Text

You might also like

Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sejak kebelakangan ini kempen kitar semula begitu giat dilaksanakan oleh kerajaan.

Banyak usaha untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan kempen ini giat
dijalankan. Kitar semula ialah suatu kaedah memproses semula bahan-bahan tertentu
untuk digunakan sebagai bahan hasilan yang lain. Hal ini membayangkan kepada kita
bahawa satu anjakan paradigma perlu dilakukan demi menjayakan hasrat murni
kerajaan. Rakyat Malaysia perlu sepakat kerana muafakat itu berkat dan
pelbagai maslahat yang diperoleh daripada kempen kitar semula.
Amalan kitar semula memberi keuntungan kepada rakyat sekiranya
dilakukan secara kolektif. Bahan-bahan buangan akan dikumpulkan di pusat
pengumpulan sebelum dihantar ke kilang-kilang untuk diproses semula. Kilang-kilang
akan mengeluarkan semula bahan-bahan yang dihasilkan seperti kertas tisu, tin-tin
dan sebagainya. Melalui penghasilan bahan ini, kos pengeluaran dapat dijimatkan.
Bahan-bahan itu pula akan dijual dengan harga yang lebih rendah. Manfaatnya dapat
dinikmati oleh pengguna kerana pengguna tidaklah dibebani dengan harga yang tinggi
untuk membeli barangan yang dihasilkan daripada bahan yang dikitar semula. Dalam
hal ini, kita boleh menabung hasil daripada pendapatan kita. Walaupun jumlahnya
mungkin tidak banyak, tetapi dalam jangka masa panjang boleh menjadi banyak
kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Kitar semula juga merupakan suatu cara untuk mendidik rakyat agar
bijak membuang sampah. Melalui program ini juga rakyat akan lebih prihatin dan
bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan negara kita lebih bersih, indah dan dapat me-
narik pelancong-pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Selain itu, bahan-bahan
yang dibuang di merata-rata tempat akan mencemarkan alam sekitar. Melalui longgokan
sampah dan bekas takungan seperti tin, tayar buruk dan sebagainya akan mengundang
penyakit taun, malaria dan demam denggi. Amalan kitar semula dapat menghindarkan
penyakit-penyakit tersebut kerana tempat pembuangan sampah yang terurus berjaya
mengelakkan penularan wabak ini. Hal ini juga bertepatan dengan lidah
pendeta mencegah lebih baik daripada mengubati, sekali gus menjamin kehidupan yang
selesa dan sejahtera kerana persekitaran yang bersih.
Perkara yang menarik tentang kempen kitar semula ialah usaha ini dapat
memberikan pendapatan tambahan kepada para pengguna. Mereka yang pandai merebut
peluang boleh menjadikan usaha ini sebagai kerja tambahan untuk menambah
pendapatan. Bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan dibeli oleh pusat
pengumpulan bahan buangan. Ringkasnya, kita memperoleh bahan-bahan ini secara
percuma tetapi hanya memerlukan sedikit usaha dan kerajinan seperti kata
pepatah, usaha itu tangga kejayaan. Programserampang dua mata ini jelas
mendatangkan impak positif kepada rakyat kerana bukan sahaja berupaya menambahkan
pendapatan isi rumah, tetapi juga kepada kewujudan industri hiliran yang berkaitan
dengan bahan buangan. Implikasinya, pendapatan rakyat dan negara akan meningkat.
Kesimpulannya, kempen kitar semula ialah suatu usaha yang sangat
berfaedah kepada negara dan rakyat. Banyak pihak yang mendapat manfaat daripada
usaha ini. Kempen ini seharusnya diteruskan agar lebih ramai rakyat tampil untuk
menyahut seruan ini dan mengamalkan program kitar semula. Kita sepatutnya
menjadikan program ini amalan dalam kehidupan kita kerana Islam sendiri
mengingatkan kita bahawakebersihan itu sebahagian daripada iman. Hal ini selaras
dengan impian Perdana Menteri yang mahu melahirkan rakyat yang mempunyai minda
kelas pertama.

You might also like