Trial STPM Sem 3 Set 3 2023

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SULIT*

944/3 EKONOMI
PEPERIKSAAN PENGESANAN PRESTASI
STPM PENGGAL 3 2023
SET 1

KERTAS 3

( Satu jam )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab lima daripada enam soalan dalam Bahagian A dan satu daripada dua soalan dalam Bahagian
B.

Anda boleh menjawab semua soalan daripada setiap bahagian tetapi hanya lima jawapan pertama
Bahagian A dan jawapan pertama dalam bahagian B yang akan diperiksa.
Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian
jawapan yang baharu..
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.
SULIT*

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak termasuk muka hadapan

Bahagian A [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja

1. a) Nyatakan jenis pengangguran berdasarkan situasi di bawah


(i) Penggunaan mesin mengantikan peranan manusia untuk meningkatkan kecekapan
dan daya pengeluaran firma. [1]
(ii) Tenaga buruh yang diperlukan dalam projek pembinaan melebihi dari yang
sepatutnya. [1]

b) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi masalah pengangguran di Malaysia [4]

2.
Kawalan harga dan subsidi bahan api yang sedia ada akan terus membendung
sebahagian kesan kenaikan tekanan inflasi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia
(BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus. ( Berita Harian 12 November 2023)

a)Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan jenis inflasi dan jelaskan maksudnya. [2]

b) Berdasarkan jawapan anda pada 2(a), jelaskan dua faktor yang boleh menyebabkan
inflasi yang dinyatakan tersebut berlaku. [4]

“Kerajaan perlu melakukan penilaian semula secara mendasar terhadap keselamatan


makanan negara secara menyeluruh meliputi isu kebergantungan kepada import
makanan, isu pembahagian penggunaan tanah, isu pemodenan dan pemerkasaan
teknologi untuk sumber makanan dan urus tadbir yang lebih holistik,” Sumber
: Akhbar Kosmo 26 November 2023)

a) Berdasarkan petikan diatas, jelaskan dua tujuan dasar perlindungan dilaksanakan di


Malaysia. [4]
b) Berdasarkan jawapan (a) diatas, nyatakan dua alat dasar perlindungan yang
[2]
berkaitan.

4. a) Nyatakan program - program Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang sesuai
berdasarkan penyataan berikut:

i) Integrasi PKS dan kesalingbergantungan di antara firma besar dan PKS dilihat amat
penting sebagai sumber penghasilan ekonomi yang bernilai tinggi . [1]

ii) Memperkukuhkan kemahiran, pengetahuan, kecekapan dalam memahami strategi


perniagaan (promosi, bekalan dan pengedaran berkesan) [1]

b) Terangkan dua sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terhadap


ekonomi negara [4]

2
SULIT*

5. Terangkan peranan institusi pemberi kredit berikut:

(a) Koperasi [2]

(b) Bank Pelaburan [2]

(c) Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) [2]


6. a) Nyatakan dua sumber pendapatan daripada pendapatan bukan upah. [2]
b) Terangkan dua dasar kerajaan untuk membasmi keiskinan. [4]

3
SULIT*

Bahagian B ]10 markah]

Jawab dua soalan sahaja

7. Jadual dibawah menunjukkan indeks harga pengguna dan pendapatan kasar purata isirumah di
Malaysia pada tahun 2020 hingga tahun 2022.

Tahun Indeks Harga Pengguna Purata Gaji Pekerja


(2010 = 100)
2020 120.1 RM 2933
2021 123.1 RM 3037
2022 127.2 RM 3212
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

(a) (i) Hitung kadar inflasi dari tahun 2020 hingga tahun 2022 [3]
(ii) Berdasarkan (a) (i), nyatakan arah aliran kadar inflasi tersebut. [1]

(b) (i) Hitung upah benar pada tahun 2021 dan tahun 2022. [2]
(ii) Berdasarkan jawapan (b)(i), hitung peratus perubahan upah benar. [1]
(iii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (b) (ii) [1]

(c) Nyatakan kesan inflasi keatas kos sara hidup dan taraf hidup. [1]

8. Jadual di bawah menunjukkan data imbangan akaun semasa di Malaysia pada tahun 2020
hingga tahun 2022.

Butiran RM juta
Tahun 2020 Tahun 2021 Tahun 2022
Eksport 780,511 1,005,841 1,238,180

Import 643,024 828,206 1,052,151

Imbangan akaun -47,161 -65,661 -56,397


perkhidmatan
Pendapatan primer (bersih) -28,520 -42,153 -59,414

Pendapatan Sekunder -2,714 -9,642 -15,120


(bersih)
(Sumber ; Jabatan Perangkaan Malaysia )

(a) (i) Hitungkan imbangan akaun dagangan dari tahun 2020 dan tahun 2021. [3]
(ii) Jelaskan rumusan anda berdasarkan jawapan pada (a)(i) [1]
(b) Hitung imbangan akaun semasa dari tahun 2021 dan tahun 2022. [3]
(c) Berikan satu contoh akaun pendapatan primer dan satu contoh akaun pendapatan ekunder.
[2]
(d) Nyatakan satu langkah untuk memperbaiki defisit dalam akaun perkhidmatan. [1]

4
SULIT*

-KERTAS SOALAN TAMAT-

You might also like