Report Entreprenuership

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN

PRODUK

MPU22012 - ENTREPRENUERSHIP

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN

BENJAMIN MICHEL - 08DPB23F1102


THEJESHWAR SERVAI A/L MURALITHARAN -
08DPB23F1060
LUQMAN HARITH BIN MUSTHAPA SHA’ADUN -
NAMA PELAJAR & NO MATRIK
08DPB23F1036
MUHAMMAD IZDHAM MUSTAQIM BIN AZMAN -
08DPB23F1100

NAMA PENSYARAH KURSUS PUAN NOOR AZILA BT JAMARI


CONTENTS

PENGENALAN PRODUK 1

REPORT :

TENTANG BMC KAMI 2

TESTIMONI 3

KESIMPULAN 4

PENGENALAN PRODUK KAMI

Kami telah membuka sebuah perindustrian mikro iaitu menjual buah-buahan sebagai projek
untuk kursus MPU22012 – Entrepreneurship ini. Perindustrian mikro ini dibangunkan oleh 4
orang pekerja. Nama perindustrian kami ialah Fruity Fresh kerana kami menghidangkan
buah-buahan yang segar kepada pelangan-pelangan kami. Slogan untuk perindustrian kami
ialah ‘’Fruity Fresh keep your refreshing’’.
Pengarah urusan bagi perisdustrian kami di takbir oleh Muhammad Izdham Mustaqim. Hal
ini demikian kerana beliau dapat mengurus, menyelaras operasi , memastikan stok sentiasa
bersedia dan tidak putus bekalan serta menguruskan urusan bank dan pengeluaran modal.
Bagi penolong pengarah ialah Luqman Harith. Beliau menjadi pembantu pengarah
menguruskan pengeluaran dan kemasukan stok serta memastikan kelancaran dan
keberkesanan Syarikat.
Thejeswar Servai menjadi kerani di Perindustrian kami bagi merekodkan, mengemaskini
data Syarikat dan data pengurusan. Beliau juga mengaudit akaun sayarikat, gaji pekerja dan
kehadiran pekerja. Pengurusan jualan dipegang oleh Benjamin Michel. Beliau memastikan
susun atur barang jualan sentiasa cukup, sedia menerima tempahan secara langsung dan
secara online, memnuhi kehendak dan cita rasa pelanggan serta memastikan stok sentiasa
cukup semasa menerima tempahan.
Selain itu, pengurusan pembutan dan pembungkusan di pegang oleh Thejeswar Servai dan
Benjamin Michel. Beliau memastikan kualiti barang berada dalam keadaan baik dan
pebungkusan sentiasa kemas untuk diberikan kepada pelangan. Di samping itu, pemandu
dan penghatar barang ialah Muhammad Izdham Mustaqim dan Luqman Harith.Hal ini
demikian kerana beliau mempunyai kenderaan iaitu motosikal dan mudah untuk
berkomunikasi bersama pelanggan.

TENTANG BMC KAMI


Rakan kongsi uatama kami ialah FruitShop dan MBG Fruitshop AEON Shah Alam.Hal ini
demikian kerana mereka menyediakan buah -buahan yang segar yang kami inginkan untuk
digunakan sebagai produk kami supaya pelangan berpuas hati dengan produk yang kami
sediakan. Kami memerlukan ais untuk mengekalkan buah kami segar, jadi kami memerlukan
Perindustrian yang membekalkan ais seperti Atlas Ice. Bekas pula kami boleh dapatkan
daripada kedai runcit seperti speedmart dan lain – lain.

Kami mengfokuskan penjualan kami di Politeknik. Hal ini demikian kerana kami telah
membuat pemerhatian bahawa di Politeknik buah-buahan kurang dijual di Kawasan
tersebut. Hal ini membuatkan kami melihat peluang untuk kami menjual produk kami.

Tawaran nilai yang didapati dalam produk kami ialah kami menyediakan pelbagai jenis sos
dan asam kepada pelangan untuk dimakan Bersama buah yang kami sajikan. Hal ini
demikian membuatkan produk kami memiliki pelbagai pilihan untuk dirasa oleh pelangan.
Pelangan boleh sahaja untuk makan buah yang kami jual begitu sahaja tetapi kami
menyarankan untuk disajikan Bersama dengan asam dan sos yang kami sediakan supaya
lebih sedap dan unik,

Kami juga menyediakan saluran untuk menghubungi kami bagi membuat tempahan melalui
online atau dine in kepada pelangan. Antaranya ialah WhatsApp, Instagram, Telegram dan
Tik tok. Hal ini demikian supaya memudahkan pelangan untuk membeli produk kami serta
untuk mempromosikan produk kami kepada Masyarakat. Selain itu juga, ianya dapat
memudahkan urusan pelangan untuk membeli produk kami dan membuat sebarang
pertanyaan melalui atas talian.

Sasaran utama untuk produk kami adalah untuk pengemar buah-buahan yang tinggal di
asrana Politeknik. Hal ini demikian untuk memudahkan mereka untuk mencari buah dan
meringankan beban mereka yang terhad masa untuk keluar demi mendapatkan buah-
buahan.

TESTIMONI
Menjual buah-buahan sebagai projek telah menjadi pengalaman yang luar biasa bagi saya.
Saya amat kagum dengan sambutan positif daripada pelanggan berkenaan kualiti buah yang
saya tawarkan. Bukan itu sahaja, tetapi peluang untuk berinteraksi dengan pelanggan telah
mengembangkan rangkaian sosial saya dan mengajar saya pelajaran berharga tentang
pemasaran langsung. Selain itu, melalui pengurusan stok dan penjadualan jualan, saya telah
meningkatkan kemahiran organisasi dan pengurusan masa saya. Ini adalah pengalaman
yang bukan sahaja memberi ganjaran kewangan, tetapi juga membantu saya berkembang
sebagai individu yang lebih yakin dan berpengetahuan tentang perniagaan. Saya amat
mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan pengalaman praktikal dan
meluaskan untuk mereka tentang dunia perniagaan.
KESIMPULAN

Menjual buah-buahan sebagai projek telah terbukti sebagai pengalaman yang bermanfaat.
Melalui proses ini, saya belajar banyak tentang industri pertanian, pengurusan stok, dan
kemahiran interpersonal. Interaksi dengan pelanggan membuka pandangan baharu tentang
pilihan pengguna dan strategi pemasaran yang berkesan. Selain itu, pengalaman ini juga
meningkatkan kemahiran komunikasi saya, sama ada dalam rundingan harga dan
menerangkan manfaat kesihatan pelbagai buah-buahan kepada pembeli. Secara
keseluruhannya, menjual buah-buahan sebagai projek telah memperkayakan pemahaman
saya tentang perniagaan dan meningkatkan kemahiran yang boleh saya gunakan dalam
pelbagai aspek kehidupan.

You might also like