Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

2.

0 Kaedah Model Instruksional 5E


Tarikh 15 Disember 2020 Hari Selasa
Kelas Tingkatan 4 Bil Pelajar Hadir 12
Masa 8.00 – 9.00 pagi Bil Pelajar Tidak Hadir –
(60 minit)
Mata Pelajaran Sains
Tema Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Bidang Pembelajaran 5.0 Genetik
Standard Kandungan 5.4 Teknologi Kejuruteraan Genetik
Standard Pembelajaran Murid boleh:
5.4.1 Mewajarkan teknologi kejuruteraan genetik.
5.4.2 Membahaskan keasn teknologi kejuruteraan genetik dalam kehidupan.
5.4.3 Mewajarkan etika dalam teknologi kejuruteraan genetik
Objektif Pembelajaran i. Menjelaskan kejuruteraan genetik seperti DNA rekombinan (penggunaan plasmid), terapi gen dan
organisma termodifikasi genetik (GMO).
ii. Menilai kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik dalam pelbagai bidang.
iii. Menilai isu etika berkaitan pengklonan dan biohazard.
Isi Kandungan i. Definisi dan contoh kejuruteraan genetik seperti DNA rekombinan (penggunaan plasmid), terapi gen dan
organisma termodifikasi genetik (GMO).
ii. Kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik dalam pelbagai bidang.
iii. Etika dalam teknologi kejuruteraan genetik
Strategi Pengajaran Kooperatif
Kaedah Pentaksiran Lisan
Kaedah Pengajaran i. Soal jawab
ii. Perbincangan
iii. Pembentangan
iv. Debat
v. Flipped Classroom (pelajar diminta pada kelas sebelum ini untuk mencari bahan rujukan tambahan dan
membawa bahan tersebut untuk sesi PdP hari ini.)

This study source was downloaded by 100000769733841 from CourseHero.com on 02-10-2022 21:37:37 GMT -06:00
Bahan Bantu Mengajar i. Buku teks KSSM Sains Tingkatan 4
(BBM) ii. Bahan rujukan tambahan daripada pelajar sendiri
iii. Pemancar LCD
Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i. Domain kognitif
- Mengenal kejuruteraan genetik dalam kehidupan seharian.
- Menilai kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik dalam pelbagai bidang.
ii. Domain afektif
- Menambah keyakinan diri untuk menerangkan dan berkongsi maklumat yang di peroleh dengan rakan.
- Menerapkan nilai bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
iii. Domain psikomotor
- Berkomunikasi dengan rakan sekelas dengan baik bagi menyelesaikan isu yang diberikan.
- Kesedaran pelajar terhadap teknologi manusia yang semakin maju.
Kemahiran Proses • Meramal
Sains • Mengelas
• Berkomunikasi
Sikap Saintifik dan • Minat dan sifat ingin tahu tentang persekitaran.
Nilai Murni • Luwes dan berfikiran terbuka
• Bekerjasama
• Menghargai sumbangan sains dan teknologi
• Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam

This study source was downloaded by 100000769733841 from CourseHero.com on 02-10-2022 21:37:37 GMT -06:00
Fasa Rancangan Pengajaran Harian
Fasa/Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Pelibatan / Guru menunjukkan gambar: Gambar boleh
Engagement dipaparkan melalui
(5 minit) slaid
pembentangan
PowerPoint
ataupun dicetak

Guru bertanya soalan:


“Mengapakah wujud perbezaan yang ketara antara tomato-tomato itu?”
Beri masa pelajar untuk memikirkan jawapan sebelum memanggil beberapa wakil untuk menjawab
soalan tersebut.
Guru mengesahkan jawapan tersebut sama ada tepat, kurang tepat atau tidak tepat kemudian
menunjukkan keseluruhan gambar tersebut:

This study source was downloaded by 100000769733841 from CourseHero.com on 02-10-2022 21:37:37 GMT -06:00
Berdasarkan gambar tersebut, guru menjelaskan bahawa perbezaan itu adalah disebabkan oleh
kejuruteraan genetik dalam bidang pertanian.

Penerokaan / Pelajar di bahagikan kepada 3 kumpulan – 4 ahli, mengikut pelbagai aras kebolehan.
Exploration
Setiap kumpulan akan diberikan topik yang berbeza untuk membuat peta konsep:
(10 minit)
Kumpulan 1: DNA rekombinan (penggunaan plasmid)
Kumpulan 2: Terapi gen
Kumpulan 3: Organisma termodifikasi genetik (GMO)

This study source was downloaded by 100000769733841 from CourseHero.com on 02-10-2022 21:37:37 GMT -06:00
Peta konsep ditulis pada kertas mah-jong dan hendaklah mengandungi definisi topik, contoh serta
kebaikan dan keburukan teknologi tersebut dalam pelbagai bidang.
Pelajar menggunakan bahan rujukan yang telah mereka sediakan sebelum sesi PdP tersebut (flipped
classroom).

Penerangan / Setiap kumpulan membentangkan peta konsep mereka.


Explanation
Setiap kali selesai pembentangan daripada satu kumpulan, pelajar lain dikehendaki untuk bertanya
(15 minit)
sekurang-kurangnya 2 soalan mengenai pembentangan itu tadi.
Sekiranya perlu, guru boleh menambah idea atau membetulkan sebarang miskonsepsi pelajar mengenai
topik sewaktu atau setelah selesai pembentangan.

Pengolahan / Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan untuk aktiviti debat – 3 pembahas setiap kumpulan.
Elaboration
Satu pasukan dikenali sebagai Pihak Pencadang akan bertanding dengan satu pasukan lawan yang
(25 minit)
dikenali sebagai Pihak Pembangkang:

Kumpulan 1 vs Kumpulan 2
Kumpulan 3 vs Kumpulan 4
Guru akan memberi isu berkaitan topik yang dipelajari untuk dibahaskan. Contoh isu:

1. Kejuruteraan genetik dalam bidang pertanian perlu diwar-warkan.


2. Pengklonan adalah proses yang tidak beretika.
Guru menjadi hakim dan penjaga masa. Peruntukan masa diberi seperti:

2 minit – Persediaan setiap kumpulan yang akan berdebat dengan isi masing-masing
8 hingga 10 minit – Tempoh perdebatan untuk setiap sesi

This study source was downloaded by 100000769733841 from CourseHero.com on 02-10-2022 21:37:38 GMT -06:00
Setelah selesai sesi perdebatan, guru akan bertanya soalan mengenai isi yang dibahas kepada setiap
kumpulan. Hanya seorang wakil kumpulan akan menjawab. Masa menjawab adalah 2 – 3 minit sahaja.

Penilaian / Pelajar membuat refleksi masing-masing mengenai topik PdP tersebut pada Exit Slip yang diedarkan Exit slip –
Evaluation oleh guru. Lampiran A
(5 minit)
Pelajar akan beri Exit Slip tersebut kepada guru sebelum keluar daripada makmal.

This study source was downloaded by 100000769733841 from CourseHero.com on 02-10-2022 21:37:38 GMT -06:00
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like