Kertas Kerja Memohon Sumbangan Membina Gelanggang Bola Tampar Untuk Kegunaan Murid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN MEMBINA GELANGGANG BOLA TAMPAR

UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN LINGGI

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Linggi bercadang untuk membina sebuah gelanggang bersimen


serbaguna. Tujuan pembinaan gelanggang ini untuk melatih murid-murid supaya sesuai dengan
kejohanan yang dianjurkan di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan yang menggunakan
gelanggang bersimen atau parquet. Di samping itu, dengan adanya gelanggang bersimen ini
dapat menarik minat murid-murid Sekolah Kebangsaan Linggi untuk menceburi bidang sukan
bermula dari peringkat daerah sehingga peringkat antarabangsa.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Cadangan tempat gelanggang yang akan dibina ialah di tepi bangunan Program
Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Linggi.
2.2 Keluasan yang dicadangkan untuk membina gelanggang serbaguna ini ialah
25 meter panjang dan 15 meter lebar.
2.3 Reka bentuk gelanggang yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh yang
dilampirkan di lampiran 1.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengajar dan melatih murid-murid Sekolah Kebangsaan Linggi kemahiran dan cara
bermain bola tampar,tennis,bola jaring dan sepak takraw.
3.2 Mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid-murid dan melahirkan
murid-murid yang proaktif dalam bidang sukan.
3.3 Menjaga keselamatan berlatih di gelanggang yang lebih sesuai daripada berlatih di
gelanggang rumput yang berbatu.

4.0 RASIONAL

4.1 Memberi pendedahan awal kepada murid-murid bermain di gelanggang sebenar


yang bersimen.
4.2 Memastikan murid-murid dapat meningkatkan kualiti diri semasa latihan dan
bersedia menghadapi perlawanan sebenar.
5.0 PERANCANGAN

5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh diguna pakai untuk murid-murid
yang akan belajar di Sekolah Kebangsaan Linggi.
5.2 Tempat latihan yang lebih kondusif untuk menjalani latihan sepanjang tahun.
5.3 Tempat latihan yang sesuai juga dapat meningkatkan prestasi murid-murid
dari segi daya tahan otot,kekuatan otot dan kuasa otot.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Bahan/Alatan Kos Perbelanjaan


1. Simen,pasir Rm 7000
2. Tiang Rm 1000
3. Upah buruh Rm 7000
4. Kayu,besi, paku Rm 2000
4. Jumlah Rm 17000

6.1 Sila rujuk lampiran 1.


7.0 RUMUSAN

Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad.
Justeru, dengan sukacitanya pihak pengurusan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Linggi ingin
memohon sumbangan daripada Dato,Datin,Tuan dan Puan.

Disediakan oleh,

--------------------------------
( MUHAMMAD AZMIR BIN MAZLAN )
Penyelaras 1M1S,
Sekolah Kebangsaan Linggi.

Disemak oleh,

--------------------------------
( EN ABDUL JALIL BIN MOHAMAD)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Linggi.

Disahkan oleh,

--------------------------------
( PN PUTRI YATIMAH BINTI MEGAT YAHYA)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Linggi.

You might also like