Kertas Kerja Solat Hajat SPM 2022

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM BACAAN YAASIN

TINGKATAN 5 SPM 2022 TAHUN 2023

1.0 PENDAHULUAN

Program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin merupakan salah satu acara tahunan yang sering Panitia
Pendidikan Islam. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru Islam
SMK Convent Ipoh.

2.0 MATLAMAT
Program ini merupakan persediaan kerohanian untuk pelajar Islam supaya berkeyakinan untuk
menghadapi peperiksaan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pengisian rohani kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
3.2 Untuk memohon kepada Allah SWT agar diberi keyakinan kepada para pelajar
menjawab serta keberkatan atas ilmu yang dipelajari.
3.3 Memenuhi keperluan sukatan pelajaran KBSM Pendidikan Islam

4.0 TARIKH/HARI/MASA
18 JANUARI 2023/RABU/11.00 PAGI

5.0 TEMPAT
Dewan Utama SMK Convent Ipoh

6.0 SASARAN
40 orang murid Islam

7.0 ANJURAN
Bahagian Pengurusan Dakwah Panitia Pendidikan Islam SMK Convent Ipoh dengan kerjasama
Badan Kebajikan Guru-guru Islam SMK Convent Ipoh.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Bayaran Penceramah RM 150.00 RM 150.00

2 Buku Yaasin RM 2.20 x 40 orang RM 88.00

3 Air mineral 1.5 liter RM1.50 X 40 orang RM 60.00

4 Makanan RM8.00 x 40 orang RM 320.00

JUMLAH RM 618.00
9.0 SUMBER PERUNTUKAN KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN

1 Bayaran Penceramah RM 150.00 PCG P.ISLAM

JUMLAH RM 150.00

BIL PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN

1 Buku Yaasin RM 2.20 x 40 orang RM 88.00 BBTP KAIM SUWA

2 Air mineral 1.5 liter (RM1.50 x 40 orang) RM 60.00

3 Makanan (RM8.00 x 40 orang) RM 320.00

JUMLAH RM 468.00

10.0 AJK INDUK :

Pengerusi : Cik Hjh Fatimah bt Umar [PK Pentadbiran]


Naib Pengerusi 1 : Pn Rafidah bt Mohd Ghazali [PK HEM]
Naib Pengerusi 2 : Pn. Samsiyatul-Aina bt Jelani [PK Kokurikulum]
Penyelaras : Pn. Normah bt Ahmad [Ketua Panitia Pend. Islam]
Setiausaha : Pn. Asma’ bt Abu Bakar
Bendahari : Pn. Siti Nur Tahirah bt Abdul Majid

11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

11.00 pagi : Pendaftaran murid dan ibubapa/penjaga


11.30 pagi : Ucapan pengerusi majlis
11.40 pagi : Solat Hajat dan Bacaan Yaasin diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Yusbajuri
Tazkirah ringkas
Bacaan doa
1.00 petang : Jamuan
1.30 petang : Bersurai

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakannya.

Disediakan oleh Disokong oleh Diluluskan oleh

…………………….. ……………………… ………………………


ASMA ‘ABU BAKAR
Setiausaha
JAWATANKUASA MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT
PELAJAR TINGKATAN LIMA SPM 2022
SMK CONVENT IPOH TAHUN 2023

Tarikh : 18 JANUARI 2023 (RABU)


Masa : 11.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Utama SMK Convent

AJK INDUK :

Pengerusi : Cik Hajah Fatimah bt Umar [PK Pentadbiran]


Naib Pengerusi 1 : Pn. Rafidah bt Mohd Ghazali [PK HEM]
Naib Pengerusi 2 : Pn. Samsiyatul-Aina bt Jelani [PK Kokurikulum]
Penyelaras : Pn. Normah bt Ahmad [Ketua Panitia Pend Islam]
Setiausaha : Pn. Asma’ bt Abu Bakar
Bendahari : Pn. Siti Nur Tahirah bt Abdul Majid

AJK PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

PENYELARAS : CIK NORKIAH BT ARIFFIN


1. AJK SAMBUTAN • Menyambut dan menjemput tetamu ke
Cik Hjh Fatimah bt Umar majlis (AJK PIBG dan Ibu bapa)
Pn. Rafidah bt Mohd Ghazali
Pn Syamsiyatul-Aina bt Jelani
Cik Norkiah bt Ariffin
Pn Norfithrah bt Nuruddin
Pn Suriati bt Mat Said
Pn Sariza bt Kamaruddin
2. AJK JEMPUTAN • Mendapat bilangan kehadiran ibu bapa
Pn. Nur Syahira bt Mohd Fatihi (K) dan pelajar
Pn. Sanisah bt Sukiman • Menyerahkan bilangan kehadiran kepada
AJK makanan
3. AJK PENDAFTARAN • Menyediakan borang pendaftaran ibu bapa
Pn. Nurashikin bt Muzafar (K) dan pelajar
Pn. Fazilah bt Karim • Mengambil kehadiran ibu bapa.
Cik Mariatul Arfah bt Mior Mohamad Ariff • Memastikan bilangan air mineral dan buku
yasin mencukupi sebelum majlis.
• Mengedarkan dan memastikan pelajar
mendapat air mineral dan buku yasin.
• Meletakkan air mineral guru di dalam
dewan sebelum majlis bermula.

4. AJK BUKU PROGRAM • Menentukan dan mendapatkan bahan-


Pn. Liana bt Jalil (K) bahan buku program
Pn. Mazni bt Mahamad Ajmi • Menyediakan draf buku program untuk
disemak
•Mencetak dan menyerahkan buku program
yang telah siap kepada jawatankuasa
pendaftaran
PENYELARAS : PN. SARIZA BT KAMARUDDIN
5. AJK PENGACARA MAJLIS • Menyiapkan skrip juru acara.
Pn. Sharifah Izatul Akmar (K) • Mengacarakan majlis.
Pn. Siti Nur Tahirah bt Abdul Majid

6. AJK CENDERAMATA • Menyediakan hadiah dan cenderamata


Pn. Yusma Dewi bt Mohd Yusof (K) untuk tetamu jemputan
Pn. Nurul Hidayah bt Taib • Memastikan hadiah telah disediakan
sebelum majlis bermula
• Menyediakan alas dan dulang hadiah

7. AJK PERSIAPAN DEWAN • Memastikan dewan dan sekitarnya telah


Pn. Asma’ Bt Abu Bakar (K) dimop dan dalam keadaan baik dan bersih
Pn. Khadijah bt Md Yusuff • Menyusun sejadah dan tikar sebelum
Pn. Azilawati bt Abdul Malik majlis bermula
Pn. Azlina bt Mad Isa • Menyediakan buku yaasin sebelum majlis.
• Memastikan dewan bersih dan menutup
Cik Normah bt Isa
semua suis dan pintu dewan
• Mengemas semua tikar dan sejadah
selepas selesai majlis.
• Mengumpul semula buku yasin selepas
majlis

PENYELARAS : PN. NORFITHRAH BT NURUDDIN


10. AJK LALU LINTAS • Menentukan tempat letak kereta tetamu,
Pn. Natrah bt Besri (K) ibu bapa dan guru-guru.
Cik Rosmahiza bt Ismail • Menyediakan pasukan petugas
keselamatan lalu lintas.
Dibantu oleh 5 orang murid • Menguruskan hal-hal keselamatan.

11. AJK DISIPLIN DAN KESELAMATAN • Memastikan keselamatan pelajar.


Pn Norhazaliza Bt Rezli (K) • Menguruskan disiplin pelajar bagi
Pn Suzana bt Yusoff memastikan majlis berjalan lancer.
• Mengawal dan memastikan keselamatan
pelajar semasa menunggu ibu bapa.

12. AJK SIARAYA/ MULTIMEDIA • Meyediakan peralatan mikrofon di tempat


Pn. Syaza bt Mohd Fuad (K) imam dan menyimpan semula.
Pn. Mahirah bt Hassin • Memastikan semua alat siaraya berfungsi
dengan baik.
Dibantu oleh pengawas • Menyimpan peralatan selepas majlis.
• Menyediakan dan menayangkan backdrop
majlis
• Memasang audio bacaan al quran atau
selawat sebelum majlis bermula.
13. AJK DOKUMENTASI DAN LAPORAN • Menyediakan laporan lengkap selepas
Pn. Normah bt Ahmad (K) majlis.
Cik Masitah bt Mohd Shuffian

PENYELARAS : PN. SURIATI BT MAT SAID


14. AJK JAMUAN VIP • Menempah makanan VIP.
Pn. Hamizah Bt Zakaria (K) • Menyediakan peralatan yang diperlukan
Cik Natrah bt Mohd Zain sebelum majlis bermula
Pn. Noranisah bt Mat Akhir • Memastikan bilik makan guru dalam
Pn. Nur Aishah bt Zanal Abidin keadaan bersih sebelum dan selepas
jamuan.

15. AJK JAMUAN IBU BAPA, GURU DAN • Menempah makanan ibu bapa, guru dan
PELAJAR pelajar.
Pn. Nor Haslina bt Sidek (K) • Mengedarkan makanan dan minuman
Pn. Asiah bt Kadir kepada ibu bapa, guru dan pelajar.
Pn. Hairul Hafizah bt Abdul Aziz • Memastikan pelajar membuang bekas
makanan dalam plastik yang disediakan.
Pn. Siti Aminah bt Baharuddin
• Memastikan kebersihan kantin selepas
makan.

17. AJK KEBERSIHAN • Memastikan dewan utama, sudut bacaan


Pn. Faizilanor Sutiara Bt Mohd Shuib (K) dan kantin serta sekitarnya berada dalam
Pn. Norasyikin bt Husain keadaan bersih.

18. AJK FOTOGRAFI • Mengambil gambar sebelum dan semasa


Cik Nurul Hanin bt Ibrahim (K) acara dijalankan.
Pn. Anastasia Aqilah bt Ahmad Jefri • Memastikan semua alatan dalam keadaan
baik.
Ruj.Kami : SMKC/IP/ 4
Tarikh : 9 JANUARI 2023

Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan/ Penjaga,


Pelajar Islam Tingkatan Lima,
SMK Convent, Ipoh, Perak.

Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan,

MAJLIS BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR TINGKATAN LIMA 2022

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan
Kebajikan Guru-guru Islam, SMK Convent, Ipoh akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat.
Berdasarkan ketetapan berikut :

Hari : RABU
Tarikh : 18 JANUARI 2023
Masa : 11.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Utama, SMK Convent, Ipoh

2. Sehubungan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan / puan untuk hadir bersama-sama bagi
menjayakan program ini. Besarlah harapan kami agar kita dapat mendoakan kejayaan anak-anak dalam
menghadapi peperiksaan yang akan datang.

3. Pihak sekolah juga mengalu-alukan sekiranya tuan / puan sudi memberi sumbangan seikhlas hati
bagi menampung perbelanjaan program ini.

4. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………
(FATIMAH BINTI UMAR)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Convent Ipoh
----------------------------------------------------------- KERATAN JAWAPAN-----------------------------------------------------

_________________________________
_________________________________
_________________________________

MAKLUM BALAS KEHADIRAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT


UNTUK PELAJAR TINGKATAN LIMA 2022/2023

Saya_________________________________________________________ibu/ bapa/ penjaga kepada


pelajar ____________________________________________________________ kelas ______________
HADIR/ TIDAK HADIR* ke Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat di SMK Convent Ipoh.

2. Bilangan ahli keluarga yang akan hadir adalah seramai _____________ orang.

3. Dengan ini saya menyumbang sebanyak RM_______________ kepada pihak sekolah bagi menampung
aktiviti program. Pengesahan kehadiran atau sumbangan hendaklah diserahkan kepada guru pendidikan
Islam sebelum atau pada 13 Januari 2023.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

….………………………………..
( )

*potong yang tidak berkenaan

You might also like