Baca Petikan Di Bawah, Kemudian Jawab Soalan-Soalan Yang Berikutnya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Negeri Johor sangat terkenal dengan pelbagai jenis


tarian tradisional. Antara tarian yang paling menonjol di
negeri Johor ialah tarian zapin. Tarian ini dikatakan
berasal dari Timur Tengah.

Tarian zapin memerlukan penarinya melakukan


pergerakan dengan pantas. Tarian zapin Johor terdiri
daripada dua jenis, iaitu zapin Melayu dan zapin
Arab. Tarian zapin Melayu pergerakannya adalah lebih
halus dan lembut jika hendak dibandingkan dengan
tarian zapin Arab.

Perkara yang menarik tentang tarian zapin Johor


ialah keupayaan mewujudkan keserasian antara penari,
sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila
menari di hadapan khalayak.

Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian


zapin ialah gambus, rebana, gendang, rebab dan
marakas. Sesetengah masyarakat menganggap biola
sebagai salah satu alat muzik tarian zapin namun
anggapan ini salah kerana bunyi yang dihasilkan rebab
mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

16 Tarian zapin berasal dari mana?


A Timur Tengah
B Tanah Melayu
C Negara Timur
D Johor

(ID:1343847266903 )

[Atas]
17 Apakah yang menarik tentang tarian zapin?
A Menjadi tarian yang terkenal di Johor.
B Menggunakan pergerakan yang pantas.
C Menggunakan gambus sebagai alat muzik.
D Berupaya mewujudkan keserasian antara penari.

(ID:1343847266904 )
[Atas]
18 Mengapakah sesetengah masyarakat menganggap biola sebagai alat muzik dalam tarian
zapin?
A Bentuknya yang sama dengan gambus.
B Dimainkan dengan pergerakan yang pantas.
C Persamaan bunyi yang dihasilkan oleh rebab.
D Bunyi yang dihasilkan lebih lembut dan halus.

(ID:1343847266905 )

[Atas]
19 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Tarian zapin terbahagi kepada dua jenis.
B Tarian zapin ditarikan secara individu.
C Tarian zapin lebih dikenali di negeri Johor.
D Pelbagai alat muzik digunakan untuk mengiringi tarian zapin.

(ID:1343847266906 )

[Atas]
20 Perkataan pantas dalam petikan bermaksud
A tangkas.
B deras.
C ligat.
D liat.

You might also like