Pengalaman Harian Berkaitan Alam Sekitar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pengalaman Harian Berkaitan Alam Sekitar

( Contoh)
Pengalaman :

1)-Kekurangan kesedaran terhadap amalan kitar semula yang efektif telah menyebabkan penimbunan
sampah yang meluas, dengan kawasan pelupusan sampah yang terlampau penuh dan mencemarkan
alam sekitar, mengganggu ekosistem darat dan laut serta membahayakan kehidupan haiwan dan
manusia.

-Program kitar semula memainkan peranan yang afdal bagi pengurusan alam sekitar dan
sumber semula jadi yang mapan.

-Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh
mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah
disediakan.

2)-Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh.Jika kita lihat pada hari ini, berapakah
kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?
Pembuangan sisa buangan industri dan domestik yang tidak teratur ke dalam sungai mahupun laut
secara terbuka telah mencemarkan laut, mengancam kehidupan akuatik dan kualiti sumber air.

3)-Penganjuran kempen kesedaran mengenai alam sekitar untuk meluaskan horizon masyarakat tentang
implikasi pencemaran alam sekitar. Pembakaran terbuka dan pembuangan gas buang kenderaan telah
menyumbang kepada pencemaran udara, meningkatkan risiko penyakit pernafasan dan merosakkan
kehidupan haiwan serta tumbuhan.
Pengalaman: Program kitar semula memainkan peranan yang afdal bagi pengurusan alam sekitar
dan sumber semula jadi yang mapan. Kekurangan kesedaran terhadap amalan kitar semula yang
efektif telah menyebabkan penimbunan sampah yang meluas, dengan kawasan pelupusan
sampah yang terlampau penuh dan mencemarkan alam sekitar, mengganggu ekosistem darat dan
laut serta membahayakan kehidupan haiwan dan manusia.

Pengalaman: Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh.Jika kita lihat pada
hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan
yang telah ditetapkan? Pembuangan sisa buangan industri dan domestik yang tidak terkawal ke
dalam sungai mahupun laut secara terbuka telah mencemarkan laut, mengancam kehidupan
akuatik dan kualiti sumber air.
Pengalaman: Penganjuran kempen kesedaran mengenai alam sekitar untuk meluaskan horizon
masyarakat tentang implikasi pencemaran alam sekitar. Pembakaran terbuka dan pembuangan
gas buang kenderaan telah menyumbang kepada pencemaran udara, meningkatkan risiko
penyakit pernafasan dan merosakkan kehidupan haiwan serta tumbuhan.

*******REAL*********************************

Pengalaman: Penyertaan dalam program kitar semula ( mengamalkan konsep 3R). Program kitar
semula memainkan peranan yang afdal bagi melindungi dan menjaga alam sekitar agar generasi
akan datang dapat menikmati kekayaan alam semula jadi. Sebagai contohnya, tayar terpakai
boleh dikitar semula untuk dijadikan sesuatu yang sangat berguna seperti pasu. Kekurangan
kesedaran terhadap amalan kitar semula yang efektif telah menyebabkan penimbunan sampah
yang meluas, mencemarkan alam sekitar, mengganggu ekosistem darat dan laut serta
membahayakan kehidupan haiwan dan manusia.

Pengalaman: Penggunaan alat elektrik cekap tenaga supaya penggantungan terhadap penjanaan
elektrik daripada sumber arang dan hidro elektrik yang merupakan sumber tenaga yang tidak
boleh diperbaharui boleh berkurangan. Salah satu aktiviti yang bermanfaat kepada alam sekitar
adalah menjalankan sesi 60 minit tanpa cahaya lampu pada Hari Bumi. Implikasinya, tindakan
yang proaktif ini dapat mengurangkan peningkatan gas rumah hijau, pemanasan global dan
perubahan iklim yang tidak terkawal.

Pengalaman: Memupuk tabiat menggunakan kenderaan awam atau kenderaan yang lebih mesra.
Hal ini dikatakan demikian kerana fenomena pembakaran terbuka dan pembuangan gas buang
kenderaan telah menyumbang kepada pencemaran udara, meningkatkan risiko penyakit
pernafasan dan merosakkan kehidupan haiwan serta tumbuhan.

Pengalaman: Penggunaan beg biorosot untuk menggantikan penggunaan pembungkus polistirena


dan beg plastik. Hal ini dikatakan demikian kerana pembungkus polistirena mengambil masa 500
tahun untuk dimusnahkan secara semula jadi. Penggunaan bahan pembungkusan polistirena dan
beg plastik yang berlebihan akan mencemarkan laut dan membahayakan hidupan marin.
Rumusan: Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama sebagai satu
entiti yang menyayangi bumi kita, berkomitmen untuk melestarikan kehidupan dan keindahan
yang dianugerahkan oleh alam.

Wenqi part
Pengalaman: pencemaran alam sekitar yang kerap berlaku di negara kita ialah pencemaran sungai
Pengalaman:
- perlepasan asap dari ekzos kenderaan dan industri kilang
- kesan negatif kepada masyarakat dan negara.
Pengalaman:
- amalan kitar semula seharusnya dilaksanakan dalam kehidupan
Rumusan: Konklusinya saban hari kita dapat menyaksikan kesan pencemaran seperti jerebu, banjir kilat
dan sebagainya sering berlakunya di negara kita
Transcript of PEP
Alam sekitar, sebagai ciptaan yang penuh kepelbagaian dan keajaiban, memegang
peranan sentral dalam menyokong kehidupan dan kesejahteraan semua makhluk di
bumi ini. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, terdapat berbagai-bagai isu
alam sekitar telah berlaku di tanah air kita disebabkan oleh rakyat yang bersikap
individualistik dan memandang remeh terhadap isu yang semakin parah ini. Tepuk
dada tanyalah diri sendiri, pernahkan anda mengambil sebarang tindakan demi
melindungi alam sekitar?

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader


berkata, tinjauan pihaknya mendapati terdapat timbunan sampah sarap di
permukaan Sungai Muda di kawasan Permatang Bendahari, Kepala Batas yang
menyebabkan persekitaran berdekatan sebuah jeti kecil kelihatan kotor. Dalam hal
ini, kita haruslah melibatkan diri dalam program kitar semula untuk mengurangkan
impak negatif aktiviti manusia ke atas alam sekitar. Melalui program ini, bahan
kitar semula seperti kertas, plastik, logam, kaca dan lain-lain boleh ditebus semula
dengan barangan keperluan harian. Misalnya, tayar terpakai boleh dikitar semula
untuk dijadikan sesuatu yang sangat berguna seperti pasu. Hal ini dapat membantu
mengurangkan bahan buangan yang terhimbun di tapak pembuangan serta
menyokong konsep ekonomi sirkular. Program kitar semula juga meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab alam sekitar. Dengan penyertaan
aktif masyarakat, program ini bukan sahaja menjaga alam sekitar tetapi juga
menyumbang kepada matlamat pembangunan mampan dalam jangka panjang.

Lebih-lebih lagi, penggunaan alat elektrik cekap tenaga memainkan peranan yang
afdal dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar. Alat-alat ini direka khusus
untuk menggunakan tenaga dengan lebih efisien dan mengurangkan impak karbon.
Dengan itu, penggantungan terhadap penjanaan elektrik daripada sumber arang dan
hidro elektrik yang merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui boleh
berkurangan. Tamsilnya, peralatan elektrik cekap tenaga seperti lampu LED dan
penghawa dingin yang efisien tenaga bukan sahaja membantu mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik, tetapi juga mengurangkan pelepasan gas rumah hijau
dan pemanasan global yang merosakkan alam sekitar. Dengan pemilihan alat
elektrik yang cekap tenaga, masyarakat dapat turut serta dalam usaha kolektif
menuju kepada pemeliharaan planet kita.
Sementara itu, Pensyarah di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra
Malaysia (UPM), Dr. Nazatul Syadia Zainordin berkata, berdasarkan Sistem
Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), keadaan jerebu dalam
negara dilihat semakin membimbangkan apabila sebanyak 19 kawasan mencatat
bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Oleh itu, penggunaan
pengangkutan awam atau kenderaan yang lebih mesra haruslah dipupuk oleh
segela masyarakat demi memelihara alam sekitar. Hal ini berlaku kerana
pengurangan pengguna jalan raya serta kenderaan persendirian maka berkuranglah
perlepasan gas dan karbon yang mengancam ekosistem alam sekitar kita.
Memanfaatkan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas atau kereta api dapat
mengurangkan jumlah emisi karbon per kapita. Di samping itu, pemilihan
kenderaan yang lebih mesra alam seperti kenderaan elektrik atau hibrid dapat
mengurangkan pencemaran udara dan membantu mengurangkan bergantung
kepada bahan bakar fosil yang terhad. Tabiat ini memberi kesan positif terhadap
alam sekitar dan menyumbang kepada usaha global untuk mengurangkan impak
negatif perubahan iklim.
Selanjutnya, penggunaan beg biorosot haruslah digalakkan untuk menggantikan
penggunaan pembungkus polistirena dan beg plastik agar isu alam sekitar dapat
didepani. Hal ini dikatakan demikian kerana pembungkus polistirena perlu
mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara semula jadi. Penggunaan
bahan pembungkusan polistirena dan beg plastik yang berleluasa akan
memusnahkan keindahan alam sekitar dan membawa mudarat keseluruh muka
bumi.

Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa, sebagai masyarakat yang


bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama sebagai satu entiti yang menyayangi
bumi kita, berkomitmen untuk melestarikan alam sekitar yang dianugerahkan oleh
Tuhan. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka usaha-usaha yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar isu alam sekitar
boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

You might also like