Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH,

SK FELDA BUKIT PUCHONG


28300 TRIANG, PAHANG DARUL MAKMUR

PERLEMBAGAAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH TAHUN 2023

1. NAMA RASMI KELAB


KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH

2. ALAMAT SEKOLAH
SK Felda Bukit Puchong,
28300 Triang,
Pahang Darul Makmur.

3. FALSAFAH KELAB

Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan
inovatif, mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang
yang diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga
sahsiah, serta menggembelingkan kreativiti diri secara global demi
memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan
kesedaran diri

4. MOTTO
‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’

5. SENARAI NAMA GURU PENASIHAT :


i. Siti Nor Azmah binti Abu Hassan
ii. Nazliza binti Zakaria
iii. Najlaa Aqilah binti Yahaya
iv. Mohd Aizan bin Ilias
v. Nik Ahmad Syafiq bin Zahari
6. MATLAMAT
Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek
pencegahan jenayah.

7. OBJEKTIF-OBJEKTIF/TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN DAN KELAB


i. Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang
Negara.
ii. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan
jenayah
iii. Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa
pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
iv. Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan
menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
v. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa,
negara dalam hal-hal pencegahan jenayah.

8. AKTIVITI

i. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau


mesyuarat ahli jawatankuasa.

ii. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
dimaklumkan kepada ahli.

9. AHLI JAWATANKUASA

i. Semua AJK akan dipilih pada Mesyuarat Agong

Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib


Bendahari dan Ahli Jawatankuasa
ii. Syarat-syarat untuk menjadi AJK

Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam


mesyuarat agong tahunan

iii. Tugas-tugas AJK

(a) Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat


yang diadakan
(b) Naib Pengerusi Memastikan semua kegiatan
dijalankan dengan baik

Membantu pengerusi dalam


menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi
(c) Setiausaha Mencatat minit mesyuarat

Menyediakan laporan
(d) Naib Setiausaha Membantu Setiausaha
menjalankan segala tugas dan
tanggungjawab yang diberi
(e) Bendahari Mengutip wang sumbangan
daripada ahli

Memastikan akaun sentiasa


dikemaskini
(f) Naib Bendahari Membantu bendahari
menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi

iv. Hak-hak ahli:


(a) Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa

(b) Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan

(c) Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang


dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat
atau persatuan dan berpakaian yang sesuai

10. KEAHLIAN
i. Keahlian terbuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6
ii. Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan tidak akan dilucutkan keahlian
tatapi kehadiran akan mempengaruhi

iii. Markah kokurikulum tahunan pelajar

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB


i. Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan
dengan mendapatkan persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar.
ii. Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat Kelab adalah perlu
sebelum sesuatu pindaan perlembagaan kelab dilakukan.

12. LAIN-LAIN:

i. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap sesuatu


aktiviti yang dijalankan.

ii. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti setiap aktiviti yang
diadakan dengan penuh minat.

= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH =

You might also like