Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

FITMC

SULIT
CONFIDENTIAL

PEPERIKSAAN AKHIR
FINAL EXAMINATION

SEMESTER JANUARI 2005


JANUARY SEMESTER 2005

KOD KURSUS : CBDB3203

NAMA KURSUS : IMPLEMENTASI PANGKALAN DATA

MASA : 3.00 PETANG – 5.10 PETANG

TARIKH : 22HB APRIL 2005

ARAHAN KEPADA CALON

1. Sila baca dengan TELITI arahan dibawah ini.

2. Kertas soalan ini terdiri daripada SATU versi bahasa, iaitu BAHASA MALAYSIA. Sila jawab
menggunakan SATU BAHASA sahaja sama ada BAHASA MALAYSIA atau BAHASA INGGERIS.

3. Kertas soalan ini dicetak di kedua-dua belah muka surat. Sila pastikan anda mendapat 12 MUKA
SURAT.

4. Kertas soalan ini dibahagikan kepada 2 BAHAGIAN, iaitu bahagian A dan B.

5. Sila jawab SEMUA soalan dalam Bahagian A dan TIGA (3) soalan dalam Bahagian B.

6. Sila tulis jawapan anda pada buku jawapan yang disediakan.

JUMLAH KESELURUHAN MUKA SURAT ADALAH SEBANYAK 12 TIDAK TERMASUK MUKA SURAT INI.
CBD3203JAN05/F-IA

BAHAGIAN A

ARAHAN: Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1

SQL adalah satu bahasa yang mudah dipelajari. Huraikan sebabnya.


[4 markah]

SOALAN 2

Sebagai satu bahasa, SQL mempunyai DUA (2) komponen iaitu DDL dan DML. Terangkan
maksud setiap komponen ini.

[4 markah]

SOALAN 3

Arahan DELETE dan DROP TABLE seolah-olah mempunyai kesan yang sama. Adakah
perbezaan di antara kedua-dua arahan ini? Jika ada, apakah perbezaanya?
[4 markah]

2
CBD3203JAN05/F-IA

SOALAN 4

Lengkapkan penyataan SQL di bawah dalam kertas jawapan yang di sediakan.

a) Selesaikan arahan di bawah untuk mencapai maklumat NoPinjaman dan


TarikhPinjaman daripada jadual Pinjaman.

SELECT _________ , _________

FROM _________

b) Lengkapkan arahan di bawah untuk memaparkan nama_pekerja,


no_pekerja dan gaji pekerja-pekerja perempuan daripada jadual pekerja.

________ nama_pekerja, no_pekerja, gaji

FROM pekerja

________ ________ = “perempuan”


[4 markah]

3
CBD3203JAN05/F-IA

SOALAN 5

Pilih satu jawapan yang betul daripada senarai jawapan berikut:

LIKE ‘%A%’
LIKE ‘_A%’
LIKE ‘%A’
NOT LIKE ‘%A%’

a) mana-mana rentetan yang berakhir dengan A


b) mana-mana rentetan yang mengandungi A
c) mana-mana rentetan yang tidak mengandungi A
d) mana-mana rentetan di mana aksara keduanya ialah A

[4 markah]

SOALAN 6

Huraikan maksud penyataan SQL di bawah:

a) SELECT Major, COUNT(NoMatrik) AS Bil_Pelajar


FROM Pelajar
GROUP BY Major
HAVING COUNT(NoMatrik) > 1
ORDER BY Major

b) SELECT NoMatrik, AVG(Nilai) as Purata


FROM Pelajar
GROUP BY NoMatrik
HAVING Purata > 2.9
[4 markah]

4
CBD3203JAN05/F-IA

SOALAN 7

Senaraikan jenis-jenis Data Numerik dan huraiannya.


[4 markah]

SOALAN 8

Apakah ciri-ciri urus niaga?


[4 markah]

SOALAN 9

Apakah yang dilakukan oleh:

a) Pentadbir Pangkalan Data (DBA)


b) Pengaturcara Aplikasi
[4 markah]

SOALAN 10

Menurut kunci 2-fasa (2-Phase Locking), setiap urusniaga boleh dibahagikan kepada dua fasa
iaitu Fasa membesar dan Fasa mengecil .Terangkan kedua-dua fasa ini.
[4 markah]

5
CBD3203JAN05/F-IA

BAHAGIAN B

ARAHAN: Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1

a) Tulis penyataan SQL untuk mencipta jadual bernama PEKERJA dengan maklumat seperti
di bawah:
i. pembolehubah NoPekerja diwajibkan, ditakrifkan sebagai CHAR dan bersaiz 5 aksara
ii. pembolehubah NamaPekerja, ditakrifkan sebagai VARCHAR dan bersaiz 20 aksara
iii. pembolehubah Jawatan, ditakrifkan sebagai VARCHAR dan bersaiz 15 aksara
iv. pembolehubah Gaji, ditakrifkan sebagai DECIMAL yang terdiri dari 7 digit bermakna
dan 2 digit perpuluhan.
[4 markah]

b) Tambahkan seorang pekerja baru ke dalam jadual PEKERJA. Berikan data yang
bersesuaian dengan skema jadual di atas.
[2 markah]

c) Berikan kenaikan gaji sebanyak 8% kepada semua pekerja yang berjawatan Pentadbir dari
jadual Pekerja
[2 markah]

d) Hapuskan pekerja yang mempunyai NoPekerja P1000 dari jadual Pekerja.


[2 markah]

e) Senaraikan Maklumat Jawatan dari jadual Pekerja dan pastikan data itu tidak berulang dan
disusun dalam susunan menurun.
[2 markah]

6
CBD3203JAN05/F-IA

f) Paparkan NoPekerja dan NamaPekerja sebagai NoPensyarah dan


NamaPensyarah dari Jadual Pekerja.
[2 markah]

g) Senaraikan pekerja yang berjawatan pensyarah atau pentadbir yang mendapat gaji kurang
dari 2500.00 atau lebih dari 3000.00 dari jadual Pekerja.
[2 markah]

h) Senaraikan Pensyarah yang belum mempunyai NoPekerja dari jadual Pekerja.


[2 markah]

i) Kira bilangan pekerja yang berjawatan sebagai Pensyarah dari jadual Pekerja.
[2 markah]
[Jumlah: 20 markah]

7
CBD3203JAN05/F-IA

SOALAN 2

a) Terdapat 2 kaedah bagi mencipta queri dalam Access.

i. Namakan kedua – dua kaedah yang digunakan.

[2 markah]

ii. Terangkan kelebihan bagi setiap kaedah tersebut.


[4 markah]

b) Apakah tujuan ikon yang ditunjukkan di bawah?

[2 markah]

c) Dengan menggunakan queri di bawah hasilkan pernyataan SQL.

[4 markah]

8
CBD3203JAN05/F-IA

d) Dengan menggunakan queri di bawah hasilkan pernyataan SQL.

[4 markah]

e) Apakah kelebihan paparan di bawah?

[4 markah]
[Jumlah: 20 markah]

9
CBD3203JAN05/F-IA

SOALAN 3

a) Apakah langkah-langkah utama yang perlu bagi mereka bentuk sistem pangkalan data?
[6 markah]

b) Berapakah bentuk pengisytiharan bagi rentetan aksara? Terangkan kelebihan atau


kekurangan bagi rentetan aksara ini.
[6 markah]

c) Berikan penerangan ringkas mengenai ‘Switchboard’.


[2 markah]

d) Terangkan proses yang digunakan untuk membina Switchboard.


[2 markah]

e) Lakarkan hasil antaramuka switchboard berdasarkan Rajah1 di bawah.

Rajah 1
[4 markah]
[Jumlah: 20 markah]

10
CBD3203JAN05/F-IA

SOALAN 4

a) Untuk menyokong integriti transaksi bagi memastikan pangkalan data berada di dalam
keadaan konsisten, dua protokol diwujudkan iaitu COMMIT dan ROLLBACK. Jelaskan
kedua-dua protokol tersebut.
[4 markah]

b) Masalah Hilang Kemas Kini adalah di antara tiga masalah utama yang dikaitkan dengan
kawalan serempak. Berikan penerangan Masalah Hilang Kemas Kini dengan
menggunakan data dari jadual di bawah

[6 markah]

11
CBD3203JAN05/F-IA

c) Masalah sandaran tidak komited juga adalah masalah yang dikaitkan dengan kawalan
serempak. Berikan penerangan Masalah Sandaran Tidak Komited dengan menggunakan
data dari jadual di bawah.

[6 markah]

d) Apakah perbezaan di antara teknik optimistik dan teknik pesimistik?


[4 markah]
[Jumlah: 20 markah]

12
CBD3203JAN05/F-IA

SOALAN 5

a) Berikan penerangan ringkas bagi istilah-istilah di bawah:


• HTTP
• HTML
[2 markah]

b) Apakah perbezaan di antara laman web statik dan laman web dinamik? Berikan
penerangan ringkas mengenainya.
[4 markah]

c) Apakah kelebihan seni bina 3-baris berbanding seni bina 2-baris?


[4 markah]

d) Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang dikaitkan dengan pendekatan Web-
SPPD (DBMS). Senaraikan LIMA (5) kebaikan dan LIMA (5) keburukan pendekatan ini
yang anda ketahui.

[10 markah]
[Jumlah: 20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT DI SINI

13

You might also like