Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Burung terbang

dipipiskan lada
SINOPSIS
Pada suatu masa dahulu, negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan Melaka
merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana
kuasa pada ketika itu. Oleh itu, Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil untuk
berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku
ketuanan Raja Siam (membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah
lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar
mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak
dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan
supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga
mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian
sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang iri hati kepada Tun Perak lalu
memfitnahnya. Dia memberitahu Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah
mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui kedudukan
perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan Muzaffar bahawa beliau bertugas untuk
Negara, dan meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut.
Sultan Muzaffar sangat gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai
perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan
seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan. Ekoran pelantikan
tersebut. penduduk Melaka berpecah kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berpihak
kepada Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka berduajuga saling berselisih faham
dan tidak bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat sedih dan bercadang mendamaikan
mereka berdua kerana perbalahan antara mereka boleh memunsahkan kerajaan Melaka.
Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu ( anak
bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan
Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan
Sultan Muzaffar. Sejak dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
Pada waktu itu Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana. Pada
zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah
negeri besar, iaituPatih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan
Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di
Melaka.
Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu
menyerang Melaka lagi. Sultan Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar
bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk
membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri
Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki
perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar
beberapa buah perahuSiam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar itu telah
membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan Setelah hari malam, Bendahara Paduka
Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar.
Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa
kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak
jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.Pada waktu malam, Paduka Raja
memerintahkan tenteranya supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api
dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang
berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya tentera Melaka lalu
mereka berpatah balik ke Siam dan tidak jadi untuk menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru.
Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah.Baginda mengarahkan anaknya iaitu Cau
Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat
banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan
seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia
menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya itu ke Siam sambil mengatakan
Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah
lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah atas
kesaktiannya itu. Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah
pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja
Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu
ialah 27 tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda
telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

You might also like