Bab 15 - Program Nilam

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAB 15

PROGRAM BACAAN SEKOLAH


PROGRAM BACAAN NILAM

1. Pengenalan

Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di


sekolah-sekolah sehingga kini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mencadangkan satu program yang menggabungkan semua aktiviti membaca
yang dinamakan NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).

NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan


membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan
yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi
masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.

2. Matlamat

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam


kalangan murid-murid.

3. Objektif

3.1 Menjadikan murid banyak membaca


3.2 Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca

4. Tahap NILAM

4.1 Tahap Pertama : JAUHARI


4.2 Tahap Kedua : RAKAN PEMBACA (RP)

1
5. Tahap Pertama : JAUHARI

5.1 Membina Kemahiran dan menanam minat membaca


5.2 Wajib kepada semua murid yang telah menguasai kemahiran asas
membaca
5.3 Buku adalah dipinjam dari PSS, Perpustakaan Awam, Perpustakaan
Desa, pinjaman daripada kawan dan hak persendirian.
5.4 Kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan
seperti SR 1 dan SM 1 dalam lampiran 1
5.5 Sistem ganjaran JAUHARI
5.5.1 Berdasarkan kadar bacaan murid diberi pengiktirafan yang diterakan
dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan
Surat Akuan Sekolah
5.5.2 Pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai criteria pemilihan ke
sekolah kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspress atau
temuduga untuk penajaan. Cadangan pengiktirafan seperti lampiran
2.

6. Tahap Kedua : RAKAN PEMBACA

6.1 Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca


6.2 Telah melepasi tahap satu dan telah membaca 100 buah buku
6.3 Markah direkod dalam buku khas. Format dicadangkan seperti lampiran 3
6.4 Cara perlaksanaan RAKAN PEMBACA
6.4.1 Proses di tahap RAKAN PEMBACA ini ialah pelajar menerima
panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan untuk mereka.
Dicadangkan 10 orang pelajar yang berkebolehan dibimbing oleh
seorang guru.
6.4.2 Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang
untuk menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam

2
buku dari Pusat Sumber Sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku
ini akan dipinjam dan dibaca oleh rakan, keluarga dan jiran.
6.4.3 Pengiraan markah berdasarkan aktiviti yang dicadangkan seperti:
 Bercerita
 Membaca Bersama
 Bicara Buku
 Meminjam Buku

6.4.4 Cadangan markah bagi aktiviti seperti di atas ialah


 Bercerita 1 sesi x jumlah pendengar
 Membaca Bersama 1 sesi x jumlah pembaca
 Bicara Buku 1 sesi x jumlah pendengar
 Meminjam Buku 1 sesi x jumlah peminjam

Contoh Kiraan Markah


 Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 Membaca Bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
 Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 Meminjam Buku 1 sesi x 5 peminjam = 5 markah
JUMLAH = 18 markah

6.4.5 Sistem Ganjaran RP

Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam buku khas,
disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh
anugerah yang diberi adalah seperti berikut:
Markah Pengiktirafan
100 – 199 Gangsa
200 – 299 Perak
300 – 399 Emas
400 ke atas NILAM

3
7. Strategi Pelaksanaan

7.1 Satu buku panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut


kesesuaian sekolah. Perkara-perkara berikut perlu disediakan dengan jelas
dalam buku panduan berikut:
7.1.1 Jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya
7.1.2 Peranan warga sekolah
7.1.3 Penglibatan ibu bapa
7.1.4 Jenis bahan bacaan
7.1.5 Spesifikasi bacaan
7.1.6 Rekod Bacaan
7.1.7 Pengesanan dan penilaian
7.1.8 Lain-lain

7.2 Menubuhkan jawatankuassa Program Bacaan Sekolah


7.3 Mesyuarat Guru
7.4 Pengesanan dan penilaian program
7.5 Penyediakan bahan yang mencukupi adalah penting untuk keberkesanan
dan kejayaan program
7.5.1 Buku Bacaan
7.5.2 Rekod Bacaan
7.5.3 Bahan Panduan

7.6 Penggredan Buku


Penggredan bertujuan menentukan kesesuaian buku dengan tahap
Kebolehan membaca murid-murid. Proses penggredan buku dijalankan
seperti berikut:

7.6.1 JK Kerja menentukan kriteria menggred buku. Antara perkara yang


diambil kira ialah kesukaran perkataan yang digunakan, bidang ilmu

4
dan muka surat. Penggredan berbeda di antara buku Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris
7.6.2 Buku yang digredkan perlu ditentukan cara mengenalinya. Cara
yang mudah ialah dengan melekatkan tanda warna mengikut warna
yang ditentukan oleh pihak sekolah. Tanda warna dilekatkan di kulit
dan kad pinjaman

8. Kawalan / Pengumpulan Data

8.1 Rekod Bacaan Individu


8.1.1 Rekod Bacaan disediakan sebagai dokumen pembacaan murid. Di
samping itu pengisian rekod melatih murid mengingati pengarang
dan judul buku yang dibaca.
8.1.2 Rekod Bacaan dibina dalam bentuk yang mudah diisi supaya tidak
menjadi satu bebanan dan tidak memakan masa yang panjang
membuat catatan. Murid diberi peluang untuk menulis atau membuat
lakaran. Diharapkan dengan cara ini mereka seronok merekod
bacaan masing-masing.

8.2 Rekod Bacaan Kelas


8.2.1 Rekod Bacaan Kelas disediakan sebagai dokumen pembacaan
setiap kelas untuk memudahkan pihak PSS dan jawatankuasa
program bacaan membuat pemantauan. Rekod ini akan disimpan
secara berpusat di PSS diakhir tahun bagi memudahkan
pengesanan maklumat pembacaan terperinci apabila diperlukan.

8.3 Rekod Bacaan Sekolah


8.3.1 Rekod Bacaan Sekolah dibuat setiap akhir tahun. Segala maklumat
mengenai pembacaan direkodkan dan dihantar ke PSPN
Terengganu
( Contoh-contoh rekod-rekod bacaan di atas seperti dilampirkan)

5
9. Pengisian Butiran Bacaan

9.1 Laporan butiran bacaan disediakan dengan:


9.1.1 Guru mengisi butiran bacaan ke dalam kad kemajuan setiap tahun
berdasarkan entri dalam buku dalam maklumat bacaan yang telah
disahkan
9.1.2 Sekiranya kad kemajuan murid tidak memperuntukkan ruang untuk
merekod bacaan ini dengan menggunakan stamp di mana-mana
ruang kosong di dalam kad kemajuan bagi setiap tahun
persekolahan.
Contoh stamp:

Projek NILAM (Tahap JAUHARI)

Tahun : _________________
Bilangan Buku Yang Dibaca : ______________
Pencapaian : Asas / Sederhana / Tinggi /
Tertinggi
Tanda tangan guru :

9.1.3 Pada akhir tahun persekolahan (Tahun 6/ Tingkatan 5 ) jumlah buku


dihitung dan diberi anugerah mengikut ganjaran yang ditentukan.

9.1.4 Pencapaian keseluruhan dicatatkan ke dalam:


 Kad Kemajuan
 Surat Berhenti Sekolah
 Surat Akuan Sekolah

10. Dasar membaca NILAM

10.1 JK Program Bacaan Sekolah PSPN Terengganu telah menetapkan


dasar membaca yang standard, iaitu membaca sebuah buku samada

6
buku fiksyen atau bukan fiksyen. Bacaan ringan berbentuk majalah dan
akhbar tidak dikira
10.2 Buku fiksyen mesti dibaca sehingga selesai
10.3 Buku bukan fiksyen hendak dibaca sebuah buku atau beberapa muka
surat
10.4 Bilangan buku yang dibaca adalah berdasarkan purata bilangan muka
surat yang telah dibaca
10.5 Bagi berlaku adil kepada semua murid atau pelajar pengiraan
berdasarkan purata berikut:

10.5.1 Tahap 1 - 30 muka surat


10.5.2 Tahap 2 - 60 muka surat
10.5.3 Menengah Rendah - 100 muka surat
10.5.4 Menengah Atas - 150 muka surat

11. Contoh aktiviti Galakan Membaca

11.1 Rekod Kreatif / Papan Pamer Kreatif, Khemah Membaca


11.2 Program Cakna
11.3 10 minit Bersama Buku
11.4 Gerak Buku
11.5 KBKK Dalam Pembacaan

SEKOLAH RENDAH

Tahun Asas Sedehana Tinggi Tertinggi


1 9x1=9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36
2 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
3 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
4 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
5 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
6 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36
Jumlah 90 180 270 360

7
JADUAL SR 1

SEKOLAH MENENGAH

Tingkatan Asas Sedehana Tinggi Tertinggi


1 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
2 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
3 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2= 36
4 18 x 1 = 18 18 x 2 = 36 18 x 3 = 54 18 x 4 = 72
5 18 x ½ = 9 18 x 1 = 18 18 x 1½ = 27 18 x 2 = 36
Jumlah 72 144 216 288

JADUAL SM 1

18 = Pinjaman buku 2 minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun. Jumlah 36 minggu setahun
ialah minggu persekolahan, tidak mengambil kira minggu aktiviti sukan dan peperiksaan.

Nota : Murid Tahun 6, tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang pada 6 bulan
pertama untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua

SEKOLAH RENDAH

Jumlah Bacaan / Buku Pengiktirafan


90 – 179 Gangsa
180 – 269 Perak
270 – 359 Emas
360 keatas NILAM

JADUAL SR 2

SEKOLAH MENENGAH

Jumlah Bacaan / Buku Pengiktirafan


72 – 143 Gangsa
144 – 215 Perak
216 – 287 Emas
288 ke atas NILAM

8
JADUAL SM 2

Contoh Kad Rakan Pembaca

KAD MARKAH Program


RAKAN PEMBACA RP NILAM
NAMA :
TAHUN / TINGKATAN :
Bil. Jumlah:
Bi Tarik T.T
Aktiviti Buku / Pendengar / Markah
l h Guru
Sesi Pembaca / Peminjam

JUMLAH
Catatan:
Catatkan tarikh, jenis aktiviti seperti bercerita, membaca bersama, bicara buku atau pinjaman buku, bilangan
sesi atau buku dan jumlah pendengar, pembaca atau peminjam aktiviti berkenaan dilaksanakan.

You might also like