Vape Mengandungi Dadah Merbahaya

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

VAPE MENGANDUNGI DADAH MERBAHAYA

Berdasarkan rekod panggilan kes keracunan yang diterima oleh Pusat Racun Negara (PRN) sepanjang
tahun 2020 sehingga 2022, sebanyak 57 kes pendedahan vape telah diterima, 16 daripadanya
melibatkan vape yang disyaki mengandungi bahan aktif 𝙥𝙨𝙞𝙡𝙤𝙘𝙮𝙗𝙞𝙣, atau dengan nama lain, ‘Magic
Mushroom’. Ini bermakna 3 daripada 10 kes pendedahan vape melibatkan vape yang mengandungi
𝙥𝙨𝙞𝙡𝙤𝙘𝙮𝙗𝙞𝙣

Lebih menyedihkan, 4 daripada 16 kes pendedahan vape ‘Magic Mushroom’ ini melibatkan remaja
bawah umur dan masih bersekolah. Statistik ini hanya mengambilkira kes pendedahan vape yang
dilaporkan ke PRN. Kemungkinan lebih banyak lagi kes pendedahan vape di negara kita yang tidak
dirujuk ke PRN.

Antara gejala‐gejala pendedahan yang dilaporkan adalah melibatkan sistem saraf seperti
mengantuk, halusinasi, kekeliruan dan sawan serta melibatkan sistem kardiovaskular termasuklah
jantung berdebar‐debar, kadar denyutan jantung menjadi lebih laju atau lebih perlahan dan
perubahan pada bacaan ECG.

𝙋𝙨𝙞𝙡𝙤𝙘𝙮𝙗𝙞𝙣 adalah bahan terlarang yang dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, ini
bermakna penambahan 𝙥𝙨𝙞𝙡𝙤𝙘𝙮𝙗𝙞𝙣 kepada cecair vape dianggap menyalahi undang‐undang. Ini
juga menunjukkan bahawa vape boleh disalahgunakan untuk pengambilan dadah berbahaya.

Justeru, kawalan terhadap penggunaan vape harus diketatkan terutamanya yang melibatkan cecair
yang mengandungi ubat/dadah termasuk nikotin, 𝙥𝙨𝙞𝙡𝙤𝙘𝙮𝙗𝙞𝙣, kanabis, dan dadah berbahaya yang
lain.

Trend vape kini sangat pantas, dengan pelbagai teknologi baru dan taktik promosi untuk menarik
minat pembeli terutamanya golongan belia. Peranan keluarga dan pihak sekolah amat penting
terutamanya dalam memberi pendidikan tentang kesan buruk menghisap vape dan dadah
berbahaya serta menjadi ‘role model’ yang baik kepada remaja

Berkomunikasilah dengan mereka supaya mereka terbuka untuk bercerita mengenai kehidupan
mereka dan berikan sokongan serta dapatkan bantuan jika perlu terutamanya jika mereka sudah
terjebak dengan gejala menghisap rokok, vape, atau dadah berbahaya.

PUSAT RACUN NEGARA

You might also like