Minit Guru 1 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SJK (T) Khir Johari


35400 Tapah Road, No. Tel : 05-4014 621
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail : ABD0074@moe.edu.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK ”

Guru – guru,

S.J.K. (Tamil) Khir Johari,

35400 Tapah Road. 04 MAC 2024

Tuan/ Puan,

NOTIS MESYUARAT GURU 1 / 2024 & 2025

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 06 Mac 2024 (Rabu)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Bilik Transformasi 2025 SJKT Khir Johari

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

3. Perkara berbangkit

4. Perkara yang dibincangkan

5. Hal-hal lain

6. Ucapan Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan / puan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

( Pn. M. Sumathy)

Setiausaha Guru 2024/2025


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (T) Khir Johari
35400 Tapah Road, No. Tel : 05-4014 621
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail : ABD0074@moe.edu.my

Tajuk : MESYUARAT GURU 1 2024/2025


Tarikh : 06 Mac 2024
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : BILIK TRANSFORMASI 2025, SJK (TAMIL) KHIR JOHARI, TAPAH ROAD.

BIL NAMA T.TANGAN CATATAN

1. EN. G. KUMARAN

2. PN. V. SENTHAMARAI

3. PN.S. VIKNESWARI

4. PN. M. YAMUNAH DEWI

5. EN. R. THARMALINGAM

6. PN. ZAITUN

7. EN. A. ROBIN PAUL

8. PN. M. SUMATHY

9. EN. N. RAVI

10. CIK R. RUBAA

11. PN.P.SANTHIA

12. CIK R. KIRTANAH

RUMUSAN : Jumlah yang Hadir : 12

Jumlah yang Tidak Hadir : -


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (T) Khir Johari
35400 Tapah Road, No. Tel : 05-4014 621
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail : ABD0074@moe.edu.my

Mesyuarat Guru Sekolah 1 2024 & 2025 telah diadakan pada 06 Mac 2024 pada pukul 8.00 Pagi di

Bilik Transformasi 2025 Sekolah.

Pengerusi : En. G. Kumaran


Kehadiran (Bilangan) : 12 orang
Nama guru yang hadir : 1. En. G. Kumaran
2. Pn. V. Senthamarai
3. Pn. S. Vikneswari
4. Pn. M. Yamunah Dewi
5. En. R. Tharmalingam
6. Pn. Zaitun
7. En. A. Robin Paul
8. Pn. M. Sumathy
9. EN. N. Ravi
10. Pn. P. Santhia
11. CIK R. Rubaa
12. Cik. R. Kirtanah

Nama guru yang tidak hadir : -

Hadir Bersama : -

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi – En. G. Kumaran ( Guru Besar )

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi. Pengerusi mengucapkan salam sejahtera


dan salam ”Malaysia Madani”. Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua guru yang meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini. Pengerusi
memberitahu bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang tentang
persediaan awal pengoperasian sekolah 2024/2025. Pengerusi memberi penekanan tentang
beberapa perkara penting, iaitu program-program yang dilaksanakan sepanjang sesi
persekolahan 2023/2024.

Tindakan& Makluman : Semua Guru


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (T) Khir Johari
35400 Tapah Road, No. Tel : 05-4014 621
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail : ABD0074@moe.edu.my

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibentang oleh Pn. M. Sumathy, selaku setiausaha
Mesyuarat Guru 2023/2024.
Cadangan pengesahan : En. R. Thamalingam
Sokongan pengesahan : Pn. P. Santhia

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

Tiada

Tindakan & Makluman : Semua Guru

Agenda 4 : Perkara yang Dibincangkan

4.1 Persediaan kelas sebelum Pengeoperasian Sekolah Sesi Persekolahan 2024

Guru Besar telah memberitahu bahawa guru-guru harus menyediakan kelas yang ceria dan
kondusif serta Guru Besar meminta semua guru kelas untuk menyediakan kelas untuk PDP
sesi 2024/2025 sebelum atau pada 06 Mac 2024. Guru Besar juga memberitahu bahawa
maklumat tentang program anak yang baik lebih cerdik (ABC) perlu dipaparkan dalam kelas.
Maklumat Madani, sudut Kesedaran Isu Semasa dan Kesedaran Alam Sekitar wajib
ditampal dalam setiap kelas. Guru Besar juga memberitahu bahawa guru kelas harus
memastikan prasarana mencukupi iaitu satu murid mempunyai satu kerusi, satu meja dan
Buku Teks.

4.2 Perbincangan tentang Pembelian BBM dengan Peruntukkan PCG

Guru Besar membentangkan peruntukkan PCG bagi semua Matapelajaran dan peruntukkan
yang diberikan harus digunakan sepanjang sesi persekolahan 2024/2025. Guru-guru diminta
untuk menggunakan duit peruntukkan secara berhemah. Guru Besar juga memberitahu
bahawa peruntukkan kewangan kerajaan diluluskan bagi penyelenggaran pendawaian
elektrik.

4.3 Perbincangan Program Sesi Persekolahan 2024/2025

Guru besar merancang untuk melaksanakan 3 Program dalam sesi persekolahan ini dan
setiap kelas termasuk Prasekolah melibatkan diri dalam program-program ini. Antara
program adalah Program STEM, Kefahaman melalui Rekabentuk (KMR) dan Pendekatan
Bertema. Program ini akan dilaksanakan mengikut penggal persekolahan. Pada akhir
penggal persekolahan akan diadakan pameran dengan hasil kerja murid. Oleh itu, guru-guru
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (T) Khir Johari
35400 Tapah Road, No. Tel : 05-4014 621
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail : ABD0074@moe.edu.my

diminta untuk memilih projek yang memberi impak kepada murid mengikut tahap kefahaman
murid.

Guru Besar juga membincangkan tentang Program Bacaan Pagi yang akan bermula
pada pukul 7.15 pagi hingga 7.45 pagi setiap hari. Tujuan program adalah untuk
mengurangkan masalah kemahiran membaca di kalangan murid. Semua guru wajib berada
di sekolah sebelum 7.15 pagi agar dapat melaksanakan program tepat pada masa.

Guru Besar juga merancang Program ’’Shy to Dare’’. Program ini akan dilaksanakan
setiap hari pada pukul 1.15 petang hingga 2.00 petang. Tujuan program ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Tamil. Dengan ini, murid mempunyai kemahiran berhujah secara spontan dan dapat berani
mengutarakan hujah-hujah dengan baik dan teratur.

4.4 Penulisan Ilmiah dan Pembentangan Inovasi Guru

Guru Besar mewajibkan penulisan ilmiah dan pembentangan inovasi guru peringkat sekolah
dan menghantar penulisan ilmiah dan inovasi ke PPD Batang Padang untuk mendapat Sijil
Penyertaan Peringkat Daerah. Setiap guru menyediakan sekurang-kurangnya satu
penulisan ilmiah dan inovasi boleh dilaksanakan dalam kumpulan kecil atau berpasangan.

4.5 Pencerapan Guru

Guru Besar mewajibkan pencerapan GPK terhadap guru-guru harus dilaksanakan. Jadual
akan disediakan dan GPK harus mengikut jadual serta wajib melaksanakan pencerapan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Bilik Darjah. Guru-guru harus sentiasa
melaksanakan pdp yang menarik mengikut perancangan yang disediakan. Semasa
pemberian skor Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidik (PBPPP), fail guru
harus disertakan dengan rekod pembelajaran kendiri, bukti sumbangan kepada sekolah dan
bukti mengambil cuti sakit serta cuti rehat khas (CRK). Guru Besar akan berbincang dengan
Guru Kanan berpandukan bukti-bukti dalam fail yang disediakan oleh guru.

4.6 Kehadiran guru


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (T) Khir Johari
35400 Tapah Road, No. Tel : 05-4014 621
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail : ABD0074@moe.edu.my

Guru Besar mewajibkan kehadiran guru ke sekolah sebelum pukul 7.15 pagi. Hal ini kerana
dari bulan April, Program Bacaan Pagi akan dimulakan. Guru Penyayang dan Guru
Bertugas harus datang awal dan GPK Hem harus menyediakan jadual Guru Penyayang.

Guru diminta untuk balik selepas 15 minit sesi persekolahan setiap hari. Guru Besar
juga meminta guru-guru sentiasa menjaga keselamatan murid semasa masuk dan keluar
premis sekolah. Guru Besar menerangkan tentang isu cuaca panas dan meminta guru-guru
memastikan murid-murid supaya minum air selepas setiap waktu pengajaran

4.7 Pemakaian Guru

Guru-guru harus berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Guru Besar menegaskan
bahawa pemakaian ‘legging’ tidak dibenarkan di kawasan sekolah. Pada hari Isnin,
pemakaian Blazer diwajibkan, pada hari Khamis, pemakaian batik diwajibkan, pada hari
Rabu, guru-guru wajib berpakaian badan beruniform yang formal dan Pada hari jumaat, guru
India boleh berpakaian sari, dhoti dan jippa ke sekolah serta guru Melayu boleh berpakaian
baju melayu atau baju Jubah.

4.8 Pecerapan buku

Guru-guru diminta untuk menghantar buku tulis setiap murid untuk pencerapan dua bulan
sekali. Buku tulis murid harus kemas dan cantik. Oleh itu, Guru Besar meminta guru-guru
untuk menjaga kebersihan buku dan menghantar buku tulis dengan senarai semak
pencerapan buku yang disediakan oleh GPK Pentadbiran, Pn.Senthamarai.

4.9 Perbincangan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Guru Besar membincangkan tentang kelayakan pemilihan murid RMT. Guru Kanan Hal
Ehwal Murid telah memberitahu bahawa pemilihan murid RMT adalah mengikut ketetapan
yang diberi oleh KPM dan menu makan RMT telah dibentangkan oleh Penyelaras RMT.
Guru Besar juga meminta guru bertugas untuk uji rasa makanan murid RMT sebelum 30
minit masa rehat. Guru bertugas juga wajib berada dengan murid selama masa rehat agar
dapat memantau kebersihan murid dan kantin semasa masa rehat. Guru-guru tidak boleh
makan makanan lain yang dibawa dari rumah di hadapan murid.

4.10 Lawatan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (T) Khir Johari
35400 Tapah Road, No. Tel : 05-4014 621
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail : ABD0074@moe.edu.my

Guru besar menetapkan lawatan sekolah diadakan selang setahun. Begitu juga dengan
lawatan Pra Sekolah. Keputusan ini diambil untuk mengurangkan bebanan guru serta
mengurangkan bebanan Ibu Bapa atas pembayaran yuran lawatan untuk anaknya.

4.11 Perkhemahan

Guru besar menetapkan perkhemahan kali ini akan diadakan di Gua Tempurang, Gopeng.
Hal ini akan meningkatkan daya ketahanan murid dan juga meningkatkan keyakinan murid
untuk menghadapi cabaran yang akan dihapapi pada masa akan datang.

4.11 Penggunaan Sosial Media

Guru besar mengingatkan para guru untuk mematuhi garis panduan KPM dan berwaspada
apabila menggunakan Laman Sosial Media. Tindakan tatatertib akan diambil jika melanggar
peraturan yang ditetapkan oleh KPM.

Agenda 5 : Hal-hal lain

5.1 Guru Besar memberitahu bahawa Guru Prasekolah harus disenaraikan dalam
sekurang - kurangnya dalam 3 Panitia Matapelajaran sebagai AJK.

5.2 Guru Besar menjelaskan pekeliling SPI dalam pelantikan Ketua Panitia. kebanyakan
guru tidak layak untuk menjadi Ketua Panitia mengikut Pekeliling SPI 5.1, 5.2 dan 5.3
tetapi mengikut Pekeliling SPI 5.4, guru yang mempunyai markah prestasi melebihi
85 peratus boleh dilantik sebagai Ketua Panitia. Oleh itu, semua guru telah menjadi
Ketua Panitia Matapelajaran.

5.3 Guru Besar meminta guru-guru melaksanakan pendidikan Terbeza mengikut


kefahaman dan tahap murid.

5.4 Guru Besar menegaskan tentang penggunaan telefon bimbit dan laptop di dalam
kelas untuk kegunaan peribadi tidak dibenarkan kecuali kegunaan PDP. Guru-guru
harus meminta kebenaran Guru Besar sebelum menggunakan telefon bimbit dan
laptop di dalam kelas untuk urusan rasmi.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (T) Khir Johari
35400 Tapah Road, No. Tel : 05-4014 621
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail : ABD0074@moe.edu.my

5.5 Guru Besar meminta para guru untuk memberi satu kuiz setiap minggu dengan
menggunakan Delima serta memastikan murid jawab.

5.6 Tarikh-tarikh penting bagi agenda sekolah telah dibincangan untuk perancangan

minggu akademik persekolahan.

5.7 Guru Besar juga mengingatkan bahawa Amalan Baik dalam SSDM perlu diisi
sepanjang tahun

5.8 Guru Besar meminta guru bertugas dan guru kelas perlu mengadakan ’Spot Check’
setiap hari Isnin untuk menangani masalah displin di kalangan murid.

Agenda 6 : Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran dan penglibatan semua
guru. Beliau berharap segala perancangan berjalan dengan lancar dan seperti yang
dibincangkan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.
Tindakan& Makluman : Semua Guru

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

(Pn. M. Sumathy)
Setiausaha Mesyuarat Guru 2024/2025

You might also like