
Topik perbualan bergantung kepada hubungan pertalian
Tahap kepercayaan juga bergantung kepada hubungan pertalian

5.3. Ruang Peribadi (Personal Space)


Walaupun kanak-kanak dianggap masih kecil, mereka juga mempunyai ruang peribadi
yang perlu dihormati. Apabila berinteraksi dengan mereka pastikan jarak perbualan
adalah anggaran sedepa.

6. Sentuhan
Sentuhan adalah kontak fizikal antara dua individu, contohnya memeluk, mencium,
berjabat tangan dan lain-lain.
Kanak-kanak perlu tahu membezakan jenis-jenis sentuhan yang bersesuaian.

6.1. Sentuhan OK (Baik)

Peluk bersama Berjabat tangan / Semasa mandi


ibu dan anak salam dengan kebenaran

82
6.2. Sentuhan Tak OK (Tidak Baik)

Main kasar
Gangguan Seksual (Tarik seluar)
(Tarik Rambut)

7. Emosi
7.1. Mengenalpasti emosi/raut wajah anak sekiranya anak mengalami gangguan
emosi contoh berlaku gangguan seksual

Sedih Marah Keliru Malu

7.2. Tanda-tanda amaran ganguan seksual yang ibu bapa perlu ambil tindakan
dan rujukan ke hospital berdekatan:
Perubahan kelakuan contohnya kanak-kanak menjadi pendiam, sedih, kurang
bergaul dengan kawan sebaya, agressif dan lain-lain.
Kelakuan tingkah laku seksual kanak-kanak tidak satara dengan umur
contohnya walaupun umur kanak-kanak sekarang 4 tahun tetapi perangai dia
menunjukan lebih daripada umurnya.
Bila diperiksa didapati badan kanak-kanak terdapat kesan lebam, kudis, gatal,
perdarahan, luka atau jangkitan.
Bila periksa bahagian kemaluan, boleh dapati luka atau jangkitan.
Kanak-kanak mempunyai jangkitan pundi kencing dan sakit tekak.
Kanak-kanak berasa sakit semasa berjalan, duduk atau kencing.

83
8. Langkah-langkah mengelak gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak

i. Kanak-kanak dilarang untuk menerima sebarang hadiah atau makanan contohnya


gula-gula, coklat daripada individu yang tidak di kenali.
ii. Kanak-kanak tidak dibenarkan mengikut atau menerima pelawaan mana-mana
individu tanpa kebenaran ibu bapa.
iii. Apa yang kanak-kanak perlu lakukan:

Jerit “TAK NAK” kepada sentuhan


yang tidak diingini atau disenangi

Segera lari daripada orang yang


menggangu

Beritahu orang dewasa yang boleh


dipercayai secepat mungkin

Lakukan bahasa isyarat atau memek


muka untuk memberitahu orang
dewasa sekiranya perlu

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, pastikan kanak kanak sentiasa menutupi bahagian bahu sehingga
lutut bagi kanak kanak perempuan dan daripada pusat sehingga lutut bagi kanak kanak
lekaki supaya bahagian sulit tidak terdedah kepada ancaman gangguan seksual.

Sekiranya berlaku penderaan seksual rujuk “STANDARD OPERATING PROCURE FOR


CHILD ABUSE AND NEGLECT”

84
RUJUKAN

1. Cr. Hj. Hushim Hj. Salleh, Cr. Ida Hartina Mohd Tharbi. Panduan Keibubapaan
Cemerlang: Anakku Sayang. Bukit Tinggi Business Management (2011)
2. AP COUNCIL ON COMMUNICATIONS AND MEDIA. Media and Young Minds.
Pediatrics. 2016;138(5):e20162591
3. Portal Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan
Malaysia
4. Asrin, b., Abdullah, N., Shaharuddin, N. A., Kamis, R., & Elias, R. (2008). Pengurusan
TingkahLaku Kanak-Kanak Prasekolah.
5. Einon’s D. (1998). Learning Early. Marshall Editions Developments Ltd, London.
6. Martin, G., & Pear, J. (2015). Behavior Modification: What Is It And How To DO It.
New York: Pearson Education Inc.
7. Piaget, J. (1954). "The construction of reality in the child". New York: Basic Books.
8. Pudjiati, S.R.R & Masykouri, A. (2011).Mengasah Kecerdasan di Usia 0-2 Tahun,
Jakarta: Dirjen PAUDNI.
9. Vygotsky’s (2003) Educational Theory in Cultural Context, Cambridge University
press.
10. Portal myHealth: Kemahiran Keibubapaan
11. Siri Pengendalian Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Manual 5 Kanak-kanak
Bermasalah Tingkahlaku dan Sosial. BPKK 2016
12. Einon, D. (1998). Learning Early. London: Marshall Publishing Ltd.
13. Frankenburg, W., Dodds, J., Archer, P., Bresnick, B., Maschka, P., Edelman, N., &
Shapiro, H. (1992). Training manual Denver II. Denver Developmental Materials, Inc.
14. Training Module “LIVE Life, STAY SAFE” Reproductive Health for Children and
Adolescents with Disabilities, Family Health Development Division, Departmment of
Public Health, Ministry of Health, Malaysia, 2009
15. Reporting Handbook by the Malaysian Coalition for the Prevention of Child Sexual
Abuse
16. Training Module “LIVE Life, STAY SAFE” Reproductive Health for Children and
Adolescents with Disabilities, Family Health Development Division, Departmment of
Public Health, Ministry of Health, Malaysia, 2009
17. Reporting Handbook by the Malaysian Coalition for the Prevention of Child Sexual
Abuse
18. Guidelines on physical activity, sedentary behaviour and sleep for children under 5
years of age, World Health Organization

85
ISBN 978-967-19800-7-1

-0-2398-24-0

-25709-4-3

--9-

9 789 671 98 007 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Aras 7 & 8, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

http://fh.moh.gov.my

You might also like