Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Minggu Praktikum: 1

Tarikh: 8.8.2022

Tajuk Jurnal: Murid kerap meminta izin keluar ke tandas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

1. Isu yang difokuskan:

Laporan daripada guru bertugas minggu lepas mengatakan ramai murid yang kerap kali meminta
untuk pergi ke tandas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tambahan pula,
murid yang ingin ke tandas merupakan murid daripada kumpulan yang sama.

2. Analisis isu yang difokuskan:

Hasil daripada pemerhatian saya, segelintir murid yang pergi ke tandas tidak berhajat untuk
berhadas sebaliknya ingin merantau dan bermain-main luar daripada kelas. Puncanya adalah
kumpulan murid ini berasa cepat bosan di dalam kelas namun masih lagi aktif untuk melakukan
perkara lain. Selain itu, murid ini juga tidak menguruskan diri dengan baik. Kesan daripada
tingkah laku murid ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu serta
menjadi punca kepada ikutan rakan sebaya di samping murid terlepas daripada isi pembelajaran
yang di sampaikan oleh guru.

3. Kajian lampau terhadap isu (pengalaman atau kajian masa lepas)

Menurut Lailatun Zalaliah (2011), isu murid kerap ke tandas akan mendorong kepada isu dan
masalah disiplin murid. Guru-guru tidak mengetahui akan tindak-tanduk murid semasa di sekolah
akan merunsingkan lagi terhadap tabiat mereka.

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:

I. Menyediakan pas kebenaran keluar kelas.


II. Menyediakan buku rekod keluar kelas semasa pdp.
III. Memberi peringatan tegas kepada murid untuk ke tandas di luar waktu pdp. (seperti
waktu rehat).

5. Tempoh masa penyelesaian

1 Minggu

6. Tindakan susulan:
Saya akan memperketatkan peraturan kelas dengan menegaskan bahawa murid dilarang sama
sekali keluar dari kelas semasa pdp berkali-kali pada minggu yang mendatang.

Tarikh tindakan susulan dilaksanakan:

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Tindakan yang telah saya laksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian memberi
impak positif namun hanya dapat dilihat melalui kelas bimbingan saya. Didapati bilangan murid
yang meminta izin ingin ke tandas berkurang daripada hari sebelumnya.

9. Kesimpulan refleksi

Hasil cadangan ini agak memuaskan kerana murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya juga berasa mudah untuk meneruskan
sesi pengajaran apabila tiada gangguan serta dapat mengawal kelas dengan baik.

10. Rujukan

Charles Donald Spielberger (1972) Anxiety: Current Trends in Theory and Research – Volume 1.
Florida State University

Lailatun Zalaliah (2011) Mengurangkan Kekerapan Pelajar Lelaki Ke Tandas Di SMK Pelabuhan:
Sabah

You might also like