Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KEGURAAN KOTA BELUD

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN


BIL.1/ SESI 2023

Tarikh : 15 Mac 2023 (Rabu)


Masa : 9. 30 pagi hingga selesai
Tempat : Bilik Guru SK. Keguraan
Pengerusi : Pn. Sharifah Hj. Gundah (Guru Besar)

Penglibatan (Bilangan) : 17 orang guru / 3 orang AKP

1. Pn. Sharifah Hj. Gundah 11. En. Donorich Joseph Anson


2. En. Asnuh Sabas 12. En. George Lousuk
3. En. Jaudin Sairan 13. Pn. Salmi Song
4. En. Azmi bin Abdul Kadir (GM) 14. Cik. Siti Syakirah Saidi
5. Pn. Nur Hidayah @ Sally Johnny 15. En. Rahim Madnoor
6. En. Ismail Siajah 16. Pn. Masnor Kassim
7. En. Sarpi Abdul Rahim 17. Pn. Maslunah Merin
8. Cik. Siti Nuraishah binti Awang Shah 18. En. Abdul Rauf Mohd. Janis
9. Pn. Roslidah Hj. Sardek 19. Pn. Masdiah Derias
10. Pn. Senangan binti Harapan (GM)

Turut hadir :
1. Pn. Raunah (kakitangan swasta – pembersihan)
2. En. Rusailin (kakitangan swasta – pembersihan)
3. En. Madlan (kakitangan swasta – pembersihan)
4. Pn. Anisah (kakitangan swasta – pembersihan)
5. En. Nazli (Pengawal Keselamatan)

Tidak hadir :
1. Pn. Rafiah Bujang – Balik kampung (Sarawak)

1. BACAAN DOA
1.0 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dengan pimpinan cikgu Sarpi.

2.0 UCAPAN PENGERUSI

2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AKP kerana hadir
bersama dalam mesyuarat pengurusan bilangan yang ke-1 sesi 2023.

2.2 Menyampaikan beberapa perkongsian;

i. Mohon semua guru kelas memastikan kerusi dan meja dalam keadaan baik dan
selamat digunakan. Jika tidak selamat atau tidak sesuai, alihkannya keluar dari
kelas.
ii. Pastikan tanda nama kelas sedia berpasang.
iii. Sediakan buku pengurusan murid.
iv. Sediakan banner selamat kembali ke sekolah.

2.3 Turut menyampaikan pesanan daripada PPD;


i. Pastikan rumput sudah dipotong dan tiada sampah dalam kawasan sekolah.
ii. Kawasan kumbahan mestilah bertutup
iii. Bersihkan sawang-sawang / najis burung / najis cicak dalam kelas
iv. Pastikan pekerja pembersihan sentiasa memakai kasut ketika bertugas.

1
v. Antara respon keperluan untuk pembersihan yang diperlukan seperti baldi,
gayung, mesin rumput, minyak petrol, penyapu, pita kawasan larangan, dan
sebagainya yang difikirkan perlu.
(Catatan / tindakan: Makluman semua staf)

2.4 Bahagian keselamatan;


i. Pastikan keselamatan sekolah sentiasa dalam keadaan yang baik dan terjaga.
ii. Pastikan pengawal keselamatan sentiasa memakai uniform berkerja yang bersih
dan kemas.
iii. Pastikan tiada puntung rokok di sekitar pondok menjaga dan juga tiada bantal
ataupun tilam.
iv. Buku laporan bertugas sentiasa kemas.
v. Kunci alarm sentiasa berfungsi.

2.5 Dapur / pantry:


i. Pastikan sentiasa bersih dan rak tersusun kemas.
ii. Peti ais bersih.
iii. Begitu juga dengan peti ais pra sekolah, pastikan bersih dan tidak berbau.

2.6 SU Kantin;
i. Mohon pastikan kantin dalam keadaan bersih tidak berhabuk.
ii. Makanan ringan / proses tidka boleh dijual di kantin.
iii. Kuih seperti donut tidak dibenarkan.
(Catatan / tindakan: Makluman semua staf)

3.0 AGIHAN JADUAL KELAS DAN JADUAL PERSENDIRIAN.

3.1 Agihan jadual waktu sudah diselaraskan. Penyusunan jadual waktu yang baharu sudah
mencapai 85% siap, nanti akan dikongsikan dalam group rasmi sekolah.
3.2 Antara pertimbangan penyusunan jadual waktu ialah:
a) Jumlah subjek dalam sehari (Tahap 1 sekurang-kurangnya 4 subjek sahaja,
manakala Tahap 2 sekurang-kurangnya 5.
(Catatan / tindakan: Makluman semua staf)

4.0 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH DAN TAKWIM SEKOLAH

4.1 Perlantikan sebagai ketua panitia sepatutnya mengikut opsyen guru. tetapi tidak dapat
dilaksanakan di sekolah ini atas sebab kekurangan guru opsyen. Terpaksa melantik
ikut kekananan mata pelajaran yang diajar.

4.2 Ketua panitia yang baharu untuk panitia Sejarah dan Pendidikan Muzik ialah cikgu
Nurhidayah.
(Catatan / tindakan: Makluman semua staf)

5.0 AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN.

5.1 Mengikut sahaja saranan dan keputusan daripada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu tidak ada sesi pembelajaran pada minggu pertama. Pihak sekolah perlu
merancang aktiviti yang seronok untuk menarik minat dan menyediakan murid-murid
menerima pembelajaran pada minggu keduanya nanti.

5.2 Pihak sekolah perlu merancang aktiviti berdasarkan kesesuaian persekitaran masing-
masing.
(Catatan / tindakan: Makluman semua staf)

2
6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Cik. Aishah menyampaikan ucapan daripada PK HEM (Pn. Rafiah) kerana tidak dapat
hadir serta dalam mesyuarat. Antara perkara yang perlu diterkankan terutama dari segi
HEM:
i. Pastikan persediaan kelas sudah disusun seperti jadual waktu kelas, kerusi dan
meja.
ii. Jadual waktu bertugas mingguan dan bertugas RMT sudah ada. Akan diagihkan
sebelum sesi persekolahan bermula.
iii. Mohon kepada guru-guru yang bertugas memantau perjalanan RMT supaya
terlebih dahulu merasa makanan tersebut sebelum diedarkan kepada murid-murid
yang layak.
iv. Pastikan kehadiran murid ditagging sebelum jam 12 tengahari setiap hari.

KELAS JUMLAH MURID


Pra SEKOLAH 24
TAHUN 1 34
TAHUN 2 34
TAHUN 3 22
TAHUN 4 20
TAHUN 5 28
TAHUN 6 22
JUMLAH 160 Orang

v. Pendaftaran Tahun 1 perlu dibuat melalui sistem IDME.


vi. Memohon kerjasama kepada semua penyelaras yang telah dilantik di bawah unit
HEM agar memberikan kerjasama untuk mengikut takwim yang telah disediakan.
(Catatan / tindakan: Makluman semua staf)

6.2 Makluman dari Unit Kokurikulum


6.2.1 Perjumpaan KoKum akan bermjula selepas bulan puasa

6.2.2 Walau bagaimanapun, perjumpaan akan dibuat pada minggu pertama untuk
agihan dan pengenalan unit dan kelab masing-masing.

6.2.3 Makluman awal untuk takwim KoKum:


i. Sukan Sekolah – 2-3 Mei 2023
ii. Hari Kantin Sekolah – 3 Januari 2024
iii. Perkhemahan UB akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam.
iv. Merentas Desa – Hari terakhir persekolahan.

6.2.4 Berdasarkan takwin PPD, aktiviti merentas desa peringkat daerah akan
dilaksanakan pada 12 Jun 2023 bertempat di SMK Tambulion.

Olahraga – Kompleks Sukan Botung

Catur – SMK Narinang

Hoki – 15-16 Jun 2023. SK. Keguraan selaku penganjur peringkat daerah.
Cabaran KoKum TKRS peringkat daerah – Penganjur SK Keguraan.
(Catatan / tindakan: Makluman semua staf)

6.3 Ustaz Rauf – MAT PIBG sekolah belum dilaksanakan. Akan ditentukan kemudian.

- Cikgu George mohon supaya usulkan perkara pakaian baju sukan murid yang
baharu dan pemakaian pakaian unit beruniform.
3
6.4 Guru Besar - RPH akan mulai dikuatkuasanakan kepada E-RPH.
- Mac, April, Mei adalah percubaan. Bermula Jun sepenuhnya penggunaan E-
RPH.

- Peperikasaan SPM tidak sudah mengambil guru sebagai petugas menjaga


peperiksaan. Guru pelatih yang akan diambil bertugas.

- Setiap ceramah ataupun program yang dilakukan di sekolah tidak boleh


mengganggu PdPC. Mesti buat pada waktu petang. Sekiranya semua murid
terlibat, barulah dibolehkan.

- HIP pastikan berjalan.

- Hoki – di mana ada PT, di situlah yang akan menjadi tuan rumah. Sehubungan itu,
kena juga tubuhkan 1 pasukan dari sekolah kita.

- Kelab staff perlu menubuhkan carta organisasi dengan melantik ajknya. Perlu
laksanakan satu mesyuarat khas untuk kelab staff.

- Subjek PJ dan PK tidak boleh digabungkan atau berturutan.

- Penjualan buku latihan sekolah. RM1 sekeping.


(Catatan / tindakan: Makluman semua staf)

6.5 En. Donorich - Mohon setiap unit untuk melakukan sekurang-kurangnya 3 kali PLC setahun.

6.6 En. Rahim - Peruntukan PCG sudah masuk dalam akaun sekolah tetapi hanya 42% sahaja
yang masuk. Setiap perincian baki peruntukan PCG boleh dirujuk terus dengan beliau.

- Setiap panitia bolehlah merancang penggunaan kewangan.

7.0 PENUTUP

Sekali lagi guru besar sangat berterima kasih atas komitmen kehadiran mesyuarat pada kali ini.
Sekiranya ada perkara yang terlepas, akan dikemukakan semula. Segala kesilapan semasa
perjalanan mesyuarat mohon dimaafkan.

Mesyuarat kali ini tamat pada jam 11.29 pagi dan ditangguhkan pada tarikh dan waktu yang akan
ditentukan kemudian.

Minit Dicatit oleh, Minit Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( GEORGE MARINUS LOSUK ) (PN. SHARIFAH HJ. GUNDAH )
Setiausaha Guru Besar
Pengurusan Pentadbiran Sekolah SK. Keguraan
SK. Keguraan Kota Belud
Kota Belud

You might also like