Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEDAP 2023

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN
PENAN (KEDAP)

BIL. 1/2023

Tarikh : 11 Nov 2023


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SASUPER
Pengerusi : En. Mohd Shafii bin A. Bakar

KEHADIRAN :

1. En. Mohd Shafii bin A. Bakar (Guru Besar)


2. En. Khairil Izat bin Harazaman (PK Pentadbiran)
3. Pn. Siti Nur Raidah bt Md. Yusuf (Penyelaras KEDAP)
4. En. Lukman Hakim bin Ramli (Guru KEDAP)
5. Cik Kartina a/p Kedah (Guru KEDAP)

BIL AGENDA TINDAKAN

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Ucapan Terima Kasih kepada semua yang hadir pada hari ini.
1.2. Penerangan tujuan mesyuarat diadakan.
1.3. Ucapan tahniah kepada semua guru dan pihak pengurusan atas
kejayaan program-program yang telah dilaksanakan bersama Pelajar Makluman
KEDAP bagi sepanjang sesi Kelas KEDAP 2023.

2. Ucapan Penyelaras KEDAP


KEDAP 2023

2.1. Ucapan ribuan terima Kasih kepada semua guru yang terlibat
sepanjang Kelas KEDAP diadakan kerana telah berjaya menarik
Pelajar KEDAP bukan Sahaja dalam program KEDAP malahan juga
program-program lain yang melibatkan murid-murid serta sektor- Guru KEDAP
sektor lain. Antara program yang telah berjaya diadakan bersama
Pelajar KEDAP ialah:
i. Program Sambutan Hari Raya
ii. Program Mural dan Kecerian SASUPER
iii. Program Anyaman Bersama KEDAP dan Guru-guru SASUPER
iv. Lawatan sambil Belajar KEDAP ke Langkawi

2.2. Pencapaian pelajar KEDAP telah menunjukkan peningkatan bagi


sebahagian besar pelajar KEDAP dalam semua sujek terutamanya
Bahasa Melayu dan Matematik.

2.3. Pada sesi KEDAP yang akan datang, guru-guru diharap dapat
melaksanakan tugasan dengan lebih baik lagi untuk memastikan
hasil yang lebih memberangsakan yang secara tidak langsung akan
memberikan faedah dan kesan yang lebih baik kepada komuniti
Orang Asli di Sungai Pergam.

2.4. Majlis Graduasi KEDAP akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi
memberikan penghargaan kepada semua Pelajar KEDAP atas
usaha dan prestasi yang memberangsangkan pada sepanjang sesi
kelas berlangsung. Oleh itu, semua guru KEDAP telah bersetuju
untuk memberikan sumbangan 50% dari jumlah elaun KEDAP yang
akan diterima bagi bulan Oktober.

3.0 Hal-hal lain

3.1. En. Khairil Izat mengucapkan tahniah kepada semua guru atas Guru KEDAP
usaha yang telah diberikan sepanjang Kelas KEDAP belangsung.
Beliau berharap guru-guru KEDAP sentiasa bersedia untuk
menghadapi Kelas KEDAP bagi sesi akan datang dan dapat
membuat pemilihan Pelajar KEDAP sebaik mungkin.
KEDAP 2023

4. 0 Penutup

4.1. Harapan agar semua yang telah dirancang berjalan dengan baik Makluman
dan Kelas KEDAP akan memberi impak yang besar kepada
komuniti dan masyarakat setempat terutamanya kepada
Penduduk Sungai Pergam.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

…………………………………………. …………………………………………….
(PN SITI NUR RAIDAH BINTI MD. YUSUF) (EN MOHD SHAFII BIN A. BAKAR)
Penyelaras KEDAP 2023 Guru Besar
SK Sungai Pergam Kemaman SK Sungai Pergam

You might also like