Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

NOTIS MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

1/2024

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil. 1/2024 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 5 Mac 2024 (Selasa)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Seri Budi

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan wakil Pentadbir
3. Perbincangan Perancangan Tahun 2024/2025

3.1 DSKP/RPT/RPH
3.2 PBD
3.3 PDPC/PLC
3.4 Penggunaan Buku Tulis/Latihan
3.5 Program Peningkatan Bahasa Melayu
3.6 Aktiviti Bulan Bahasa
3.7 Pengurusan Stok

4. Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan


5. Perkara-perkara Berbangkit
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 1/2024
SK METHODIST TANJONG RAMBUTAN

TARIKH : 5 Mac 2024


HARI : Selasa
MASA : 11:00 pagi
TEMPAT : Bilik Seri Budi

KEHADIRAN :

1) Pn. Nur Izura binti Mohd Saad Penolong Kanan Pentadbiran


2) Pn. Noor Syakila binti Wan Zi Ketua Panitia
3) YM Tuan Muhammad Khairan bin Tuan Ibrahim
4) En Mohd Azli bin Azni
5) Pn. Azura binti Rameli
6) Pn. Sivaranjini
7) Pn. Norfazida binti Hussin Guru Pemulihan

TIDAK HADIR :
1) En Azmuri bin Ramli ( Tidak sihat)

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli Panitia Bahasa Melayu dan mengucapkan terima
kasih kerana dapat meluangkan masa bagi menghadiri mesyuarat panitia kali pertama bagi
sesi 2024/2025.

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Wakil Pentadbir


2.1. Pn. Izura mengucapkan tahniah atas pelantikan Ketua Panitia yang baharu dan berharap
kerjasama semua ahli panitia dalam menjalankan aktiviti panitia bagi sesi 2024/2025.

Tindakan: Makluman
3. Perbincangan Perancangan Tahunan 2024/2025
3.1. DSKP/RPT/RPH
3.1.1. Semua guru perlu menyiapkan RPT mengikut takwim yang telah diedarkan.
3.1.2. RPT perlu di sediakan secara soft-copy serta meletakkan elemen yang telah
disisipkan.
3.1.3. RPH perlu disediakan oleh semua guru dengan mengikut DSKP bagi setiap tahun
masing-masing dan dihantar pada penyelia masing-masing.
Tindakan: Makluman

3.2. Peperiksaan dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


3.2.1. Guru diingatkan untuk sentiasa menjalankan PBD semasa proses pengajaran
berlangsung.
Tindakan: Makluman

3.3 PDPC/PLC
3.3.1. Semua guru disaran melaksanakan PdPc mengikut kaedah PdPc yang dilanjurkan
dalam PAK21.
3.3.2. Seperti biasa, PLC akan dijalankan sebanyak dua kitaran dan Panitia Bahasa Melayu
perlu menjalankan PLC pada bulan Mei dan Oktober.

3.4 Penggunaan Buku Tulis/Latihan


3.4.1. Menetapkan Tahap 1 menggunakan sebuah buku 5 garis dan sekurang-kurangnya
sebuah buku pendek dan buku panjang.
3.4.2. Menetapkan Tahap 2 sekurang-kurangnya dua buah buku pendek (Pemahaman,
Tatabahasa) dan dua buah buku penulisan (Bahagian C & D)
3.4.3. Dasar Kerja Rumah / Latihan - Menetapkan Tahap 1 mengadakan ejaan pada setiap
minggu. Menetapkan Tahap 2 mengajar satu bahagian bagi kertas penulisan pada
setiap minggu.
Tindakan: Makluman

3.5 Program Peningkatan Bahasa Melayu


3.5.1 Dialog Prestasi akan dijalankan pada sebanyak 4 kali (
3.5.2 Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) dan Ujian Akhir Sesi Akademik
(UASA) akan dijalankan seperti biasa pada tahun ini bagi murid tahap 2 sahaja.
3.5.3 Pertandingan-pertandingan dijalankan mengikut takwim dan guru perlu menjalankan
tugas seperti yang telah ditetapkan bagi tujuan melatih murid dengan lebih awal.

Tindakan: Makluman

3.6 Aktiviti Bulan Bahasa


3.6.1 Bulan Panitia Bahasa Melayu adalah pada sepanjang bulan Jun. Antara aktiviti yang
dirancang adalah :
- Program 1 Hari 1 Peribahasa
- Pertandingan Sahiba
- Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2
- Pertandingan Deklamasi Sajak
- Pertandingan Sajak
- Pertandingan Tulisan Berangkai
- Pertandingan Silang Kata

3.7 Pengurusan Stok

3.7.1. Pihak sekolah memaklumkan bahawa sehingga kini peruntukan yang diberikan
masih belum diterima. Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar semua ahli
panitia menggunakan peruntukan tersebut secara berhemah agar ianya dapat
dimanfaatkan sepenuhnya.
Tindakan: Makluman

4. Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan


(Rujuk Lapmpiran RPH)

5. Hal-hal Lain
5.1 Penggunaan Google Classroom dalam pengajaran akan terus diguna pakai bagi
menghantar RPH.

5. Penangguhan Mesyuarat
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap setiap aktiviti yang dirancang dapat dijalankan
dengan lancar. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 tengah hari.

Disediakan oleh,

(NOOR SYAKILA BINTI WAN ZI)


Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Methodist,
Tanjong Rambutan.

Disemak oleh,

(NUR IZURA BINTI MOHD SAAD)


Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Methodist,
Tanjong Rambutan.

You might also like