Fahaman Agnostik: Ancaman Terhadap Kehidupan Beragama

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU552)

TAJUK KERTAS KERJA


FAHAMAN AGNOSTIK: ANCAMAN TERHADAP KEHIDUPAN
BERAGAMA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. PELAJAR KUMPULAN


NUR AMIRA NAJIHA BINTI MAZLAN 2022862344 CTU552-BA15
QISTINA DAMIA SORFINA BINTI HISHAM 2022663594 CTU552-BA15
SITI AISYAH BINTI ROHAIZAD 2022467622 CTU552-BA15
NURAISYAH BINTI SEH ZAHIDI 2022856086 CTU552-BA15

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN SITI KHURSHIAH BINTI MOHD MANSOR

TARIKH:
4 DISEMBER 2022
PERAKUAN PELAJAR

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang kami
serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber,
atau mencuba untuk meniru daripada mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib ACIS.

NAMA PELAJAR NO. PELAJAR TANDATANGAN TARIKH


NUR AMIRA NAJIHA BINTI
2022862344 Amira 4 Disember 2022
MAZLAN
NURAISYAH BINTI SEH
2022856086 Nuraisyah 4 Disember 2022
ZAHIDI
QISTINA DAMIA SORFINA
2022663594 Qistina 4 Disember 2022
BINTI HISHAM
SITI AISYAH BINTI
2022467622 Aisyah 4 Disember 2022
ROHAIZAD
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1. BORANG PERAKUAN PELAJAR i
2. ISI KANDUNGAN ii - iii
3. 1.0 PENDAHULUAN 1–2
2.0 LATAR BELAKANG FAHAMAN
4. 3
AGNOSTIK
5. 3.0 DEFINISI FAHAMAN AGNOSTIK 4
4.0 CIRI-CIRI GOLONGAN YANG
MENGAMALKAN FAHAMAN AGNOSTIK
4.1Meragui Kewujudan Tuhan
6. 4.2 Lebih Fleksibel 5-7
4.3 Terlalu Taksub dan Memuja-muja Diri Sendiri
4.4 Mengutamakan Sains dan Logik
5.0 JENIS-JENIS GOLONGAN AGNOSTIK
5.1 Agnostisme Lemah
5.2 Agnostisme Tegar
7. 5.3 Agnostik Teisme 8-9
5.4 Agnostik Ateisme
5.5 Agnostisme Apatetik
5.6 Ignostisme
6.0 FAKTOR KEWUJUDAN FAHAMAN
AGNOSTIK
5.1 Masalah Kepelbagaian Agama
5.2 Kelemahan Sistem Pendidikan
8. 5.3 Penguatkuasaan Undang-Undang Kurang 10 - 14
Memuaskan
5.4 Kurang Didikan Agama
5.5 Persekitaran Yang Mempengaruhi Cara Hidup

7.0 KESAN DARI FAHAMAN AGNOSTIK


7.1 Perasaan Bingung Dan Kacau Bilau Serta Hilang
Ketenangan Jiwa
9. 7.2 Kemurungan, Bersedih Dan Juga Tertekan 15 - 17

7.3 Rasa Keluh Kesah Yang Tidak Reda


7.4 Kehendak Untuk Membalas Dendam
8.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
FAHAMAN AGNOSTIK
8.1 Peranan Ibu Bapa

10. 8.2 Peranan Agensi Kerajaan, Swasta, NGO Dan 18 - 20


Sebagainya
8.3 Peranan Pendidikan
8.4 Peranan Masyarakat

11. 9.0 KESIMPULAN 21


12. RUJUKAN 22 - 25
13. LAMPIRAN 26
14. JADUAL AGIHAN TUGAS 27
1.0 PENDAHULUAN

Tugasan ini akan membincangkan tentang “Fahaman Agnostik: Ancaman Terhadap


Kehidupan Beragama.” Tujuan tugasan ini dilaksanakan untuk mengklasifikasikan beberapa
topik iaitu ciri-ciri golongan agnostik, faktor kewujudan fahaman agnostik, kesan yang akan
berlaku jika mengamalkan fahaman agnostik serta langkah mengatasi penularan fahaman
agnostik. Tugasan ini disediakan untuk menceritakan tentang penularan fahaman agnostik yang
semakin pesat berkembang di kalangan masyarakat dan akan memberikan ancaman kepada
kehidupan agama.

Agnostik didefinisikan sebagai tidak boleh diketahui (Flew AGN, 2017). Secara amnya,
rata-rata msyarakat khususnya Malaysia mempercayai kewujudan Tuhan manakala masyarakat
barat pula kebanyakannya meragui kewujudan Tuhan walaupun mereka menganuti sesuatu
agama seperti Kristian, Buddha dan sebagainya. Menurut Rukun Negara, kepercayaan kepada
Tuhan merupakan rukun yang pertama yang harus dilaksanakan. Begitu juga dengan Rukun
Iman. Namun begitu, menerusi arus kemodenan yang semakin giat membangun serta
pemikiran asing menyebabkan fahaman agnostik semakin menular dikalangan masyarakat
khususnya golongan muda. Malah, masalah fahaman ini bukan sahaja berlaku dikalangan umat
Islam, malah ia juga terjadi dikalangan agama yang lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dan
sebagainya. Hal ini sekali gus dapat merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam.
Rasulullah SAW berpesan betapa pentingnya umat Islam untuk menyelamatkan akidah dalam
hadis yang bermaksud:

“Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan


segolongan yang lain yang melanggari batasan-batasan Allah. Perumpamaan mereka adalah
seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan menduduki
bahagian atas dan satu golongan lagi menduduki bahagian perut kapal tersebut. Apabila
golongan yang berada di dalam perut kapal memerlukan air mereka menyuruh golongan
yang di atas mengambilkannya untuk mereka sehinggalah mereka berkata: ‘Adakah patut
kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh
mendapati air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini’. Maka sekiranya
golongan di atas tidak mencegah 4 mereka daripada kebodohan ini, mereka akan karam
kesemuanya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhary dan at-Tirmidzi)

1
Seterusnya, fenomena yang semakin kritikal dan kian membarah dalam kalangan
golongan muda pada hari ini adalah kecenderungan terhadap fahaman agnostisisme. Kepesatan
teknologi maklumat yang berasaskan internet, kecanggihan alat telekomunikasi seperti telefon
bimbit, komputer, tablet dan sebagainya serta pelbagai perisian media sosial seumpama
Facebook, Instagram, WeChat dan Whatsapp telah mendedahkan golongan muda Islam kepada
pelbagai bentuk aliran pemikiran dan ideologi semasa.

Oleh itu, masyarakat beragama haruslah berganding bahu menangani masalah ini
supaya masyarakat terutamanya golongan muda tidak terpengaruh dengan fahaman dan ajaran
agnostik yang akan memberi ancaman dan boleh menggugat cara hidup kepada msyarakat yang
beragama.

2
2.0 LATAR BELAKANG FAHAMAN AGNOSTIK

Menurut Syed Muhammad Naquib al- Attas, kelompok ini dapat dikesan seawal zaman
Yunani kuno dan fahaman Agnostik ini berasal daripada pemikiran falsafah pada zaman Yunani
kuno yang diasaskan oleh golongan Sophist. Golongan ini berbeza dengan apa yang ditekan
oleh Imam al- Nasafi yang menulis dalam kitab' Aqaid al- Nasafi bahawa hakikat segala sesuatu
itu adalah tetap dan pengetahuan mengenainya boleh dicapai, berselisishan fahaman dengan
golongan berfahaman Sophist. Fahaman ini dibawa oleh Protagoras, Georgias, Hippias dan
Prodicus dan fahaman ini adalah ulangan semula asas mereka yang sama dengan fahaman
falsafah zaman klasik terdahulu. Mereka menyebarkan fahaman etika dan epistemologi
relativisme. Bagi mereka, hakikat kewujudan adalah tidak penting dan tidak akan pernah
diketahui Agama menurut mereka adalah penipuan semata- mata manakala ibadah itu tidak
bermanfaat.

Berdasarkan tesis Ijazah Doktor Falsafah Dr Basri Husin yang bertajuk ‘Perbahasan
Epistemologi Dalam Wacana Kalam Al-Asha'irah Analisis Terhadap Pemikiran Al- Baqillani
dan Al- Baghdadi’, menjelaskan dengan baik tentang epistemologi ilmu menurut Islam
berdasarkan susunan ilmuwan muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asha'irah. Huraian
mengenai golongan yang mengingkari kebenaran sesuatu ilmu yakni Sophist merupakan salah
satu perbahasan yang diambil berat oleh al- Baghdadi. Ini kerana ia merupakan bertentangan
dengan tabiat dan tujuan ilmu pengetahuan bagi mencapai ilmu yang yakin serta benar. Al-
Baghdadi dalam kitab al- Farq Bain al- Firaq, menyusun lima belas prinsip, yang mana beliau
meletakkan perbahasan epistemologi sebagai prinsip pertama yang wajib dipegang. Ini kerana
mustahil bagi seseorang itu dapat berpegang dengan mana- mana kepercayaan jika ia tidak
mempercayainya ia adalah benar secara yakin, tidak ragu dan tidak syak. Maka, ia berkaitan
dengan kebenaran sesuatu perkara itu mestilah boleh dicapai.

Prof Dr Syed Muhammad Naquib al- Attas menegaskan bahawa al- Baghdadi adalah
tokoh pertama yang mengklasifikasikan secara sistematik berkenaan metodologi tiga
kelompok yang meragui kebenaran sesuatu ilmu. Kemudian ia dikembangkan oleh beberapa
tokoh terkemudian seperti al- Nasafi, al- Taftazani dan al- Raniri yang menamakan kelompok
tersebut sebagai al-' inadiyyah, al-' indiyyah dan al- la adriyyah.

3
3.0 DEFINISI FAHAMAN AGNOSTIK

Agnostik merupakan fahaman bahawa nilai kebenaran dakwaan tertentu terutamanya


tentang kewujudan dan ketidakwujudan suatu Tuhan atau dewa tetapi juga dakwaan
keagamaan dan metafizik lain tidak diketahui atau dapat diketahui. Perkataan agnostik ini boleh
ditakrifkan sebagai “tanpa pengetahuan.” Dalam Bahasa Arab, golongan ini digelar sebagai
penganut fahaman "Al-la adriyyah" yang bermaksud "saya tidak tahu.” Dengan kata frasa Arab
"La" di hadapannya, ia bermaksud "tidak tahu.” Dalam Bahasa Yunani pula ‘a’ yang bermaksud
tanpa dan ‘ngostikos’ yang bermaksud pengetahuan.

Terdapat tiga jenis golongan yang mengamalkan fahaman agnostik ini iaitu skeptik (Al-
‘Inadiyyah), relatif (Al-‘Indiyyah) serta agnostik (Al-la Adriyyah).

• Skeptik (Al-‘Inadiyyah)
Al-‘inadiyyah merupakan terdiri daripada kumpulan yang berkeras kepala dan
menafikan bahawa segala hakikat sesuatu dan menganggap hakikat itu sebagai fantasi
dan khayalan semata-mata. Gologan ini juga tidak mengakui bahawa kewujudan ilmu,
orang yang berilmu dan objek yang diketahui.

• Relatif (Al-‘Indiyyah)
Al-‘Indiyyah ini lebih kepada bersikap subjekti. Golongan ini bersifat ragu-ragu
terhadap ilmu dan memikirkan bahawa samada wujud atau tidak hakikatnya.

• Agnostik (Al-la Adriyyah)


Golongan Al-la Adriyyah atau boleh dipanggil dengan agnostik adalah golongan yang
sering mengatakan mereka tidak mengetahui. Golongan ini berpegang bahawa tidak
ada hakikat yang mutlak. Semua kepercayaan adalah benar bagi mereka.

4
4.0 CIRI-CIRI GOLONGAN YANG MENGAMALKAN FAHAMAN AGNOSTIK

4.1 Meragui Kewujudan Tuhan

Kita dapat mengetahui golongan ini adalah golongan agnostik dengan beberapa ciri
yang kita boleh lihat. Antaranya ialah mereka ini mempunyai Tuhan, bertuhan dengan maksud
lainnya mereka percaya akan kewujudan tuhan. Akan tetapi, mereka tidak beragama dan tidak
menganut apa-apa agama. Rasulullah SAW ada meriwayatkan di dalam hadis yang berkaitan
dengan perkara ini yang bermaksud:

“Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah Allah dan segolongan yang
lain melanggari Batasan Allah.”

Dalam erti kata lain, ada golongan yang mengikut perintah Allah iaitu golongan yang
memasuki agama Islam. Akan tetapi, ada juga golongan lain yang menolak untuk melanggar
perintah Allah atau tidak ingin menganut apa apa agama kerana pada mereka, hidup tidak
beragama dan tidak bertuhan adalah lebih bebas. Salah satu sebab mengapa golongan ini tidak
dapat melihat keindahan islam kerana mereka kurang dalam penghayatan dan kefahaman
dalam beragama. Mereka terlalu melihat sesuatu perkara dalam sesuatu agama itu sebagai
keburukan. Oleh sebab itu, mereka menganggap kehidupan beragama ini menghalangi
kehidupan bebas mereka dalam melakukan sesuatu. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf
ayat 179:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan
manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat
Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-
tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya
untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”

(Surah Al-A’raf; 7:179)

5
4.2 Lebih Fleksibel

Golongan agnostik ini juga berfikiran lebih fleksibel. Fikiran mereka berubah-ubah dan
tidak tetap. Tidak seperti golongan beragama yang lain yang tidak mudah terpengaruh dengan
ajakan agama lain dan setia dengan agama mereka. Golongan ini mendapati kewujudan Tuhan
tidak dapat dibuktikan dan mustahil untuk dibuktikan. Mereka percaya Tuhan itu ada akan
tetapi masih tidak yakin dan ragu-ragu akan kewujudan tersebut.

4.3 Terlalu Taksub dan Memuja-muja Diri Sendiri

Terlalu memuja-muja dan berbangga diri juga adalah salah satu ciri-ciri golongan yang
mengamalkan fahaman agnostik. Mereka tidak memuja Tuhan kerana tidak bertuhan. Akan
tetapi, mereka sering memuja-muja diri sendiri dan merasa bangga dengan kehebatan diri
sendiri. Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 63,

“…..Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan
mentaati hawa nafsu mereka sendiri)"

(Surah Al-Qasas; 28:63)

Oleh kerana itu, mereka tidak mengamalkan ritual keagamaan. Ritual ini adalah sebagai
simbol untuk sesuatu agama ataupun tradisi dan adat sesuatu kaum. Ritual tidak boleh
dilakukan secara sembarangan tanpa tahu tujuan dan cara untuk melakukannya. Ada sesetengah
agama melakukan ritual untuk tujuan meningkatkan iman masing-masing. Perbuatan ini hanya
boleh dilakukan untuk setiap manusia yang mempunyai atau menganut agama yang sesuai
dengan keyakinan mereka terhadap agama yang mereka miliki. Disebabkan itu, golongan ini
tidak mengamalkan ritual keagamaan kerana mereka tidak yakin terhadap kewujudan tuhan
dan tidak beragama. Walau bagaimanapun, sesetengah dari mereka ada yang menganut dan
memiliki agama. Namun, tidak semua daripada golongan ini memilih untuk mempunyai tuhan
dan beragama.

6
4.4 Mengutamakan Sains dan Logik

Setiap manusia yang mempunyai agama dia atas muka bumi ini melakukan sesuatu
berdasarkan kitab mereka masing-masing. Contohnya seperti seseorang yang beragama islam.
Sebagai umat islam, kita melakukan sesuatu berpandukan Alquran dan As-sunnah sebagai
sumber utama kehidupan kita. Akan tetapi, golongan agnostik ini tidak mempercayai tentang
apa-apa yang berdasarkan agama. Mereka hanya mempercayai apa-apa yang berkaitan dengan
sains dan logik mengikut akal mereka sendiri. Logik bermaksud satu elemen dalam
mempengaruhi apa-apa perkembangan ilmu sains dan matematik. Berdasarkan kenyataan
tersebut, golongan ini lebih memilih untuk mempercayai ilmu sains dan apa-apa yang boleh
difikir mengikut logik akal agar mereka bebas dalam melakukan sesuatu dan tidak terhad.
Baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu
berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi
SAW)”

(Hadis Riwayat Imam Malik)

7
5.0 JENIS-JENIS GOLONGAN AGNOSTIK

Berdasarkan beberapa ciri yang kita ketahui untuk mengenal golongan agnostik,
golongan ini juga dapat dikategorikan kepada beberapa jenis. Terdapat enam jenis agnostik
iaitu agnostisme lemah, agnostisme tegar, agnostik teisme, agnostik ateisme, agnostisme
apatetik dan akhir sekali ignostisme.

5.1 Agnostisme Lemah

Agnostisme lemah adalah bersifat lembut, ringan, terbuka, empirikal iaitu pemerhatian
melalui kajian atau sementara. Golongan agnostik ini berpendapat bahawa kewujudan tuhan
pada masa ini tidak semestinya tidak dapat diketahui. Akan tetapi, masih belum diketahui
kewujudannya melalui sesuatu perkara. Mereka hanya boleh mengesahkan bahawa tidak tahu
sama ada tuhan itu ada atau tidak. Dalam maksud lainnya, mereka mengabaikan persoalan sama
ada mereka mengetahui sesuatu tentang kewujudannya. Namun, mereka tidak sedar akan
perkara tersebut. Jadinya, mereka tetap berpegang bahawa kewujudan tuhan tetap tidak dapat
dibuktikan.

5.2 Agnostisme Tegar

Golongan agnostisme tegar (kuat) pula bersifat keras, bertutup, tegas atau kekal.
Golongan ini berpendapat kewujudan tuhan semestinya tidak dapat diketahui dan tetap tidak
akan dapat diketahui selama-lamanya. Seseorang yang mengamalkan fahaman agnostik secara
kuat, mereka tidak hanya berpendapat bahawa mereka tidak tahu sama ada tuhan itu wujud.
Malah, mereka juga mendakwa bahawa tidak ada yang dapat tahu sama ada wujud atau tidak
dewa atau tuhan tersebut.

5.3 Agnostik Teisme

Seterusnya, agnostik teisme. Golongan ini percaya bahawa mereka mempercayai


tentang kewujudan tuhan. Namun, mereka tidak dapat mengenali atau mengetahui akan
kewujudan tuhan tersebut. Berdasarkan ciri-ciri golongan fahaman agnostik, kita dapat
mengetahui bahawa mereka melakukan sesuatu melalui kajian ilmu sains dan logic akan. Akan,
tetapi, bagi golongan agnostik teisme, mereka hanya berpegang teguh dengan kepercayaan
mereka tanpa mereka mengkaji dan mereka tidak memerlukan bukti dari kajian saintifik.

8
5.4 Agnostik Ateisme

Agnostik ateisme pula mereka tidak percaya kepada tuhan dan mereka mendakwa
bahwa tuhan itu tidak wujud kerana mereka tidak mempunyai bukti dan tidak dapat
membuktikan akan kewujudan tuhan tersebut. Kepercayaan mereka adalah hanya dengan
pembuktian secara fizikal, melalui kajian saintifik dan logik akal fikiran semata.

5.5 Agnostisme Apatetik

Jenis lain golongan agnostik adalah agnostisme apatetik. Mereka ini mengambil sikap
tiak ambil berat dan acuh tidak acuh akan keujudan tuhan. Mereka tidak peduli sama ada tuhan
itu wujud atau tidak. Persoalan tentang tuhan itu wujud atau tidak hanyalah bersifat falsafah
yang tidak mempunyai nilai serta tidak memberi impak kepada manusia. Pada pendapat
mereka, kewujudan tuhan bukanlah sesuatu perkara yang perlu diambil berat dan bukan sesuatu
yang amat penting untuk difikirkan.

5.6 Ignostisme

Berlawanan dengan agnostisme apatetik, ignostisme mempunyai fahaman yang


mempersoalkan apakah asas tuhan wujud atau sebaliknya. Ini kerana mereka menganggap
bahawa tuhan adalah istilah iaitu perkara yang berbeza terhadap orang yang berbaza dan dalam
agama dan tradisi masing-masing.

Secara kesimpulannya, kita dapat mengetahui bahawa golongan agnostik tidak


mempercayai bahawa tuhan itu wujud dan mereka tidak dapat membuktikan tentang
kewujudan tuhan itu tersebut. Mereka tidak beragama dan memilih untuk tidak menganut apa-
apa agama. Maka, persoalan daripada golongan ini yang berkaitan sama ada tuhan itu wujud
atau tidak, tidak akan pernah terjawab. Oleh sebab itu, golongan ini dipanggil agnostik iaitu
bebas. Mereka bebas daripada terikat dengan mana-mana agama.

9
6.0 FAKTOR KEWUJUDAN FAHAMAN AGNOSTIK

6.1 Masalah Kepelbagaian Agama

Faktor berlakunya fahaman agnostik adalah disebabkan masalah kepelbagaian agama


di Malaysia ini. Hal ini kerana golongan yang mengamalkan fahaman agnostik ini berpendapat
bahawa kepelbagaian agama menjadi punca terjadinya kepercayaan terhadap Tuhan itu wujud
tetapi ia telah diciptakan oleh akal manusia. Bahkan sesetengah golongan agnostik juga
meragui kewujudan Tuhan. Tambahan pula, terdapat pelbagai agama yang dianut seperti Islam,
Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada Islam, bahkan
agama lain juga mempunyai golongan yang mengamalkan fahaman agnostik tersebut. Jadi jelas
bahawa masalah kepelbagaian agama dan fahaman menjadi faktor utama golongan fahaman
agnostik wujud.

Walaupunbegitu, Allah S.W.T telah menyatakan bahawa seseorang tidak akan diazab
jika ingin mencari kebenaran tentang Islam dengan sendirinya. Oleh itu, sebagai orang Islam
yang memegang teguh kepada ajaran Ahli Sunah Waljamaah haruslah mentauhidkan Allah
S.W.T. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 15:

“Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya
faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa
yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya
juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(bahkan dosa usahanya sahaja). Dantiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami
mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).”

(Al-Isra’; 17:15)

6.2 Kelemahan Sistem Pendidikan

Seterusnya, yang mempengaruhi perkembangan golongan fahaman agnostik ialah


sistem Pendidikan yang sedia ada berada di tahap yang tidak memuaskan. Sebagai contoh,
waktu yang diperuntukkan untuk matapelajaran Pendidikan Islam adalah sangat terhad sama
ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

10
Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2007), masa yang diperuntukkan bagi
matapelajaran Pendidikan Islam untuk peringkat sekolah rendah adalah sebanyak 150 minit
seminggu manakala peringkat sekolah menengah pula sebanyak 200 minit seminggu.
Walaupun matapelajaran Pendidikan Islam telah ditetapkan dalam sistem kokurikulum
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), namun pelajar hanya mempelajari matapelajaran tersebut
semata-mata untuk lulus peperiksaan. Mereka tidak menerapkan nilai-nilai yang ada pada
matapelajaran tersebut dalam diri masing-masing. Hal ini secara tidak langsung dapat
merosakkan akidah dan akhlak kerana tidak menjiwai matapelajaran tersebut dengan teliti.
Jadi, tidak hairanlah jika golongan yang mempercayai fahaman agnostik rata-rata dari
golongan muda.

Oleh itu, masa yang diperuntukkan bagi matapelajaran Pendidikan Islam serta menjadi
matapelajaran tersebut sebagai matapelajaran teras haruslah digubal semula bagi menjamin
mutu dan memberikan impak yang positif terhadap pembangunan agama, masyarakat, bangsa
dan negara (Mohammad Nizar Mahzir, et al, 2016)

Rajah 1: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah oleh Berita Harian

11
6.3 Penguatkuasaan Undang-Undang Kurang Memuaskan

Sistem penguatkuasaan undang-undang yang sangat lemah di Malaysia menjadi salah


satu punca kuwujudan fahaman agnostik. Di Malaysia, undang-undang tidak akan mengenakan
sebarang tindakan yang berat kepada sesiapa sahaja yang mengamalkan fahaman selain dari
Islam. Oleh itu, pihak yang berkuasa harauslah berganding bahu membasmi golongan tersebut
agar tidak ada lagi golongan yang mengamalkan fahaman agnostik.

6.4 Kurang Didikan Agama

Agama merupakan asas kehidupan seseorang individu sebagai homo religious (Shah,
Friedman 2018). Menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu (2010), agama bermaksud
kepercayaan terhadap Tuhan dan mengikuti segala ajaran yang diperintahkan olehNya. Setiap
agama mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan masing-masing. Sebagai contoh, agama Islam
diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Imran
ayat 19:

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah
diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka.
Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat
perhitungan-Nya.”

(Al-Imran; 3:19)

Untuk melahirkan individu yang yang berkualiti, haruslah dibentuk sejak dibangku
sekolah kerana kanak-kanak merupakan kain putih yang bersih untuk mencorakkannya.
Namun begitu, apabila meningkat kearah yang lebih dewasa, golongan muda khususnya remaja
cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru. Kebelakangan ini, Malaysia sering digemparkan
dengan berita wujudnya ajaran dan fahaman yang aneh. Sebagai contoh, baru-baru ini tular
tentang seorang individu yang mengaku dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad
S.A.W. Beliau telah menghadiri pelbagai ceramah dan program yang telah diatur oleh pihak
yang bertanggungjawab (Sinar Harian, 2022). Terdapat ramai golongan muda yang menghadiri
ke programnya tanpa usul periksa tentang latar belakang individu tersebut. Lebih menyedihkan
lagi, golongan remaja ini menyanjungi kehadiran individu tersebut. Hal ini terjadi kerana
golongan muda khusunya golongan muda yang kurang didikan agama akan lebih cenderung
untuk mempercayai fahaman yang dapat memberi kesan kepada akidah.

12
Secara amnya, golongan muda masa kini sebenarnya tahu tentang perkara yang
dibolehkan dan perkara yang dilarang oleh agama. Tetapi mereka cenderung untuk memilih
perakra yang yang dilarang oleh agama kerana mereka di menerapkan nilai keagamaan di
dalam diri. Hal ini yang menyebabkan wujudnya fahaman dan ajaran yang dilarang oleh Islam.
Oleh itu, didikan agama diperingkat awal amat penting untuk melahirkan individu yang
mengikut ajaran yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Tanpa agama, kehidupan menjadi sia-
sia. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 208:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan
mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”

(Surah Al-Baqarah; 2:208)

Rajah 2: Petikan artikel Sinar Harian Online

13
6.5 Persekitaran Yang Mempengaruhi Cara Hidup

Persekitaran yang negatif menyumbang kepada cara hidup yang kurang sempurna (Zul
‘Azmi Yaakob, et al, 2014). Sejak melangkah kearus kemodenan, masyarakat lebih terdedah
kepada penggunaan teknologi yang canggih seperti media elektronik, media cetak, teknologi
siber serta alam siber. Terdapat pelbagai maklumat yang positif mahupun negatif dapat
disalurkan menerusi platform tersebut. Kini, segala maklumat hanyalah berada di hujung jari.

Tambahan pula, golongan yang hidup bertentangan dengan prinsip bid’ah menjadi
asbab berlakunya fahaman agnostik. Secara ringkasnya, golongan ini lebih tertarik kepada
kearah kebaratan, materialistik, hedonisme dan sebagainya. Mereka lebih cenderung untuk
memilih cara hidup tersebut kerana pegangan agama yang kurang kukuh di dalam diri mereka.

Seterusnya, pengaruh rakan sebaya juga dapat memberikan impak sama ada positif
ataupun negatif terhadap seseorang individu. Rakan yang memberikan impak yang positif akan
mengajak kearah kebaikan dan mengamalkan “amal makruf nahi mungkar” iaitu mengajak
kearah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Manakala rakan yang memberikan impak
yang negatif akan mengajak kearah sebaliknya. Oleh itu, pemilihan rakan amatlah penting
kepada seseorang individu kerana ia dapat memberikan kesan terhadap kehidupan. Jika salah
memilih rakan, maka kehidupan akan cenderung kearah keburukan.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa persekitaran seperti pendedahan teknologi canggih,
golongan yang menolak prinsip bid’ah serta pengaruh rakan sebaya dapat memberikan impak
kepada kehidupan. Hal ini haruslah dipandang serius kerana jika tersalah langkah, maka
kehidupan seseorang akan terjerumus ke lembah yang negatif.

14
7.0 KESAN DARI FAHAMAN AGNOSTIK

Individu yang berkefahaman agnostik ini mempunyai kesan-kesan yang dapat


mengubah gaya hidup mereka terutamanya kesan dari segi psikologi. Apa yang dimaksudkan
dengan psikologi ialah perkataan psikologi ini berasal daripada dua gabungan perkataan Yunani
(Greek) iaitu Psyche (psiko) yang bermaksud jiwa, rohani atau mental dan logi yang bermaksud
kajian. Jadi psikologi bermaksud kajian jiwa, mental atau rohani manusia. Kesan psikologi Ini
tercetus kerana mereka tidak mempunyai kepercayaan agama yang tetap atau masih berasa
ragu-ragu mengenai pegangan agama mereka. Di samping itu, terdapat kesan psikologi yang
mampu dilihat terjadi diantara individu yang berkefahaman agnostik ini.

7.1 Perasaan Bingung Dan Kacau Bilau Serta Hilang Ketenangan Jiwa

Kesan psikologi yang pertama ialah mereka mempunyai Perasaan bingung dan kacau
bilau serta hilang ketenangan jiwa yang juga akan menyebabkan mereka mengasingkan diri
dari masyarakat dan ia akan membawa kepada sikap individualistik. Sikap individualistik ini
ialah sikap yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan orang lain. Daripada Anas
bin Malik R.A berkata:

“Rasulullah S.A.W mengundang orang-orang Ansar untuk diberi bahagian mereka (tanah) di
Bahrain, maka di antara mereka ada yang berkata, “Ya Rasulullah, jika anda melakukan hal
tersebut kepada kami, maka lakukanlah hal yang sama terhadap saudara-saudara kami
orang Quraisy”. Tetapi Baginda S.A.W tidak melakukan hal tersebut lalu Baginda S.A.W
bersabda, “Sungguh kalian akan menyaksikan sikap individualistik (mementingkan diri)
setelah pemergianku. Bersabarlah hingga kalian bertemu denganku.”
[Hadis riwayat Imam Bukhari no. 2377]

Maksud ‘al atsrah’ dalam hadis adalah sikap yang selalu mementingkan diri sendiri
dan kerakusan untuk mendapatkan apa yang menjadi hak orang lain untuk kepuasan diri
semata-mata.

15
7.2 Kemurungan, Bersedih Dan Juga Tertekan

Selain itu, kesan yang kedua ialah mereka akan mudah berasa kemurungan, bersedih
dan juga tertekan. Ia berlaku kerana mereka tidak mempunyai kepercayaan yang tetap terhadap
tuhan dan tiada tempat untuk bergantung terutama ketika mereka sedang bersedih dan
mempunyai masalah hidup. Perasaan ini sekiranya gagal dikawal menyebabkan tekanan dan
kemurungan sehingga sanggup melakukan pelbagai tindakan yang membahayakan diri serta
orang lain. Bahkan dalam sesetengah situasi, tekanan yang tidak dapat dikawal akhirnya
menyebabkan individu mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Maka, individu yang
membunuh diri hukumnya ialah haram dan berdosa besar. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia
akan diseksa dengan cara seperti itu pula.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 6047 dan Muslim, no. 110)

7.3 Rasa Keluh Kesah Yang Tidak Reda

Seterusnya kesan yang ketiga pula, mereka juga akan dalam keadaan keluh kesah yang
tidak mudah untuk reda. Seperti, Apabila ditimpa kesusahan, mereka akan rasa keluh dan
merungut. Apabila mendapat kebaikan, mereka akan bersifat kedekut dan angkuh. Perkara ini
dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran Surah Al-Ma’arij ayat 19-20:

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut), apabila
ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.”

(Surah Al-Ma’arij; 70:19-20)

Ayat diatas menegaskan bahawa pada umumnya manusia kerap mengeluh. Mereka
mempunyai sifat buruk iaitu mempunyai keinginan yang berlebihan, rasa sabar yang sedikit,
tetapi rasa keluh kesah yang berlebihan. Jika mereka ditimpa kesusahan seperti kemiskinan
atau sakit, mereka akan banyak mengeluh, meratapi nasib, mengutuk keadaan, serta diliputi
kesedihan yang berpanjangan.

Tetapi sebaliknya, jika diberi kebaikan dan kemudahan seperti kesihatan yang
sempurna, kekayaan yang melimpah, pangkat yang tinggi, mereka cenderung bersifat riak,
sombong dan tidak peduli dengan orang lain.

16
7.4 Kehendak Untuk Membalas Dendam

Kesan yang terakhir pula ialah Kehendak untuk membalas dendam dan jiwa yang
dahagakan kepuasan pada setiap sesuatu yang wujud. Sikap seperti ini sangat membahayakan
kerana individu berjiwa angkuh dan degil akan tetap bersikap tidak puas hati diantara satu sama
lain.

Walhal Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sifat pemaaf adalah iman yang paling
utama sepertimana dijelaskan bermaksud:

“iman yang paling utama adalah sabar dan memaafkan.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sifat pemaaf juga adalah salah satu ciri orang yang bertakwa dan akhlak yang disayangi
Allah. Memaafkan kesalahan orang lain adalah dituntut dalam agama Islam. Islam adalah
agama perdamaian dan kemaafan. Justeru, dalam Al-Quran juga telah disebut banyak kali
supaya kita memaafkan orang lain. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-A’raaf ayat 199:

"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan
mempedulikan orang-orang yang jahil."

(Surah al-A'raaf; 7:199)

17
8.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI FAHAMAN AGNOSTIK

Kesan psikologi terlihat kerap berlaku terutama dikalangan remaja-remaja zaman kini
kerana tiada inisiatif yang diambil bagi mengekang kefahaman agnostik ini terutama pada
zaman kini. Oleh itu, satu usaha perlu dilakukan untuk mengatasi kesan yang berlaku keatas
individu. Persoalan yang menerjah ke dalam horizon pemikiran kita ialah apakah langkah bagi
mengatasi kesan psikologi ini?

8.1 Peranan Ibu Bapa

Antara Langkah tersebut ialah dengan mengukuhkan penghayatan agama melalui


institusi keluarga. Ibu bapa perlulah menjadi contoh yang mithali terhadap anak mereka. Ibu
bapa juga semestinya melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan dan memantau setiap
aktiviti anak dan rakan terdekat anak mereka daripada kecil hinggalah dewasa. Islam adalah
Agama yang sangat sempurna, sering mementingkan pertumbuhan generasi remaja yang baik
dan berakhlak. Hadis daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah), maka ibu bapanya lah yang
menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganjurkan bimbingan anak bermula daripada saat dilahirkan.


Perkara penting yang perlu diterapkan kepada anak-anak ialah Cinta kepada Allah SWT dan
Rasulullah SAW. Ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan
membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasul-Nya mengatasi cinta kepada
makhluk yang lain.

Bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, ibubapa hendaklah memantapkan


aqidah mereka dengan pegangan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah agar tidak terpengaruh dengan
ajaran yang menyeleweng dan sesat.

18
8.2 Peranan Agensi Kerajaan, Swasta, NGO Dan Sebagainya

Seterusnya, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO dan sebagainya perlu


memperbanyakkan program kreatif dan inovatif yang dapat menarik jiwa umat islam. Terdapat
pelbagai program yang menarik dianjurkan seperti kursus kefahaman islam, kem didik remaja
mengikut acuan islam seperti kem ‘smart muslim’, penganjuran karnival yang dipenuhi dengan
pengisian dakwah seperti JAWI Foodbank, dan banyak lagi. Yang penting sekali, kita perlu
menghindari pendekatan dakwah yang sempit, dan jangan hanya fokus pada persoalan dosa
dan seksaan neraka semata-mata. Allah juga telah menerapkan agar umat islam sentiasa
berdakwah. Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali-Imraan ayat 104:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang
yang berjaya.”

(Surah Ali-Imraan; 3:104)

Justeru, pendekatan dakwah harus dipelbagaikan agar ia kekal relevan dan menepati
keperluan kelompok sasaran.

8.3 Peranan Pendidikan

Di samping itu, usaha untuk memperkukuhkan dan menambah baik penyampaian dan
kandungan Pendidikan islam juga perlu giat dijalankan sama ada di peringkat kementerian
mahupun warga pendidik. Ini kerana kita harus memastikan Pendidikan dan ilmu islam perlu
disampaikan dengan kaedah yang tepat dan sahih. Silibus di peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi juga perlu sentiasa dinilai untuk ditambah baik dari semasa ke semasa.

Ini kerana Islam sangat memandang penting terhadap pendidikan. Bahkan Islam selalu
menjunjung tinggi ilmu pengetahuan. Setiap umat Islam memiliki kewajiban untuk mencari
ilmu. Di dalam kitab suci Al-Quran, kerap ditemukan seruan supaya manusia perlu berfikir dan
mengolah kemampuan akal mereka. Inilah salah satu alasan mengapa Islam juga disebut
sebagai agama pendidikan. Allah S.W.T berfirman dalam surah At-Taubah ayat 122:

19
“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang).
Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk
memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada
kaumnya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”

(Surah At-Taubah; 9:122)

Ayat ini memberi anjuran tegas (tahdid) kepada umat Islam agar ada sebagian dari
umat Islam untuk memperdalam agama. Dikatakan juga bahawa yang dimaksud kata tafaqquh
fi al-din adalah menjadi seorang yang mendalam ilmunya dan selalu memiliki tanggungjawab
dalam pencarian ilmu Allah.

8.4 Peranan Masyarakat

Akhir sekali, pihak berkuasa tempatan serta persatuan penduduk perlu


bertanggungjawab untuk memupuk persekitaran yang sejahtera dengan mengadakan program
atau kempen kesedaran sama ada secara bersemuka mahupun di platfrom online. Contoh
program atau kempen tersebut ialah program-program dakwah ilmiah yang boleh dijalankan di
surau atau masjid, di sekolah-sekolah, dan juga di dalam televisyen mahupun platform online
seperti Facebook, Youtube, Instagram dan banyak lagi.

Rajah 3: Poster Ceramah


Online

20
9.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, fahaman dan ajaran yang terjadi di Malaysia sedang berkembang pesat.
Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab haruslah berganding bahu supaya masalah ini dapat
dibendung di peringkat lebih awal. Fahaman agnostik ini dapat merosakkan akidah sebagai
umat Islam sekali gus dapat memberikan impak yang negatif kepada seseorang individu tidak
kira dari segi mental dan fizikal. Semua pihak terutama sekali ibu bapa dan pihak kerajaan
harus cakna tentang masalah ini dimana ia sedang hangat tular di Malaysia. Sebagai ibu bapa
haruslah memainkan peranan yang penting dengan mendidik anak sejak dibangku sekolah lagi
manakala bagi pihak kerajaan pula haruslah mengadakan sebanyak mungkin kempen dan
program keagamaan supaya fahaman agnostik yang sedia ada ini dapat dibendung dengan baik
sebelum ia tersebar dengan lebih luas dan memesongkan lebih ramai lagi umat Islam. Jika tidak
dibendung dari awal, maka fahaman dan ajaran agnostik ini akan memberikan kesan yang
buruk bukan sahaja di akhirat kelak, malah kehidupan di dunia. Allah S.W.T berfirman dalam
surah Al-Nahl ayat 125:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan
cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.”

(An-Nahl; 16:125)

21
RUJUKAN

PMWP, A. (2018, March 15). AL-AFKAR #9: FENOMENA AGNOSTIK KALANGAN MUDA

MUDI. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-

afkar/2345-al-afkar-9-fenomena-agnostik-kalangan-muda-mudi

Agnostik - Pengenalan Golongan agnostik mengetahui bahawa Tuhan itu wujud tetapi

golongan ini tidak - StuDocu. (n.d.). StuDocu.

https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/law-of-contract-

ii/agnostik/11599157

Zainuddin, P. M. D. N. (2020, March 11). Agnostik menggugat akidah. HM Online.

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/03/553313/agnostik-menggugat-akidah

Bagaimana al-Quran menyuruh kita mengkaji matematik. (2022, March 22). AJAR.

https://ajar.com.my/2022/03/22/bagaimana-al-quran-menyuruh-kita-mengkaji-

matematik/

Gejala agnostik satu ancaman akidah by MAIS - Issuu. (n.d.). Issuu.com.

https://issuu.com/maiselangor/docs/gejala_agnostik_-_satu_ancaman_akid

Agnosticisme yang kuat berbanding Agnostisisme Lemah. (n.d.). Ms.eferrit.com. Retrieved

December 4, 2022, from https://ms.eferrit.com/agnosticisme-yang-kuat-berbanding-

agnostisisme-lemah-apakah-perbezaan-itu/

22
Zainuddin, P. M. D. N. (2020, March 11). Agnostik menggugat akidah. HM Online.

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/03/553313/agnostik-menggugat-akidah

PMWP, A. (2018, March 15). AL-AFKAR #9: FENOMENA AGNOSTIK KALANGAN MUDA

MUDI. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-

afkar/2345-al-afkar-9-fenomena-agnostik-kalangan-muda-mudi

Razif, M. (2018, July 24). AL-AFKAR #17: KESAN PSIKOLOGI KEPADA ATEIS. Pejabat

Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/2524-al-afkar-17-

kesan-psikologi-kepada-ateis

Adhar, Z. (2020, March 25). Sikap mementingkan diri sendiri (Individualistik). HarakahDaily.

https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/25/sikap-mementingkan-diri-sendiri-

individualistik/

Mt961013wrote, M. M. (n.d.). Khutbah Jumaat : “Tanggungjawab Mendidik Anak.”

Mt961013.Livejournal.com. https://mt961013.livejournal.com/1374915.html

MUAH, N. (2020, January 24). ALLAH akan meninggikan darjat mereka yang maafkan

orang lain. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/67146/sinar-

islam/allah-akan-meninggikan-darjat-mereka-yang-maafkan-orang-lain

Ismail, O. M. A. (2020, March 12). Dakwah kreatif era baharu. HM Online.

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/03/553656/dakwah-kreatif-era-baharu

DALIL AL-QURAN Tentang Pendidikan | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved December 4, 2022,

from https://www.scribd.com/doc/295030626/DALIL-AL-QURAN-Tentang-
Pendidikan

23
Azmi, Z., & Moris, Z. (2014). Peranan Persekitaran terhadap Tuntutan Hak Asasi Manusia:

Cabaran bagi Umat Islam. International Journal of Islamic Thought, 5.

http://journalarticle.ukm.my/7232/1/IJIT_Vol_5_June_2014_10_82-91.pdf

Agnostik - Pengenalan Golongan agnostik mengetahui bahawa Tuhan itu wujud tetapi

golongan ini tidak - StuDocu. (n.d.). StuDocu.

https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/law-of-contract-

ii/agnostik/11599157

CTU Assignment 2020/2021 - JENIS JENIS AGNOSTIK: Terdapat dua jenis kepercayaan

agnostik iaitu, - StuDocu. (n.d.). StuDocu.

https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/values-and-

civilization/ctu-assignment-20202021/15447855

Chapter 5 Gejala- Agnostik-SATU- Ancaman- Akidah - gejala agnostik SATU ANCAMAN

AKIDAH Cetakan - StuDocu. (n.d.). StuDocu.

https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/administrative-

science/chapter-5-gejala-agnostik-satu-ancaman-akidah/10668840

MALEK, M. A. I. A. (2022, October 18). Mengaku cicit nabi: Orang ramai dinasihat

berhati-hati. Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/226543/berita/semasa/mengaku-cicit-nabi-

orang-ramai-dinasihat-berhati-hati

Aristotle, P., Al-Ghazali Terhadap, D., Persahabatan, K., Syahir, M., Bakar, A., Long, A.,

Abu Bakar, I., Usuluddin, J., Falsafah, D., Fakulti, P., Islam, U., Kebangsaan

Malaysia, Selangor, M., Kunci, K., Persahabatan, D., Al-Ghazali, A., & Islam. (2013).

Perspective of Aristotle and Al-Ghazali on the Concept of Friendship. Jurnal


Hadhari, 5(1), 21–36. http://journalarticle.ukm.my/6568/1/makalah02.pdf

24
Razif, M. (2018, June 26). AL-AFKAR #15: DEFINISI AGNOSTISISME & KAEDAH

BERINTERAKSI. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/2487-al-afkar-15-definisi-agnostik-kaedah-

berinte

PMWP, A. (2018, March 15). AL-AFKAR #9: FENOMENA AGNOSTIK KALANGAN MUDA MUDI.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/2345-

al-afkar-9-fenomena-agnostik-kalangan-mu

Shuhari, D. M. H. (2020, August 18). Ingkari kebenaran ilmu. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/08/611403/ingkari-kebenaran-ilmu

25
LAMPIRAN

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

26
JADUAL AGIHAN TUGAS

SENARAI TUGASAN NAMA PELAJAR


PENDAHULUAN Siti Aisyah & Qistina

LATAR BELAKANG FAHAMAN AGNOSTIK Qistina

DEFINISI FAHAMAN AGNOSTIK Qistina


CIRI-CIRI GOLONGAN YANG MENGAMALKAN
FAHAMAN AGNOSTIK Nuraisyah

JENIS-JENIS GOLONGAN AGNOSTIK Nuraisyah


FAKTOR KEWUJUDAN FAHAMAN AGNOSTIK Siti Aisyah
KESAN DARI FAHAMAN AGNOSTIK Amira

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI FAHAMAN


Amira
AGNOSTIK

KESIMPULAN Siti Aisyah

27

You might also like