Pengurusan Kokurikulum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENGURUSAN

KOKURIKULUM

NAMA : NUR AIEN NATASYA BINTI AZLIE


NO. MATRIK : D20221102628
IJAZAH SARJANA MUDA (PENDIDIKAN) PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KEPUJIAN (AT35)
UNIT 1
1.Berikan penjelasan terhadap perkara-perkara berikut:
i. Nyatakan Konsep Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah?
-Semua murid diwajibkan menyertai kokurikulum kerana aktivitinya berupaya menyemai,
memupuk dan menanamkan perasaan kebersamaan dalam masyarakat berbilang kaum.
-kokurikulum perlu diberikan perhatian sebagai satu saluran bagi mencapai matlamat
pendidik.
-Pelbagai peraturan dan panduan digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998.
-Kokurikulum merupakan sebahagian dari kurikulum kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan
didefinisikan sebagai satu program pendidikan yang terdiri daripada kurikulum dan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan.
-pelaksanaan dan penyertaan murid dalam kokurikulum di sekolah adalah diwajibkan sama
ada untuk sekolah kerajaan atau bukan kerajaan

ii. Bagaimanakah Strategi Pelaksanaan Kokurikulum dilaksanakan bagi memastikan


keberhasilan pelajar dapat dibentuk?
-Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah merupakan apa-apa juga kegiatan yang
dirancang merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.
-Merujuk Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum (2019) terdapat 45 jenis persatuan dan
kelab, 43 jenis sukan dan permainan serta 19 jenis pasukan badan beruniform yang boleh
dijalankan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Antaranya ialah Persatuan Agama
Islam, Persatuan Kebudayaan, Persatuan Geografi, Kelab Kebajikan, Kelab Seni Tari, Kelab
Pencinta Alam, Kelab Basikal, Kelab Judo, Pasukan Kadet Polis, Persatuan Puteri Islam,
Persatuan Pancaragam Sekolah dan sebagainya.
-sekolah disarankan untuk menubuhkan pelbagai pasukan badan beruniform, persatuan,
kelab, sukan atau permainan bagi memastikan murid berpeluang untuk mengembangkan
bakat dan potensi masing-masing di dalam kokurikulum sehinggalah ke peringkat
antarabangsa.
-Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum di alam persekolahan bermula dari tahun tiga di
peringkat sekolah rendah hingga tingkatan enam di peringkat menengah. Murid digalakkan
terlibat secara aktif dalam kokurikulum yang diceburi bagi memperoleh faedahnya. KPM
mengambil langkah menetapkan masa minimum penglibatan murid dalam aktiviti tersebut.
-Merujuk Surat Keliling Ikhtisas Bil.2/2017, bagi murid tahun tiga dan tahun empat, setiap
pelajar perlu terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah sekurang-kurangnya selama 60
minit seminggu manakala murid tahun lima dan enam perlu terlibat selama 120 minit
seminggu. Bagi peringkat sekolah menengah pula, peruntukan masa penglibatan mereka
lebih lama iaitu antara 120 minit hingga 180 minit seminggu. Peruntukkan masa tersebut
merangkumi penglibatan murid dalam aktiviti persatuan, kelab, permainan, sukan dan
pasukan badan beruniform yang disertai.
2.Terangkan hubungkait di antara falsafah, dasar kokurikulum dengan sistem Pendidikan di
Malaysia
-Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduanterhadap perkara-perkara yang
berhubung kait denganpendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara
adalahberdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan.Berdasarkan falsafah
pendidikan yang telah ditetapkan juga,maka segala perancangan dalam pendidikan
termasukpenetapan dasar-dasar, pengisian program pendidikan,penentuan isi kandungan
kurikulum, aspek pelaksanaankurikulum dan sebagainya ke arah yang sama.
-Hubung kait di antara falsafah ialah mencari danmembuktikan kebenaran serta memberi
arah tujuan ataupedoman untuk perkara-perkara yang penting. Manakalapendidikan ialah
proses atau aktiviti untuk mengembangkanJERIS. Hal ini bertujuan untuk menambah
kemahiran,kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberikebahagian, faedah dan
kemajuan dalam hidup serta bertindak secara agresif.
-Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawahKategori Institusi Pendidikan
Kerajaan terdiri daripadapendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikanmenengah
dan pendidikan lepasan menengah. Sistempendidikan yang di jalankan di Malaysia lebih
teratur dansistematik berbanding dengan negara luar.
UNIT 2
1.Berikan penjelasan terhadap perkara-perkara berikut:
i.Nyatakan Peranan Organisasi Kokurikulum seperti yang telah ditetapkan?
 Peranan Pengerusi :
1) Semasa kata aluan, pengerusi perlu memperkenalkan jemputan khas jika ada dan
meraikan kedatangan ahli ke mesyuarat serta menjelaskan tujuan mesyuarat dan
menyatakan agenda-agendanya. Seterusnya nyatakan setiap pendapat kepada pengerusi
dan ahli mesyuarat mengikut agenda yang ditetapkan.
2)Melaksanakan perbincangan mengikut urutan agenda serta menyatakan perkara-perkara
yang ingin diperbincangkan dengan jelas dan lengkap iaitu intonsi suara untuk bercakap
dengan ringkas tetapi jelas dan difahami.
3)Sentiasa meraikan pandangan ahli mesyuarat dengan tidak dibenarkan untuk
memperkecilkan pendapat ahli dan memastikan dua atau lebih ahli tidak bercakap dalam
satu masa dan keadaan.
4)Segera merumus dan menutup mesyuarat sekiranya perbincangan telah selesai.

 Peranan Setiausaha:
1)Sebelum mesyuarat
-menyediakan agenda mesyuarat bersama pengerusi serta menghantar surat jemputan
mesyuarat.
-Memastikan tempat mesyuarat dan menyediakan peralatan mesyuarat.
-Menyediakan minit mesyuarat.

2)Semasa mesyuarat
-Datang awal, pastikan kelengkapan dan peralatan mesyuarat lengkap serta mencatat
butiran perbincangan dengan ringkas, tepat dan padat.
-Mengedar dan mencatat kehadiran mesyuarat.
3)Selepas mesyuarat
-Menyiapkan minit mesyuarat dan mengedarkannya dengan segera untuk tindakan mereka
yang berkenaan.

ii.Bagaimanakah Pelaksanaan pengurusan mesyuarat dilaksanakan bagi memastikan


keberhasilan pelajar dapat dibentuk?
1)Pelaksanaan Mesyuarat Kokurikulum
-*Mesyuarat Agung
Perlu diadakan mengikut Akta Pendaftar Pertubuhan
Memerlukan kehadiran oleh semua ahli
Pelaksanaannya adalah membincangkan berkaitan hal persatuan secara menyeluruh,
memilih ahli jawatankuasa kerja yang baru
Tempoh mesyuarat dilaksanakan sama ada setahun sekali atau dua tahun sekali.
Notis mesyuarat perlu ditandatangani oleh setiausaha dan diedarkan dalam tempoh 14 hari
sebelum mesyuarat
Memerlukan kehadiran : ½ atau 2/3 daripada jumlah ahli
ii) Pelaksanaan dan Agenda Mesyuarat Agung :
Ucapan Pengerusi
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lepas
Membentang dan menerima penyata tahunan tahun lalu
Memilih jawatankuasa kerja yang baru
Membincang dan meluluskan usul
Ucapan penangguhan
ili) Pengursuan Mesyuarat Kokurikulum luar biasa
Dikenali sebagai mesyuarat tergempar :
Proses pelaksanaannya hanya membincangkan satu agenda sahaja
Memerlukan kehadiran oleh semua ahli
Dikenali juga dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Mesyuarat Khas
2) Pelaksanaan Mesyuarat Tergempar :
i)Perlu diadakan apabila memenuhi syarat-syarat berikut iaitu Perlembagaan menetapkan
kuasa pengerusi menganggapnya suatu keperluan dan Permintaan lebih daripada lapan
orang jawatankuasa kerja secara bertulis Permintaan bertulis 1/3 atau 60 orang ahli atau
mana-mana yang kurang.
3) Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Merupakan mesyuarat biasa bagi menggerakkan persatuan
Memerlukan kehadiran oleh semua jawatankuasa kerja yang dilantik dalam Mesyuarat
Agung
Dilaksanakan beberapa kali dalam setahun atau ditetapkan bilangannya
Notis akan dikeluarkan oleh setiausaha
Majoriti ahli mesyuarat mesti mencukupi bergantung kepada ketetapan
persatuan/kelab/badan beruniform dan sukan

2.Terangkan kepentingan di antara sistem fail di dalam pengurusan kokurikulum bagi


memastikan pelaksanaan aktiviti yang berkesan?
- Pelaksanaan SISTEM DOKET adalah merujuk Sistem Doket yang menunjukkan pergerakan
fail yang mudah dikesan di mana-mana pejabat. Menerusi penggunaan sistem ini, fail-fail itu
mudah dicari apabila diperlukan.
- Pelaksanaan proses PENUTUPAN FAIL. Sesuatu fail hendaklah ditutup apabila telah
mengadungi 100 kandungan atau difikirkan terlalu tebal. Setelah ditutup, fail tersebut
hendaklah dicatat dengan Jilid 1. dan fail baru dibuka dan dicatat dengan jilid II.
- Pelaksaanaan SURATMENYURAT RASMI merupakan salah satu alat perhubungan yang
utama dalam kehidupan manusia. Pelaksaan ini juga penting dalam sesuatu persatuan.
Menerusi sesuatu persatuan, ia dikategorikan sebagai surat rasmi.
- Penentuan FORMAT UMUM DAN PERKARA ASAS DALAM SURAT RASMI. perlu mematuhi
beberapa perkara asas perlu ada dalam sesuatu surat rasmi.
UNIT 3
1.Berikan penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut:
i.Nyatakan Konsep Asas Kepimpinan Kokurikulum
- Konsep asas kepimpinan adalah bersumberkan kepada kerangka teoritikal yang
berasaskan sepenuhnya kepada Teori Pengurusan oleh Stoner, Freeman dan Gilbert (1995)
dan Model Rangka Kepimpinan oleh Bolman dan Deal (1991). Teori Pengurusan oleh Stoner,
Freeman dan Gilbert (1995) mendefinisikan pengurusan adalah merupakan proses
merancang, mengelola, memimpin, menggerakkan dan mengawal kerja-kerja ahli
organisasi yang ada untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.

ii.Bagaimanakah asas kepimpinan kokurikulum diterapkan di sekolah dalam pembentukan


budaya kepimpinan?
- Asas kepimpinan kokurikulum yang dapat diterapkan di sekolah adalah melalui penglibatan
pelajar menerusi aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah seperti kegiatan Kelab
Persatuan, Unit Beruniform, Kelab Permainan, Kelab Organisasi sekolah, Badan Pengawas
dan lain-lain.
-Melalui aktiviti-aktiviti tersebut dapat melantik pelajar-pelajar untuk memegang jawatan
seperti Pengerusi, Naib Pengerusi, Ketua Pelajar, Timbalan, Setiausaha dan sehingga ke Ahli
Jawatankuasa (AJK).
-Dengan ini, dapat memupuk sikap kepimpinan dalam diri pelajar, membina dan
pembentukan sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin serta
bertanggungjawab. Kegiatan kokurikulum ini amatlah berperanan penting dalam
membentuk personaliti yang positif dan rasa tanggungjawab menjadi seorang pemimpin.
2.Terangkan pengurusan protokol dilaksanakan dalam sesuatu majlis.
-Aspek protokol hendaklah dipatuhi dan diberi perhatian sewajarnya terutama apabila
melibatkan kehadiran DYMM Tuanku Canselor, Menteri-Menteri Kabinet, Lembaga
Pengarah Universiti, Naib Canselor, tokoh-tokoh korporat, kedutaan asing, tetamu-tetamu
kenamaan lain dan pihak media.
-Di antara aspek protokol tersebut termasuklah susunan keutamaan, susunan tempat
duduk, panggilan hormat, pengacaraan majlis, atur cara majlis, penyambut tetamu dan lain-
lain yang berkaitan. Amalan protokol yang sederhana tetapi berkesan akan membantu
dalam usaha membentuk citra universiti yang bernilai tinggi, dan sekali gus menonjolkan
ketertiban dan kecekapan universiti dalam menguruskan majlis.
-Secara umumnya, definisi protokol dalam konteks universiti ialah peraturan-peraturan
dalam amalan hubungan universiti, hubungan atau peraturan-peraturan dalam pelbagai
majlis rasmi atau tidak rasmi yang dianjurkan oleh universiti.
-Contoh amalan protokol yang dilaksanakan dalam majlis universiti ialah susunan acara,
susunan keutamaan, dan susunan tempat duduk tetamu kenamaan, panggilan hormat,
penyambut tetamu, pengacaraan majlis, urusan surat-menyurat atau perhubungan rasmi
universiti dalam hal-hal yang berkaitan.

UNIT 4
1.Berikan penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut:
i.Nyatakan Prinsip Perancangan untuk setiap aktiviti Kokurikulum di Sekolah?
- Memastikan perjalanan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan kepada kurikulum badan
induk/gabungan atau yang berkaitan.
-Menyediakan skema penilaian aktiviti kokurikulum dalam pelbagai bidang dan memberi
peluang kepada murid untuk mempertingkatkan tahap pencapaian secara berterusan.
-Kegiatan kokurikulum yang dirancang dan dikelolakan memberi peluang serta kesempatan
kepada murid bagi memperkembangkan minat, bakat kreativiti dan inovatif yang tersendiri.
-Mewujudkan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, GLC,
GLIC, syarikat-syarikat Swasta dan Institusi pengajian tinggi.
-Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam aktiviti dan kegiatan kokurikulum.

ii.Bagaimanakah Panduan penulisan kertas kerja yang berkualiti dan memenuhi seperti
yang ditetapkan?
-Terdapat tajuk kertas kerja.
-Menyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan.
-Menyatakan objektif/matlamat yang ingin dicapai.
-Menyenaraikan maklumat projek/aktiviti.
-Sertakan penyertaan.
-Terdapat Jawatan Kuasa Pelaksan/Penganjur.
-Aturcara Program.
-Penceramah.
-Terdapat sokongan.
-Belanjawan
-Penutup
2.Terangkan penyediaan aktiviti yang disediakan oleh Anda berdasarkan kertas kerja yang
telah dihasilkan.
-Menyatakan tujuan kertas kerja dihasilkan.
-Menyatakan objektif yang ingin dicapai.
-Menyatakan justifikasi atau kepentingan.
-Menyatakan Tarikh, hari dan tempat program dilaksanakan.
-Menyenaraikan tetamu kehormat dan perasmi program.
-Menyatakan tentatif program.
-Menyenaraikan Ahli Jawatankuasa pelaksana dan senarai tugas.
-Peruntukan kewangan.
-Menyatakan keperluan peralatan/pengangkutan/tempat.
-Mendapatkan kelulusan tandatangan.

UNIT 5
1.Berikan penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut:
i.Nyatakan contoh-contoh organisasi dalam pengurusan kokurikulum?
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Penolong Bendahari
-Ahli jawatankuasa (terditri dari 5 hingga 7 orang)
-Dua orang juru audit
ii.Bagaimanakah organisasi dalam kokurikulum dibentuk?
-Setiap persatuan perlu melantik jawatankuasa yang berperanan untuk memimpin dan
mengurus persatuan.
-Cara pelantikan jawatankuasa berbeza mengikut perlembagaan dan peraturan persatuan
masing-masing.
- Terdapat dua cara pelantikan jawatankuasa:
=dipilih dalam Mesyuarat Agung dan Dijalankan secara undi, sama ada dengan mengangkat
tangan atau undi rahsia (kertas undian)
= dilantik oleh pihak tertentu (pemimpin atau penguasa). melalui perbincangan atau ujian
tertentu serta berpandukan pencapaian dan kebolehan pelajar.

2.Terangkan isu-isu yang berlaku dalam pengurusan kokurikulum?


-sebahagian daripada aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan tidak berlandaskan kepada
matlamat pendidikan yang jelas dan kurang berkesan untuk itu penglibatan dan penyertaan
para pentadbir, guru dan pelajar dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah masih
perlu dipertingkatkan.
-infrastruktur, kewangan, dan peralatan masih meniadi faktor utama yang menghalang
pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
-ada juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersifat eksklusif dan tertutup khususnya dari segi
penyertaan dan kandungan. Misalnya terdapat beberapa pertubuhan/kelab di sesebuah
sekolah yang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sama secara berasingan.
-Jika prestasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum ini tidak dipertingkatkan maka
dikhuatiri matlamat pendidikan negara untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang
dart segi rohani, emosi, jasmani dan intelek tidak akan berjaya direalisasikan.

You might also like