Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA

27600 RAUB, PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

KALI PERTAMA TAHUN 2023

Tarikh : 28 Mac 2023


Hari : Selasa
Masa : 1.40 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKRJ

Kehadiran:

BIL KEHADIRAN JAWATAN TANDATANGAN

1 En. Zulkaflee bin Hamid Guru Besar ( Penasihat )

2 En. Rahim bin Mohamed Wahab GPK kurikulum


Ketua Panitia Bahasa
3 En. Tajul Ariffin bin Othman
Melayu( Guru BM Tahun 6)
4 Cik Wan Syakirah binti Wan Mohd Nasir Setiausaha (Guru BM Tahun 5)

5 Pn. Norazlipah binti Muhamed Nasir Guru Pemulihan

6 Pn. Nur Izzati binti Wahab Guru BM Tahun 1

7 Pn. Suziela binti Abdul Rahman Guru BM Tahun 4

8 Pn. Norfaraeza binti Norikhsan Guru BM Tahun 2

9 Cik Syatirah Aqilah binti Abdul Rahman Guru BM Tahun 3

10 Pn. Nik Rusmaaida binti Raja Bungsu Guru PraSekolah

11 Pn. Hazalila binti Zakaria Guru PraSekolah

12

13
SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA
27600 RAUB, PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


KALI PERTAMA 2023

Tarikh : 28 Mac 2023


Hari : Selasa
Masa : 1.40 Petang
Tempat : Bilikk Gerakan SKRJ

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas kehadiran ke Mesyuarat Panitia Bahasa
Melayu kali pertama 2023.
1.2 Mengalu-alukan kehadiran Encik Zulkaflee bin Hamid (Guru Besar) dan Encik Rahim bin Muhammed
Wahab ( GPK Pentadbiran ) ke
mesyuarat panitia Bahasa Melayu.
1.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat menghadiri Mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2023.
1.4 Terima kasih kepada semua ahli kerana dapat melaksanakan aktiviti panitia pada tahun lepas.

2.0 UCAPAN PENTADBIR

2.1 EN. ZULKAFLEE BIN HAMID (GURU BESAR)

2.1.1 Mengucapkan tahniah kerana telah mengadakan mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2023.
2.1.2 Mengharapkan agar panitia dapat meningkatkan pecapaian murid.
2.1.3 Mengharapkan semua guru dapat memastikan murid dapat menguasai semua kemahiran.
2.1.4 Mengambil berat tentang kemenjadian murid melalui program / pertandingan khususnya di dalam
kelas.
2.1.5 Meminta guru menggunakan kaedah pengajaran PAK 21 . Banyakkan aktiviti untuk kemenjadian
murid.

2.2 ENCIK RAHIM BIN MUHAMED WAHAB– GPK PENTADBIRAN )

2.2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menjayakan mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
Kali Pertama.
2.2.2 Berharap agar semua ahli bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian Panitia Bahasa Mealyu.
2.2.3 Meminta guru merancang program bagi meningkatkan Panitia Bahasa Melayu.
2.2.4 Memaklumkan agar panitia dapat mengadakan PLC dua kali setahun.
2.2.5 Memastikan pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Keselamatan Jalanraya dalam PDP mengikut minggu
yang telah ditetapkan.
2.2.6 Meminta guru memilih murid yang berbakat untuk diketengahkan.
2.2.7 Memastikan murid yang berpotensi (Tahap 2) termasuk tahun 3 untuk program Nilam.
2.2.8 Guru-guru diminta memasukkan markah bagi UASA hanya data mentah sahaja iaitu X/50.

Tindakan : Makluman semua

3.0 MENGESAHKAN DAN MEMBENTANGKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit mesyuarat Panitia Kali Keempat 2022 telah disahkan tanpa pindaan.

Pencadang : Pn. Nur Izzati binti Wahab


Penyokong : Pn. Hazalila binti Zakaria

4.0 PERKARA BERBANGKIT

- Tiada -

5.0 ISU/LAPORAN

5.1 PELANTIKAN JAWATANKUASA PANITIA 2022

5.1.1 Mesyuarat telah bersetuju melantik Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bagi tahun 2023 . ( Rujuk
Lampiran Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu 2023 )

Tindakan : Makluman semua

5.2 PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

5.2.1 Mesyuarat menerima maklum daripada pengerusi bahawa perancangan strategik panitia telah
dibuat dalam OPPM.

5.3 DSKP, RANCANGAN TAHUNAN, RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


5.3.1 Mesyuarat menerima maklum bahawa rancangan pelajaran tahunan mestilah menggunakan
yang terkini.
5.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa penulisan rancangan pelajaran harian hendaklah
menggunakan format panitia.

5.4 BUKU LATIHAN MURID

5.4.1 Penetapan jumlah penggunaan buku latihan murid adalah seperti berikut:

Tahap 1 - 2 buah buku


Tahap 2 - 2 buah buku ( 1 buah buku Penulisan)

5.5 LATIHAN MURID

5.5.1 Mesyuarat bersetuju bahawa jumlah latihan yang diberi hendaklah mengikut kebolehan dan
kemampuan murid.

5.6 SEMAKAN BUKU LATIHAN

5.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual semakan buku latihan akan dibuat.
5.6.2 Semua guru menghantar buku latihan murid mengikut jadual yang ditetapkan.

5.7 PENCERAPAN GURU

5.7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual pencerapan guru akan dibuat mengikut jadual pihak
pentadbir.

5.8 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


5.8.1 Pentaksiran bilik darjah perlu dilaksanakan mengikut kemahiran yang telah diajar.
5.8.2 Pelaporan PBD perlu dilaksanakan 2 kali iaitu pada bulan Ogos 2023 dan Januari 2024.

5.9 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL ( PLC )

5.9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa program PLC perlu dilaksanakan dan buat pelaporan.

Tindakan ; Makluman semua

5.10 PROGRAM PANITIA

5.10.1 Program panitia bagi tahun 2023

1. Minggu Bahasa Melayuu


2. Pertandingan Pidato
3. Pertandingan Bercerita
4. Pertandingan mendeklamasi Sajak(Bulan Kemerdekaan)
5. Kuiz Bahasa
6. Kuiz Peribahasa
7. Pertandingan Lagu Patriotik bersama Panitia Muzik(Bulan Kemerdekaan)
8. Sahibba
9. Program Cepat Baca
10. Bengkel PA21(Guru)
11. Coaching and Mentoring (Guru)
12. Dialog Prestasi (Guru)

5.10.2 Jadual pelaksanaan program akan disediakan.


5.10.3 Cara pelaksaaan akan dibincangkan kemudian.

Tindakan : Makluman semua

5.11 PRASEKOLAH (PN. NIK RUSMAAIDA BT RAJA BUNGSU )

5.11.1 Memaklumkan beberapa pertandingan bagi murid Prasekolah akan diadakan. Maklumat
tentang pertandingan akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan : Makluman semua

5.12 PEMULIHAN

5.12.1 Terdapat murid tahun 6 yang tidak boleh membaca (Syed). Beliau pindah ke SK. Raub Jaya
pada tahun ini dari Kuala Lumpur. Guru pemulihan baru yang meengantikan Pn. Rozita akan mengambil alih
tugas untuk menjalankan kelas pemulihan terhadap beliau.

Tindakan : Pn. Nora

6.0 PENDEKATAN BERTEMA

6.1.1 Semua guru yang terlibat perlu membuat Rancangan Pengajaran Tahunan dan masukkan tema yang
dipilih.
6.1.2 GPK Kurikulum akan mengedarkan jadual tahun yang terlibat nanti.

6.1. 3 Semua guru yang terlibat perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan hantar kepada GPK 1.
7.0 HAL-HAL LAIN

7.1.1 Guru besar memaklumkan bahawa setiap pertandingan yang dilaksanakan perlu kerjasama
daripada semua guru.
7.1.2 Guru besar meminta guru membuat senarai pertandingan untuk memudahkan penyediaan hadiah.
7.1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa program peningkatan murid dan peruntukkan kewangan akan
dibincangkan nanti.

Tindakan : Makluman semua

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat memberikan kerjasama dalam
menjayakan mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

……………………………………………………... ………………………………………
(WAN SHAKIRAH BINTI WAN MOHD NASIR) ( TAJUL ARIFFIN BIN OTHMAN)
Setiausaha , Ketua Panitia,
Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Melayu,
SK Raub Jaya. SK Raub Jaya.

You might also like