Borang HSDR Pencalonan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) merupakan pengiktirafan yang

diberikan terhadap karya sastera Melayu pelbagai genre yang


memperlihatkan mutu penciptaan yang tinggi. Penilaian akan dibuat
terhadap karya sastera yang diterbitkan pada tahun 2022/2023
berdasarkan kategori berikut:

KATEGORI HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KE-8

KATEGORI ANUGERAH UTAMA KATEGORI A: BUKU/KUMPULAN

SASTERAWAN NEGERI KUMPULAN PUISI


ILMUWAN NEGERI KUMPULAN CERPEN
KARYAWAN SEPANJANG HAYAT NOVEL DEWASA
PEJUANG SASTERA NOVEL REMAJA
NOVEL KANAK-KANAK

KATEGORI B: KARYA ECERAN KATEGORI C: KARYA ILMIAH

PUISI SAINS SOSIAL


CERPEN (BUKU/KUMPULAN)
ESEI / KRITIKAN SASTERA SAINS SOSIAL (ECERAN)
RENCANA SASTERA SAINS TEKNOLOGI
SKRIP DRAMA PENTAS (BUKU/KUMPULAN)
SKRIP DRAMA TELEVISYEN SAINS TEKNOLOGI (ECERAN)

KATEGORI A:
Karya perseorangan dalam bentuk buku atau kumpulan yang diterbitkan
kali pertama pada tahun 2022/2023. Dua per tiga daripada karya yang
diterbitkan hendaklah dihasilkan dalam tempoh 10 tahun dari tahun
penilaian bagi genre puisi, cerpen, dan novel.
KATEGORI B:
Karya eceran penulis perseorangan bagi genre cerpen, puisi, esei/kritikan
sastera dan rencana sastera yang disiarkan dalam akhbar, majalah, jurnal
atau buku (antologi) buat kali pertama pada tahun 2022/2023. Bagi genre
drama pentas dan drama televisyen, skrip drama pentas dan televisyen
eceran karya penulis perseorangan yang disiarkan dalam akhbar, majalah,
jurnal, buku (antologi), dipentaskan atau ditayangkan di televisyen buat
kali pertama pada tahun 2022/2023. Penilaian akan dibuat berdasarkan
skrip asal berserta gambar atau bahan promosi pementasan atau
tayangan (poster, brosur atau buku cenderamata) sebagai bukti.

KATEGORI C:
Karya ilmiah dalam bentuk buku atau kumpulan bagi genre sains sosial
dan sains teknologi yang diterbitkan kali pertama pada tahun 2022/2023.
Karya eceran bagi genre sains sosial dan sains teknologi yang disiarkan
dalam akhbar, majalah, jurnal atau buku buat kali pertama pada tahun
2022/2023.

SYARAT DAN PERATURAN

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia kelahiran negeri


Perak, termasuk yang bermastautin di negeri lain dan luar negara.

Karya yang dicalonkan ialah karya yang dikumpulkan oleh pihak


penganjur daripada semua penerbitan bahan bercetak dan karya
yang dihantar oleh penerbit dan penulis.

Karya hendaklah diterbitkan atau disiarkan kali pertama pada tahun


2022/2023 sama ada dalam bentuk buku atau eceran.
SYARAT DAN PERATURAN

Karya berbentuk buku bagi kategori A dan C hendaklah asli dan


dihantar sebanyak enam (6) naskhah untuk setiap judul, manakala
bagi karya eceran hendaklah dihantar dalam bentuk salinan fotokopi
daripada naskhah asal.

Karya sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu dan diterbitkan di


luar negara pada tahun 2022/2023 juga layak dinilai.

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan


dan kehilangan karya semasa penghantaran. Bukti penghantaran
tidak boleh dijadikan bukti penerimaan penyertaan.

Keputusan panel penilai adalah muktamad.

Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan dan/atau


menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati
penyertaan yang dihantar tidak mematuhi syarat dan peraturan yang
telah ditetapkan.

Semua borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Sekretariat:


HSDR8 di alamat Kampung Karyawan Amanjaya (PORT), No. 9 & 11,
Jalan Sultan Azlan Shah, 31400, Ipoh Perak.
BORANG PENYERTAAN

KATEGORI/GENRE:

JUDUL KARYA:

NAMA PENUH:

NO. KAD PENGENALAN:

ALAMAT SURAT-MENYURAT:

NO. TEL.:

E-MEL:

DENGAN INI SAYA MENGESAHKAN BAHAWA KARYA YANG DIKIRIMKAN INI


MERUPAKAN KARYA ASLI SAYA SENDIRI DAN BERSEDIA MEMATUHI SYARAT
PENYERTAAN HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN 2022/2023.
TANDATANGAN:

TARIKH:

UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA


TARIKH TERIMA:

You might also like