Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI AMPANG

JALAN DAMAI OFF JALAN AMPANG,


55000 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN TAHUN 2023

TARIKH : 05 OKTOBER 2023 (Khamis)

MASA : 2.00 – 4.00 PETANG

TEMPAT : SMK PUTERI AMPANG

1.0 PENDAHULUAN
Penyelaras bagi Sukan dan Permainan akan menganjurkan dua pertandingan iaitu
Pertandingan Dodgeball dan Catur yang akan disertai oleh 10 Unit sukan dan
permainan iaitu Hoki, Bola Keranjang, Badminton, Bola Tampar, Ping Pong, Bola
Baling, Dodgeball, Bola Jaring, Catur dan Olahraga.

Setiap pertandingan yang dianjurkan adalah dalam kategori berkumpulan seperti yang
terdapat pada lampiran.

Pelaksanaan pertandingan ini diharapkan dapat menyuntik semangat waja para pelajar
agar terus maju ke hadapan dan kekal berjiwa kental.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan murid yang kreatif serta mewujudkan modal insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Para murid masih berpeluang untuk menerima markah kokurikulum dengan
menyertai aktiviti sukan dan permainan.
3.2 Membina semangat berpasukan dikalangan murid.
3.3 Melahirkan murid yang kreatif dengan penerapan kemahiran pembelajaran
menggunakan teknologi maklumat terkini.
3.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti
kokurikulum.

4.0 TARIKH DAN MASA

4.1 Tarikh : 05 Oktober 2023 (Khamis)


4.2 Masa : 2.00 – 4.00 petang

5.0 TEMPAT

5.1 Catur : Dewan Sri kandi


Dodgeball : Gimnasium

6.0 SASARAN

6.1 Semua murid SMKPA.


7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Anggaran Perbelanjaan

Bil Pertandingan Kategori Penyertaan Perbelanjaan Jumlah Sumber


(RM)
1 Catur Berkumpulan 4 orang Tempat pertama RM 70 (BSS/YKS)
setiap Sukan Tempat Kedua RM 60
dan
Permainan Tempat Ketiga RM 50
Tempat Keempat RM 40
Tempat Kelima RM 40

Jumlah Keseluruhan RM260.00

2 Dodgeball Berkumpulan 1 Kumpulan Tempat pertama RM80 (BSS/YKS)


(6 orang)
Tempat Kedua RM60
Tempat Ketiga RM50
Saguhati RM40
Saguhati RM40

Jumlah Keseluruhan RM270.00


JUMLAH RM530.00

7.2 Sumber Pendapatan

BSS/YKS - RM530.00

8.0 JAWATAN PROGRAM

8.1 Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : Pn. Hadilah Binti Abdul Hasmid


(Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Pn. Zuhaidah Bt Juhod
(PK Kokurikulum)
Setiausaha / Penyelaras : Cik Siti Fadilah Aishah binti Zakaria
(Penyelaras Sukan dan Permainan)
Ketua Penasihat Hoki : Rozila binti Ab Rahman
Ketua Penasihat Bola Keranjang : Amirudin b Razali
Ketua Penasihat Badminton : Norhayati binti Abdul Aziz
Ketua Penasihat Bola Tampar : Pauziah binti Ab Ghani
Ketua Penasihat Ping Pong : Ain Atiqah binti Azaldin
Ketua Penasihat Bola Baling : Nurul Adzuar Asyikin
binti Mohd Anuar
Ketua Penasihat Dodgeball :
Shahedatul Akmal binti Omar
Ketua Penasihat Bola Jaring :
Norza Amira binti Zakaria
Ketua Penasihat Catur :
Ahmad Najib bin Abd Razak
Ketua Penasihat Olahraga :
Hasliza binti Mat Alin
Pengadil : Catur:
- Rabiatun Adawiyah binti Mohd
Buzaman
- Hariyati binti Yasin
- 6 murid catur
Dodgeball
- Shahedatul Akmal binti Omar
- Noraziah binti Sukeri
- 6 murid Dodgeball
Persediaan tempat : Catur: Unit Catur
Dodgeball: Unit Dodgeball
Hadiah dan penyediaan sijil : Noraini binti Halidi
Nabiha binti Halim
Ing Cheng a/p Chui Bing
Dokumentasi : Nur Aishah binti Mohd Rashid

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 Aktiviti Program

Bil Jenis Pertandingan Anjuran Kategori Bil. Peserta Lokasi


1. Dodgeball Dodgeball Kumpulan 6 orang x 8 Gimnasium
kumpulan = 60
2. Catur Catur Kumpulan 4 orang x 10 Dewan Sri Kandi
kumpulan = 40
3. Dodgeball Pusingan kalah mati

4. Catur Secara Berkumpulan

10.0 SYARAT DAN KRITERIA PERTANDINGAN SERTA PENJURIAN

10.1 PERTANDINGAN

Permainan Syarat Dan Kriteria

Catur - Pertandingan adalah untuk kategori BERKUMPULAN dan


TERBUKA kepada semua murid SMK Puteri Ampang.
- Setiap unit sukan dan permainan perlu mendaftar seramai empat
(4) orang pemain.
- Pendaftaran pemain perlu menggunakan borang yang
disediakan.
- Pemain yang tidak berdaftar tidak dibenarkan mengambil
bahagian.
- Pasukan yang bertanding hendaklah berada di tempat
pertandingan 10 minit sebelum perlawanan bermula.
- Pengurus dan ketua pasukan hendaklah menyerahkan nama dan
susunan pemain.
- Setiap pemain dibenarkan bermain sekali sahaja.
- Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati secara
berkumpulan.
- Setiap pusingan akan diberi masa 10 minit menggunakan jam
randik. Pemain akan dikera kalah samada di Checkmate atau
kehabisan masa yang diberikan.
- Semua keputusan pengadil adalah muktamad.
Dodgeball - Pemain perlu berpakaian sukan dan berkasut lengkap sepanjang
pertandingan.
- Setiap pasukan terdiri daripada lapan (8) orang peserta iaitu
enam (6) orang di dalam gelanggang beserta dua (2) orang ball
retriever di luar gelanggang.
- Masa perlawanan adalah 10 minit (tiada pertukaran gelanggang)
- Pasukan akan bertanding menggunakan format liga (1 pusingan
sahaja) untuk pusingan pertama dan format kalah mati untuk
pusingan kedua.
- Sekiranya 2 atau lebih pasukan mempunyai mata yang sama,
keputusan akan dibuat berdasarkan ‘perbezaan skor’ daripada
setiap perlawanan.
- Kad kuning dan merah akan digunakan sepanjang pertandingan.
- Kad merah (atau 2 kad kuning pada satu pemain dalam satu
perlawanan) akan menerima 2 penggantungan perlawanan.
- Kad kuning terkumpul (Kad kuning yang diterima daripada
perlawanan berbeza) sebanyak 3 kad akan dianggap seperti
dikenakan kad merah.
- Semua keputusan pengadil adalah muktamad.

11.0 PELAN KONTIGENSI


Tarikh : 05 Oktober 2023 (Khamis)
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Catur – Budi Ilmu
Dodgeball – Laman Gemilang

12.0 KAEDAH PENILAIAN

Guru Penasihat yang dilantik menjadi juri di lokasi masing-masing.

13. PENUTUP

Dengan ini diharapkan Pertandingan Sukan dan Permainan dapat dijalankan dengan
lancar dan mendapat kerjasama daripada semua warga sekolah demi merealisasikan
objektif yang dirancang.

Disediakan oleh,
……………………………………………………
(SITI FADILAH AISHAH BINTI ZAKARIA)
Penyelaras Sukan dan Permainan
SMK Puteri Ampang
___________________________________________________________________________
Ulasan pengetua:

Diluluskan dan disokong sepenuhnya Tidak diluluskan


…………………………………………
(HADILAH BINTI ABDUL HAMID)
Pengetua
SMK Puteri Ampang
Kuala Lumpur.

Tarikh:

You might also like