Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Universiti Putra Malaysia

Fakulti Pengajian Pendidikan


Semester 1 2023-2024
FCE3900: Penyelidikan Pendidikan
Tugasan 1

Ulasan Makalah

Tugasan ini adalah dilakukan secara individu. Anda dikehendaki membuat ulasan
terhadap satu artikel laporan penyelidikan kuantitatif. Pilih satu artikel daripada jurnal
yang mengandungi laporan penyelidikan kuantitatif konvensional terbaharu (lima tahun
kebelakangan) yang berkaitan dengan bidang pengajian anda. Anda boleh
menggunakan sebarang jurnal termasuk jurnal atas talian (on line)

Berasaskan pemahaman anda terhadap kursus ini, sediakan ulasan secara analitik
dan kritis berdasarkan soalan-soalan berikut:

Penyelidikan Konvensional
1. Adakah tajuk kajian jelas dan sesuai dengan apa yang dikaji?
2. Adakah pernyataan masalah kajian telah dinyatakan dengan jelas?
3. Adakah matlamat dan objektif kajian dinyatakan dengan jelas?
4. Adakah persoalan atau hipotesis kajian telah dinyatakan dengan jelas dan selari
dengan objektif?
5. Adakah penulis menyatakan kepentingan kajian yang sesuai dengan matlamat
kajian ini?
6. Adakah skop dan batasan kajian dinyatakan dengan jelas?
7. Adakah penulis memberikan definisi kepada istilah yang digunakan dalam kajian
ini?
8. Adakah sorotan kajian menunjukkan kaitan antara kajian-kajian terdahulu dengan
kajian yang dilakukan oleh penulis? Sejauh mana sorotan kajian terkini dan
disusun dengan jelas sehingga menimbulkan permasalahan yang dikaji oleh
penulis?
9. Apakah kaedah kajian yang digunakan? Adakah kaedah kajian tersebut berkesan
untuk mencapai objektif kajian?
10. Adakah populasi dan kaedah pensampelan telah dihuraikan dengan jelas?
11. Apakah instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpulkan data? Adakah
instrumen tersebut sesuai dengan objektif kajian?
12. Sejauh mana aspek kesahan dan kebolehpercayaan instrumen diteliti dan
diperjelaskan oleh penulis agar data yang diperoleh sahih dan dipercayai?
13. Adakah kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian?
14. Adakah kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian sesuai dengan objektif
kajian?
15. Adakah perbincangan dapatan kajian ini jelas dan sesuai dengan objektif kajian?
16. Adakah kesimpulan yang ditulis sesuai dan mencakupi semua objektif kajian?
17. Secara keseluruhannya, nyatakan pandangan anda terhadap laporan kajian ini
dan sumbangan kepada bidang yang dikaji.

Penilaian ini mempunyai pemberatan sebanyak 10% daripada keseluruhan penilaian


kursus. Sila hantar tugasan anda kepada pensyarah pada atau sebelum.minggu ke –
8.

You might also like